Perancangan bahasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman perang dunia kedua

Dublin Core

Subject

Jepun di Tanah Melayu
Jepun di Indonesia

Description

Abstrak

Tesis ini mengkaji perancangan bahasa Pemerintahan Tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua. Tujuan utama adalah untuk menghuraikan perancangan bahasa dan pendidikan bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Bab 1 membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, bidang kajian dan kaedah kajian. Dalam Bab 2 dibincangkan sejarah ringkas perkembangan bahasa Melayu. Sebagai latar belakang kepada huraian tentang bahasa Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua, amat wajar dilihat sejarah perkembangan bahasa Melayu terlebih dahulu. Tekanan utama ialah huraian daripada sumber Jepun. Dalam Bab 3 dibincangkan bahasa Melayu di Malaysia di bawah penjajahan Barat, dan dalam Bab 4 bahasa Melayu di Indonesia di bawah penjajahan Barat. Kedua-dua bab ini diperlukan untuk membandingkan perancangan bahasa dan pengaruh penjajah Barat, terutama Inggeris dan Belanda, dengan amat perancangan bahasa dan pengaruh Pemerintahan Tentera Jepun di Malaysia dan di Indonesia. Dalam Bab 5 dan Bab 6 dibincangkan beberapa aspek dasar perancangan bahasa oleh Pemerintahan Tentera Jepun di Malaysia dan di Indonesia. Alasan dan tujuan tentera Jepun untuk masuk ke Malaysia dan Indonesia diperturunkan sebagai latar belakang perancangan bahasa oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Perbezaan sikap Pemerintahan Tentera Jepun tentang pelaksanaan bahasa Melayu Tanah Melayu dan Indonesia, dan juga perbezaan sikap tentang perancangan bahasa di antara penjajah Barat dengan Jepun dijelaskan dalam bab ini. Dalam bab terakhir, iaitu Bab 7, disimpulkan keseluruhan hasil kajian ini, dengan sedikit huraian tentang hubungan pada masa sekarang di antara Malaysia dan Indonesia dengan Jepun di bidang ekonomi, budaya dan pendidikan.

Creator

Kyoto, Funada

Source

PL5065 UM 1999 KYO

Date

1999

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation