Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Kritikan: Perkembangan dalam tahun-tahun lima puluhan
"Tahun 1945 merupakan berakhirnya pendudukan Jepun di negara ini. Kemasukkan semula tentera dan pentadbiran British pada mulanya melegakan hati dan keadaan rakyat Tanah Melayu pada waktu itu."
Text
Perkembanga Perang Dunia Kedua: Bentuk kritikan kesusasteraan terawal
"Tradisi kritikan kesusasteraan yang berakar umbi di Barat telah dimulakan tradisinya di sini oleh Keris Melayu. Dengan tulisannya yang berjudul "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" itu, maka bermulalah satu lagi cabang intelektual Melayu yang amat rapat kaitannya dengan cabang kreatif, berkembang sebagai satu bidang ilmu hingga ke hari ini."
Text
Kritikan: Perkembangan sebelum Perang Dunia Kedua
"Kritikan Kesusasteraan Malaysia dapat dikesan bermula pada tahun 1935 apabila tersiarnya tulisan Keris Melayu (nama pena Muhammad Yasin Maamor) berjudul "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" dalam Majalah Guru (bil. 7.7, bertarikh 1 Julai (1935)."
Text
Kritikan
"Sejarah kritikan kesusasteraan telah lahir dan berkait rapat dengan beberapa aspek kehidupan lainnya: sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan. Segala perubahan yang pernah berlaku ke atas masyarakat Melayu sebelum merdeka khasnya dan masyarakat Malaysia selepas merdeka amnya, telah turut mempengaruhi tahap perkembangan kritikan kesusasteraan kita."
Text
kampung
pelabuhan
...1 more
Dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang...
"Dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang menduduki tempat strategik seperti di muara sungai mungkin tumbuh menjadi pelabuhan-pelabuhan niaga dan lambat laun ibu kota negeri-negeri kecil. Jadi dapatlah dikatakan bahawa orang Melayu telah mulai mengembangkan sistem pemerintahan yang menggabungkan masyarakat di peringkat antara kampung."
Text
berpindah-randah
padi
...1 more
Di dataran-dataran yang cukup luas...
"Di dataran-dataran yang cukup luas dan mudah diairi (seperti di bahagian utara) mereka menanam padi di sawah-sawah. Walau bagaimanapun, di sebahagian besar kawasan Semenanjung, pertanian masih diamalkan secara berpindah-randah; dalam cara ini padi ditanam di ladang-ladang yang merupakan tompok-tompok hutan yang sudah ditebas."
Text
animisme
Melayu Deutro
...1 more
Orang Melayu Deutro mempunyai kepercayaan mereka sendiri...
"Orang Melayu Deutro mempunyai kepercayaan mereka sendiri yang disebut animisme. Mereka percaya bahawa tiap-tiap sesuatu, sama ada tanam-tanaman atau haiwan, air atau batu, gunung atau laut dan sebagainya mempunyai 'semangat' atau 'jiwa' yang selalu perlu disenangkan hatinya supaya tidak marah dan menimbulkan bencana."
Text
kampung
Semenanjung Tanah Melayu
Tiap-tiap kampung merupakan unit kemasyarakatan...
"Tiap-tiap kampung merupakan unit kemasyarakatan dengan organisasi sosialnya sendiri di bawah pimpinan seorang ketua yang dipilih, yang kerana kewibawaan, kebijaksanaan, keupayaan serta keberaniannya dipercayakan sebagai penyimpan tradisi dan penjaga kesejahteraan seluruh warga kampung, termasuklah penyelenggaraan undang-undang dan peraturan."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...1 more
Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro...
"Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro tinggal dalam perkampungan-perkampungan tetap yang biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Wheatly (1961) dan pakar-pakar geografi lainnya berpendapat bahawa fenomena ini berpunca daripada jenis tanah yang biasa terdapat di Tanah Semenanjung. Ia terdiri dari tanah liat yang 'laterized' dan mempunyai lapisan humus yang sangat tipis sehingga kurang subur."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...2 more
Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum...
"Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum penghijrah bergerak ke selatan dari tempat yang seakan sama seperti gelombang yang pertama. Mereka itu yang dikenali sebagai Melayu Deutro, juga termasuk ke dalam bangsa Mongoloid tetapi telah mempunyai kebudayaan Zaman Logam, yang lebih tinggi daripada kebudayaan orang-orang Melayu Proto."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
...1 more
Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu...
"Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu ini dikenali sebagai Melayu Proto dan seperti penghuni-penghuni sebelum mereka, juga mengamalkan kebudayaan zaman batu tetapi pada bahagian yang paling akhir, biasanya disebut sebagai Zaman Batu Baru (Neolitik)."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya...
"Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya, rupanya beratus ribu tahun yang lalu, hutan belantara Semenanjung telah dijelajahi oleh manusia berkebudayaan Batu Lama (palaeolitik). Dari peninggalan alat-alat batu kasar mereka seperti yang didapati di Kota Tampan di tepi Sungai Perak, dapatlah dibayangkan bahawa mereka belum terdaya membuat apa-apa perubahan terhadap keadaan sekeliling. Mereka hidup mengembara dan berpindah-randah dalam kelompok-kelompok kecil sambil mencari haiwan buruan, tanpa mempunyai tempat kediaman yang tetap."
Text
Drama; Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Antara penulis-penulis yang diperkenakan oleh Dewan Sastera dan kemudiannya muncul sebagai antara tokoh terpenting dalam perkembangan drama dekad 70-an ialah Noordin Hassan, DInsman, Johan Jaafar dan Hatta Azad Khan."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan; Drama realisme
"Realisme mula berkembang dalam abad ke-19 sebagai hasil daripada reaksi terhadap aliran romantisisme yang banyak disalurkan melalui karya-karya prosa, iaitu cereka (bermula dengan Balzac di Perancis, George Eliot di England dan William Dean Howelle di Amerika Syarikat)."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan: Drama sejarah
"Kesemua buku drama Shaharom diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura (termasuk Tun Seri Lanang yang terbit pada tahun 1959). Sebagai seorang ahli sejarah yang rajin dan tekun, Shaharom meneruskan usaha yang telah dimulakannya di akhir dekad 50-an iaitu menghasilkan drama sejarah atau drama yangb berunsur sejarah."
Text
Drama; Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Bergemanya laungan 'Merdeka' di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957 sekaligus menandakan bermulanya satu era baru dalam sejarah Perseketuan Tanah Melayu dan warganya ketika itu."
Text
Drama; Perkembangan dalam tahun-tahun lima puluhan
"Dengan menghasilkan apa yang disebut sebagai drama sejarah atau drama berunsur sejarah itu, pengarang-pengarang Melayu seolah-olah menyatakan penolakan mereka terhadap cerita-cerita bercorak fantasi yang banyak dipersembahkan oleh bangsawan sejak sekian lama."
Text
Drama Melayu 1941-1949
"Meletusnya Perang Dunia Kedua dan bermulanya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1941 banyak memberi kesan kepada sejarah sosiopolitik negara ini khususnya."
Text
Drama
"Berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dilakukan, termasuk kenyataan-kenyataan Za'ba, adalah disimpulkan bahawa tidak ada karya drama Melayu yang asli diterbitkan dalam bentuk buku sehingga bermulanya Perang Dunia Kedua."
Text
Perkembangan novel dalam tahun-tahun tujuh puluhan; Jumlah dan corak novel
"Corak yang paling utama dan menonjol tertumpu kepada tiga yang terbesar, iaitu kemasyarakatan serta pembangunan, politik dan sejarah. Novel-novel tersebut, yang jumlahnya kelihatan berkembang dengan pelbagai corak yang khusus tadi, memiliki nilai penciptaan yang lebih maju dan tinggi."
Text
Perkembangan novel dalam tahun-tahun tujuh puluhan; Jumlah dan corak novel
"Corak yang paling utama dan menonjol tertumpu kepada tiga yang terbesar, iaitu kemasyarakatan serta pembangunan, politik dan sejarah. Novel-novel tersebut, yang jumlahnya kelihatan berkembang dengan pelbagai corak yang khusus tadi, memiliki nilai penciptaan yang lebih maju dan tinggi."
Text
Johor
Perkembangan yang semakin kompleks...
"Perkembangan yang semakin kompleks yang berlaku dalam organisasi Kerajaan Johor memperlihatkan peralihan penguasaan teraju pentadbiran daripada elit tradisional Melayu kepada elit birokratik Melayu dan Inggeris. "
Text
Johor
Para sejarawan, baik dari dalam ataupun...
"Para sejarawan, baik dari dalam ataupun luar negeri, sering mengungkapkan Johor sebagai sebuah negeri moden, sebuah negeri yang telah mengalami proses pemodenan terutamanya semenjak kedatangan kuasa Barat, khususnya Inggeris. "
Text
Johor
Beliau menyarankan supaya anak-anak Melayu...
"Beliau menyarankan supaya anak-anak Melayu Johor diberi kerja dalam berbagai-bagai pekerjaan kerajaan seperti di Pejabat Kerja Raya, Telefon,Telegraf,Elektrik,Cetak,Marin, Town Board dan Penjara, dana Keretapi walaupun sebagai pekerja kuli. "
Text
Johor
Usaha mendapatkan pekerja untuk ladang...
"Usaha mendapatkan pekerja untuk ladang atau estet yang besar tidaklah terhad kepada golongan Cina dan India saja. Pulau Jawa turut menjadi sumber imigrasi ini. "
Text
Johor
Temenggung Daing Ibrahim dan Sultan Abu Bakar...
"Temenggung Daing Ibrahim dan Sultan Abu Bakar bukan sahaja telah menggalakkan pendatang Cina membuka Johor, tetapi juga menerima kemasukan pendatang pekerja India melalui Kerajaan Selat. "
Text
Johor
Temenggung Ibrahim telah menggalakkan orang Cina Singapura...
"Temenggung Ibrahim telah menggalakkan orang Cina Singapura datang ke Johor bagi membuka kebun dan ini telah menyumbang kepada pembentukan kemewahan dan pembangunan negeri Johor. "
Text
Johor
Pekerja Cina, India dan Jawa telah dibawa...
"Pekerja Cina, India dan Jawa telah dibawa ke Johor untuk mengisi kekurangan tenaga kerja. Walau bagaimanapun, secara umumnya komposisi tenaga kerja imigran itu rata-ratanya adalah lelaki. "
Text
Johor
Pada zaman sebelum bertapaknya Inggeris...
"Pada zaman sebelum bertapaknya Inggeris di Johor tenaga kerja peribumi mengusahakan tanah milik sendiri atau milik raja secara secukup hidup. "
Text
Johor
Pegawai penjajah Inggeris amat mengharapkan...
"Pegawai penjajah Inggeris amat mengharapkan agar anak-anak Johor menaman padi, terutama apabila didapati bahawa..."beras Siam yang biasa dibawa masuk ke Johor akan barangkali bertambah-tambah kurang dan harganya akan menjadi berganda-ganda lebih mahal. "
Text
Johor
Kebanyakan pekebun kecil di Johor...
"Kebanyakan pekebun kecil di Johor lebih menarik tumpuan kepada mengusahakan tanaman makanan termasuk ubi, nanas, kelapa kering dan sayur-sayuran, daripada tanaman eksport."
Text
Johor
Pemungut Hasil Tanah Muar telah mengingatkan...
"Pemungut Hasil Tanah Muar mengingatkan bahawa untuk memberi tumpuan kepada getah saja mungkin bukan satu langkah yang bijak, memandangkan kejatuhan harga getah dan keadaan meleset boleh berlaku lagi pada masa depan. "
Text
Johor
Pada awal pembangunan negeri, Johor...
"Pada awal pembangunan negeri, Johor tidak mempunyai satu dasar pertanian yang jelas lagi khusus. Pada masa itu apa jenis tanaman yang diberi tumpuan bergantung kepada tahap permintaan terhadapnya."
Text
Johor
Kenaikan harga tanah akibat pelaksanaan Undang-undang...
"Kenaikan harga tanah akibat pelaksanaan Undang-undang Tanah pada tahun 1910 telah menggalakkan ramai orang Melayu menjual ataupun menggadaikan tanah warisan mereka tanpa mengingati atau menyedari akan akibatnya. "
Text
Johor
Pada tahun 1931, Hakim W.H. Thorne...
"Pada tahun 1931, Hakim W.H. Thorne telah menarik perhatian Kerajaan kepada keadaan undang-undang di Johor yang mempunyai kesan ke atas tanah yang dipegang di bawah Surat Sementara. "
Text
Johor
Pada tahun 1924 terdapat satu usaha untuk...
"Pada tahun 1924 terdapat satu usaha untuk memaksa penduduk supaya mendaftarkan tanah mereka. Pesuruhjaya Tanah dan Galian telah mengeluarkan suatu Pemberitahu tentang memohon geran besar dan geran kecil. "
Text
Johor
Dasar ekonomi penjajah bagi memajukan...
"Dasar ekonomi penjajah bagi memajukan industri pertanian untuk eksport di Johor berrkehandakkan satu sistem baru pemilikan tanah diperkenalkan iaitu satu sistem yang sesuai dan dapat menggalakkan eksploitasi ke atas sumber-sumber tanah oleh pihak kapitalis atau peniaga. "
Text
Johor
Sultan dianggap sebagai mempunyai hak usufructuary...
"Sultan dianggap sebagai mempunyai hak usufructuary ke atas tanah dan rakyatnya memerlukan Surat Akuan atau Surat Kebenaran Tebang-tebas untuk meneroka hutan dan menjadikannya kebun. "
Text
Johor
Suatu kegiatan pertanian yang agak tersusun...
"Suatu kegiatan pertanian yang agak tersusun di Johor bermula dengan kegiatan menanam gambir-lada menerusi sistem kangcu. "
Text
Johor
Di Johor, terdapat surat-surat tertentu yang...
"Di Johor, terdapat surat-surat tertentu yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah tradisi bagi menunjukkan bahawa seseorang penduduk itu telah memperoleh kebenaran untuk meneroka hutan dan seterusnya bercucuk tanam di situ. "
Text
Johor
Tanah dan tanaman
Apabila kuasa Barat sampai di Johor, telah terdapat di situ sistem ekonomi dan pemilikan tanah, yang dari kaca mata Barat kelihatan agak mudah dan serba kekurangan.
Text
Johor
Datuk Menteri Johor ketika itu...
"Datuk Menteri Johor ketika itu telah menekankan agar semua surat kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan abjad Arab, yang dikenali sebagai tulisan Jawi."
Text
Johor
Sekolah Pertukangan Johor atau Johore Trade School...
"Sekolah Pertukangan Johor atau Johore Trade School telah ditubuhkan pada tahun 1932 sebagai sebahagian daripada dasar menyusun semula sistem pendidikan negeri itu. "
Text
Johor
Mata pelajaran yang disediakan untuk sekolah Melayu...
"Mata pelajaran yang disediakan untuk sekolah Melayu dan Inggeris adalah secara umumnya serupa, sungguhpun dari segi kandungannya terdapat perbezaan tertentu. "
Text
Johor
Sehubungan dengan penyusunan semula sistem pelajaran...
"Sehubungan dengan penyusunan semula sistem pelajaran, sukatan pelajaran dianggap sesuai juga telah dikeluarkan dengan disertakan peraturan mengajar bagi kemudahan dan panduan guru-guru. "
Text
Johor
Untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan...
"Untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan pada tahun 1883, Johor telah menubuhkan sebuah Jabatan Pelajaran yang diketuai oleh Datuk Bentara Dalam, iaitu Datuk Munsyi Ibrahim (SSD, 1883)."
Text
Johor
Pada tahun 1855 apabila Gabenor Blundell...
"Pada tahun 1855 apabila Gabenor Blundell telah memulakan perbincangan tentang pendidikan anka-anak Melayu di Singapura dan Johor, Temenggung Ibrahim telah menyambutnya dengan sikap yang positif."
Text
Johor
Sebelum kedatangan Barat ke alam Melayu...
"Sebelum kedatangan Barat ke alam Melayu tidak wujud pendidikan formal yang sistematik seperti yang lazim difahami kini. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan pengalaman masih dapat disebarkan dan golongan rakyat tertentu menerima pendidikan sebagaimana yang terdapat ketika itu."
Text
Jumlah dan corak novel tahun-tahun tujuh puluhan
"Corak yang paling utama dan menonjol tertumpu kepada tiga yang terbesar, iaitu kemasyarakatan serta pembangunan, politik dan sejarah
Text
Novel; Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Tanggapan pertama tadi datangnya daripada pengkaji-pengkaji sastera yang lebih memberatkan kepada soal kadar kuantiti penciptaan sebagai pengukur kepada pencapaian penulisan jenis sastera ini."
Showing 751 to 800 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->