Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Gangga Negara
Sekitar abad ke -5 dan 6 M dikatakan wujud sebuah kerajaan yang bernama Gangga Negara di Dinding, Perak. Bagaimanapuntidak ada keterangan lanjut tentang sejarahnya. Hanya yang pernah disebutkan ialah sewaktu Raja Rajendra Chola menyerang Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1023 M, antara negeri yang turut musnah ialah Kerajaan Gangga Negara.
Text
ganjar
keris
Ganjar keris ialah pangkal mata yang...
"Ganjar keris ialah pangkal mata yang bersambung ke puting. Terdapat tiga jenis ganjar iaitu ganjar tumpang, ganjar iras dan ganjar seiras."
Text
gaya kufi
kesenian islam
...1 more
Gaya kufi dan thuluth digunakan...
"Gaya kufi dan thuluth digunakan begitu meluas di permukaan dinding masjid, pada ukiran-ukiran kayu, tekstil, barang-barang kemas dan pertukangan logam yang lain. Manakala fungsinya tidak terrhad kepada hiasan tetapi lebih ke arah pendidikan."
Text
Melayu
undang-undang
General Land Regulation 1889 sudah mula diberikan perhatian...
" General Land Regulation 1889 sudah mula diberikan perhatian terhadap tanah adat. Di bawah peruntukan Peraturan 22, seseorang yang mahu menuntut haknya ke atas sesuatu bidang tanah sama ada melalui perwarisan,beli,pemberian atau lain-lain cara pemindahan hak milik, dikehendaki memberitahu Lembaga suku berkenaan untuk tindakan selanjutnya di Pejabat Tanah. "
Genre pastoral sama juga keadaannya.
Text
Ghazal bererti cinta atau puisi...
"Ghazal bererti cinta atau puisi berkasih sayang. Di tangan sastera Arab ia melambangkan puisi percintaan yang sangat mendalam yang membayangkan masyarakat Arab begitu setia pada persumpahan cintanya dan begitu mendalam curahan cinta sayangnya."
Text
Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga...
"Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga pendekatan utama penggunaan sastera sebagai bahan ajar bahasa. Yang pertama, pendekatan berasaskan bahasa. Yang kedua, pendekatan berasaskan kandungan. Ynag ketiga, pendekatan pengayaan peribadi."
Text
Goenawan Mohamad
"Membaca sajak-sajak Goenawan, kadang-kadang kita rasakan adanya semacam penulisan puisi seenaknya, tanpa aturan, sebagai dapat terasa."
Text
Golongan anak raja dan pembesar...
"Golongan anak raja dan pembesar negeri ini memiliki ciri dan perlambagaan yang hampir sama dengan golongan 'priyayi' di Indonesia. Pembesar negeri memilki ciri yang berbeza dengan kelompok yang lain .Ciri iitu meliputi adat sopan santun, dan bahasa."
Text
Gurindam pula puisi yang dibawa...
"Gurindam pula puisi yang dibawa oleh orang - orang India ke Alam Melayu. Perkataannya yang bersajak pada akhr pasangan, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Baris pertama sebagai syarat, dan baris kedua sebagai jawab."
Text
Hadzrami A.R
" Sajak-sajak Hadzrami terlihat sebagai suatu lukisan belaka, tanpa suatu kesimpulan pada akhirnya. Kesimpulan diserahkan pada pembacanya."
Text
mengkuang
songket
...1 more
Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk...
"Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk "Beberapa Ukiran Dalam Menilai Keindahan Melayu" tertumpu kepada ukiran kayu, songket, serta anyaman pandan dan mengkuang. Metod kajiannya menjurus kepada tiga ukuran sahaja iaitu kehalusan, kesesuaian dan keaslian dalam menghuraikan dan menganalisa 'Keindahan Melayu' dengan menumpukan kepada tiga bidang kraftangan iaitu ukiran kayu, tenunan songket serta anyaman pandan dan mengkuang."
Text
Adat
Melayu
Hampir 25 generasi adat perpatih sudah...
" Hampir 25 generasi adat perpatih sudah bertapak berkembang di Negeri Sembilan dan wilayah Naning di Melaka. Newbold meletakkan sekitar tahun 1338 masihi sebagai mulanya pendatang Minangkabau melebarkan pengaruhnya di Negeri Sembilan. "
Text
silat
Hampir setiap kelompok masyarakat dunia...
"Hampir setiap kelompok masyarakat di seluruh dunia mempunyai mitos, lagenda, dan epik yang berkaitan dengan kepahlawanan masing-masing"
Text
adat perpatih
negeri sembilan
Hampir suku masyarakat peribumi Negeri Sembilan...
"Hampir suku masyarakat peribumi Negeri Sembilan yang berpegang pada adat perpatih masih perlu ditiupkan oleh angin perubahan zaman kini. "
Text
Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang...
"Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang ulama tasawuf dan sasterawan. Namun, beliau juga dikenali sebagai perintis dan pelopor dalam bidang kerohanian, keilmuan, bahasa, sastera dan falsafah."
Text
Hamzah Fansuri membawa reformasi dalam...
"Hamzah Fansuri membawa reformasi dalam pemikiran yang dicetuskan melalui puisi-puisinya. Ungkapan dan stilistik Hamzah Fansuri mengaplikasikan bahasa Melayu yang sistematik dan rasional dalam melahirkan karya-karya berunsurkan mistikal yang tinggi nilainya."
Text
Hamzah Fansuri sebagai sasterawan Islam...
"Hamzah Fansuri sebagai sasterawan Islam diterima oleh kawan dan lawan. Syed Muhammad Naguib Al-Attas menganggapnya sebagai sasterawan ulung Nusantara. R.O Winstedt menyatakan ia sebagai orang oertama menulis ilmu tasawuf dalam bentuk sastera iaitu syair."
Text
Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelapor...
"Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelapor puisi Islam yang bersifat agama dan tasawuf atau sufi. Ruba'i Hamzah Fansuri mengandungi 42 buah rangkap syair yang berinti ajaran Wahdatul Wujud."
Text
Hamzah Hussin dilahirkan pada 31 ...
" Hamzah Hussin dilahirkan pada 31 Julai 1927 di Singapura. Allahyarham atau nama penuhnya, Hamzah Abdul Majid bin Hussien begitu sinonim dengan dunia sastera dan perfileman Melayu di Singapura dan Malaysia. "
Text
Hang Tuah sebagai simbol kewiraan...
Hang Tuah sebagai simbol kewiraan Melayu dapat dilihat daripada sifat - sifatnya iaitu pertama berbakti dan taat setia kepada raja. Setiap peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah menggambarkan Hang Tuah sebagai tokoh yang sentiasa mencurahkan segala daya dan nyawa demi kesetiannya kepada raja."
Text
Hanya pada abad ke-19...
"Hanya pada abad ke-19 masihi, drama Melayu mempunyai bentuk yang memperlihatkan kesempurnannya sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak setempat lagi. Drama berkembang ke seluruh negara dan dikenali dengan nama bangsawan yang juga asal usul bukan hasil seni asli Melayu. Bangsawan adalah merupakan satu bentuk teater Melayu yang popular di alam Melayu pada awal abad ke-19. Bangsawan dikatakan mempunyai sifat-sifat persamaan dengan bentuk teater Jatra Banggali dari India, wayang Cina dan juga Zarzuela dari Sepanyol."
Text
Adat
harta
Harta Carian pula ialah harta-harta bukan tanah adat...
" Harta Carian pula ialah harta-harta bukan tanah adat yang dicari atau dibeli oleh seseorang itu. Tanah itu dipunyai atau dimiliki dengan cara sama ada pemberian dari pihak lain ataupun membeli dengan titik peluh sendiri. "
Adat
harta
Harta pusaka di sini bermaksud tanah adat...
" Harta pusaka di sini bermaksud tanah adat yang merupai tanah seperti sawah, dusun dan ladang yang diwarisi turun-temurun daripada ibu kepada anak perempuan. "
Text
perlis
Hasil pelantikan Penasihat Kewangan Siam dan...
"Hasil pelantikan Penasihat Kewangan Siam dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri Perlis membolehkan jentera pentadbiran Perlis berjalan dengan teratur dan sistematik. "
Text
perlis
Hasil penemuan tapak arkeologi dan...
" Hasil penemuan tapak dan arkeologi dan artifak zaman prasejarah di Perlis telah mendedahkan kepentingan bumi Perlis dalam konteks sejarah perkembangan dan pembangunan manusia. "
Text
Hasil penulisan berita dan rencana ....
"Hasil penulisan berita dan rencana yang diusahakan oleh Ramli Daud dalam tulisan jawi sewajarnya diterbitkan bersama koleksinya dalam tulisan rumi dan diterbitkan dalam bentuk buku khas supaya boleh dibaca oleh masyarakat negeri Perak khususnya di Malaysia amnya."
Text
istana
kesenian islam
...1 more
Hasil seni bina lain yang tidak termasuk...
"Hasil seni bina lain yang tidak termasuk dalam kumpulan bangunan ibadat ialah istana. Istana biasanya sebagai lambang kekuasaan dan kebesaran seseorang sultan. Kehebatan sesebuah istana biasanya dihubungkaitkan dengan kebesaran dan kekuasaan sultan yang memilikinya."
Text
Johor
Hasil titah Sultan itu, undang-undang Johor...
" Hasil titah Sultan itu, undang-undang Johor yang pada mulanya diasaskan kepada undang-undang Islam telah diubah suai kepada undang-undang Inggeris bertujuan mengatur dan mengawal pentadbiran negeri. "
Hasil-hasil kesusasteraan Melayu Klasik.
Text
Hasjmi telah meletakkan bahawa sasterawan...
"Hasjmi telah meletakkan bahawa sasterawan adalah khalifah Allah dalam bidang bahasa atau kesusasteraan yang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan seperti khalifah Allah dalam bidang masing-masing. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk membentuk masyarakat Islam yang bersatu padu."
Text
kesenian islam
tembikar
...1 more
Hiasan gaya polikrome dengan bermotifkan...
"Hiasan gaya polikrome dengan bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan merupakan perkembangan terakhir dalam pembuatan tembikar Turki. Terdapat juga tembikar-tembikar bermotifkan burung-burung dan binatang yang disapu dengan warna cerah yang tebal."
Text
Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan...
"Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan perpaduan dan keutuhan orang Islam. Apabila mereka berhadapan dengan musuh, mereka menentang dengan penuh keberanian dan kegagahan, walaupun jumlah musuh itu amat ramai."
Text
Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan...
"Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan peperangan yang pusat pengembangan plot ceritanya. Peperangan pada asasnya berlaku antara dua pihak iaitu pihak yang ingin menegakkan kesucian Islam dan pihak yang ingin menentang ajaran agama ini."
Text
Hikayat berbingkai ini adalah original...
"Hikayat berbingkai ini adalah original mengisahkan khalifah zaman Islam dan pertumbuhannya ada hubungan dengan kejadian yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri. Dua bentuk puisi yang kadang-kadang disebut juga sebagai prosa lirik iaitu firdausi dan nizami. Kedua-dua ini menggunakan struktur berbingkai ini."
Text
Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh ....
"Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh unsur mitos dan lagenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan magis. Peristiwa yang terjadi di dalamnya mempunyai motif yang jelas iaitu menunjukkan kebesaran Melaka dan kepahlawanan Hang Tuah sebagai wira Melayu."
Text
Hikayat Pocut Muhamat disampaikan dalam ...
"Hikayat Pocut Muhamat disampaikan dalam benuk puisi yang disebut sebagai sanjak. Sanjak ialah puisi naratif dan digunakan untuk menyampaikan karya epik Acheh."
Text
Hikayat Ramayana adalah salah satu ...
"Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi kesan dalam hasil kesusasteraan. Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran cerita Melayu lainnya."
Text
kelantan
Hikayat Seri Kelantan tidak menyebut asal usul...
"Hikayat Seri Kelantan tidak menyebut asal usul Raja Jembal, tetapi ada menyatakan ketika pemerintahan Che Siti Wan Kembang terdapat seorang puteri cantik bernama Puteri Saadong , anak Raja Jembal. "
Text
Kesenian Melayu
seni tenunan Melayu
Hikayat-hikayat Melayu memang terkaya...
"Hikayat-hikayat Melayu memang terkaya dengan perihal mengenai kain tenunan - kulit watak, yang menjalin sifat orang Melayu - keindahan tampak, sifat yang tidak terasing daripada semangat keperwiraan; apatah lagi pakaian yang melambangkan keagungan raja yang memerintah, berkuasa dengan kedaulatannya. Hasil tenunan disanjung tinggi dan dibanggai sebagai anugerah Diraja."
Text
History of the Sindhi Hindu community in London
"The Sindhi in the United Kingdom are not a homogenous group. There is a sizable number of Sindhi Muslims and Sindhi Hindus in the United Kingdom. This study focuses on the Sindhi Hindu community."
Text
China
Cina Peranakan
...1 more
Hubungan baik antara Melaka dan Negeri China...
"Hubungan baik antara Melaka dan negeri China telah menarik perantau China bermukim di bandar tersebut dan akhirnya melahirkan suatu masyarakat khas yang dikenali sebagai 'Cina-Baba' atau 'Cina Peranakan'. Mereka diperkirakan telah memberi sumbangan kaedah pembinaan China kepada seni bina asli di Melaka."
Text
Hubungan kebudayaan awal antara Alam...
"Hubungan kebudayaan awal antara Alam Melayu dengan benua kecil India dapat dilihat melalui perdagangan antarabangsa yang melibatkan kedua-dua wilayah tersebut. Kesan pertembungan dengan kedua-dua budaya tersebut menyebabkan beberapa unsur bahasa dan sastera India telah diterima dan diubahsuai oleh golongan terpelajar di Alam Melayu."
Text
Melayu
negeri sembilan
Hubungan sosial akan berlaku dalam waktu-waktu...
"Hubungan sosial akan berlaku dalam waktu-waktu tertentu yang didorong lebih oleh faktor-faktor peribadi. Fenomena ini jelas kelihatan pada kelompok masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan sama ada yang dibina oleh pihak kerajaan mahupun persendirian dan di bandar besar atau kecil."
Text
China
kesenian islam
...3 more
Hubungan yang baik antara China dan Parsi...
"Hubungan yang baik antara China dan Parsi sepanjang abad period Abbasiyah memulakan era baru dalam perkembangan gaya dalam industri tembikar Parsi. Istana Abbasiyah telah mengimport tembikar-tembikar Dinasti Tang. Tembikar-tembikar ini telah menjadi model tiruan kepada pembuat tembikar tempatan khususnya motif-motif Timur Jauh."
Text
hukum bangsa
huum adat
Hukum Adat adalah hukum yang...
"Hukum Adat adalah hukum yang " menjelmakan hukum yang nyata dan rakyat2" dan sebagai Hukum Rakyat "Hukum Adat terus menerus dalam keadaan tumbuh dan berkembang seperti hidup" rakyat itu sendiri."
Text
Hukum Kanun Melaka bukannya tertua...
"Hukum Kanun Melaka bukannya tertua dan menjadi rujukan tetapi masih relevan hingga dewasa ini. Hukum ini menjadi khazanah yang cukup keemasan dan tinggi nilainya."
Text
bangsa
Hukum adat
Hukum sesuatu bangsa adalah hasil...
"Hukum sesuatu bangsa adalah hasil daripada budaya bangsa itu yang dibangun dengan segala apa yang menjadi milik budaya bangsa yang bersangkutan dengan maksud mengatur hidup bangsa itu. "
Text
hulu keris
keris
...2 more
Hulu Jawa Demam adalah hulu yang paling...
"Hulu Jawa Demam adalah hulu yang paling popular yang dipakaikan kepada keris Melayu Semenanjung. Besar kemungkinan hulu ini asalnya berbentuk figura manusia yang berpeluk tubuh. Setelah kedatangan agama Islam, orang Melayu menganut agama suci tersebut dan sangat taat berpegang kepada ajarannya. Agama Islam melarang umatnya daripada menyimpan figura berbentuk makhluk bernyawa khususnya dalam bentuk haiwan atau manusia."
Text
hulu keris
keris
...1 more
Hulu Pekaka adalah satu lagi jenis hulu...
"Hulu Pekaka adalah satu lagi jenis hulu yang sangat popular dipakaikan kepada keris Melayu Semenanjung. Sama seperti hulu Jawa Demam, hulu ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan buah pinang."
Showing 351 to 400 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->