Seni kaligrafi Islam di Malaysia sebagai pencetus tamadun Melayu Islam

Dublin Core

Subject

Calligraphy, Islamic--Malaysia
Calligraphy, Arabic

Description

Abstrak

Islam dalam peradaban Melayu telah merubah paksi kehidupan Melayu dengan ciri-ciri rasionalisme, intelektualisme, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan. Alam Melayu pernah menjadi rantau perkembangan ilmiah yang menghasilkan koleksi tulisan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang mengagumkan, khususnya dalam kesenian Islam. Perkembangan ilmiah di rantau ini bukanlah berlaku secara terasing dan terpencil daripada tamadun sebelumnya, bahkan tamadun Melayu adalah warisan kesinambungan tamadun Islam yang muncul sejak kelahiran Islam pada abad ke-7 M lagi. Perkembangan ilmiah di Malaysia berhubung rapat dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu dan galakan Islam terhadap ilmu pengetahuan secara umumnya. Bahasa Melayu dengan tulisan jawinya telah berjaya merakamkan khazanah ilmu yang lengkap mengenai pelbagai bidang hidup. Khazanah ini sebahagiannya dimanifestasikan dalam kesenian kaligrafi Islam dan terus membuktikan keupayaannya dalam suatu kesinambungan yang kukuh sebagai media ibadat seseorang Muslim. Dalam kajian ini, penulis cuba memberi gambaran umum tentang mercu tanda perkembangan kesenian kaligrafi Islam yang telah mencetuskan sebuah tamadun Melayu Islam di Malaysia. Tinggalan sejarah telah membuktikan bagaimana kesenian kaligrafi dalam warisan peribumi itu disesuai dan diberikan jiwa Islam melalui penggunaan motif-motif flora dan geometri bagi melambangkan perjalanan menuju kepada Tuhan, dan mengajak kepatuhan dan kebaktian kepada Allah s.w.t. Penulis cuba menyenaraikan karya-karya hasil daripada manifestasi seni kaligrafi Islam, yang menjadi batu tanda perkembangan ilmu tulisan di kalangan masyarakat Melayu, dalam usaha seni mendokumentasi warisan bangsa agar menjadi lanjutan kepada generasi yang akan datang. Daripada gambaran yang ringkas itu, dapatlah disimpulkan bahawa Islam telah membina tamadun Melayu yang kini mewadahkan kesenian kaligrafi Islam sebagai salah satu ciri kebudayaan Malaysia yang bercorak ilmiah dan akliah. Kepada Allah s.w.t jualah penulis berserah dan daripada-Nya dipohon semoga usaha kecil ini tetap diberkati-Nya.

Creator

Faridah Che Husain

Source

CB20 UM 2000 FARCH

Date

2000

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation