Seni ukiran Jepara Indonesia : kajian mengenai ciri dan motif

Dublin Core

Subject

Wood-carving--Indonesia--Jawa
Decoration and ornament--Plant forms--Indonesia--Jawa
Decoration and ornament--Animal forms--Indonesia--Jawa

Description

Abstrak

Kajian ini membincangkan seni ukiran kayu Jepara Indonesia dengan tumpuan khas kepada jenis-jenis motif ukiran, bahagian-bahagian motif ukiran, teknik teknik dan faktor-faktor yang mempengaruhi ukiran tersebut. Pada asasnya ukiran Jepara menggunakan pelbagai jenis motif seperti motif flora dan fauna, motif geometri, motif kaligrafi dan motif alam. Teknik ukiran Jepara secara amnva sama dengan tekrnik ukiran yang terdapat di seluruh Indonesia iaitu teknik ukiran cungkilan, cembung, cekung, tembus dan teknik susun/bertingkat. Ciri-ciri ukiran Jepara adalah daun tersusun berbentuk segitiga yang melingkar dan dari hujung lingkaran berpecah-pecah menjadi beberapa bahagian daun, menuju ke tengah lingkaran dan bercawenan seirama/seiring membentuk seperti kipas. Buah buahan berada pada sudut pertemuan lingkaran dalam bentuk bebola kecil bersusun seperti buah wuni atau buah anggur. Pecahan cawenan berbentuk seperti huruf "V" pada setiap daun. Motif ini merupakan gubahan dari daun kangkung atau daun yang menjalar. Motif ukiran Jepara mengalami perkembangan, iaitu pertama pada mulanya bahagian hujung daun berpecah pecah menjadi beberapa helai daun yang menyerupai kipas sekarang didapati daun bahagian hujung berbentuk ukel atau buled, kedua daun yang berbentuk segitiga kini bertukar menjadi ukiran Eropah, iaitu daunnya bercab:.ng lima. Perkembangan motif ukiran ini dipengaruhi oleh motif-motif ukran tradisi daerah-daerah Indonesia. Faktor agama, pendidikan dan juga ekonomi turut juga mempengaruhi perubahan itu dengan kemunculan motif-motif mengikut pesanan dari Eropah. Kajian ini juga menampilkan nilai falsafah ukiran kayu seperti mengagungkan kebesaran Allah, Maha Esa, melambangkan sikap saling sayang-menyayang1 sesama nmakhluk Allah serta saling hormat-menghormati di kalangan ahli keluarga dan masyarakat.

Creator

Karsam

Source

PL5065 UM 1999 KAR

Date

1999

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation