Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Salah satu genre sastera bawaan...
Salah satu genre sastera bawaan daripada Arab Parsi yang dikaitkan dengan hikayat ialah sejenis penceritaan yang sambung bersambung dan berantai. Genre ini terkenal dengan nama Hikayat Berbingkai, kerana strukturnya sedikit berbeza dari hikayat yang umum. Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok."
Text
Syair Siti Zubaidah adalah sejenis...
"Syair Siti Zubaidah adalah sejenis sastera hikayat dalam bentuk puisi. Genre hikayat adalah genre terbesar dalam karya kesusasteraan. Sastera hikayat boleh dipecahkan kepada kepada sub-golongan yang lain. Sastera hikayat berfungsi sebagai alat hiburan orang Melayu. "
Text
Dalam sastera epik Islam sesungguhnya...
"Dalam sastera epik Islam sesungguhnya sangat kaya dengan segala nilai-nilai murni . Dalam Hikayat Amir Hamzah nilai murni yang didapati ialah nilai tolong-menolong dan bersatu padu bagi menghadapi suasana yang genting kerana ancaman musuh."
Text
Dalam sejarah Islam ramai tokoh...
"Dalam sejarah Islam ramai tokoh-tokoh pahlawannya. Kegagahan dan perjuangan tokoh-tokoh ini terus hidup dalam bentuk dunia sastera. Apabila Islam masuk ke Alam Melayu, maka cerita-cerita pahlawan dibawa bersama sebagai salah satu pengembangaan dakwah Islam. "
Text
Hang Tuah sebagai simbol kewiraan...
Hang Tuah sebagai simbol kewiraan Melayu dapat dilihat daripada sifat - sifatnya iaitu pertama berbakti dan taat setia kepada raja. Setiap peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah menggambarkan Hang Tuah sebagai tokoh yang sentiasa mencurahkan segala daya dan nyawa demi kesetiannya kepada raja."
Text
Watak Hang Jebat selalunya bersaing...
"Watak Hang Jebat selalunya bersaing dengan watak Hang Tuah. Dari segi fizikal, Jebat dikatakan berkulit putih ,rambutnya ikal. dan kacak orangnya. Dia mempunyai suara yang merdu,pandai membaca hikayat. Dia memiliki ilmu seperti ilmu batin, ilmu sakti, ilmu firasat, dan ilmu pustaka. Oleh itu, kehandalannya lebih kurang sama dengan Hang Tuah kerana mereka sama-sama berguru di Bentan dan di Majapahit."
Text
Sejarah Melayu dianggap sebagai teks...
"Sejarah Melayu dianggap sebagai teks kanon dalam sastera Melayu klasik dan karya agung historiografi Melayu. Sejarah Melayu memberi ketenangan tentang keturunan raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu sehingga kehadiran orang Portugis. "
Text
Melaka
rumah
Rumah Serambi Melaka yang terbesar...
"Rumah Serambi Melaka yang terbesar dikenali sebagai rumah tiang enam belas iaitu ibu rumahnya menempatkan enam belas batang tiang utama. Tiang-tiang tersebut terdiri daripada lapan batang tiang serambi sama naik dan lapan batang tiang panjang. "
Text
Melaka
rumah
Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu...
"Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu yang lain, tiang-tiang rumah serambi Melaka dikenali dengan beberapa nama iaitu tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung, tiang pendek dan tiang tambah. "
Text
Melaka
rumah
Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar...
"Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar, rumah-rumah serambi Melaka menggunakan tangga kayu yang bertanggam dan diikat dengan rotan iaitu sama seperti yang digunakan pada kebanyakan rumah-rumah Melayu tradisional di Semenanjung Malaysia. "
Text
Melaka
rumah
Kedudukan lantai pada komponen bangunan...
"Kedudukan lantai pada komponen bangunan rumah serambi Melaka tidak sama. Ini haruslah berasaskan kepada fungsi ruang. "
Text
Melaka
rumah
Bumbung rumah serambi Melaka adalah...
"Bumbung rumah serambi Melaka adalah dikira sebagai rumah bumbung Melayu, yakni menggunakan bumbung panjang lurus menempatkan tebar layar di tepi. "
Text
Johor
Sebagai seorang pemerintah mutlak yang...
"Sebagai seorang pemerintah mutlak yang banyak mendapat pengaruh Barat, Abu Bakar telah memperkenalkan institusi dan teknik pentadbiran Barat di Johor hinggakan beliau telah dianggap sebagai artkitek Johor moden. "
Text
Johor
Peristiwa-peristiwa Reformation dan Counter Reformation...
"Peristiwa-peristiwa Reformation dan Counter Reformation, Enlightenment, Zaman Materialisme, pelayaran eksplorasi, revolusi-revolusi industri, saintifik, pertanian, demokratik dan Perancis membuka pintu negara-negara Barat menerima pandangan dunia luar. "
Text
Johor
Orang Cina datang ke Tanah Melayu...
"Orang Cina datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong dan dalam kes negeri Johor, di ladang-ladang gambir dan lada hitam. "
Text
Johor
Alam Melayu amnya dan Johor khususnya...
"Alam Melayu amnya dan Johor khususnya, telah lama menerima pengaruh berbagai-bagai tamadun dan budaya yang terdapat di Timur. "
Text
Johor
Apabila Johor didedahkan sepenuhnya kepada...
"Apabila Johor didedahkan sepenuhnya kepada pengaruh Barat melalui Singapura pada awal abad ke ke-19, budaya barat moden diperkenalkan sebagai satu unit yang kukuh- sebagai satu gabungan yang padu dan bukan sebagai satu komposit dua jenis unsur budaya yang berbeza, iaitu unsur Barat dan unsur moden. "
Text
Tujuan sejarah Melayu yang disusun...
"Tujuan sejarah Melayu yang disusun semula adalah untuk memperbesarkan kedudukan dan sejarah silam raja-raja Melaka yang lebih tewas di takluki Portugis. Pelbagai unsur bukan sejarah dimasukkan sebagai dakyah untuk menguatkan pencapaian terhadap tujuan tersebut. Sejarah Melayu mempunyai empat sifat iaitu sejarah, saintifik, humanistik, rasional dan self-revealatory."
Text
Johor
Di ambang kedatangan Barat (Inggeris) ke Johor...
"Di ambang kedatangan Barat (Inggeris) ke Johor pada awal tahun-tahun 1800-an kuasa golongan Temenggung telah mula terserlah. "
Text
Johor
Keazaman Sultan Abu Bakar terutamanya untuk...
"Keazaman Sultan Abu Bakar terutamanya untuk menghalang Inggeris daripada mencabuli kebebasan Johor dan baginda sendiri tidak menyenangkan pihak Inggeris, terutamanya Gabenor Weld. "
Text
Apabila membaca Sejarah Melayu banyak...
"Apabila membaca Sejarah Melayu banyak orang merujuk pada suatu peristiwa yang paling menarik sekali dalam Sejarah Melayu iaitu perjanjian di antara Demang Lebar Daun dengan Seri teri Buana. Perjanjian ini menjadi dasar konsep daulat dan derhaka yang melatari perhubungan antara raja dengan rakyat yang berterusan dari zaman ke zaman hinggalah ke hari ini. "
Text
Johor
Menyedari akan niat Inggeris untuk...
"Menyedari akan niat Inggeris untuk mengawal Johor, pemerintahnya telah berusaha menghalang niat itu daripada menjadi satu kenyataan dengan melaksanakan beberapa perubahan dalam corak pemerintahan. Usaha-usaha ini memperlihatkan kesan pengaruh Inggeris itu. "
Text
Golongan anak raja dan pembesar...
"Golongan anak raja dan pembesar negeri ini memiliki ciri dan perlambagaan yang hampir sama dengan golongan 'priyayi' di Indonesia. Pembesar negeri memilki ciri yang berbeza dengan kelompok yang lain .Ciri iitu meliputi adat sopan santun, dan bahasa."
Text
Sistem politik dan ekonomi yang ...
"Sistem politik dan ekonomi yang ditunjukkan dalam teks ini adalah hasil daripada struktur dan sistem sosialnya. Raja adalah simbol perpaduan dan menguasai kawasan istana dan sekitarnya atau negara kota. Di kawasan lain, pembesar negeri pula yang berkuasa. Ikatan antara pembesar dan sultan adalah berasakan kesetiaan."
Text
Johor
Hasil titah Sultan itu, undang-undang Johor...
" Hasil titah Sultan itu, undang-undang Johor yang pada mulanya diasaskan kepada undang-undang Islam telah diubah suai kepada undang-undang Inggeris bertujuan mengatur dan mengawal pentadbiran negeri. "
Text
Mentera ialah puisi tradisional yang ...
"Mentera ialah puisi tradisional yang tertua sekali, ia dikatakan sebagai puisi magis iaitu hubungan dengan makhluk halus, supernatural, dan animisme. Untuk perbomohan, pakai diri, pertahanan, dan keselamatan."
Text
Johor
Penyusunan semula organisasi kerajaan...
"Penyusunan semula organisasi kerajaan bermula dengan pemindahan secara rasmi pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pda pada tahun 1866 bertujuan mewujudkan satu sistem pentadbiran yang baik, cekap dan serupa dengan yang terdapat di Singapura. "
Text
Ada pandangan yang mengatakan bahawa...
"Ada pandangan yang mengatakan bahawa bahasa berirama sama tua dengan jampi mantera. Bahasa berirama pula ialah puisi yang mempunyai penyusunan kata-kata yang indah, tiada terikat pada rima, dan kaya unsur puitis."
Text
Johor
Lembaga Penasihat Johor telah ditubuhkan...
"Lembaga Penasihat Johor telah ditubuhkan di London pada tahun 1886 untuk membolehkan Sultan berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan apabila perlu dan tidak melalui Singapura. "
Text
Pantun ialah puisi tradisional Melayu ...
"Pantun ialah puisi tradisional Melayu yang paling popular dan dekat dengan orang-orang Melayu. Pantun adalah jiwa dan sejarah orang-orang Melayu. Ciri pantun biasa adalah mengandungi empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud."
Text
Johor
Akibat perubahan bercorak Barat yang...
"Akibat perubahan bercorak Barat yang diperkenalkan ke dalam kerajaan dan pentadbiran Johor, terutama pada tahun-tahun 1862-1895, Inggeris tidak mempunyai alasan untuk mengenakan kawalan secara formal ke atas Johor sungguhpun terdapat beberapa perkara yang kurang menyenangkan mereka dalam tindak tanduk Sultan Abu Bakar. "
Text
Gurindam pula puisi yang dibawa...
"Gurindam pula puisi yang dibawa oleh orang - orang India ke Alam Melayu. Perkataannya yang bersajak pada akhr pasangan, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Baris pertama sebagai syarat, dan baris kedua sebagai jawab."
Text
Nazam satu lagi jenis puisi...
"Nazam satu lagi jenis puisi bawaan dari negara Arab, yang telah menjadi genre puisi sastera Melayu tradisional. Antara ciri nazam ialah mempunyai rima, suku kata tidak terbatas asal berimbang, setiap rangkap tidak sama barisnya, dinyanyi dan dilagukan."
Text
Qasidah berasal daripada perkataan Arab...
"Qasidah berasal daripada perkataan Arab maknanya nyanyian. Bentuk qasidah sebenarnya ialah puisi syair yang telah menemukan bentuknya yang lengkap. Puisi Arab yang berasal dari saj menjadi rajaz dan akhirnya mencapai bentuk qasidah."
Text
Rubai bererti empat, ini kerana...
"Rubai bererti empat, ini kerana puisi ini empat baris empat baris , seperti pantun empat kerat. Genre ini adalah puisi Melayu boleh dikatakan tidak banyak bezanya dengan rubai Parsi. Malah boleh dikatakan sebagai peniruan yang bulat."
Text
Ghazal bererti cinta atau puisi...
"Ghazal bererti cinta atau puisi berkasih sayang. Di tangan sastera Arab ia melambangkan puisi percintaan yang sangat mendalam yang membayangkan masyarakat Arab begitu setia pada persumpahan cintanya dan begitu mendalam curahan cinta sayangnya."
Text
Mengambil pengertian umum, bait ialah...
"Mengambil pengertian umum, bait ialah puisi yang sebaris (al-masrak) dan tentunya mempunyai dua kerat. Za'ba menjelaskan bait sebagai satu baris mana-mana syair Arab atau Parsi yang diambil dari mana-mana puisi panjang, tidak kira sama ada ia syair, masnawi,qasidah,ghazal atau apa saja. Ambilan sebaris inilah yang dinamakan bait."
Text
Teka-teki adalah suatu genre...
"Teka-teki adalah suatu genre yang telah muncul sejak zaman berzaman lagi. Orang Melayu sangat terkenal dengan genre teka-teki ini kerana terdapat unsur permainan, kecerdikan, kepantasan, hiburan, pendidikan dan sesuai dengan jiwa dalam budaya Melayu."
Text
Kebanyakan hasil sastera kitab bertujuan...
"Kebanyakan hasil sastera kitab bertujuan untuk jihad dan menyebarkan ilmu, bukan pelaburan atau kepentingan politik. Kebanyakannya merupakan terjemahan atau saduran. Kitab bermaksud buku suci yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran dan lain-lain. Kitab dalm konteks sastera Islam ialah sebuah tulisan yang mengandungi berbagai bab tetapi membincangkan tentang satu topik yang besar."
Text
Sastera kitab yang berkembang di ...
"Sastera kitab yang berkembang di rantau ini meliputi pelbagai bidang seperti usulu'd-din, tasawwuf,fiqh dan sebagainya. Seawal zaman Melaka, masyarakat Melayu telah mengenal kitab-kitab seperti al-Durr al-Manzum dan al-Luma."
Text
Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala ...
"Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala kesenian adalah cabang kebudayaan dan kebudayaan merupakan cabang Tamadun Islam. Peranan sastera kitab ialah membentuk 'worldview' Melayu, membina tradisi keilmuan, membina sistem nilai, membentuk budaya, media perpaduan, media pemikiran, dan pembentukan akhlak."
Text
Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala ...
"Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala kesenian adalah cabang kebudayaan dan kebudayaan merupakan cabang Tamadun Islam. Peranan sastera kitab ialah membentuk 'worldview' Melayu, membina tradisi keilmuan, membina sistem nilai, membentuk budaya, media perpaduan, media pemikiran, dan pembentukan akhlak."
Text
Hamzah Fansuri sebagai sasterawan Islam...
"Hamzah Fansuri sebagai sasterawan Islam diterima oleh kawan dan lawan. Syed Muhammad Naguib Al-Attas menganggapnya sebagai sasterawan ulung Nusantara. R.O Winstedt menyatakan ia sebagai orang oertama menulis ilmu tasawuf dalam bentuk sastera iaitu syair."
Text
Telah banyak dilakukan kajian terhadap...
"Telah banyak dilakukan kajian terhadap kehebatan sufistik karya-karya Hamzah Fansuri. Syair -syair Hamzah Fansuri merupakan karya puisi Melayu yang tertua kecuali ' Syair Dagang'. Syair-syair beliau yang lain misalnya 'Syair Perahu' mempunyai unsur mistik dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia. Terdapat satu karangan yang merupakan gabungan bebarapa syair Hamzah Fansuri yang agung yang bertajuk Perintis Jalan'."
Text
Sama banyaknya orang membicarakan syair...
"Sama banyaknya orang membicarakan syair sufinya, begitulah juga orang membicarakan kedudukannya sebagai popular sastera moden Melayu. Orang yang bertanggungjawab mengenahkan Hamzah Fansuri ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Menurut beliau Hamzah Fansuri layak dianugerahkan sebagai gelar Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Hal ini kerana beliau seorang yang mistik dan sufistik dalam pembaharuan yang membawa pemikiran baharu dalam sastera Melayu."
Text
Dalam masa penggubalan undang-undang...
"Dalam masa penggubalan undang-undang ini terdapat pelbagai unsur telah masuk menyerap ke dalamnya antaranya ialah pengaruh Hindu dan Islam. Islam telah memberikan sumbangan besar dalam pembinaan genre sastera undang-undang yang berupa hukum kanun dan undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu."
Text
Di antara teks sastera undang-undang...
"Di antara teks sastera undang-undang itu Hukum Kanun Melaka adalah teks yang tertua sekali. Ia menjadi ikutan, rujukan dan juga ikon kepada sastera undang-undang yang muncul selepasnya. Hukum Kanun Melaka adalah merupakan Hukum Islam yang pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah."
Text
Tajus-Salatin bermakna Mahkota Raja-raja...
"Tajus-Salatin bermakna Mahkota Raja-raja. Ia dikarang oleh Bukhari al-Jauhari pada tahun 1603. Kitab ini mengandungi 24 bab yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang ditujukan kepada raja-raja. Kitab ini digolongkan sebagai genre cermin didaktin yang berunsurkan kebenaran."
Text
Bustanus-Salatin bermaksud Taman Raja-raja...
"Bustanus-Salatin bermaksud Taman Raja-raja. Ia dikarang pada tahun 1638M di Acheh iaitu pada zaman Sultan Iskandar Thani. Pengarangnya ialah Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini menggambarkan keadaan pemerintah di Aceh pada waktu itu."
Text
Di atas tadi kita telah....
"Di atas tadi kita telah mengenal kitab ini. Tajus-Salatin ditulis pada tahun 1603 dan merupakan sebuah kitab sastera yang penting di zamannya. Pengarang Tajus-Salatin ialah Bukhari al-Jauhari Bukhari. Ciri utama kitab ini ialah sebuah kitab yang bercirikan sastera Islam sepenuhnya."
Showing 451 to 500 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->