Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan: Pendekatan dan pemikiran dalam kritikan
"Sejak tahun 1935 lagi kritikan sastera Melayu telah memperlihatkan beberapa pendekatan tertentu, yang hingga kini dapat dikenal pasti bentuknya. Keris Melayu menulis "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" (dalam Majalah Guru terbitan 1 Julai 1935) misalnya, dengan niat yang jelas untuk memperkatakan tentang isi dan gaya bahasa karya kedua-dua tokoh yang dipiluhnya, termasuk untuk mengupas hal-hal tersirat di sebalik keseluruhan karya kedua-du tokoh besar itu."
Text
Kritikan; Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Setelah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang lembab dan perlahan, kritikan kesusuasteraan kita mendekati tahap kematangannya pada dekad ini'.
Text
Pendekatan dan pemikiran kritikan kesusasteraan mutakhir
Kalau dekad 1960-an popular dengan pendekatan formalistik di samping pendekatan-pendekatan sosiologi dan moral, dekad 1970-an hingga kini masih lagi memanfaatkan ketiga-tiga pendekatan itu tetapi dengan pertambahan beberapa pendekatan yang lain."
Text
Pendekatan dan pemikiran kritikan kesusasteraan mutakhir
Kalau dekad 1960-an popular dengan pendekatan formalistik di samping pendekatan-pendekatan sosiologi dan moral, dekad 1970-an hingga kini masih lagi memanfaatkan ketiga-tiga pendekatan itu tetapi dengan pertambahan beberapa pendekatan yang lain."
Text
Dialek Kelantan
Konsonan dialek Kelantan: Satu analisis pemanjangan bunyi
" Dialek Kelantan dituturkan oleh penuturnya yang berasal dari negeri Kelantan yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan Negara Thailand. Dialek Kelantan juga dituturkan oleh penduduk yang tinggal bersempadan dengan negeri Kelantan seperti Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang serta beberapa daerah dalam wilayah Thailand, seperti di Sungai Golok, Narthiwat, Yala dan Patani."
Text
kelantan
Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh...
"Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh Muhammad Asaad Haji Muda (atau terkenal sebagai Asaad Shukri) yang memang terkenal sebagai ahli sejarah negeri Kelantan. "
Text
kelantan
Jika dilihat dari segi bentuknya pula, Riwayat Kelantan...
"Jika dilihat dari segi bentuknya pula, Riwayat Kelantan ini boleh dianggap sebagai sebuah karya sejarah moden memandangkan ia menggunakan perkataan-perkataan Melayu yang agak moden dan terang, mempunyai tajuk kecil,tarikh, tanda petikan pada setiap petikan yang dibuat di samping menggunakan beberapa kaedah pengkajian sejarah moden iaitu dengan menyatakan sumber rujukan tersebut di bahagian akhir setiap rujukan yang dibuat oleh pengarang. "
Text
kelantan
Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang...
"Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang asal-usul negeri Kelantan telah disiarkan secara bersiri (15 siri) di dalam majalah Kenchana sekitar 1930-31."
Text
kelantan
Walaupun sejarah golongan istana lebih...
"Walaupun sejarah golongan istana lebih dipertekankan oleh pengarang namun di bahagian akhirnya beliau turut melibatkan peranan dan tindakan masyarakat biasa dalam perjalanan sejarah Negeri Kelantan terutamanya di zaman kemajuan. "
Text
kelantan
Contohnya Patani menganggap keturunan raja-raja Kelantan...
"Contohnya Patani menganggap keturunan raja-raja Kelantan adalah sebahagian daripada keturunan mereka dan selama ini tidak pernah wujud perasaan dendam di antara kedua-dua kerajaan sebelum ini. Maka adalah tidak wajar bagi mereka menyerang Kelantan. "
Text
fonologi dialek
negeri sembilan
Sharman Abu membahagikan bunyi-bunyi Dialek Negeri Sembilan...
"Sharman Abu membahagikan bunyi-bunyi DSN kepada dua golongan utama iaitu" :
a) bunyi-bunyi vokal
b) bunyi-bunyi konsonan
Text
dialek
negeri sembilan
Dengan menganggap bunyi Bahasa Melayu Standard...
"Dengan menganggap bunyi BMS terbelenggu oleh sistem sebutan yang fonemik, maka DNS yang alofonik sifatnya dengan sendirinya memperlihatkan keserasian perubahan secara relatif dengan kadar yang agak seragam juga pada keseluruhannya. "
Text
Bahasa Melayu Standard
dialek
Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa...
"Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa sebaik mungkin mengambil kira segala bentuk pendokumentasian yang dilakukan terhadap kosa kata yang menyeluruhi pandangan dunia orang-orang Melayu yang mungkin terdapat dalam semua dialek yang mendukung sesuatu bahasa standard untuk kegunaan yang antar-dialek dalam sesebuah masyarakat bahasa. "
Text
Kamus Dewan Bahasa
Penerbitan Kamus Dewan merupakan...
"Penerbitan Kamus Dewan merupakan suatu penghasilan yang sangat agung di sisi masyarakat Bahasa Melayu dalam usahanya membina dan mengembangkan Bahasa Melayu di negara. "
Text
kebudayaan Melayu
sejarah Melayu
Sejarah Melayu sebagai teks klasik Melayu...
" Sejarah Melayu sebagai teks klasik Melayu memang kaya dengan sumber kebudayaan orang- orang Melayu. Ini dapat dilihat dari isi- isi ceritanya yang boleh mencongkel bentuk - bentuk kebudayaan itu ".
Text
muzik tradisional
Karya-karya Muzik Baru dalam Idiom Tradisional
"Setelah terbentuknya negara-negara moden di Asia Tenggara pada pertengahan abad ini, pendukung dan pelindung seni berpindah dari pusat kebudaa=yaan keraton atau istana, pura-pura dan gereja ke pemerintah dan yayasan-yayasan. Kelompok-kelompok baru yang mengambil anggotanya dari kaum bangsawan mendirikan sekolah tari di luar istana. Perpindahan ini memberi faham baru pada seni, dalam estetikanya, dan dalam tujuannya".
Text
Kehidupan muzik di Asia Tenggara: Sehubungan dengan upacara, agama, dan adat setempat
"Kehidupan berupacara di kawasan Asia Tenggara selama ini telah menyelamatkan suatu seni muzik, tari dan teater yang amat tua dan kuno. Di antara penduduk di daerah pergunungan, suatu sistem pertanian padi yang luas memerlukan penyelenggaraan upacara-upacara, dengan mitos-mitos yang diucapkan, penyembahan sesaji kepada para dewa-dewa atau arwah nenek-moyang, pesta besar, sajian minum dan makan bersama dengan penyajian tabuhan gong, tari-tarian dan lagu-lagu".
Text
Adat kehidupan Jawa
Kehidupan muzik di Asia Tenggara: Sehubungan dengan upacara, agama dan adat setempat (Jawa)
"Di Jawa tengah, pada zaman kerajaan, pelbagai perangkat muzik dapat dibahagi dua menurut tempatnya, iaitu di keraton munggang, kodok ngorek dan carabalen yang khususnya ditabuh dalam upacara-upacara kerajaan tertentu",
Text
Ciri-ciri makna dalam kamus dwibahasa Inggeris / Melayu selama tiga abad
"Walaupun karya dwibahasa Melayu terawal ialah senarai kata Cina-Melayu yang dikumpulkan di antara 1402 dan 1511 (Blagde, 1931/1932: 715-749), karya dwibahasa Inggeris dan Melayu muncul dua kurun kemudian, iaitu kamus dua hala oleh Thomas Bowrey dalam tahun 1701."
Text
Karya-karya Inggeris/Melayu dalam abad kesembilan belas
"Selain karya Bowrey, kamus Inggeris/Melayu juga turut diterbitkan oleh James Howison dalam tahun 1801. Pada abad yang sama, kamus dan perbendaharaan kata lain juga telah diterbitkan oleh Marsden (1812), Thompson (1820), Crawfurd (1852), Keasberry (1862; Penerbitan Ketiga), Swettenham (1881/1886) dan Kessler (1895)."
Text
Dari awal pertumbuhan kajian tentang...
"Dari awal pertumbuhan kajian tentang bahasa beberapa abad sebelum Masihi di Yunani, telah jelas bahawa bahasa dan sastera merupakan suatu kesatuan, bukan dua identiti yang terpisah. Demikian juga, retorik yang mula berkembang sejak zaman itu turut memadukan unsur sastera sebagai bahagian yang penting."
Text
Pertengahan abad ke-20, memperlihatkan ...
"Pertengahan abad ke-20, memperlihatkan perkembangan linguistik moden yang beralih dari paradigma permisahan linguistik daripada sastera, sebagai akibat perkembangan linguistik struktual, kepada penggunaan korpus sastera sebagai asas analisis linguistik. sehingga berkembang menjadi stalistik linguistik."
Text
Dari sudut pendidikan bahasa pula...
"Dari sudut pendidikan bahasa pula, tidak sukar difahami kewajaran menggunakan sastera sebagai salah satu bahan pengajaran apabila dilihat karya sastera sebagai salah satu realisasi penggunaan dan kewujudan bahasa."
Text
Dalam konteks pendidikan di Malaysia...
"Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penggunaan sastera dalam pengajaran bahasa sudah dilaksanakan dalam sistem pendidikan formal yang bermula pada abad ke-19."
Text
Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera...
"Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera sebagai bahan ajar bahasa itu disebut dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sebagai "penyerapan unsur sastera."
Text
Dengan menggunakan bahasa sastera, kedua-dua,,,
"Dengan menggunakan bahasa sastera, kedua-dua tujuan itu dapat dicapai. Pertama, karya sastera. Betapa kreatif sekalipun bentuknya setelah melalui manipulasi alat-alat stilistik, sebenarnya masih dalam lingkungan sistem bahasa masyarakat."
Text
Untuk tujuan yang kedua, iaitu ...
"Untuk tujuan yang kedua, iaitu untuk menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengarang. Karya sastera memang ditandai oleh kelainan gaya antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain, sekalipun tidak ditolak adanya pengarang yang kuat mempengaruhi gaya pengarang sesudahnya."
Text
Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga...
"Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga pendekatan utama penggunaan sastera sebagai bahan ajar bahasa. Yang pertama, pendekatan berasaskan bahasa. Yang kedua, pendekatan berasaskan kandungan. Ynag ketiga, pendekatan pengayaan peribadi."
Text
Pendekatan pertama, berdasarkan andaian bahawa...
"Pendekatan pertama, berdasarkan andaian bahawa kajian bahasa teks sastera membantu mengintegrasikan bahasa dan sastera lebih rapat. Analisis bahasa teks sastera dipercayai dapat membantu pelajar membuat tafsiran atau penilaian yang bermakna."
Text
Dari segi pemilihan dan organisasi ...
"Dari segi pemilihan dan organisasi bahan, bahan yang diutamakan ialah bahan dapat menayangkan ciri-ciri stilistik tertentu tetapi tidak diabaikan pula aspek kekuatan sastera yang lain."
Text
Pendekatan kedua, yang berasaskan kandungan...
"Pendekatan kedua, yang berasaskan kandungan teks merupakan pendekatan yang paling tradisional. Antara pemberatnya termasuklah latar sejarah, sosial dan politik sesuatu teks dihasilkan, bentuk dan retorik teks."
Text
Pendekatan ketiga, berlandaskan andaian bahawa...
"Pendekatan ketiga, berlandaskan andaian bahawa sastera ialah wahana penting untuk mendorong pelajar mengemukakan pengalaman, perasaan dan pandangannya. Sastera mesti digunakan untuk menggerakkan intelek dan emosi pelajar menjadi aktif."
Text
Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa...
"Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan teks sastera yang sesuai dalam pengajaran bahasa. Tiada jalan lain, melainkan menggunakan faktor majoriti pelajar dalam bilik darjah sebagai asas memilih teks."
Text
Pelajar yang menguasai bahasa yang...
"Pelajar yang menguasai bahasa yang baik sekalipun belum tentu mempunyai "kecekapan sastera", khususnya teks sastera yang agak kompleks wacananya. Oleh itu, guru perlu melakukan pemilihan teks sastera dalam pengajaran bahasa dengaan berasaskan "bermula dengan yang lebih lazim" pada sebilangan besar pelajar."
Text
Latar belakang budaya pelajar termasuk...
"Latar belakang budaya pelajar termasuk persepsi mereka tentang kemasyarakatan, politik dan ekonomi banyak menentukan pemahaman mereka tentang teks. Ada teks yang mudah difahami oleh pelajar tentang latar budayanya, seperti teks yang berkaitan dengan sejarah tuntutan kemerdekaan tanah air tetapi ada sesetengah pelajar tidak memahami teks falsafah atau yang berteras pada sesuatu persoalan intelektual."
Text
Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini...
"Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini sukar dijadikan landasan yang tepat kerana tahap penguasaan bahasa pelajar berlainan antara satu dengan yang lain."
Text
Ada pelajar yang dari awal...
"Ada pelajar yang dari awal terdedah kepada bahan sastera, baik prosa mahupun puisi. Bahan bacaan dalam bentuk buku cerita akan memberikan kesan positif kepada pelajar apabila didedahkan kepada bahan sastera dalam pelajaran bahasa."
Text
Faktor ini menyukarkan guru menyajikan...
"Faktor ini menyukarkan guru menyajikan teks sastera sebagai bahan pelajaran bahasa. Tetapi barangkali dengan memahami bidang yang diminatinya, misalnya sukan, maka guru dapat memikirkan pemilihan teks yang ada kaitannya dengan minat pelajar berkenaan. Sebagai contoh, cereka tentang ahli sukan untuk memesrakan pelajar berkenaan dengan sastera."
Text
Tidak harus dipisahkan aspek analisis ...
"Tidak harus dipisahkan aspek analisis bahasa daripada kandungan teks dan tidak pula wajar diabaikan upaya menjadikan sastera sebagai penyubur intelek dan emosi pelajar. Yang lebih penting, pemberatan salah satu aspek itu dalam sesuatu pelajaran."
Text
Mereka sudah ada pengalaman menghayati...
"Mereka sudah ada pengalaman menghayati karya sastera dan sudah mempunyai kesediaan menerima karya sastera sebagai bahan pelajaran bahasa. Sebaliknya, ada pula pelajar yang kurang atau sama sekali tidak terdedah kepada sastera dari usia awalnya dan tidak mempunyai kesediaan untuk menghayati sastera dalam pelajaran bahasa. Oleh itu, sastera akan menjadi sesuatu yang asing dalam kehidupannya."
Text
kraftangan
rekabentuk
Ke arah rekabentuk baru dalam perusahaan kraftangan
"Ukiran tradisi Melayu, sebagai salah satu contoh rekabentuk tradisi menjadi warisan turun-temurun yang bukannya dihasilkan tanpa apa-apa atau kosong."
Text
penulis
Penulis blog boleh memperkaya fikiran ...
"Penulis blog boleh memperkaya fikiran dan pilihan pembaca atau mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap kehidupan agama, politik, eknomi, intelektual dan kemasyarakatan. Dengan demikian mereka mengimbangi gambaran kehidupan yang diwarnai oleh pihak berkuasa dengan memberikan saingan melalui gambaran yang lain. Secara tidak langsung, sumbangan mereka membantu memelihara keseimbangan sosial kita."
Text
Adat
negeri sembilan
Perhubungan/ pertalian Temuan dan Melayu di Negeri Sembilan...
"Perhubungan / pertalian Temuan dan Melayu di Negeri Sembilan tidaklah terhad kepada yang simbolik/ tradisional sahaja. Semenjak merdeka banyak perubahan telah berlaku sama ada ekoran daripada usaha-usaha persendirian atau kerajaan dan ini sedikit sebanyak menambahkan mobiliti sosial dan fizikal orang-orang Asli. "
Text
Adat
negeri sembilan
Mengikut salasilah Temuan Batin Pah Galang Berlima beradek di zaman silam dulu...
"Mengikut salasilah Temuan Batin Pah Galang Berlima beradek di zaman silam dulu telah membuka beberapa kawasan yang terdapat di Negeri Sembilan sekarang. "
Text
syukur
Thai ponggal
Thai ponggal sebagai tanda syukur
"Perayaan ini khususnya untuk petani tetapi dirayakan juga oleh masyarakat India yang lain."
Text
Sadeq Chubak ialah penulis utama...
"Sadeq Chubak ialah penulis utama Iran bagi abad ke-20 yang menghasilkan cerpen,drama dan novel. Cerpen yang ditulis oleh Chubak berbeza dengan cerpen pengarang lain dari segi stail kebahasannya."
Text
Chubak dilahirkan pada 5 Ogos 1916...
"Chubak dilahirkan pada 5 Ogos 1916. Beliau merupakan anak seorang saudagar kain di Bushehr. Beliau mendapat pendidikan awal di Bushehr, kemudian menyambung pengajian di di Shiraz apabila keluarganya berpindah ke bandar itu."
Text
Beliau menamatkan pengajian di American...
"Beliau menamatkan pengajian di American College, Tehran dan mula menjadi guru di Khorramshahr pada tahun 1937. Beliau berkahwin ketika menetap di situ. Ketika Perang Dunia Kedua, beliau kembali ke Tehran dan bertugas sebagai penterjemah bahasa Inggeris kepada staf Iran."
Text
Melalui kumpulan cerpen pertamanya, Kheyme...
"Melalui kumpulan cerpen pertamanya, Kheyme Shah-Bazi dan Antari ka Lutiyesh Murde Bud , Chubak mengasaskan suatu tradisi baharu dalam penulisan cerpen di Iran. Ayat cerpennya pendek-pendek di mana setiap kata dibentuk dan diatur untuk melahirkan kesan yang bersatu."
Text
Sasterawan ini suka mengeksploitasi stereotaip...
"Sasterawan ini suka mengeksploitasi stereotaip sosial dan bahasa basahan demi mencetuskan reaksi emosi yang tidak lagi memerlukan apa-apa sahaja penjelasan terperinci. Pelbagai watak dan tingkah laku digabungkan penceritaanya dalam beberapa ayat sahaja. Penulisannya merupakan satu hubung kait yang rumit antara lirik yang puitis dengan yang menggerunkan."
Showing 251 to 300 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->