Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (12 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: songket
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
corak
motif
...2 more
Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun...
"Motif pucuk rebung sangat popular digunakan oleh penenun bagi menghasilkan songket. Biasanya pucuk rebung yang direka oleh pereka corak motif ialah berbentuk tiga segi. Bahagian pucuknya lebih panjang atau tinggi kerana kedudukannya atau sifatnya pokok buluh akan menunjang untuk menaikkan pucuknya. Bentuk tiga segi yang terdapat pada pucuk rebung ini berkedudukan seimbang. Kelebihan yang terdapat pada corak motif pucuk rebung ini ialah motif ini boleh disusun secara menegak, melintang, bertentangan dan berlawanan."
Text
benang
songket
...2 more
Penghasilan songket secara tradisinya di Malaysia...
"Penghasilan songket secara tradisinya di Malaysia menggunakan teknik sulaman dan tenunan. Benang yang digunakan adalah benang kapas dan sulamannya menggunakan benang emas dan perak yang berkilat seperti metalik."
Text
benang loseng
songket
Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang...
"Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang dari bahagian kepala kei ke kaki kei di mana terletaknya papan gulung untuk menggulung benang loseng dan pasung untuk alat memasukkan papan gulung."
Text
songket
tradisional
...1 more
Dalam banyak warna yang dihasilkan secara tradisional...
"Dalam banyak warna yang dihasilkan secara tradisional ini warna yang mendapat tempat di hati penenun songket ialah warna merah kesumba kerana warna yang menyerlah dan digemari oleh penggemar songket."
Text
bahan mentah
benang
...1 more
Untuk menghasilkan songket yang bermutu...
"Untuk menghasilkan songket yang bermutu bergantung kepada bahan mentahnya iaitu benang. Biasanya benang ini didapati dalam bentuk yang telah dipintal. Benang-benang hendaklah dicelup dengan pewarna yang berfungsi untuk mewarnakan benang-benang mentah. Ada dua benang yang tidak perlu diwarnakan iaitu benang emas dan benang perak kerana semula jadi telah mempunyai warnanya tersendiri dan berkilat."
Text
Melayu
songket
Perkataan songket atau 'sungkit' adalah berasal...
"Perkataan songket atau 'sungkit' adalah berasal dari perkataan Melayu yang diambil dari teknik 'menyungkit' dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng. Bilah ini digunakan sebagai penyolek. Proses ini dibuat untuk menyediakan benang karat iaitu dengan mengikat pada benang butang dengan tujuan membuat Ragam hias (Siti Zainon Ismail, 1986)."
Text
batik
fabrik
...1 more
Negeri-negeri yang mula menjalankan perusahaan...
"Negeri-negeri yang mula menjalankan perusahaan fabrik ini ialah Kelantan dan Terengganu yang menghasilkan fabrik berbentuk batik dan songket. Pahang hanya menjalankan perusahaan menenun songket sahaja yang terletak di Pekan, manakala tekat hanya didapati di daerah Kuala Kangsar, Perak."
Text
mengkuang
songket
...1 more
Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk...
"Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk "Beberapa Ukiran Dalam Menilai Keindahan Melayu" tertumpu kepada ukiran kayu, songket, serta anyaman pandan dan mengkuang. Metod kajiannya menjurus kepada tiga ukuran sahaja iaitu kehalusan, kesesuaian dan keaslian dalam menghuraikan dan menganalisa 'Keindahan Melayu' dengan menumpukan kepada tiga bidang kraftangan iaitu ukiran kayu, tenunan songket serta anyaman pandan dan mengkuang."
Text
seni batik
seni hias
...2 more
Dalam seni batik dan seni songket, dua daripada...
"Dalam seni batik dan seni songket, dua daripada cabang seni yang sering dikelaskan sebagai termasuk dalam seni hias dan pertukangan seperti juga seni ukiran kayu, perubahan ke arah pembaikan telah berlaku. Kemajuan telah banyak dicapai sehingga kedudukan batik Malaysia cukup membanggakan."
Text
seni
Seni dan Kebudayaan
...2 more
"Satu Huraian Seni Tenunan Songket di Beserah, Kuantan, Pahang."
Di dalam kajian ini, pengarang cuba membuat huraian mengenai seni tenunan songket. Masalah atau aspek utama yang dihuraikan adalah berkaitan dengan 'perubahan' serta 'fungsi'. Kedua-dua aspek ini cuba dilihat dalam proses pembuatan, teknologi, pasaran dan lain-lain yang melibatkan seni tenunan songket.
Text
aidilfitri
raya
...3 more
Aidilfitri: Permintaan songket Terengganu meningkat
Permintaan songket Terengganu yang sinonim dengan masyarakat Melayu meningkat hampir 75 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri .
Text
Kraftangan Melayu
songket
Songket ratu kain, tampil jati diri Melayu
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->