Perbandingan fonologi : Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu di Sabak Bernam, Selangor

Dublin Core

Subject

Malay language--Phonology, comparative--Javanese language
Javanese language--Phonology, comparative--Malay language

Description

Abstrak

Disertasi ini ditulis dalam enam bab. Bab pertama memberi pengenalan secara ringkas tentang tujuan kajian, bidang kajian, latar belakang kawasan kajian dan metodologi kajian. Dalam bab ini juga dimasukkan kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap bahasa Jawa. Masalah-masalah dalam membuat kajian juga dimasukkan dalamn bab ini. Bab kedua menghuraikan tentang bahasa Jawa dan bahasa Melayu di Sabak Bernam secara sepintas lalu dari beberapa bidang. Penghuraian dibuat berdasarkan bidang fonologi, struktur perkataan, struktur morfologi dan struktur ayat. Pada bahagian akhir bab ini diperlihatkan tentang perbezaan bahasa Jawa dan bahasa Melayu berdasarkan aspek-aspek tersebut. Bab ketiga pula membincangkan tentang sistem vokal bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Kajian perbandingan sistem vokal ini dibuat berdasarkan kepada penyebaran vokal dalam kedua-dua bahasa, iaitu di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Di dalam bab ini juga dibincangkan mengenai diftong, rangkap vokal dan pengulangan vokal. Seterusnya bab ini juga memasukkan penghuraian tentang perubahan fonologi berdasarkan perubahan vokal. Dalam bab keempat perbincangan dibuat dengan melihat kepada sistem konsonan dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Perbandingan sistem konsonan dalam bahasa Javwa dan bahasa Melayu dibuat dengan melihat penyebararnnya dalam perkataan. Bab ini juga membincangkan tentang rangkap konsonan dan pengulangan konsonan yang terdapat dalam kedua-dua bahasa. Bahagian akhir bab ini turut membincangkan tentang perubahan fonologi berdasarkan kepada perubahan konsonan. Bab kelima pula merupakan satu bentuk perbincangan tentang beberapa bidang yang tidak dimuatkan dalam bab-bab sebelum ini. Di antara bidang yang dibincangkan seperti perubahan fonologi, pengaruh BJSB dalam BMSB dan bidang leksikostatistik dan glotokronologi. Pengaruh-pengaruh bahasa Jawa dan bahasa Melayu dilihat dari segi fonologi, aspek bahasa dan leksikal. Dalam aspek bahasa ini dikaitkan dengan pengaruh bahasa Jawa dari segi morfologi, penjodoh bilangan, frasa dan sintaksis ke dalam bahasa Melayu. Di samping itu, bab ini juga membincangkan tentang faktor-faktor saling mempengaruhi antara bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Berdasarkan kepada kaedah leksikostatistik dan glotokronologi dibincangkan tentang kata-kata kognat antara bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Cara pengiraan bagi mendapatkan jangka lama-waktu arntara kedua-dua bahasa turut dilakukan iaitu setelah pengiraan bagi kata-kata kognat dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu diperolehi. Bab keenam merupakan kesimpulan bagi kajian ini. Kesimpulan dibuat berdasarkan kepada dapatan bab-bab yang sebelumnya.

Creator

Rohaidah Mashudi

Source

PL5079 ROHM 1999

Date

1999

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation