Teori strukturalisme genetik : penerapan terhadap novel-novel Pramoedya Ananta Teor

Dublin Core

Subject

Teor, Pramoedya Ananta, 1925-
Indonesian literature--History and criticism
Indonesia--Literatures

Description

Abstrak

KEDUDUKAN Pramoedya Ananta Toer dalam konteks perkembangan sastera modcn Indonesia khususnya di era Angkatan 45 telah diteliti dari pelbagai perspektif oleh sarjana-sarjana Indonesia, Malaysia dan Barat. Sumbangan besar dalam mengubah hala tuju sastera kotemporari Indonesia selepas perang telah memberi kesan penting khususnya dari aspek gaya, pendekatan dan tema. Novel-novelnya sebagai contoh, merupakan pandangan kesedaran kelompok masyarakat bawahan Indonesia dalam memperjuangkan kepentingan mercka. Pembahasan dalam tulisan ini dengan menggunakan teori Strukturalisme Genetik oleh Lucien Goldmann akan melihat bagaimana aspek-aspek kesedaran kolektif diketengahkan. masyarakat bawahan dalam tiga era Menerusi disertasi ini, penerapan teori Strukturalisme Genetik ke dalam novel novel Pramoedya dibahagikan kepada enam bab. Bahagian pertama penulisan ini ialah n pendahuluan yang akan memaparkan tujuan kajian, kajian terdahulu terhadap novel-novel Pramoedya, kacdah kajian dan pendekatan yang digunakan. Bab pertama pula ialah pengenalan terhadap teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann yang merupakan teori sosiologi sastera yang paling `lengkap' berbanding dengan dengan teori-teori pasca Marxisme yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana sebelumnya. la juga memperlihatkan bagaimana penerapan teori ini ke dalam karya The Hidden God. Bab kedua merupakan latarbelakang sosial Pramoedya yang menjadi asas kepada gaya kepengarangannya. Antara lain latarbelakang kehidupan di kota miskin Blora dan hubungan eratnya dengan Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) yang merupakan organisasi kebudayaan di bawah Parti Komunis Indonesia yang ditubuhkan pada 1952 di Solo, Jawa Tengah. Bab ketiga merupakan penerapan teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann ke dalam novel-novel Bumi Manusia, Jejak Langkah dan Anak Semua Bangsa yang terangkum di dalam tetralogi Bumi Manusia. Novel-novel ini merupakan pandangan pandangan kesedaran kelompok Pramoedya tentang masyarakat Indonesia pada era kolonial Belanda (Hindia Belanda). Bab keempat merupakan penerapan teori ini ke dalam novel-novel zaman perang yang dipilih untuk dianalisis iaitu Keluarga Gerilya (1952) dan Perburuan (1950). Bab kelima merupakan penerapan teori ini ke dalam novel-novel pasca perang Revolusi atau lebih dikenali sebagai era Orde Lama. Dalam analisis untuk bab ini, tiga novel dipilih iaitu Bukan Pasar Malam (1954), Korupsi (1956)dan Sekali Peristiwa di Banten Selatan (1957). Bab keenam merupakan kesimpulan dari analisis ini dengan mengemukakan sejauhmana teori Strukturalisme Genetik oleh Goldmann dapat diterapkan ke dalam novel-novel Pramoedya sesuai dengan pandangan-pandangan pertentangan kelasnya.

Creator

Azman Ismail

Source

PL5065 UM 2001 AZMI

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Azman Ismail, “Teori strukturalisme genetik : penerapan terhadap novel-novel Pramoedya Ananta Teor,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23758.