Masyarakat Temiar dan perubahan : kajian kes di rancangan pengumpulan semula orang asli, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan

Dublin Core

Subject

Temiar--Kelantan--Kuala Betis
Indigenous peoples--Malaysia--Economic conditions
Indigenous peoples--Malaysia--Social conditions

Description

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku di kalangan Orang Temiar yang mendiami RPS Kuala Betis. Bermula dari tanggapan bahawa Orang Asli adalah masyarakat terpinggir, tetapi menjadi penting apabila negara menghadapi ancaman komunis dan pengaruh komunis telah menular di kalangan Orang Asli. Program pertama yang melibatkan Orang Asli ialah dasar Penempatan Semula Orang Asli yang telah menemui kegagalan dan berakhir dengan tragik sekali. Apabila darurat berakhir dan PKM mula meletakkan senjata, maka kerajaan mula memberi perhatian terhadap kebajikan Orang Asli. ni selari dengan pengwujudan PANDUAN TUGAS PEMBANGUNAN ORANG ASILI DI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA MODEN. Matlamat dasar ini untuk integrasi Orang Asli dengan masyarakat kebangsaan melalui program-program pembangunan sosio-ekonomi supaya Orang Asli menikmati taraf hidup yang lebih tinggi sebagai asas untuk mereka berkecimpung di dalam segenap lapangan kehidupan di dalam masyarakat umum. Untuk tujuan pengkajian, kerja lapangan telah dijalankan di kalangan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Senoi iaitu Orang Temiar yang menduduki kawasan RPS Kuala Betis. Orang Temiar banyak terlibat dalam program-program pembangunan yang dirancang oleh JHEOA tetapi banyak yang menemui kegagalan. Perbincangan mengenai program program pembangunan yang dirancang dan pelaksanaannya amat penting untuk melihat perubahan sikap Orang Temiar yang telah memberi kesan kepada corak hubungan mereka dengan agensi-agensi tertentu yang terlibat dengan program-progam pembangunan itu.

Creator

Noraini Awang Mat

Source

DS595.2 O73NORAM 2001

Date

1999

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation