Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya...
"Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya, rupanya beratus ribu tahun yang lalu, hutan belantara Semenanjung telah dijelajahi oleh manusia berkebudayaan Batu Lama (palaeolitik). Dari peninggalan alat-alat batu kasar mereka seperti yang didapati di Kota Tampan di tepi Sungai Perak, dapatlah dibayangkan bahawa mereka belum terdaya membuat apa-apa perubahan terhadap keadaan sekeliling. Mereka hidup mengembara dan berpindah-randah dalam kelompok-kelompok kecil sambil mencari haiwan buruan, tanpa mempunyai tempat kediaman yang tetap."
Surat Raja Ternate 1521.
Text
Sutardji Calzoum Bachri
"Puisi bagi Sutardji adalah permainan bunyi dengan pengertian yang berbeza dari yang pernah ada sebelumnya. Kalau dulu, permainan bunyi adalah sambilan, yang penting adalah kata-kata yang mengandungi erti tertentu dengan bunyi tertentu."
Text
Syair Arab Jahiliah mempunyai bentuk...
"Syair Arab Jahiliah mempunyai bentuk dan isi yang unik. Aspek yang dipentingakn ialah unsur-unsur rentak yang disebut 'al-mizan' dan mereka menitikberatkan juga penggunaan bahasa yang indah, canik, tetap dan sedap dibaca dan didengar."
Text
Syair Perahu adalah sebuah teks...
"Syair Perahu adalah sebuah teks semiotikal dan hermenutik yang tinggi nilainya. Dalam Syair Perahu ini, tubuh manusia dilambangkan sebagai sebuah perahu yang dalam pelayaran di laut yang bergelora. Pelayaran ini amat memberhaya dan keselamatan dapat dipastikan jika perahu itu dilengkapi dengan persediaan yang mencukupi."
Text
Syair Siti Zubaidah adalah sejenis...
"Syair Siti Zubaidah adalah sejenis sastera hikayat dalam bentuk puisi. Genre hikayat adalah genre terbesar dalam karya kesusasteraan. Sastera hikayat boleh dipecahkan kepada kepada sub-golongan yang lain. Sastera hikayat berfungsi sebagai alat hiburan orang Melayu. "
Text
perlis
Syed Hussin Jamalullai dibesarkan di...
"Syed Hussain Jamalullai dibesarkan di dalam Kota Indera Kayangan II. Oleh itu beliau telah terdedah dengan suasana instana serta turut terdidik dalam lingkungan kerabat diraja dan para pembesar kerajaan. "
Text
Tagore banyak mengembara ke serata ...
"Tagore banyak mengembara ke serata dunia untuk menyampaikan syarahan kunjungan di negara-negara Asia, China, Amerika, dan Eropah. Beliau juga seorang reformis dalam banyak bidang seperti falsafah, sosial, agama, politil, mistik, dan pendidikan."
Text
Tagore menterjemahkan 103 rangkap puisi...
"Tagore menterjemahkan 103 rangkap puisi pilihan dalam bentuk terjemahan rangkap bebas dari bahasa Bengali dengan mengubahsuainya dalam gaya romantik Inggeris. Tagore menunjukkan kesahihan konsep rewriting lefevere."
Text
Tagore telah menjadi terkenal pada...
"Tagore telah menjadi terkenal pada peringkat usia muda dengan menghasilkan novel pertamanya sewaktu berumur 19 tahun. Perjalanan seni ini telah diteruskan dengan pelbagai hasilan yang lain sepanjang hayatnya lebih kurang 60 tahun. Hasil seninya merangkumi ribaun puisi, muzik dan lirik, puluhan drama, lapan novel, lapan antologi cerpen dan tidak terkira banyaknya esei sastera, sosial, agama, politik, falsafah, lukisan, dan terjemahan karya sendiri dalam bahasa Inggeris."
Text
Tajus-Salatin adalah perkataan yang...
"Tajus-Salatin adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab. Taj bermaksud 'Mahkota' manakala al-Salatin pula membawa maksud 'Raja=raja'. Tajus-Salatin membawa maksud 'Mahkota Raja-raja' dan merupakan sebuah karya sastera Melayu Klasik yang begitu terkenal."
Text
Tajus-Salatin bermakna Mahkota Raja-raja...
"Tajus-Salatin bermakna Mahkota Raja-raja. Ia dikarang oleh Bukhari al-Jauhari pada tahun 1603. Kitab ini mengandungi 24 bab yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang ditujukan kepada raja-raja. Kitab ini digolongkan sebagai genre cermin didaktin yang berunsurkan kebenaran."
Text
Johor
Tanah dan tanaman
Apabila kuasa Barat sampai di Johor, telah terdapat di situ sistem ekonomi dan pemilikan tanah, yang dari kaca mata Barat kelihatan agak mudah dan serba kekurangan.
Text
adat perpatih
negeri sembilan
Tanah pusaka adat tidak mengikut sistem...
"Tanah pusaka adat tidak mengikut sistem paraid di mana anak perempuan dan anak lelaki mempunyai hak yang sama.Tanah pusaka adat dipulangkan kepada waris perempuan di dalam suku itu sahaja dan sehingga ke hari ini pengwarisan harta pusaka di Negeri Sembilan masih lagi mengikut sistem adat perpatih. "
Text
China
India
...2 more
Tanah Semenanjung bahkan seluruh Asia Tenggara...
"Tanah Semenanjung bahkan seluruh Asia Tenggara terdedah kepada pengaruh dua pusat peradaban yang lebih maju pada masa itu, iaitu India dan China."
Text
Tangisan
"Berdasarkan keadaan itu, dapat dikatakan bahawa pembaharuan yang dikerjakan Masuri dalam sajak tadi lebih dapat dirasakan sebagai penggunaan unsur yang sama dengan apa yang dilakukan Amir, tapi dalam hubungan proses pembentukan yang berbeza."
Text
Tanpa mengenepikan pengaruh kerabat istana...
"Tanpa mengenepikan pengaruh kerabat istana sebagai suatu unsur kepimpinan dan politik kepartian Melayu umumnya,adalah didapati bahawa kumpulan kedua yang penting dalam urusan berkenaan ialah hubungan kekeluargaan golongan bangsawan dan atasan."
Text
Gua Cha
kelantan
Tapak Gua Cha pertama kali telah diselidik oleh...
"Tapak Gua Cha pertama kali telah diselidik oleh H.D. Noone pada tahun 1935 dan laporannya telah dikeluarkan di dalam Journal of the Federated Malay States Museum pada tahun 1939. "
Text
Gua Madu
kelantan
Tapak ini telah dikaji oleh Tweedie pada...
"Tapak ini telah dikaji oleh Tweedie pada bulan Julai dan Ogos 1939 ekoran daripada satu eksplorasi berhampiran dengan Gua Musang.Penyelidikan dilakukan dengan membahagikan kepada empat kawasan. |"
Text
Taufiq Ismail
"Dengan tidak memerhati sajak-sajak Taufiq yang tertulis dalam tahun 50an, sajak-sajaknya terasa sebagai prosa yang di potong-potong ke dalam baris."
Text
seni lukis
Tay Hooi Keat
Tay Hooi Keat pelopor pendidikan seni lukis: 1952-1969
"Perlu disebut di sini, Hooi Keat percaya bahawa seni perlu menimba ilham dari alam nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera."
Text
kelantan
Teater Malini adalah percantuman antara ...
"Teater Malini adalah percantuman antara tradisi dan moden. Tradisi tidak pernah ditinggalkan dalam kegiatan teaternya, malah meletakkan tradisi di tempat yang teratas sekali. "
Text
kelantan
TEATER
Teater Malini dengan Aziz sebagai terajunya...
"Teater Malini dengan Aziz sebagai terajunya telah mengaplikasikan unsur- unsur individualistik dalam perlakuan teaternya. "
Text
kelantan
TEATER
Teater tradisional seperti Mak Yong, Dikir...
"Teater tradisional seperti Mak Yong, Dikir Barat, Dikir Laba, Wayang Kulit, Menora dan banyak lagi diangkat sebagai rujukan mencari pembaharuan oleh Aziz dengan pelbagai fungsi yang ada dalam teater tradisional. "
Text
kelantan
TEATER
Teater tradisional seperti Mak Yong, Dikir...
"Teater tradisional seperti Mak Yong, Dikir Barat, Dikir Laba, Wayang Kulit, Menora dan banyak lagi diangkat sebagai rujukan mencari pembaharuan oleh Aziz dengan pelbagai fungsi yang ada dalam teater tradisional. "
Text
Teka-teki adalah suatu genre...
"Teka-teki adalah suatu genre yang telah muncul sejak zaman berzaman lagi. Orang Melayu sangat terkenal dengan genre teka-teki ini kerana terdapat unsur permainan, kecerdikan, kepantasan, hiburan, pendidikan dan sesuai dengan jiwa dalam budaya Melayu."
Text
corak
orang China
...2 more
Tekatan orang Melayu berbeza dari segi...
"Tekatan orang Melayu berbeza dari segi bahannya dan juga dari segi coraknya. Ini adalah kerana tekatan China menggambarkan corak-corak pohon-pohon dan unggas seperti burung. Tetapi orang-orang Melayu lebih gemar corak-corak pohon sahaja. Orang China pada zaman dahulu menggunakan kain-kain sutera sebagai kain dasar manakala orang-orang Melayu menggunakan kain baldu."
Text
batik sarung
kaedah sutera saring
Teknik lain menghasilkan kain batik sarung...
"Teknik lain menghasilkan kain batik sarung ialah menggunakan kaedah sutera saring. Sutera saring diletakkan ke atas kayu pemidang untuk tujuan meregangkan permukaan sutera saring. Motif-motif yang telah dihasilkan pada permukaan sutera saring ini dapat menembus warna. Kaedah ini sangat mudah kerana ia dapat menghasilkan batik sarung dengan mudah dan cepat. Teknik ini menggunakan pewarna yang pekat dan boleh menebusi sutera saring tersebut."
Text
Minangkabau
Pulau Jawa
...1 more
Teknik seni bina yang bersamaan...
"Teknik seni bina yang bersamaan boleh melambangkan tanduk kerbau di daerah Minangkabau, perahu di tanah Toraja atau dewi seri pelindung padi di Pulau Jawa."
Text
Parsi
pembinaan kapal
...1 more
Teknik-teknik baru dalam pembinaan kapal...
"Teknik-teknik baru dalam pembinaan kapal yang ditemukan oleh orang-orang Parsi serta pengetahuan tentang sistem monsun dan manfaatnya kepada pelayaran yang diketahui oleh orang-orang Arab, memberi dorongan baru kepada perdagangan laut antara barat dan timur."
Text
Teks atau naskah dalam penilitian...
"Teks atau naskah dalam penilitian sastera karya klasik yang masih dalam tulisan tangan yang tentunya dihasilkan pada masa silam. Naskhah atau teks tertulis di daun-daun lontar, kulit kayu, kulit binatang dan sebagainya. Teks atau naskhah itu biasa hadir sebagai buku-buku di dalamnya ada pelbagai jenis karya seperti cerita-cerita ,hikayat, puisi dan sebagainya."
Teks Sejarah Melayu.
Text
kesenian islam
tekstil
Tekstil yang awal dapat dikesan di Samarra, Mesopotamia...
"Tekstil yang awal dapat dikesan di Samarra, Mesopotamia dalam abad ke-10 berbentuk hiasan dinding di istana. Kebanyakan tekstil yang awal dipengaruhi oleh budaya Sasan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Philip Bamborough: Kebiasaan ahli tekstil Sasan menggunakan baris-baris motif secara mendatar dan membulat. Namun begitu terdapat penyempurnaannya yang lebih kemas dan indah yang tidak terdapat dalam corak tekstil sebelumnya."
Text
Telah banyak dilakukan kajian terhadap...
"Telah banyak dilakukan kajian terhadap kehebatan sufistik karya-karya Hamzah Fansuri. Syair -syair Hamzah Fansuri merupakan karya puisi Melayu yang tertua kecuali ' Syair Dagang'. Syair-syair beliau yang lain misalnya 'Syair Perahu' mempunyai unsur mistik dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia. Terdapat satu karangan yang merupakan gabungan bebarapa syair Hamzah Fansuri yang agung yang bertajuk Perintis Jalan'."
Text
Telah dinyatakan bahawa unsur flora...
"Telah dinyatakan bahawa unsur flora dan fauna menjadi bahan bagi orang Melayu pada zaman dahulu mengungkapkan buah fikiran dan perasaan.Flora dan fauna yang melingkari kehidupan mereka sehari-hari itu telah menjadi sumber ilham penghasilan ungkapan ungkapan yang berkesan dan yang telah melekat di mulut orang hingga ke hari ini."
Text
Tema yang digarap oleh mak ...
"Tema yang digarap oleh mak yong ialah cerita-cerita yang terkenal di Kelantan dan membawa motif kedaulatan feudalisme. Di antara yang paling terkenal ialah cerita' Anak Raja Gondang'. Pelakon adalah seoarang wanita dan seorang badut lelaki. Alat muzik yang dimainkan ialah rebab, genang, sepasang tetawak dan serunai."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Tema-tema penting yang harus dilihat dari arabes...
"Tema-tema penting yang harus dilihat dari arabes ialah perutusan berhubung dengan konsep atomisme dan sifat Allah yang kekal abadi."
Text
kesenian islam
tembikar
...1 more
Tembikar Turki hanya dapat diketahui...
"Tembikar Turki hanya dapat diketahui dalam permulaan abad ke-15 M. Tembikar biru-putih merupakan tembikarnya yang awal, dipengaruhi dari negara China yang telah dibawa sejak zaman Mongol. Kebanyakan tembikarnya dihiasi dengan motif tumbuh-tumbuhan serta corak arabes yang lain."
Text
kesenian islam
Syria
...1 more
Tembikar-tembikar di Syria dikenali dengan..
"Tembikar-tembikar di Syria dikenali dengan kepelbagaian warna dan reka bentuk. Warna putih, belian merupakan warna-warna yang begitu ketara. Racca dan Damsyik merupakan pusat industri tembikar yang terkenal."
Text
kesenian islam
pengaruh kesenian islam
Tembok barat dan timur telah memberi...
"Tembok barat dan timur telah memberi laluan kepada kesenian Islam sebagai jalan hormat kepada gelombang kebangkitan Islam yang tersebar sejak 400 tahun yang lalu. Ia telah berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama tauhid."
Text
Johor
Temenggung Daing Ibrahim dan Sultan Abu Bakar...
"Temenggung Daing Ibrahim dan Sultan Abu Bakar bukan sahaja telah menggalakkan pendatang Cina membuka Johor, tetapi juga menerima kemasukan pendatang pekerja India melalui Kerajaan Selat. "
Text
Johor
Temenggung Ibrahim telah menggalakkan orang Cina Singapura...
"Temenggung Ibrahim telah menggalakkan orang Cina Singapura datang ke Johor bagi membuka kebun dan ini telah menyumbang kepada pembentukan kemewahan dan pembangunan negeri Johor. "
Teori bahawa komedi pada dasarnya.
Text
Teori ini merujuk kepada peranan...
"Teori ini merujuk kepada peranan dan mekanisme khalayak berdepan dengan teks sastera, membaca, mengapresiasi, memahami, menanggapi dan mencari maknanya. Teori respon pembaca adalah memberi perhatian kepada peranan pembaca terhadap pemberian makna karya sastera."
Teori kedatangan Islam.
Text
Teori pascakolopnialisme adalah teori sastera ...
"Teori pascakolopnialisme adalah teori sastera yang berhubungan dengan analisis karya di negara pascamerdeka. Tokoh teori pascakolonial ialah Said, Homi Bhabha, Gayatri Spivak, Gail Ching-Liang Law, Rew Chow dan lain-lainnya. Boleh dikatakan di negara-negara pascakolonial memiliki tokoh-tokohnya sendiri."
Text
Teori psikoanalisis adalah pengkajian sastera...
"Teori psikoanalisis adalah pengkajian sastera yang menghubungkan analisis kejiwaan. Terdapat tiga lapisan kesedaran iaitu sedar, separuh sedar atau tanpa sedar ataupun conscious, subconscious dan unconscious."
Text
Teori-teori Sastera Marxist berpangkal...
"Teori-teori Sastera Marxist berpangkal kepada fungsi sastera kepada masyarakat. Marx merujuk kepada situasi dan kondisi produktiviti masyarakatnya. Teori-teori Marxist berpecah kepada lima moden iaitu model cermin, produksi, pengetahuan, genetik dan bahasa . "
Text
kelantan
Teraju pemerintahan Kelantan berpusat di...
"Teraju pemerintahan Kelantan berpusat di Jembal, bertukar tangan kepada keluarga Dato' Pangkalan Patani pada tahun 1721. Pertukaran ini berlaku apabila Tuan Besar ( atau Long Bahar), anak Dato' Pangkalan Tua Patani, suami Raja Pah Ibni Raja Omar Jembal, menggantikan mertuanya Raja Omar yang mangkat menduduki takhta kerajaan pada tahun 1721."
Text
Terdapat 116 buah puisi yang...
"Terdapat 116 buah puisi yang setiap satunya merupakan pengalaman peribadi penyair yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain. Pengarang membahagikan kepada lima bahagian iaitu Samarinda, Similanjau, Seria, Singgah Mata dan Sambus."
Showing 1251 to 1300 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->