Pengarahan teater : suatu kajian tentang sumbangan Krishen Jit

Dublin Core

Subject

Malays (Asian people)--Social life and customs

Description

Abstrak

Drama moden Malaysia, semenjak perkembangan yang pesat dalam tahun tujuh Duluhan hinggalah ke hari ini, walaupun hanya 30 tahun sejarahnya, ia telah menunjukkan hasil dan pencapaian yang agak membanggakan dalam bidang penulisan skrip drama dan pementasan. Tapi dari segi kajian berbentuk ilmiah, selain daripada penulisan oleh Mana Sikana, Solehah Ishak, Nur Nina Zuhra dan lain-lain, ja boleh dikatakan agak kekurangan, khususnya dalam bidang kajian pengarahan teater, tidak ada sebarang pengkajian dan penulisan secara komprehensif pernah dilakuka. Oleh yang demikian, tesis ini ingin mengkaji kebangkitan dan perkembangan pengarahan teater Inggeris dan Melayu tempatan, dengan tumpuan diberi kepada pengarah veteran Krishen Jit. Catatan dan kajian dibuat berkenaan dengan corak pengarahannya, kemudian fahaman teater dan pengarahan beliau dianalisis, justeru menerusi kajian ini cuba menentukan suatu status terkini pengarahan teater tempatan; dengan menggunakan kaedah analisis pengarahan Barat sebagai panduan, agar suatu bentuk teori pengarahan tempatan dapat dikesankan. Kajian dan analisis terperinci yang dilakukan tertumpu kepada proses rehersal karya pengarahan Krishen yang bertajuk 'Skin Trilogy' Tesis ini mendapati bahawa kaedah pengarahan Krishen Jit bukan sahaja sekadar mencari segala kemungkinan dalam pembikinan teater, bahkan menunjukkan bahawa fungsi teater yang paling berkesan ialah interaksi antara individu yang terlibat, termasuk pengarah, pelakon, pereka-pereka serta interaksi bersama penonton. Ruang yang diberikan oleh pengarah kepada kesemua peserta dalam kreativiti teater telah menunjukkan keseimbangan hak dalam teater. Teater yang sebegini akan lebih berkembang dari sebuah teater yang bergantung hanya kepada kreativiti pengarah sahaja. Dapat dipastikan bahawa tesis ini merupakan bahan kajian berkenaan pengarahan teater yang julung kali diusahakan. Di harap tesis ini dapat memberi sumbangan besar kepada sejarah pengarahan teater tempatan.

Creator

Soon Choon Mee

Source

PL5065 UM 2001 SON

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation