Sirih pinang dalam kebudayaan Melayu : satu kajian tentang tepak sirih

Dublin Core

Subject

Malays--Social life and customs
Betel leaves--Social aspects--Malaysia

Description

Abstrak

Di sertasi ini mengemukakan perbincangan tentang 'sirih pinang' Disebabkan ruang lingkup kebudayaan ini tersangat luas, kajian lebih tertumpu kepada reka bentuk kesenian 'tepak sirih'. Tepak sirih ialah satu daripada pelbagai kesenian Melayu yang masih dapat bertahan. Bagaimanapun akibat kemajuan di Zaman IT (Teknologi Maklumat) dan pengetahuan sains dan teknologi yang menyebabkan kebudayaan ini mulai terpinggir . Perbincangan seperti sejarah, juga fungsi menyentuh beberapa simboli sme, dan tinggi aspek fungsi kegunaan sirih pinang. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama menyentuh tentang justifikasi kajian ini seperti de finisi, metodologi, dan ulasan tujuan, persoalan, kesusasteraan. Ini diikuti oleh bab kedua yang berkaitan dengan sejarah bermulanya tradisi amalan makan sirih di Nusantara, Khasnya di Malaysia. Sumber utama bab ini diperolehi daripada internet. Bab ketiga ialah kajian yang lebih menjurus kepada kesenian tepak sirih. Pengkaji menbuat enam klasifikasi reka bentuk tepak sirih, bent uk kuboid (logam), bentuk talam, bentuk pahar, bentuk bebas, dan bentuk kuboid (pandan /mengkuang) buj am epok. Beberapa Contoh kesenian tepak sirih turut dikaji dan dianalisis Secara mendalam tentang Corak dan motif, sama ada menggunakan gaya geometri atau gabungan kedua-duanya. Bab keenpat menerangkan organik, gaya tentang simbolisme dan fungsi kegunaan tepak sirih dan sirih fungsi pinang. Manifestasi ini berkaitan dengan sistem kepercayaan, iaitu pengesahan hubungan manusia dan alam yang tidak boleh dipisahkan. Enam genre kesusasteraan turut dibincangkan, iaitu prosa lama, peribahasa, gurindam, syair, pantun, dan sajak. Bab akhir merupakan bahagian penutup kajian ini. Rumusan secara keseluruhan dengan menyentuh aspek-aspek yang terpenting sahaja. Di samping itu bab ini juga menyentuh masa depan tepak sirih dan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar kebudayaan sirih pinang dapat dipertahankan lebih lama lagi.

Creator

Abdul Hamid Adnan

Source

PL5065 UM 2001 ABDHA

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Abdul Hamid Adnan, “Sirih pinang dalam kebudayaan Melayu : satu kajian tentang tepak sirih,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23759.