Perbandingan arah perkembangan bahasa Melayu di Malaysia dan Thailand

Dublin Core

Subject

Malay language--Compound words--Comparative studies
Thai language--Compound words--Comparative studies
Malay language--Morphology
Thai language--Morphology
Sociolinguistics--Malaysia
Sociolinguistics--Thailand

Description

Abstrak

Disertasi ini merupakan satu kajian perbandingan bahasa Melayu yang dituturkan di dua buah kawasan yang saling berjiran, iaitu di Malaysia dan di Thailand, khususnya empat wilayah sempadan selatan, berdasarkan kerangka teoritis sosiolinguistik. Kajian ini mempunyai tiga tujuan, iaitu, i) membandingkan unsur unsur yang mempengaruhi arah perkembangan bahasa Melayu di negara masing masing, i) menggambarkan dan menganalisis perbezaan yang ada pada bahasa Melayu di kedua-dua negara, dan iii) meramalkan arah perkembangan masa depan bahasa Melayu berdasarkan cabaran yang akan dihadapinya. Bab 1 pendahuluan. Dalam bab ini disajikan latar belakang kajian, tujuan kajian serta kesesuaian kajian ini dari segi dua disiplin ilmu, iaitu pengajian Melayu dan sosiolinguistik. Dalam Bab 2 tumpuannya beralih kepada perbezaan konsep Melayu dan orang Melayu. Di Malaysia terdapat gejala yang boleh dianggap sebagai peluasan konsep Melayu, sebaliknya di Thailand pula konsep Melayu mempunyai erti yang khusus, yang dikaitkan secara erat dengan bahasa Melayu dan agama Islam. Perkara ini dibincangkan secara khusus kerana perasaan jati diri terhadap sesuatu bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam bidang sosiolinguistik. Bab 3 membandingkan pengaruh dasar kerajaan terhadap bahasa Melayu di kedua-dua negara. Di Malaysia bahasa Melayunya diangkat semula menduduki takhta sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal. Di samping itu bahasa Melavu digunakan sebagai alat perpaduan negara yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Sebaliknya, di Thailand peningkatan bahasa Melayu dianggap sebagai ancaman terhadap perpaduan negara. Oleh itu, dasar kerajaan di Thailand bertujuan untuk menyebarkan bahasa Thai, terutamanya melalui sistem pendidikan, dan pada masa yang sama menyekat penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang penting.

Creator

Shintaro, Hara

Source

PL5065 UM 2001 SHI

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation