Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (22 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: seni
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
seni
Senibina
Pengaruh idea-idea kosmologi dalam senibina
"Pengaruh idea-idea kosmologi dalam senibina tradisional telah dikenalpasti oleh Waterson (1991: 91-95) melalui perkara-perkara berikut; pertama pembahagian komponen rumah, dan kedua orientasi rumah serta petempatan."
Text
drama
kesenian
...1 more
Perlakuan yang dilakonkan sebagai drama...
"Perlakuan yang dilakonkan sebagai drama kerap kali akan berhubungan dengan kejadian sebenar atau kehidupan seharian"
Website
kraf tangan
Kraftangan Melayu
...1 more
Seni kraftangan Melayu
Laman tentang seni kraf tangan Melayu
Text
orang asli
seni
...2 more
Topeng digunakan oleh suku kaum Mah Meri dalam...
"Topeng digunakan oleh suku kaum Mah Meri dalam persembahan tarian sebagai mewakili roh nenek moyang mereka. Roh nenek moyang masyarakat Mah Meri dipanggil Moyang."
Text
seni
TEATER
Teater kita masih tenat
Anak-anak teater pada suatu masa dulu tidak jelas matlamat dan hasrat mereka di dalam teater. Mereka ikut tanpa menyedari tujuan penglibatannya. Maka jadilah teater sebagai hiburan, sentiasa lemah dengan kekurangan teknik, hambar, kaku dan menjadi bahan cemuhan.
Text
memorial
seni
Memorial untuk mengenang jasa Kennedy
Hall yang paling hebat dan agung ialah The Grand Foyer yang di sebelahnya mempunyai tiga buah oditorium. Foyer yang sepanjang 630 kaki mempunyai patung kepala Kennedy yang direka khas oleh seorang artis Amerika, Robert Berks.
Text
agama
kedatangan islam
...1 more
Islam memberi kebebasan berkarya dalam ruang-ruang tertentu...
"Islam memberi kebebasan berkarya dalam ruang-ruang tertentu dan menggalakkan umatnya mencipta karya seni selagi ciptaan itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai dan etika agama."
Text
batik
kraftangan
...2 more
Sambutan Hari Batik Malaysia 2023
Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 mencapai kejayaan apabila mendapat sokongan memberangsangkan peminat produk kaf batik di negara ini.
Text
perahu
pertukangan
...1 more
Perahu: Seni Pertukangan Tangan Masyarakat Melayu Tradisional
Semenanjung Malaysia adalah sebuah negara yang di kelilingi oleh laut dengan cabang-cabang sungai yang banyak. Sejak zaman berzaman, orang Melayu telah dikenali sebagai pelaut yang mahir.
Perahu yang juga dikenali sebagai sampan adalah alat perhubungan dan pengangkutan yang terpenting dizaman dahulu. Perahu adalah "small open vessel for travelling in on water especially the kind moved with oars". Perahu bergerak di permukaan air dengan cara didayung dengan sejenis alat yang dinamakan pengayuh yang dibuat daripada kayu dan diberi ulu supaya mudah dipegaang ketika berkayuh. Oleh kerana perahu menggunakan tenaga manusia untuk mengayuh maka penggunaannya adalah terhad di kawasan persisi pantai, sungai dan tasik.
Text
kreatif
seni
Sentuhan kreatif seni semburan cat
Seorang lelaki sedang fokus menyiapkan sebuah lukisan sambil berulangkali menggoncang botol semburan cat sehingga menangkap perhatian ramai.
Text
ilmu
kemahiran
...4 more
Pelajar PPKI SMK Kuala Perlis kuasai seni tanah liat
Walaupun kekurangan fizikal menyebabkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Kuala Perlis sering diselubungi rasa rendah diri tetapi sikap itu makin terhakis apabila mereka didedahkan dengan seni tanah liat.Beberapa manfaat bermain dengan tanah liat adalah ia mampu membaiki kemahiran motor halus dan meningkatkan kreativiti pelajar.
Text
ilmu
sejarah
...1 more
Rakaman wajah Langkasuka dalam pameran seni
Sejarah kerajaan Melayu Langkasuka cukup terkenal dalam kalangan sejarawan,ia disebut dalam sejarah China, India, Eropah, Melayu dan Jawa namun sehingga kini kedudukannya dari segi geografi masih lagi diperdebatkan.
Text
anyaman
brunei
...3 more
Anyaman Tekiding dari Segi Pendekatan Teori Semiotik
Sebenarnya menganyam tekiding merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat kampung terutama masyarakat Kedayan. Ia merupakan seni warisan yang dimiliki daripada nenek moyang. Oleh kerana tekiding merupakan hasil kraftangan yang tertua pada hari ini ia masih dapat bertahan. Malah telah bertukar corak mengikut peredaran masa dan zaman. Untuk mempertahankan kebudayaan Brunei khususnya dalam seni kraftangan pihak-pihak tertentu telah mengambil alih tugas penting dalam memperkenalkan identiti kebruneian ke merata dunia. Dengan itu kerajaan telah membina sebuah bangunan yang dikenali sebagai pusat kesenian dan pertukangan tangan yang terletak di pinggir sungai Brunei.
Text
brunei
perak
...3 more
Seni Pertukangan Perak di Brunei Darussalam
Antara semua pertukangan tempatan yang terdapat di Brunei Darussalam, Pertukangan Perak Brunei adalah merupakan satu pertukangan yang termasyhur sekali di peringkat antarabangsa, dan juga salah satu daripada pertukangan yang tertua sekali.
Pertukangan seni perak adalah merupakan satu pertukangan yang terkenal dengan kemahiran dan kecekapan tradisi untuk beberapa abad yang lampau. Walaupun tidak terdapat lombong perak di Brunei, ini tidak bermakna bahawa kerja-kerja pertukangan Perak Brunei tidak dapat dijalankan dan tidak menghasilkan mutu serta kemahiran yang tinggi.
Text
anyaman
seni
...2 more
Perusahaan Anyaman Mengkuang di Kampong Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Penulis mengkaji tentang 'Perusahaan anyaman mengkuang di kalangan masyarakat Melayu di Kampong Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Anyaman merupakan satu seni perusahaan hasil tangan hasil warisan orang Melayu yang popular di dalam kalangan kaum wanita terutamanya di Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Keaslian serta ketinggian mutu kehalusan seni anyaman memerlukan kemahiran yang unik.
Text
seni
tradisional
...2 more
Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu
Mengenai tajuk ini, penulis akan menghuraikan beberapa aspek ukiran kayu mengikut pendekatan "Strukturalisme" yang telah dikembangkan oleh Claude Levi Strauss pada kurun-kurun ke-19 yang menekankan kepada teori "simbolisme". Mengikut beliau, budaya itu adalah sesuatu yang bersifat simbol atau lambang. Jadi ianya bertepatan dengan seni ukiran tradisional Melayu yang merupakan simbol budaya Melayu.
Mengikut Pak Wan (seorang pengukir kayu negeri Terengganu), setiap corak yang terukir pada kayu itu samada pada set perabot, pintu, tiang, tingkap, dinding dan lain-lain adalah mengandungi maksud yang tersendiri berdasarkan kepada corak "bunga" ukirannya. Bgi beliau corak ukiran Melayu dan Cina adalah jauh berbeza. Ukiran tradisional Melayu biasanya bertemakan kehidupan semulajadi alam sekitar seperti daun, bunga, pokok, binatang, alunan ombak, awan dan sebagainya. Corak ukiran cina adalah lebih kepada bentuk naga atau "Tok Kong", yang juga melambangkan kehidupan mereka sendiri. Namun ukiran yang berbentuk demikian adalah dilarang dalam agama Islam. Jadi corak ukiran Melayu hendaklah lebih bersifat keseluruhan, isitu yang bersifat lahiriah dan batiniah. Corak ukiran yang lembut dan halus dari bentuk bunga itu adalah melambangkan budi bahasa orang Melayu yang lembut dan tunduk pada perintah Tuhannya.
Text
seni
Seni dan Kebudayaan
...2 more
"Satu Huraian Seni Tenunan Songket di Beserah, Kuantan, Pahang."
Di dalam kajian ini, pengarang cuba membuat huraian mengenai seni tenunan songket. Masalah atau aspek utama yang dihuraikan adalah berkaitan dengan 'perubahan' serta 'fungsi'. Kedua-dua aspek ini cuba dilihat dalam proses pembuatan, teknologi, pasaran dan lain-lain yang melibatkan seni tenunan songket.
Text
dabus
muzik tradisional
...1 more
Permainan Dabus (Tarian Dabus)
Permainan Dabus adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negeri Perak. Permainan ini adalah menggabungkan antara seni tari, nyanyian dan muzik. Permainan ini dimainkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Alat-alat muzik yang terdapat di dalam permainan ini adalah terdiri daripada satu alat idiofon iaitu gong dan beberapa biji gendang iaitu kumpulan alat membranofon. Nyanyian pula adalah memuji-muji Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.
Permainan Dabus ini adalah permainan berperang dan ia adalah bab hikmah iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada masa dahulu tarian ini ditarikan oleh seorang penari pada suatu masa. Kini ia boleh ditarikan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan dan juga oleh penonton-penonton.
Text
Anwar Ibrahim
sastera
...1 more
Konglomerat digesa angkat seni, sastera
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kebih ramai konglomerat tampil mengguna keuntungan diraih mereka dengan menaja penganjuran pelbagai program dan aktiviti yang berupaya mengangkat seni dan sastera negara.
Text
Kraftangan Melayu
seni
Seni naif Ismail unik
Moving Image
adat istiadat
ASAL USUL
...26 more
Menjaga Warisan Budaya Melayu
Menjaga Warisan Budaya Melayu
copyright © Antarariau TV
LKBN Antara Biro Riau - Indonesia
You can also see our video on :
1.http://www.antarariau.tv/
2.Youtube channel : https://www.youtube.com/channel/UC1LtVyaUf19FawrzcmFLx2w... (Antarariau tv)
3.Facebook: https://www.facebook.com/Antarariautv-126583834375454/?ref=bookmarks...
Perum Lembaga Kantor Berita Nasional ANTARA Biro Riau
Jl. Sumatera no.4 Pekanbaru
(0761) - 25647
(0761) - 38743
www.antarariau.tv
antarariau@gmail.com
Moving Image
bahasa
budaya
...21 more
Syair Melayu Festival Budaya Melayu 2017 Riau
Syair Melayu Festival Budaya Melayu 2017 Riau oleh Siska
Syair Melayu Menjunjung Adat
Wahai saudara dengarlah amanat
Utamakan olehmu menjunjung adat
Di dalamnya banyak mengandung hikmat
Menjadi pedoman dunia akhirat
Apabila hidup hendak terpandang
Adat lembaga harus dipegang
Jadikan pakaian malam dan siang
Kemana pergi dihormati orang
~~~
Dinas Kebudayaan Provinsi Riau
Jl. Sudirman
Pekanbaru
http://disbud.riau.go.id/
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->