Perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi : satu kajian kes

Dublin Core

Subject

Cognition in children--Malaysia--Case studies
Language acquisition
Social interaction in children--Malaysia--Case studies

Description

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi pada subjek individu normal. Konsep, struktur dan fungsi setiap unsur menjadi asas untuk melihat perkaitan ini. Pengkaji menghurai dua teori pemerolehan bahasa, iaitu behaviouris dan mentalis, serta mengkaji pemerolehan bahasa subjek mengikut peringkat fonologi, morfologi., sintaksis dan semantik. Aspek kognisi, bahasa dan komunikasi seterusnya dihubungkan dengan menggunakan dua kaedah seperti yang digunakan oleh Foss dan Hakes (1978), iaitu dalaman (internal) dan luaran (eksternal). Pengkaji melihat representasi dalaman berdasarkan perkaitan antara kognisi dengan aspek semantik, manakala representasi luaran pula berdasarkan hubungan bahasa dengan komunikasi. Data kajian diperolehi daripada seorang kanak-kanak, iaitu Nur Shaheera bt. Mohd Shahizal, melalui kaedah pemerhatian, rakaman, dan uji kaji. Pengumpulan data kajian ini mengambil masa dua (2) tahun satu (1) bulan, iaitu bermula dari hari kelahiran hingga subjek dapat mengucapkan ayat penuh yang mempunyai makna. Pengkaji membuat rumusan dengan membina satu model carta aliran perkaitan antara kognisi, bahasa dan komunikasi berasaskan penggabungan model komunikasi dua hala Schramm (1954) dan Osgood (1954), proses Kognisi oleh Mahmood Nazar (1992) dan teori linguistik oleh Ferdinand de Saussure (1858-1913). Pengkaji turut membuat rumusan bahawa kognisi, bahasa dan komunikasi mempunyai pertalian yang erat dan saling melengkapi. Bahasa merupakan unsur penengah dalam proses kognitif dan komunikasi. Seterusnya pengkaji mencadangkan kaedah yang sesuai untuk menggalakkan pemerolehan dan pembelajaran bahasa berasaskan kajian kes yang dijalankan.

Creator

Noor Hasnoor Mohamad Nor

Source

PL5065 UM 2001 NOOHMN

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation