Penggunaan kamus dalam kelas bahasa Melayu dan Inggeris : satu penyelidikan perbandingan

Dublin Core

Subject

Malay language--Usage--Dictionaries
English language--Usage--Dictionaries
English language--Study and teaching--Malaysia
Malay language--Study and teaching--Malaysia

Description

Abstrak

Tesis ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini dilakukan terhadap 80 orang pelajar dan 10 orang guru bahasa di sebuah sekolah menengah di daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik untuk pelajar dan kaedah wawancara untuk guru. Data yang diperoleh dijadualkan dan dihuraikan dengan cara statistik deskriptif berasaskan kekerapan jawapan responden. Hasil kajian ini mendapati penggunaan kamus di kalangan pelajar-pelajar dalam kelas bahasa Melayu tidak memuaskan. Pelajar-pelajar bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan kamus, jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan sikap guru-guru bahasa. Guru bahasa Inggeris lebih kerap menggunakan kamus jika dibandingkan dengan guru bahasa Melayu. Maklumat yang dicari oleh pelajar-pelajar dalam kamus ekabahasa berbahasa Melayu ialah makna, penggunaan kata dalam konteks, ejaan, simpulan bahasa, sinonim dan imbuhan. Maklumat yang sama dicari oleh mereka dalam kamus dwibahasa berbahasa Inggeris, kecuali maklumat sebutan berada di tempat ketiga terpenting, selepas makna dan ejaan. Mereka Juga menghadapi sedikit masalah dalam cara menggunakan kamus. Pelajar bahasa Melayu menghadapi masalah kata dasar yang terlalu banyak makna. sukar mencari kata dasar dan mereka juga sukar mencari maksud kata klasik. Pelajar bahasa Inggeris pula menghadapi masalah perkataan yang dicari tiada dalam kamus, sukar menentukan sebutan dan kata dasar yang terlalu banyak makna. Secara purata, hampir separuh daripada mereka menghadapi masalah dalam cara menggunakan kamus, walaupun majoriti daripada mereka telah diajar kemahiran tersebut.

Creator

Nasruddin Mat Hassan

Source

PB12 UM 1999 NASMH

Date

1999

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation