Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Malays and modernization a sociological interpretation
Dalam buku 'Malays and Modrnization' (A Sociological interpretation ) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat dikalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nlai-nilai kebudayaan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun ituadalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khususnya dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai peluang unuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan. Hasl daripada keadaan ini, masyarakat Melayu melakukan pemilihan pekerjaan yang sejajar dengan nilai-nilai kebudayaan. Sementara itu, corak pemilihan pekerjaan masyarakat Melayu tradisional itu tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan malah ia lebih bersifat tolong menolong, bergotong royong dan sebagainya. Pada suatu ketika, pengarang juga mengatakan bahawa, masyarakat Melayu tradisional berminat untuk membela ayam tetapi ianya bukan untuk tujuan penjualan . Mereka membela ayam adalah untuk mengadakan permainan menyabung ayam yang memberikan hiburan kepada masyarakat kampung pada waktu itu.
Text
Okestera nobat diraja negeri Perak
Nobat adalah satu okestera di raja. Nobat merupakan sebahagian daripada alat-alat kebesaran di raja. Nobat jua merupakan lambang kemegahan kesenian raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu mempunyai pertalian rapat dengan nobat, ini dapat dilihat dengan adanya penghargaan dan penghormatan istemewa yang diberikan kepada alat-alt nobat dan okestera nobat ini memainkan peranan dalam upacara penting di istana.
Text
Kesultanan Melayu dari segi pensejarahan-nya
Latehan Ilmiah Pendek ini adalah di-susun dengan berdasarkan tiga buah buku sejarah Melayu, ia-itu:
1- "Sediarah Melayu" terbitan Djambatan ( 1958 ).
2- "Misa Melayu" edisi R.O Winstedt ( salinan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1962).
3- "Hikayat Merong Mahawangan" edisi R.J. Wilkinson Malaya, Kuala Lumpur 1962).
Sebab pun pengajian ini di-dasarkan kepada tiga buah teks sahaja ia-lah kerana kesuntokan ruangan yang telah di-tetapkan, pada hal espek2 yang hendak di-kaji itu ada-lah tersangat luas. Namun begitu penyusun akan menchoba juga menimbulkan beberapa hal mengenai tajok kajian ini dengan berdasarkan bukti2 yang terdapat dari ke-tiga2 buah teks tersebut.
Text
Unsor2 Hikayat Raja2 Pasai yang terdapat dalam Sejarah Melayu
Pendita2 atau pengarang2 Melayu dahulu telah berjaya pada masa-nya menghasilkan beberapa chorak sastera yang ber-lainan dan berbagai ragam. Di-antara lain, mereka telah menghasilkan sastera yang berchorak sejarah. Perkataan 'sejarah' pada mereka atau pada faham mereka tentu sahaja berlainan dari paham sejarah sekarang. Perkara ini akan di-jelaskan lagi apabila penulis menyentoh teks2 yang akan di-kaji, ia-itu Hikayat Raja2 pasai dan Sejarah Melayu.
Text
Perhubongan negeri Melaka dengan orang-orang asing
Dalam karangan ini penulis akan mengkaji perhubongan masha-rakat Melaka dengan orang2 asing yang bukan orang Eropah. Kajian ini berdasarkan atas buku Sejarah Melayu sebagai sumber yang utama. Di-samping itu akan di-guna juga bahan2 dari sejarah tertulis untok perbandingan. Tujuan kajian ini untok melihat peranan orang asing dan pengaroh mereka dalam masharakat Melayu dari Sejarah Melayu dan dari sejarah sejati.
Text
Malays and Modernization
(A Sociological Interpretation)
Dalam buku, 'Malays and Modernization' (A sociological Interpretation) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek-aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nilai-nilai kebudayaan dan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu turun temurun itu adalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khusunya dalam bidang ekonomi.
Text
Orang Barat dalam pandangan hasil-hasil penulisan Sejarah Melayu bandingkan dengan chorak perhubungan antara Ahli-Ahli Dagangan Barat dengan pelabohan-pelabohan Melayu saperti yang terdapat pada undang-undang pelabohan Kedah dan Acheh
Pengkajian ini mengenai sejarah pada satu bahagian dan sastera pada bahagian yang lain. Sebab-nya pun mengenai sejarah ia-lah pembahagian mana dalam perhubongan di-antara orang Melayu dengan orang Barat itu. Pada mula-nya, di-beri maksud yang mendorong orang Barat datang ke-Alam ini. Sesusah itu di-beri penerangan tentang perhubongan di-antara dua kaum itu dan akibat-nya perhubongan ini "REACTION". Satelah ramai-lah orang Barat itu di-sini terdapat 'hukum'2 yang di-chipta oleh beberapa kerajaan Melayu yang mengandongi tata-tertib yang harus di-turuti di-pelabohan2 Melayu.
Text
Hikayat Hang Tuah sebagai hasil sastera Melayu
Selama ini beberapa sasterawan yang terkenal telah sadikit sebanyak memperkatakan H.H.Tuah. Sasterawan2 ini dapat kita bahagikan kedalam dua bahagian.
1. Sasterawan2 Barat.
2.Sasterawan2 Tempatan.
Text
Pensejarahan Melayu Lama
Tujuan pengajian ini ialah untuk mengawasi sifat2 umum dan membuat komentar mengenai penulisan sejarah Melayu lama, dalam bidang sastera Melayu lama, dengan berdasarkan naskhah2 Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
sastera Melayu
Penyimpangan Tuhfat-Al-Nafiz dari Historiografi Umum Melayu
Latehan ilmiah pendek ini tidak sekali2 merupakan satu theses. Sunggoh pun dasar kajian-nya hampir serupa dengan kajian theses itu, latehan ini hanya merupakan satu kajian yang singkat terhadap satu bidang yang maha luas lagi mendalam. Penulis memang sedar betapa luas-nya bidang sastera Melayu dan dalam latehan pendek ini penulis akan memberi beberapa pandangan yang dapat munkin, walau pun pendapat2 atau pun pandangan-nya agak kontroversial dan ada kala agak tipis. Ini penulis sedia mengaku kerana pada hemat penulis ini-lah kali pertama-nya satu latehan ilmiah di-selenggarakan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu terhadap Tuhfat-al-Nafiz. Jadi sudah samesti-nya-lah penulis telah menemui beberapa kesukaran walau pun latehan ini bukan latehan yang panjang.
Text
Orang-orang asing, yang bukan orang Barat, di-pandang dari segi Kacha Mata Penulisan Sejarah Melayu
Sejarah Melayu ada-lah satu hasil chiptaan yang terpenting, bukan sahaja dari segi kesusasteraan Melayu kelasik, bahkan juga dari segi kebudayaan Melayu lama. Buku itu menggambarkan dengan jelas-nya zaman kegemilangan Melaka, kebesaran, kemuliaan, dan kegagahan Raja2 Melaka, orang2 besar Melaka, dan umum-nya raayat dan Kota Melaka.
Text
Hikayat Hang Tuah sa-bagai hasil sastra
Maksud kajian pendek ini ai-lah menilaikan Hikayat Hang Tuah sa-bagai hasil sastra. Hikayat ini ada mempunyai beberapa edisi. Edisi yang di-guna sa-bagai bahan kajian ini ia-lah keluaran Balai Pustaka, Djakarta, 1956.
Text
Pertembongan orang2 asing (yang bukan orang Barat) dengan masharakat Melayu Melaka saperti yang di-gambarkan oleh 'Sejarah Melayu'
Istilah 'orang asing' sa-bagaimana yang di-tentukan oleh tajok ada-lah membawa erti orang2 yang bukan berdarah melayu, yang pernah mengadakan pertembongan sa-chara langsong atau tidak dengan negeri Melaka. Tegas-nya orang2 yang di-luar pemerentahan kerajaan2 Melayu saperti yang terdapat di-Tanah Melayu, di-Sumatra serta di-kepulau2an sa-belah timor-nya, dan di-negeri Brunai. Dalam pada itu penulis menganggap kerajaan Majapahit (Jawa) dan ra'ayat2-nya sa-bagai orang2 asing.
Text
Kajian tentang chorak Kesultanan Melayu lama
Barangkali untok memahami keadaan masharakat Melayu mengenai konsep "Kesultanan" pada zaman silam saperti yang di-gambarkan dalam Kesusasteraan Melayu dulu, chuba-lah kita memperhatikan pesanan Sultan Mahmud Shah kapada anakanda-nya Alau'd-din Shah sa-belum ia meninggal, saperti yang terdapat di-dalam "Sejarah Melayu"
"Hai, anak-ku, dan chahaya mata-ku, engkau kerajaan, hendak-lah sangat2 sabar-mu, barang sa-suatu bichara mu jangan meninggalkan Bendahara dan sekalian hulubalang".
Text
Methos dalam pensejarahan Melayu lama
Sejarah dan fable pada lahir-nya ada-lah sebagai kembaran tetapi keeratan pertalian kedua2-nya beransor renggang mengikut peredaran masa hingga pada akhir-nya bercherai-lah mereka. Persaudaraan itu melampaui beberapa kurun yang di-penohi oleh methos2, legenda2, roman2 dan roman2 sejarah. Sejarah beransur2 munchul daripada lautan fable itu hingga lama kelamaan perkara2 yang 'natural' pada suatu generasi itu berupa dongengan dan khayalan sahaja pada generasi yang terkemudian.
Text
Chorak historiografi Melayu
Tajok kajian ini ialah Chorak Historiografi Melayu. Tujuan kajian ialah menchari sifat2 umum penulisan sejarah Melayu lama dengan berdasarkan buku2 yang di-anggap mempunyai unsur2 sejarah: hasil2 seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja2 Pasai, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Silsilah Kutai. Pemilehan hasil2 ini berdasarkan apa2 hanya sekadar mereka terdapat di-perpustakaan di-sini. Karangan Raja Ali Haji tidak di-masokkan kerana hasil-nya akan di-selenggerakan oleh pehak lain. Buku2 tentang sejarah yang di-tulis oleh para sarjana Barat jua menjadi sumber bachaan.
Text
Chorak pemerintahan kesultanan Melayu seperti yang di-gambarkan oleh hasil-hasil penulisan sejarah Melayu
Ada tujuan latehan ini ia-lah untok mengkaji tentang chorak pemerintahan kesultanan Melayu sa-bagaimana yang telah di-gambarkan oleh hasil2 penulisan sejarah Melayu. Kajian ini di-lakukan dari segi kebudayaan bukan dari segi sejarah. Oleh itu segala selok-belok sejarah tidak-lah menjadi soal yang penting bagi kajian ini. Yang lebih penting pada sisi penulis ia-lah berkenaan dengan peristiwa2 dan gambaran2 yang terdapat dalam penulisan2 sejarah Melayu itu berhubong dengan pemerintahan dan pentadbiran negeri pada zaman dahulu.
Text
Chorak penulisan sejarah (Historiography) Melayu kelasik
Pengajian ini berdasarkan atas Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Marong Maha Wangan, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
Tuhfat-al-Nafis chorak historiografinya persamaan dan penyimpanan dari tradisi historiografi Melayu
Tuhfat-al-Nafis ia-lah hasil karangan Raja Ali Haji dari Riau, sa-orang keturunan Bugis. Karangan ini mengenai riwayat negeri Johor dari asal-usul-nya hingga tahun 1865, tahun Raja Ali Haji memulai karangan-nya ini.
Text
Local Malay Folklore
Dalam menjalankan tugas untok mengompotkan sastera rakyat ditempat sendiri atau 'Local Malay Folklore' yang maseh tersimpan sa-dikit2 lagi dalam kepala orang2 tua2 dan yang belum diabadikan dalam bentok tulisan, saya telah berjaya mengompolkan beberapa buah cherita pendek2. Cherita2 itu ialah: lagenda, memorate, cherita2 jenaka, wayang kulit, kepercayaan2, upachara2 dan adat istiadat.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang imam dalam sebuah komuniti melayu
Tema Kajian ini ialah untuk mengetahui setakat mana peranan sesaorang imam pada idealnya dipraktikkan secara realiti. Ia juga bertujuan mengetahui setakat mana imam sesebuah kampong itu memenuhi jangkaan-jangkaan peranan maamum-maamumnya dalam sebuah masyarakat yang sedang berada diperingkat transistional, antara traditional dengan moden.
Text
Pentadbiran pejabat ugama (Mahkamah Syariah) Rembau dan hubungan nya dengai Balai Adat
Menurut Tuan Hj. Abbas bin Hj. Zakaria, bekas kadi Daerah Rembau (1915 - 1953) sebelum ianya dilantik menjadi kadi Daerah Rembau dalam tahun 1915, telah ada terdapat beberapa orang kadi yang mn=entadbirkan hal-hal ugama Islam di rembau. Menurutnya kadi-kadi yang awal itu adalah dilantik oleh Datuk Undang dengan persetujuan Datuk-Datuk Lembaga.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang Imam dalam komuniti Melayu
Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah terserah kepada Kerajaan Negeri dan Rajanya atau Sultannya menjadi Ketua Agama. Untuk menasihati Sultan dalam urusan keagamaan, Majlis Perundagna tiap-tiap negeri telah meluluskan enakmen-enakmen tertentu.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan saorang Bomoh Melayu dalam komuniti kecil di Maras
Menganalisa Kedudukan Bomoh dalam masyarakat, peranannya, jangkaan peranannya, kedudukan Bomohship akan datang akibat scientific dan teknological change, kedudukan ekonominya, serta sikap anggota komuniti terhadap peranan yang dimainkan oleh Bomoh.
Text
Konsep dan Idea Kesusastraan
Kajian mengenai konsep dan idea kesusatraan salah seorang penyajak di negeri Terengganu belum ladi dibuat hingga sekarang terutama terhadap penyaiar yang sudah terkenal dalam penulisan tersebut.
Text
Shamsuddin Salleh idea dan konsep kesusastraan dalam novelnya
Shamsuddin Salleh dilahirkan pada 31 Ogos 1906 di Pekan Baru yang ketika itu termasuk dalam wilayah Sumatera Timur tetapi sekarang menjadi ibukota wilayah Riau.
Text
Muhammad Saleh Haji Awang (Misbaha) sebagai tokoh wartawan sastrawan sebelum perang dengan konsep dan idea kesusastraanya
Kajian tentang sumbangan Haji Muhamad Saleh dalam bidang kesusastraan belum lagi dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum Hashim Awang.
Text
Konsep dan idea kesusasteraan
Pembicaraan tentang konsep dan idea kesusasteraan beliau ini adalah ditinjau dari bahan-bahan karyanya yang saya temui iaitu 6 buah novel, 3 buah cerpen dan 10 buah puisi.
Text
Konsep dan idea Ishak Haji Muhammad terhadap kesusateraan dan kesusasteraan zamannya
Arena perjuangan mereka ini banyak disalurkan melalui tulisan samada dalam bentuk makallah, novel dan cerpen.
Text
Ahmad bin Kotot penulis sebelum perang yang jarang diperkatakan
Dalam hubungan ini perlulah disebutkan bahawa seorang pengarang sebuah novel Melayu di zaman Sebelum Perang bernama Ahmad bin Kotot telah pertama kalinya diperkenalkan secara sepintas lalu oleh Zaaba di dalam sebuah rencananya 'Recent Malay Literature' yang muncul di dalam JMBRAS Jilid XIX, Bahagian I, 1941.
Text
Kajian Ringkas Asal Usul Masyarakat Tempatan Sik dan Perkembangan beberapa aspek Socio Communications tempatan
Tujuan kajian ini, ialah untuk melihat proses perkembangan penempatan awal dan beberapa aspek tertentu dikalangan masyarakat Sik.
Text
perubatan tradisional
sosiobudaya
Konsep penyakit dalam sistem perubatan tradisional masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi kaya dengan warisan kepercayaan terhadap sesuatu fenomena budaya. Anggapan ke atas sesuatu fenomena akhirnya menjadi doktrin untuk diamalkan oleh mereka. Konsep penyakit tidak terkecuali dalam fenomena kepercayaan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri di dalam mengongsepsikan penyakit..
Text
Imej Malaysia dalam Karya Seni Naif Nur Azmi Mokhtar
Kertas projek yang bertajuk 'Imej Malaysia dalam Karya Nur Azmi Mokhtar' membincangkan imej-imej En.Nur Azmi Mokhtar dalam karyanya yang mencerminkan imej Malaysia. Pengkaji melihat perkembangan seni lukis Moden di Malaysia yang bermula pada tahun 1930-an dan membincangkan konsep Seni Naif dan perkembangan aliran seni naif di Malaysia. Pengkaji melihat imej-imej yang juga merangkap identiti penulis dalam karya beliau dsn perkaitan imej-imej tersebut digunakan dalam karyanya. Metodologi yang dgunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah ke lapangan. Pengkaji mencari data-data sekunder di beberapa perpustakaan dan menemuduga dua orang pelukis iaitu Yusof Gajah dan Nur Azmi Mokhtar. Hasil kajian menunjukkan bahawa imej-imej yang digunakan imej-imej yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dan pengkaji menyimpulkan konsep seni naif. Saya berharap kajian ini akan memberi manfaat kepada pengkaji-pengkaji dan pencinta seni.
Text
Perwatakan di dalam Ombak Bukan Biru
Cerita yang dapat berjalan dengan licin ialah gabungan baik watak-wataknya. Kehadiran watak yang tidak berfungsi hanya mengganggu plot dan penceritaan. Dalam hal ini, Fatimah Busus telah berjaya menggabungkan para pelakunnya membina sebuah cerita yang menarik walaupun tema yang dipilih agak ringan. Gambaran watak utamanya iaitu Imrah sangat jelas dan tersusun. Perkembangan watak Imrah berlangsung dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya.
Watak Imrah telah membangun membawakan persoalan dan memberikan jawaban dan juga meninggalkan persoalan. Persoalan Imrah adalah persoalan kebanyakan anak muda hari iniyang menghadapi masalah jurang jenarasi. Masalah nilai dan tersepitnya antara dua golongan lama dan baru. Imrah telah cuba membawakan masalah tersebut dan mencuba untuk menyelesaikan masalahnya. Imrah telah cuba berdikari dan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan logiknya.
Text
Pak Suratman bin Mosnadi: Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu di Daerah Pontian
Di zaman moden ini, manusia sering mencari identiti yang tersendiri untuk mereka membedakan di antara satu dengan yang lain. Mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang menggali nilai-nilai lama warisan nenek moyang mereka untuk dinikmati, dicintai dan dihidupkan kembali. Sementara golongan kedua pula, mereka mengambil unsur-unsur terbaru yang dirasakan 'sesuai' dan maju untuk diamalkan dan dibanggakan.
Oleh itu, di celah-celah keriuhan muda-mudi menggemari dan memilih lagu-lagu dan muzik pop, masih ada segelintir manusia yang tetap merindui irama murni tinggalan nenek moyang mereka. Mereka inilah yang masih boleh diharap untuk terus memelihara, mengekal dan menggembangkan warisan budaya asli bangsanya.
Text
Seni Tari Tarbus
Seni tari dabus digolongkan di dalam golongan seni suara dan seni gerak. Ini adalah kerana selain pergerakan badan yang berbentuk tarian yang ditarikan oleh penari-penari dabus ia juga diiringi oleh nyanyian syair dan lagu-lagu tertentu seperti dari kitab berzanji dan marhaban serta diikuti oleh paluan rebana, pukulan gong dan juga goncangan anak dabus, walaupun begitu didalam mempergiatkan lagi serta didalam usha untuk menghidupkan semula seni yang berbagai-bagai bentuk ini. Masyarakat melayu seolah-olah telah tersepit di dua cabang yanga agak merumitkan dan seolah-olah menekan mereka. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan ugama Islam yang terus menolak kepercayaan yang berbentuk animisma seperti kepercayaan kepada kuasa ghaib. Maka disini timbulah pula golongan yang dikatakan bomoh yang dianggap boleh menghubungkan alam ghaib dengan alam nyata, dengan mengaitkan serta menggunakan ayat-ayat Al-Quran, di dalam jampi serapah serta mantera bagi memanggil kuasa ghaib bagi meminta pertolongan.
Text
Serunai Sebuah Alat Muzik Melayu
Di antara alat-alat erofon, serunai telah dipilih untuk dihuraikan disini. Dan segala perbincangan adalah berdasarkan kepada kerja luar (field work) yang telah dilakukan selama lebih kurang 2 minggu dengan seorang juru serunai yang dikenali dengan nama Pak Lah Ju Surna dan seorang pembantu yang dikenali dengan panggilan Yusuf Zorro.
Dari cerita-cerita beliau, nyatalah Pak Lah adalah seorang juru serunai yang ahli dan mempunyai banyak pengalaman didalam bidang serunai. Beliau pernah menunjukkan persembahannya di hadapan Almarhum Sultan Ibrahim (Kelantan) dengan sebuah lagu bernama 'Raja Berangkat' dan ditarikan oleh Tengku Nur (sekarang ini menjadi wakil rakyat bagi jajahan Tumpat, Kelantan). Beliau bukan sahaja pandai meniup serunai, tetapi pandai juga membuat serunai itu sendiri, disamping menjadi seorang bomoh (pawang).
Text
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Dikir Pahang
Dengan pengkajian ini, dapatlah diketahui tentang khazanah tradisional orang Melayu dan ianya amat penting diketahui oleh setiap orang. Ini kerana hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga mempunyai seni muzik yang ada identiti sendiri. Ramai pula orang barat yang menunjukkan sikap 'ethnocentric' terhadap seni muzik di luar peradaban barat tidak bermutu dan tidak mempunyai nilai-nilai ekstetik. Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya kajian ini dapat membuktikan yang seni muzik Melayu juga mempunyai nilai-nilai estetika dan bermutu tinggi. Selain dari itu, kajian ini juga dapat menghidupkan kembali seni muzik tradisional supaya ianya tidak luput ditelan dek zaman.
Text
Persembahan Dikir Laba Kelantan
Dalam esei ini penulis akan menerangkan definisi dikir laba, asal usul dikir laba, cara persembahan dan aspek-aspek lain yang terdapat dlam persembahan dikir laba seperti lakunan dan nyanyian. Dalam menentukan asal usul dan definisi dikir laba penulis telah mendasarkan kepada pandangan-pandangan orang tertentu, yang ditemuinya. Berhubung dengan aspek lain yang terdapat di dalam persembahan dikir laba penulis telah menghurai satu persatu secara terperinci. Misalnya dalam nyanyiannya selain dari menghurai, penulis juga telah menyertakan beberapa buah lagu sebagai panduan.
Text
Muzik Tradisional di Negeri Sembilan
Tumbuk Kalang
Tumbuk Kalang adalah satu alat yang berbentuk lesung yang boleh mengeluarkan bunyi dan lagu apabila diketuk dan ia merupakan satu bentuk muzik tradisional di Negeri Sembilan. Permainan ini biasanya diadakan pada temasya mengemping padi di musim menuai iaitu padi muda yang direndang dan ditumbuk di dalam lesung.
Text
Struktur dan Fungsi Peralatan Songket di Terengganu
Perusahaan songket merupakan salah satu daripada
beberapa jenis perusahaan kecil yang terdapat di Negeri Terengganu seperti perusahaan batik, perusahaan alat-alat
tembaga, perusahaan anyaman mengkuang, pandan, buluh dan perusahaan membuat perahu. Rata-rata perusahaan ini diusahakan oleh masyarakat Melayu yang menjadi penduduk majoriti Negeri Terengganu.
Songket merupakan satu jenis kraftangan yang mesti melalui beberapa proses tertentu dan mengalami satu jangka masa tertentu. Songket diperbuat daripada benang kapas yang telah dicelupkan kepada warna-warna tertentu mengikut selera pelanggannya. Diantara benang kapas itu terdapat pula benang emas atau benang perak atau keđua-duanya sekali yang digunakan untuk membentuk corak atau bunganya.
0leh kerana perusahaan ini sangat rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi maka orang yang betul-betul mahir dan berminat sahaja yang dapat mengusahakannya bagi menghasilkan songket yang benar-benar bermutu dan bernilai.
Text
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional (Canggong Negeri Perlis)
Dalam bahasa Thai beerti tarian. Asalnya ialah dari Perlis. Selalunya dipersembahkan selepas musim menuai padi. Petani-petani akan berkumpul beramai-ramai untuk bertemasya dan bersuka ria. Teruna dan dara akan menarikan tarian ini dan dalam masa menari itu banyak berlaku usikkan dan cumbuan sesama mereka.
Text
ghazal
muzik tradisional
...2 more
Profail Penyanyi Lagu2 Asli dan Lagu2 Ghazal Rosiah binti Abdullah (Rosiah Chik)
Di sini penulis kemukakan seorang penyanyi lagu-lagu Melayu Asli dan lagu-lagu Ghazal yang dikenali sejak tahun 1935 sehingga hari ini Puan Rosiah binti Abdullah atau yang lebih dikenali sebagai Rosiah Chik. Kajian ini meliputi kegiatan beliau sejak kemunculan beliau sehingga hari ini yang penulis rasakan amat bermakna sekali sumbangan beliau di dalam khazanah seni tanahair.
Di dalam suasana kekacauan budaya kita yang diresapi oleh berbagai anasir dari luar Rosiah Chik terus gigih menyanyi untuk meneruskan warisan lagu-lagu Asli dan Ghazal agar tidak terus lenyap tanpa kuburan. Harapan beliau sungguh tinggi iaitu untuk mengembalikan kegemilangan lagu-lagu Melayu Asli dan Ghazal yang tenggelam di dalam budaya pop dan lain-lain lagi.
Text
Profail S.M. Salim
Lagu-lagu asli Melayu adalah tergolong ke dalam muzik Melayu tradisional. Oleh itu, seseorang penyanyi lagu-lagu asli Melayu adalah dianggap sebagai seorang pemuzik Melayu tradisional juga. S.M. Salim, seorang penyanyi lagu-lagu asli Melayu yang terkenal pada tahun lima puluhan dan enam puluhan memang tidak terasing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Pengalaman beliau sebagai seorang seniman sangat luas. Nama beliau bukan sahaja terharum di tanahair kita ini bahkan di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Penyanyi-penyanyi lagu-lagu asli Melayu di Malaysia semakin berkurangan. Memandangkan keadaan demikian, beliau ingin terus menyanyi selagi kemampuannya walaupun zaman kecemerlangan beliau telah berlalu. Ini adalah juga sebagai suatu galakan kepada para artis muda untuk cuba mengekalkan serta memperkembangkan seni muzik tradisional ini. Sumbangan beliau terhadap seni muzik Melayu tradisional memang tidak ternilai lagi.
Text
Persembahan Dondang Sayang
Esei ini membincangkan topik mengenai Dondang Sayang yang begitu popular di negeri Melaka. Tinjauan yang dibuat adalah berbagai aspek mengenai persembahan Dondang Sayang.
Text
dabus
tarian
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Dabus
Kajian ini telah diklasifikasikan kepada beberapa topik tertentu untuk memudahkan kita melihat secara lebih jelas lagi:
Bahagian satu menyentuh tentang sejarah asal-usul Dabus di mana permainan ini mula diperkenalkan oleh ahlul-bait atas tujuan untuk menakut-nakutkan pihak musuh.
Bahagian kedua menceritakan tentang upacara ritual iaitu upacara buka gelanggang pada setiap persembahan.
Bahagian ketiga huraian tentang alat-alat muzik dalam permainan Dabus iaitu Gendang, Gong dan Anak Dabus.
Bahagian keempat. Di sini diterangkan bagaimana Dabus dipersembahkan.
Bahagian kelima. Sedikit tinjauan mengenai pertalian Dabus dengan masyarakat.
Bahagian keenam pencungkilan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam kesenian Dabus.
Bahagian ketujuh komen penulis terhadap unsur-unsur negatif dalam Dabus.
Bahagian kelapan. Di sini disentuh pula suasana di mana Dabus kini berada, ancaman-ancaman yang dihadapi oleh Dabus serta beberapa cadangan supaya Dabus dapat dikekalkan untuk beberapa generasi akan datang.
Text
dikir barat
pemuzik
...2 more
Profail Seorang Tokoh Dikir Barat. Daud Bukit Abal
Salah seorang tokoh yang turut melibatkan diri dalam persembahan Dikir Barat sejak hampir 20 tahun yang lalu ialah En. Daud dan beliau bertindak sebagai Juara Dikir Barat dan namanya sebaris dengan tokoh-tokoh Dikir Barat yang lain seperti Seman Wau Bulan, Yusof Kelong, Arifin Ana dan seterusnya. Disini penulis akan menonjolkan ketokohan Daud sebagai seorang Juara Dikir Barat yang terkenal.
Text
Gulintangan Sebagai Satu Permainan Muzik Tradisional
Tujuan penulis membuat kajian ini adalah untuk memperlihatkan lagi secara lebih mendalam tentang salah satu bentuk persembahan muzik tradisional Negara Brunei Darussalam, iaitu Gulintangan. Yang mana Gulintangan adalah satu bentuk ensembal alat-alat muzik tradisional yang begitu terkenal dan selalu digunakan dalam mengiringi beberapa persembahan di Negara Brunei Darussalam misalnya, Permainan Bersilat dan Anding.
Tujuan penulis membuat kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan Gulintangan dan permainannya di antara beberapa puak di Negara Brunei Darussalam. Dan secara sambil lalu penulis ingin lihat dari mana asal usul Ensembal Gulintangan ini sebenarnya.
Text
Profail Seorang Pemuzik Melayu Tradisional Hamzah Dolmat
Kajian kertas kerja ini adalah mengenai profail seorang tokoh pemuzik Melayu tradisional iaitu Hamzah Dolmat. Beliau adalah seorang ahli muzik yang mahir dan pakar bermain biola tanpa melihat note muzik. Malah Hamzah telah menumpukan karier hidupnya kepada dunia seni muzik sejak dari kecil hingga masa kini.
Text
Transformasi Dikir Barat: Akademi Dikir Barat Arjunasukma Pencetus Perubahan
Kertas projek yang bertajuk 'Transformasi Dikir Barat; Akademi Dikir Barat Arjunasukma Pencetus Perubahan' ini adalah sebuah kajian yang mengkaji mengenai sebuah akademi dikir barat yang ingin membawa perubahan dalam industri dikir barat tanah air. Perubahan yang dibawa bukanlah bertujuan untuk menghapuskan elemen tradisi dalan dikir barat tapi ingin menambah baik lagi tahap kualiti dikir barat tanpa mengabaikan elemen wajib dalam dikir barat.
Showing 1 to 50 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->