Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16348 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Austronesia
kedudukan raja
...1 more
Kedudukan raja/penguasa di pusat alam...
"Kedudukan raja/penguasa di pusat alam dianggap sebagai salah satu pengaruh Hindu, walhal penggunaan kata 'pusat' dengan dwi-makna (pusat alam dan pusat perut) tersebar luas di seluruh dunia bahasa Austronesia, termasuk kawasan di mana pengaruh Hindu tidak sampai."
Text
gunung kosmos
sejarah Melayu
...1 more
Konsep gunung kosmos ini ternyata...
"Konsep gunung kosmos ini ternyata bukan sahaja wujud dalam agama Hindu, tetapi juga dalam agama Buddha-Mahayana (Abdul Rahman, 1955). Dalam 'Sejarah Melayu' pula, diceritakan bahawa ketiga-tiga puteri Raja Suran sebagai keturunan dewa turun dari Bukit Siguntang Mahameru. Banyak lagi mitos-mitos di seluruh Nusantara yang menonjolkan peranan bukit dan gunung sebagai tempat-tempat istimewa yang menghubungkan alam syurga dan alam bumi."
Text
alam bumi
Gunung Mahameru
...1 more
Khusus tentang alam bumi, terdapat tujuh...
"Khusus tentang alam bumi, terdapat tujuh susunan wilayah atau 'dvipa' yang boleh bererti pulau, benua atau semenanjung. 'Jambu-dvipa' yang menjadi pusat susunan kosmos itu dikelilingi oleh dvipa-dvipa lain; di situlah terletak Gunung Mahameru, tempat bersemayam Sang Penjaga Alam."
Text
kosmologi
Mitos
...1 more
Di Kepulauan Melayu, boleh dikatakan...
"Di Kepulauan Melayu, boleh dikatakan tiap-tiap suku bangsa mempunyai konsep kosmologi aslinya masing-masing, yang dapat dikaji melalui sumbernya yang terpenting iaitu kisah-kisah mitos dan legenda berdasarkan tradisi lisan."
Text
kosmologi
seni bina
Kosmologi berkait rapat dengan pandangan dunia...
"Kosmologi berkait rapat dengan pandangan dunia (world view), kerana kajian mengenai pandangan dunia merupakan suatu percubaan untuk mengkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam 'natural' dan alam 'supernatural', serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri (Abdul Rahman, 1995)"
Text
kosmologi
seni bina
Kosmologi atau dalam bahasa Inggerisnya...
"Kosmologi atau dalam bahasa Inggerisnya 'cosmology', adalah gabungan daripada dua kata iaitu 'cosmos' dan 'logos' yang berasal dari bahasa Yunani. 'Cosmos' bererti 'alam semesta' atau 'dunia yang teratur' manakala 'logos' bermaksud 'penyelidikan tentang' atau 'asas-asas rasional daripada'. Dengan demikian kosmologi adalah suatu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta yang teratur yang ada masa kini."
Text
arkitek
seni bina Melayu
...1 more
Antara arkitek yang julung-julung sekali...
"Antara arkitek yang julung-julung sekali mengkaji seni bina rakyat ialah Bernard Rudofsky (1964; 1977). Dia berbicara tentang penilaian estetik yang wajar diberi kepada kualiti organik yang terdapat pada seni bina asli, keunggulan binaannya serta keserasiannya dengan alam sekitar."
Text
bangunan
seni bina Melayu
...1 more
Seni bina rakyat adalah sebahagian...
"Seni bina rakyat adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat yang kesannya sangat besar terhadap alam bina di serata dunia, manakala bangunan-bangunan dalam tradisi reka bentuk megah mencerminkan kebudayaan minoriti yang elit."
Text
bangunan
seni bina Melayu
...1 more
Di sepanjang sejarah bangunan pada...
"Di sepanjang sejarah bangunan pada garis besarnya boleh dibahagi kepada dua kelompok, iaitu bangunan-bangunan istimewa yang termasuk dalam 'tradisi reka bentuk megah' (grand design traditional) dan bangunan-bangunan hasil karya 'tradisi rakyat' (folk tradition)."
Text
China
India
...2 more
Perkembangan perdagangan laut antara barat...
"Perkembangan perdagangan laut antara barat dan timur serta penyerapan segi-segi kebudayaan India serta interaksi dengan China merupakan faktor penting yang menyebabkan tumbuhnya negara-negara kota ke-india-an ibu kota negeri-negeri kecil dan seterusnya menjadi agen penting yang mempengaruhi proses paling awal pembandaran di Semenanjung Tanah Melayu."
Text
Semua karya zaman Islam itu...
"Semua karya zaman Islam itu dapat dikatakan sebagai hasil 'Kesusasteraan Islam'. Dan ia dibahagikan kepada dua iaitu Sastera Kreatif dan Sastera Bukan Kreatif. Sastera Kreatif dibahagikan kepada dua pola iaitu prosa dan puisinya."
Text
Kekuatan Melaka terpaksa diakui oleh...
"Kekuatan Melaka terpaksa diakui oleh musuhnya seperti Siam dan Majapahit. Sokongan China memudahkan Melaka menyebar pengaruh Islam tanpa tentangan yang hebat atau nyata setelah memperbaiki hubungan dengan Siam, Majapahit dan China."
Text
Karya Hikayat Seri Rama mempunyai...
"Karya Hikayat Seri Rama mempunyai unsur pemikiran , ia membawa masyarakat untuk berfikir tentang kesetiaan. Nilai kesetiaan itu ialah sesuatu sikap positif namun dalam Hikayat Seri Rama sikap kesetiaan ini juga telah digambarkan secara negatif."
Text
Hikayat Ramayana adalah salah satu ...
"Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi kesan dalam hasil kesusasteraan. Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran cerita Melayu lainnya."
Text
Dalam Cerita Pak Pandir pula...
"Dalam Cerita Pak Pandir pula, nasihat yang harus diberi ialah supaya memastikan seseorang itu berpengetahuan. Pendidikan adalah sangat penting kerana jika tidak dididik hidup kita akan menjadi terumbang ambing kerana asyik bergantung kepada orang lain dan menyusahkan orang lain."
Text
Jenaka Melayu yang mempunyai bijaklakana...
"Jenaka Melayu yang mempunyai bijaklakana ialah Abu Nawas. Beliau menggunakan kepintarannya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh sultan."
Text
Dalam khazanah genre cerita jenaka...
"Dalam khazanah genre cerita jenaka ini, kita menemui dua kategori iaitu cerita jenaka yang telah sebati dengan masyarakat Melayu seperti Pak Pandir dan Pak Belalang. Yang kedua ialah cerita jenaka yang masih memperlihatkan unsur-unsur luar terutama sekali Arab dan Parsi iaitu cerita Musang Berjanggut dan Abu Nawas."
Text
Jampi juga boleh menjadi pendinding...
"Jampi juga boleh menjadi pendinding. Dengan demikian pengamalnya tidak dikacau syaitan. Konsep syaitan adalah luas. Apa juga bentuk gangguan halus atau ghaib adalah dianggap syaitan."
Text
Watak utama dalam cerita jenaka...
"Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan sebagainya. Cerita ini berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu tradisional melalui pengalaman dan pandangan masyarakat."
Text
Cerita-cerita binatang diciptakan untuk...
"Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan pendidikan kepada pendengar. Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan oleh binatang yang kecil lagi lemah seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab Dengan Kura-kura."
Text
Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat...
"Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah menjadi wira kita semua. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah teks sastera yang tinggi mutunya dan sebuah teks kanonikal."
Text
Di sini, ingin pula kita ...
"Di sini, ingin pula kita bincangkan bahawa sejarah, tradisi, dan klasisme, teks sastera lama itu dapat dimanfaatkan dalam kreativiti penulisan teks-teks sastera kreatif. Dalam tradisi penulisan teks kreatif, telah muncul genre-genre yang dinamakan sebagai novel sejarah, drama sejarah atau fiksyen sejarah. Ia memasukkan bersama unsur-unsur tradisi, mitos, lagenda, dongeng, fantasi dan utopia."
Text
Pengaplikasikan sastera klasik dalam puisi...
"Pengaplikasikan sastera klasik dalam puisi dapat kita contohkan seperti yang dikejarkan oleh Muhammad Haji Salleh. Penyair ini ikonik dengan kisah dongeng Si Tenggang."
Text
Faisal Tehrani seorang penulis prolific...
"Faisal Tehrani seorang penulis prolific, muda dan bergata telah menulis sebuah novel 1515 karya. 1515 sesuai kepada remaja yang mempunyai minda terbuka dan berani menyelongkar setiap inti dan makna yang dipersembahkan oleh penulis. Novel ini akan membawa pembaca ke satu aspek persejarahan baru yang boleh memancing minat pembaca dengan intrig demi intrig yang penuh suspens."
Text
Unsur-unsur tradisi sungguh kaya ...
"Unsur-unsur tradisi sungguh kaya dalam drama yang ditulis oleh Noordin Hassan. Kejayaannya dalam pengembalingan tradisi dan sejarahnya sendiri. Teks-teks Noordin Hassan adalah reaksi daripada kesedaran fenomena budaya dan politik tanah air tetapi dengan merujuk sastera Melayu klasik atau tradisioanal."
Text
Sebuah lagi teori sastera Melayu...
"Sebuah lagi teori sastera Melayu iaitu Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Hashim Awang. Teori ini dihasilkan selepas kehadiran Teori Muhammad Haji Salleh Puitika Sastera Melayu. Ia berdasarkan sepenuhnya kepada budaya, cara dan sikap hidup, pandangan dunia, perspektif alam semesta dan agama Islam."
Text
Muhammad Haji Salleh telah menggunakan...
"Muhammad Haji Salleh telah menggunakan sepenuhnya unsur sastera Melayu tradisi dan klasik untuk membina teorinya ini. Beliau menunjukkan sastera klasik berfungsi sebagai penawar dan penghibur serta memiliki aspek magis bahasa dan kehalusan susunannya."
Text
Studi budaya atau cultural studies...
"Studi budaya atau cultural studies adalah kajian atau penelitian terhadap aspek-aspek budaya dalam teks-teks sastera. Tokoh-tokoh pengkaji sastera ini ialah Womack, Miller, Sinfiled, Williams, dan Chambers."
Text
Teori pascakolopnialisme adalah teori sastera ...
"Teori pascakolopnialisme adalah teori sastera yang berhubungan dengan analisis karya di negara pascamerdeka. Tokoh teori pascakolonial ialah Said, Homi Bhabha, Gayatri Spivak, Gail Ching-Liang Law, Rew Chow dan lain-lainnya. Boleh dikatakan di negara-negara pascakolonial memiliki tokoh-tokohnya sendiri."
Text
New historisime teori sastera yang ...
"New historisime teori sastera yang lahir di zaman pascamoden. Kebanyakan teori pascamoden adalah menolak sejarah, tetapi mengajak masyarakat sastera masuk ke dalam sejarah. Fahaman teori new historisisme ini dipengaruhi oleh fahaman marxist. "
Text
Pascamodenisme adalah teori sastera yang...
"Pascamodenisme adalah teori sastera yang muncul kemuncak daripada perbicaraan kelahiran dekonstruksi dan pascastrukturalisme. Pascamodenisme ialah sebuah isme sastera yang menjadi pusat perbincangan besar dalam tradisi sastera dunia. Fahaman pascamoden dalam sastera hampir-hampir dijadikan sebagai katalis pembukaan dunia baru dalam kritikan."
Text
Pascastrukturalisme adalah fahaman yang menandakan...
"Pascastrukturalisme adalah fahaman yang menandakan berakhirnya struktuturalisme . Kemunculan pascastrukturalisme adalah akibat daripada dekonstruksi yang menentang strukturalisme. Terdapat tiga kumpulan pascastrukturalisme iaitu Derrida, Kristeva dan Barthes."
Text
Dekonstruksi adalah satu-satunya milik...
"Dekonstruksi adalah satu-satunya milik Derrida, dia sebenarnya memulakan serangan terhadap seluruh tradisi pemikiran rasionalisme Barat dan dasar strukturalisme. Ia mengajak masyarakat melakukan pembongkaran, penggalian dan penyusunan semula terhadap segala falsafah dan pandangan terhadap dunia."
Text
Teori psikoanalisis adalah pengkajian sastera...
"Teori psikoanalisis adalah pengkajian sastera yang menghubungkan analisis kejiwaan. Terdapat tiga lapisan kesedaran iaitu sedar, separuh sedar atau tanpa sedar ataupun conscious, subconscious dan unconscious."
Text
Teori ini merujuk kepada peranan...
"Teori ini merujuk kepada peranan dan mekanisme khalayak berdepan dengan teks sastera, membaca, mengapresiasi, memahami, menanggapi dan mencari maknanya. Teori respon pembaca adalah memberi perhatian kepada peranan pembaca terhadap pemberian makna karya sastera."
Text
Teori-teori Sastera Marxist berpangkal...
"Teori-teori Sastera Marxist berpangkal kepada fungsi sastera kepada masyarakat. Marx merujuk kepada situasi dan kondisi produktiviti masyarakatnya. Teori-teori Marxist berpecah kepada lima moden iaitu model cermin, produksi, pengetahuan, genetik dan bahasa . "
Text
Feminisme yang berasal daripada perjuangan...
"Feminisme yang berasal daripada perjuangan wanita untuk mendapat tempat yang sederjagat dengan lelaki. Wanita sudah lama tertindas. Daripada aspek agama, wanita juga mewarisi original sins yang menyebabkan manusia terlempar ke dunia dan melahirkan konsep misogini bahawa wanita itu adalah setan betina yang harus dihindari."
Text
Kini, terdapat dua belas buah ..
"Kini, terdapat dua belas buah teori sastera pascamoden ( Julian Wolfrey. 1999 ) . Teori - teori sasteraa tersebut ialah strukturalisme, feminisme, teori-teori sastera Marxist, teori-teori respons pembaca , studi gay, studi budaya, kritikan psikoanalsis, dekonstruksi, pascastrukturalisme, pasca-modenisme, new historisisme dan teori pascakolonial"
Text
Pendekatan arkitaip lebih menjurus ke arah...
"Pendekatan arkitaip lebih menjurus ke arah kajian melihat aspek-aspek yang berhubungan dengan unsur-unsur mitos, lagenda, dongeng dan sejarah dalam karya. Sastera klasik memang kaya dengan unsur-unsur demikian, maka sangat wajarlah pendekatan ini digunakan untuk memahami sastera klasik itu."
Text
Kritikan stilistik lebih menumpukan kepada...
"Kritikan stilistik lebih menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam karya. Bahasa dalam pandangan stilistik merangkumi segala bidang pengkaryaan, bahasalah yang menjadi alat komunikasi dan ekspresi dalam karya. "
Text
Some thoughts on free trade
Text
Problems and prospects of regional cooperation in Asia : The political dimension
Text
A note on Asean : present and future
Text
Indonesia's economic and business relations with other Asean countries
Text
Political, economic and strategic developments of Southeast Asia with particular emphasis on the future of Asean
Text
The asean after the Bali summit
Text
The inviolability of cultural frontiers
Text
Prognostications for Indonesian selfsufficiency in rice
Text
The asahan project and the future of Indonesian - Japanese relations : Some remarks
Text
National integration and social science in Indonesia
Showing 5101 to 5150 of 16348 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2