Cerita lipur lara rakyat Terengganu dari sudut estetika

Dublin Core

Subject

Folk drama, Malay--Terengganu
Terengganu--Social life and customs
Folklore--Terengganu

Description

Abstrak

Kajian ini terbahagi kepada enam bab atau enam bahagian. Dalam bab l termuat bahagian pengenalan yang mencakupi latar belakang kajian yang melihat sepintas lalu kajian-kajian yang terdahulu dalam bidang sastera rakyat. Juga tujuan kajian ini yang menjadi fokus kajian dan baharn kajian iaitu cerita lipur lara. Dalam bab ini juga terakam kaedah pengkajian yang digunakan dalam mengkaji enam buah Cerita Lipur Lara Rakyat Terengganu. Malah disisipkan juga batasan-batasan dalam kajian ini. Selain itu biodata penglipur lara yang menjadi orang sumber bagi cerita-cerita rakyat yang menjadi bahan kajian dan kedudukan cerita lipur lara rakyat Terengganu dahulu dan sekarang turut termuat dalam bab ini. Bab ini agak penting kerana menjadi asas atau menentukan hala tuju kajian pengkaji. Bab 2 yang dikenali sebagai kerangka teoritis, mengandungi konsep-konsep seperti sastera rakyat, penglipur lara dan lain-lain yang menjelaskan maksud istilah 1stilah penting yang mempunyai hubung kait dengan bahan kajian. Malah dalam bab ini Juga turut memperincikan konsep estetika mengikut pandangan tokoh-tokoh falsafah dan rumusan konsep mengikut pandangan pengkaji yang dikukuhkan dengan pandangan pandangan sasterawan dan contoh -contoh daripada cerita-cerita rakyat. Bab ini juga akan memperkatakan model-model kajian terdahulu seperti model Strukturalisme, Formalisme, Fenomenologi, Rasa-Fenomenologi, Persepsi estetika dan multiple intelligence Bahagian 1ni menjelaskan huraian setiap model dan kekuatan serta kelemahan model-model tersebut dan mengaitkan kepentingan model-model ini dengan kajian pengkaji. Apa yang lebih utama dalam bab ini ialah perincian mengenai model yang digunakan dalam kajian ini iaitu model Persepsi Estetika Zakaria Osman dan model Multiple Intelligence Howard Gardner. Dalam bab tiga pula, memuatkan persoalan-persoalan penghayatan kita terhadap estetika isi yang merupakan peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam enam buah cerita Lipur Lara Rakyat Terengganu yang menjadi fokus kajian. Dalam bab ini juga kita berpeluang melihat bagaimana isi cerita Lipur Lara ini berkeupayaan merangsang minat dan memberikan pengalaman estetika kepada pendengar yang menghayatinya. Segala keindahan ini terakam menerusi pendekatan model Persepsi Estetika yang merupakan salah satu kaedah kajian pengkaji. Manakala dalan bab empat kajian ini, merakamkan estetika pengucapan berdasarkan kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh penglipur lara. Melalui kecerdasan ini, kita dapat melihat keestetikaan pengucapan seseorang penglipur lara menerus1 penggunaan kata yang diselitkan dengan bahasa berirama, pantun, mantera, metafora dan lain-lain gaya bahasa. Keestetikaan juga terserlah melalui kepelbagaian cara atau teknik persembahan cerita lipur lara ini diperdengarkan. Gabungan kecerdasan linguistik, muzik, bodily kinestetik, interpersonal dan intrapersonal yang dimiliki penglipur lara mampu mempengaruhi jiwa dan minat pendengar untuk terus menghayati cerita-cerita yang disampaikan.

Creator

Norma Bajuria

Source

PL5065 UM 2001 NORB

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Norma Bajuria, “Cerita lipur lara rakyat Terengganu dari sudut estetika,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23753.