1001 pantun baru : kajian nilai estetika

Dublin Core

Subject

Malay poetry--History and criticism
Literature--Aesthetics

Description

Abstrak

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre pantun sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana tempatan iaitu Profesor Muhammad Haji Salleh. pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetika pada pantun semata-mata melalui prinsip yang dikemukakan iaitu Yang Indah Indah: Estetika Sastera Melayu. Dalam bab pertama, pengkaji mengemukakan identifikasi masalah, rumusan masalah, tujuan kajian, batasan kajian, kajian-kajian lampau dan kaedah penyelidikan. Dengan berbuat demikikan, pengkaji memahami hala tuju kajian yang ingin dilakukan agar ianya tidak lari dari matlamat sebenarnya kajian. Bab dua pula pengkaji akan menghuraikan teori Puitika Sastera Melayu dan sembilan prinsip yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh. Melalui prinsip-prinsip yang dikemukakan itu, pengkaji hanya memilih satu prinsip utama iaitu yang berkaitan dengan estetika. Pengkaji memperincikan prinsip yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu, Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu. Melalui prinsip ini, keindahan genre pantun lebih terserlah dengan melihatnya dari semua perspektif sama ada dalaman atau luaran. Bab tiga pula pengkaji memberi huraian lebih lanjut tentang diri pengarang yang hasil karyanya menjadi bahan kajian. Beliau adalah Khadijah Hashim yang terkenal dengan novel Badai Semalam. Di samping itu pengkaji akan memasukkan juga dalam bab ini teks yang dikaji iaitu 1001 Pantun Baru denganmengemukakan resensinya. Bab empat merupakan analisis teks 1001 Pantun Baru dengan menggunakan prinsip yang telah dipilih. Pantun bukan saja dinikmati secara lisan semata-mata tetapi dari keseluruhan; tema, isi, pola rima, bentuk, diksi-diksi terpilih, mesej yang ingin disampaikan, malahan apa sahaja yang membangunkan binaan sebuah pantun termasuk dalam ruang lingkup kajian khususnya dari aspek estetikanya. Bab lima merupakan kesimpulan. Dalam bab ini pengkaji mengemukakan dapatan kajian berdasarkan analisis sampel-sampel pantun yang telah dipilih dari teks yang telah dijadikan bahan kajian. pengkaji berharap agar kajian ini dapat menyumbang ke arah pengayaan bahan mengenai genre pantun serta membuka peluang buat pengkaji lain yang berminat dengan teori ini.

Creator

Abg Saifuddin Abg Bohari

Source

PL5065 UM 2004 ABGSAB

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Abg Saifuddin Abg Bohari, “1001 pantun baru : kajian nilai estetika,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23689.