Pemikiran politik Melayu tradisi : satu kajian berdasarkan cerita penglipur lara Melayu

Dublin Core

Subject

Folk literature, Malay--Political aspects
Folk literature, Malay--History and criticism
Malays--Politics and government

Description

Abstrak

Tesis ini adalah satu usaha penelitian ke atas pemikiran politik masyarakat Melayu tradisi sebagaimana digambarkan dalam cerita rakyat penglipurlara Melayu. Sebagaimana telah dikemukan dalam Bab 1, penelitian ini merupakan satu penerokaan pemikiran primordial masyarakat Melayu tradisi yang telah terbina beratus-ratus tahun dalam tradisi lisannva vang terus berkesinambungan dengan pemikiran politik Melayu tradisi sebagaimana terpapar dalam teks kesusasteraan bertulis. Terdapat beberapa aspek penting pemikiran politik yang menjadi penelitian pengkaji. Diantaranya melihat bagaimana ligitimasi raja diserapkan ke dalam akal budi rakvat Melayu tradisi melalui pengaruh sistem kepercayaan. Sistem kepercayaan ini kemudiannya menjadi teras pembinaan kerangka pemikiran politik mereka (Bab 2). Ligitimasi ini kemudiannya diperkukuhkan melalui paparan segala unsur simbol meliputi penggunaan tanda atau sign dan ikon yang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu dalam teks penglipur lara yang dikaji (Bab 3). Di samping itu ligitimasi ini dapat dilihat melalui penggunaan bahasa (perkataan, frasa dan lain-lain) yang digunakan oleh para raja, pembesar dan rakyat yang dapat menjadi alat kuasa yang memaparkan kekuasaan para raja dan pembesar (Bab 4). Penanaman konsepsi ligitimasi raja-raja Melayu ke atas rakyatnya terbukti melalui persetiaan raja-rakyat yang mengemukakan tanggungjawab raja dan rakyat. Tanggungjawab rakyat terjelma melalui konsep ketaatsetiaan mutlak rakyat. Bagaimana pun ketaatsetiaan ini bergantung kepada keadilan raja dan survival rakvat (Bab 5). Tanggungjawab raja kepada rakyat pula terpahat pada ikrar raja untuk menjadi scorang raja yang adil (Bab 6). Keadilan politik ini menjadi penentu kepada kemakmuran dan kejayaan negeri-negeri Melayu tradisi dalam memastikan kelangsungan hayat ke-raja-annya. Dari itu keseluruhan bab saling berkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan lain. Dengan kata lain setiap aspek yang dibincangkan itu merupakan unsur-unsur vang akan berpadu membentuk sebuah pemikiran politik Melayu tradisi secara menveluruh.

Creator

Mohd Koharuddin Mohd Balwi

Source

PL5110.1 MOHKMB

Date

1999

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation