Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19292 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Perspeksi terhadap bangsa lain
"kematian Albuquerque sebagai suatu penderitaan ..."
Text
Perspectives on the Indonesian economy :
Towards the year 2000
Text
STD
Persons, places, and times: The meanings of repetition in and STD clinic
The tensions between the way clinical medicine and public health necessarily construct the problem of "repetition" in the context of a STD clinic and the ways patients narrate their illness experiences.
Text
ethnomedicine
Personhood and illness among the Kulina
Argues that the current medical anthropological fixation on the Body is neither good ethnography nor productive theory, and uses the Kulina example to illustrate how the cultural dimensions of personhood provide a more satisfactory framework for the understanding of illness.
Text
Sosio budaya Melayu
Personaliti dan gaya hidup mak nyah : Satu kajian di Kuala Lumpur
Abstrak
Kewujudan golongan mak nyah dalam masyarakat bukanlah satu fenomena yang baru malah jumlahnya telah semakin meningkat. Kewujudan pelbagai istilah seperti “mak nyah”, “pondan”, “adik” dan “bapok” semuanya menjurus kepada golongan ini yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan, dan naluri sebagai wanita. Melihat dari sudut penampilan diri, mereka lebih cenderung ke arah kewanitaan seperti memakai beg tangan, aksesori dan pakaian wanita serta bersolek. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui secara mendalam personaliti dan gaya hidup mak nyah. Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkenaan gaya hidup golongan mak nyah. Kajian ini dilakukan terhadap 10 orang responden di sekitar Kuala Lumpur kerana kotaraya ini memang terkenal dengan jumlah mak nyah yang lebih tinggi berbanding tempat-tempat lain di negara ini. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa personaliti dan gaya hidup mak nyah sememangnya menjurus ke arah wanita meliputi pelbagai aspek seperti pembawaan diri dan gerak-geri,pergaulan dan komunikasi, penjagaan kecantikan, kesihatan, tubuh badan dan aktiviti sosial mereka. Selain itu, golongan ini juga sering mengadu bahawa mereka disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Dalam menempuh kehidupan sebagai mak nyah, didapati hanya sebilangan kecil sahaja responden yang benar-benar ingin menjadi wanita sepenuhnya sebaliknya lebih daripada separuh menyatakan bahawa mereka masih menyimpan hasrat untuk berubah. Oleh itu, satu usaha perlulah dijalankan untuk membantu golongan ini berubah dan kembali menjadi seperti lelaki normal yang lain.
Personafikasi atau 'pengorangan'.
Text
Persoalan timbulkan dilema kepada penulis
Text
Persoalan timbulkan dilema kepada penulis
Text
Persoalan penting untuk DBP
Text
Persoalan ketahanan Nasional dalam novel pilihan penulis guru Negara Brunei Darussalam
Abstrak
Kajian ini menganalisis persoalan ketahanan nasional yang terdapat di dalam novel-novel pilihan yang dihasilkan oleh penulis-penulis guru terutamanya yang berpendidikan tinggi. Pemilihan penulis guru dilakukan berdsarkan sejarah penulisan novel itu negara Brunei Darussalam yang dimulakan oleh penulis guru. Di samping itu, guru adalah orang yang terlibat dalam mengajar ciri-ciri ketahanan nasional itu di sekolah-sekolah baik secara langsung mahupun tidak langsung. Setiap penulis dipilih dua buah novel terbaik mereka.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti persoalan ketahanan nasional negara Brunei Darussalam yang terdapat dalam novel-novel kajian dan seterusnya memaparkan pengalaman watak-watak dalam naratifnya yang Berjaya mengasimilasikan ciri-ciri ketahanan nasional tersebut dalam kehidupan mereka. Kesan asimilasi itu menyebabkan keselamatan dan kemakmuran baik dalam keluarga, masyarakat mahupun negara telah dapat dipertahankan. Analisis ini menekankan perspektif watak-watak menerapkan ciri ketahanan nasional sosiobudaya, ketahanan nasional sosioekonomi danketahan nasional sosiopolitik. Dalam analisis ini setiap pecahan ketahanan nasional bagi setiap kategorinya itu dipaparkan penerapannya dalam kehidupan watak-watak dan masyarakat.
Text
Persoalan kata ganti nama
Website
linguistik melayu
Persoalan epistemologi dalam disiplin linguistik dan relevansinya dengan linguistik Melayu
Text
Persoalan dendam dalam sastera Melayu
Abstrak
Kehadiran hikayat-hikayat Melayu menjadi manifestasi kepada kewujudan sebuah masyarakat Melayu pada satu ketika dahulu. Hikayat-hikayat Melayu ini yang dikesan penghayatannya sejak zaman Hindu membawa kepada zaman Peralihan dan seterusnya kepada zaman Islam, dan dikenal pasti mewarnai kesusasteraan lama di rantau Tanah Melayu termasuk Aceh, Minang dan Jawa, tidak sahaja memberi hiburan kepada pembaca, tetapi fungsinya yang lebih berharga ialah sebagai bahan bukti kepada jatidiri, wacana pemikiran dan aspirasi masyarakat Melayu itu sendiri.
Berlandaskan penelitian drama tragedi di dalam periode Yunani dan periode pemerintahan Ratu Elizabeth 1, emosi dendam banyak sekali mempengaruhi tema dan jalan cerita drama tragedi berkenaan. Willliam Shakespeare dan Thomas Kyd mengeksploitasikan emosi dendam untuk menarik minat penonton apabila drama dendam mereka dipentaskan. Intrig dan peranan darah memainkan peranan meransang keghairahan penonton. Emosi dendam yang menjadi bumbu utama kepada drama tragedi ini seolah-olah mengorek keluar keresahan masyarakat Inggeris pada periode berkenaan yang dahagakan pembalasan dendam dan keadilan.
Dengan meneliti emosi dendam di dalam hikayat-hikayat Melayu ini akan menyerlahkan hatibudi masyarakat Melayu dalam menangani masalah harian yang membabitkan hati dan perasaan, jasmani dan rohani.
Pentafsiran emosi dari aspek ‘fenomenologi’ lewat hikayat-hikayat Melayu, yang tidak dominan kehadirannya didalam setiap hikayat yang dikaji-sekadar menjalankan peranannya yang bersifat didaktik-menggambarkan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu yang peka dengan urusan kasih sayang, kewibawaan yang wajar ditegakkan, keadilan yang saksama-kesemuanya demi kepentingan keharmonian dan kemuliaan etika di dalam kehidupan.
Text
Persoalan agama dalam puisi
persidangan penulis asean penubuhan organisasi
Membincangkan tentang aspek-aspek yang disidangkan oleh penulis asean dalam penubuhan organisasi penulis asean
Text
Persidangan ICPD – Malaysia pertahan isu agama dan budaya
Text
aidilfitri
inflasi
...4 more
Persiapan Raya lonjakkan inflasi?
Kadar inflasi pada bulan ini dan bulan depan dijangka melonjak susulan sentimen trend pembelian pengguna melakukan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Text
Hari Raya
Persiapan Raya lonjakkan inflasi?
Persiapan menuju akhirat
" Dalam pandangan Islam keseimbangan hidup manusia di dunia dan persiapan menunju akhirat menjadi penting."
Text
Hari Raya
Persiapan akhir menjelang Aidilfitri
Muslim seluruh dunia melakukan persiapan akhir untuk menyambut ketibaan Syawal setelah dua tahun tidak dapat merayakannya ekoran wabak Covid-19
Text
keluarga melayu
Persiapan Aidilfitri lima keluarga musnah
Kebakaran di belakang Pasar Berek 12, Kota Bharu pada pagi Khamis menyebabkan lima keluarga hilang tempat tinggal.
Text
Persetiaan Melayu-Bugis dalam sejarah kerajaan Johor-Pahang, Riau dan Lingga
Kerajaan Johor diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Melaka dengan Tun Fatimah binti Bendahara Tun Mutahir pada 1528. Ketika menduduki takhta kerajaan Johor baginda memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah...
Text
Sosio budaya Melayu
Persepsi terhadap amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan wanita Melayu : Kajian kes di Felda Lok Heng Kota Tinggi, Johor
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai persepsi wanita terhadap amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan wanita Melayu dan penjelasannya adalah meliputi kesedaran wanita itu sendiri terhadap penjagaan kesihatan, amalan pemakanan, senaman yang dilakukan serta penjagaan bagi wanita mengandung dan selepas bersalin. Tanggungjawab wanita sebagai suri rumah bukanlah satu tanggungjawab yang mudah kerana mereka bukan sahaja berperanan menjaga dan memelihara kesejahteraan diri mereka sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Pelbagai aspek perlu diambil perhatian oleh golongan wanita terhadap keluarganya sehinggakan mereka kadang kala mempunyai masa terbatas untuk merehatkan diri mereka sendiri. Bagi wanita yang bekerja atau turut terlibat dalam aktiviti diluar lingkungan keluarga, mereka perlu seimbangkan antara tugas domestik dan publik agar tugas-tugas tersebut tidak menjadi beban yang boleh memberi kesan kepada kesihatan diri mereka sendiri. Pada akhir penulisan latihan ilmiah ini, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap kajian susulan yang berkaitan dengan kesihatan wanita. Isu berkaitan dengan penjagaan kesihatan perlu diambil perhatian bagi melahirkan masyarakat yang sihat dari segi jasmani dan rohani.
Text
Persepsi pengguna terhadap serat tandan sawit ke arah pembangunan produk kraf
Abstrak
Penyelidikan ini membentangkan satu konsep pembangunan material yang berasaskan Persepsi Pengguna Terhadap Serat Tandan Sawit. Objektif utama penyelidikan adalah mengukur tahap persepsi pengguna terhadap penggunaan serat tandan sawit untuk diaplikasikan dalam pembuatan produk kraf. Selain itu, konsep pembangunan material yang dibangunkan, bertujuan bagi memenuhi keperluan pendidikan material dalam bidang seni dan kraf, di peringkat pengajian tinggi tempatan. Penyelidikan ini melibatkan lima (5) pemboleh ubah, iaitu pengetahuan material, pengalaman sensori, kesedaran potensi, penerimaan estetika dan pembangunan produk kraf. Kaedah penyelidikan Mixed Method Sequential Explanatory Design telah digunakan dengan melibatkan dua fasa, iaitu fasa kuantitatif dan fasa kualitatif. Kedua-dua kaedah tersebut bertujuan bagi menghasilkan dapatan yang lebih jelas dan kukuh, disamping memantapkan sokongan kepada hasil dapatan dalam fasa kuantitatif. Kaedah triangulasi data, iaitu pengumpulan data melalui instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian telah digunakan dalam penyelidikan ini. Responden penyelidikan pula terdiri daripada pelajar seni dan professional dalam bidang kraf dan tekstil.
Dalam penyelidikan ini, data soal selidik yang diperolehi menerusi fasa kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui penggunaan perisian SPSS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menilai tahap kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Manakala analisis inferensi pula, ujian MANOVA, Kolerasi Pearson dan Regerasi Beganda, digunakan untuk mengenal pasti perbezaan, hubungan dan pengaruh antara setiap pemboleh ubah. Seterusnya, fasa kualitatif pula telah melibatkan data yang diperolehi melalui penggunaan instrumen temu bual dan pemerhatian.
Text
Persepsi para ilmuan Malaysia terhadap keulamaan Prof Dr. Hamka dan Tafsir Al-Azhar
Al-Qur'an merupakan wahyu Allah Ta'ala yang diturunkan kepada Nabi Muhamamd SAW untuk disampaikan kepada umat manusia, sebagai pedoman dan pandangan hidup dalam mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah Ta'ala di dunia dan di akhirat...
Text
Persepsi masyarakat cina terhadap kepimpinan melayu : kajian kes di Lembah Kelang
Kepimpinan Melayu kini sering mendapat perhatian di kalangan bukan sahaja golongan Melayu tetapi juga bukan Melayu...
Text
Sosio budaya Melayu
Persepsi mahasiswa Universiti Malaya mengenai cinta
Abstrak
Bab 1 merupakan pengenalan awal yang berkaitan dengan cinta remaja dan kesannya kepada remaja. Kemudian, diterangkan objektif kajian, permasalahan kajian, skop kajian, kawasan kajian, metodologi kajian yang meliputi kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Beberapa sorotan kajian yang berkaitan dengan cinta di senaraikan. Kepentingan kajian turut diterangkan dan akhir kesimpulan bab.
Bab 2 adalah dengan latar belakang kajian. Konsep remaja dan cinta diterang dan dihuraikan secara mendalam mengikut pakar dalam bidang tertentu. Alat kajian yang meliputi 4 bahagian diterangkan sepintas lalu dan akhir sekali kesimpulan bab.
Bab 3 mengenai data mentah iaitu keputusan yang diperolehi berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Terdapat 4 bahagian utama iaitu Bahagian A: Latar belakang responden. Bahagian B: Sejarah perhubungan cinta. Bahagian C: Penilaian terhadap cinta dan Bahagian D:Persepsi responden mengenai cinta. Akhir sekali, kesimpulan bab.
Bab 4 pula mengenai analisis data. Data mentah mengenai penilaian responden terhadap cinta iaitu kepercayaan pada cinta dan peratusan kepercayaan terhadap cinta dan pasangan dikaitkan dengan pengalaman bercinta responden. Pengkaji juga menghuraikan persepsi responden mengenai cinta dengan mengaitkan dengan pengalaman bercinta responden, kepercayaan pada cinta dan peratusan terhadap cinta dan pasangan. Akhir sekali, kesimpulan bab.
Bab 5 adalah mengenai perbincangan. Pengkaji menghuraikan persepsi responden mengenai cinta yang dikaitkan dengan pengalaman bercinta, kepercayaan pada cinta cinta dan peratusan kepercayaan terhadap cinta dan pasangan. Akhir sekali, pengkaji membuat kesimpulan bab.
Bab 6 merumuskan semua dapatan kajian yang dibuat dalam keseluruhan bab cinta remaja.
Text
Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini : satu tinjauan di Taman Aman anak Bukit, Alor Setar Kedah
Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai dan amanah Allah S.WT kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia...
Text
Persepsi Golongan Agamawan Terhadap Gerakan Islah & Tajdid di Malaysia
Fenomena konflik antara aliran tradisional dan gerakan islah mula dikesan riaknya sejak penghujung abad ke-19M tetapi berlaku secara rasmi pada awal abad ke-20 dengan kemunculan majalah Al-Imam...
Text
Persepsi dan Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap Islam Hadhari
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk merenung, mengambil iktibar serta hasrat untuk membawa negara Malaysia dan rakyatnya bersama-sama menghayati ketinggian ketamadunan Islam yang pernah dicapai suatu masa dahulu.
Text
Persepsi bukan Melayu terhadap gerakan politik Melayu
Kesemua persoalan kajian yang diajukan menunjukkan bahawa sememangnya tidak ada perbezaan persepsi belia buka Melayu terhadap gerakan politik Melayu, walau apa jua latar belakang mereka...
Text
Bahasa Melayu
Persepsi editor Melayu terhadap pengamal perhubungan awam di Malaysia
Kajian ini menganalisis persepsi editor Melayu terhadap pengamal perhubungan awam di Malaysia, menekankan pentingnya membina hubungan yang baik untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi organisasi.
Text
Persenda pantun atau dangkal ilmu
Text
Persempadanan utara - konsep dan takrif
Tulisan ini akan mengupas mengenai konsep dan takrif persempadanan di utara Semenanjung. Kawasan ini penting untuk diteliti kerana ia merupakan kawasan antarabangsa yang melibatkan sempadan Malaysia-Thailand...
Text
Persempadanan Negeri Kedah
Pengenalan
Kedah merupakan salah sebuah kerajaan Melayu yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu. Kedah muncul sebagai kerajaan penting di Semenanjung Tanah Melayu pada kurun ke-5...
Text
brunei
Persembahan
...1 more
Persembahan Tarian Anding di Brunei Darussalam
Tarian Anding yang ada di Brunei sekarang adalah diwarisi dari suku Kedayan di Brunei iaitu salah satu dari suku asli Brunei. Dipercayai datang dari negeri jiran seperti Sipitang (Sabah), Lawas, Awat-Awat (Sarawak), amnya dari Malaysia Timur. Tarian ini amat mementingkan gerak tari pada badan, bahu, tangan dan kaki.
Tarian Anding menghubungkan tubuh badan manusia dengan kuasa ghaib dalam bentuk pemujaan kuasa yang menjelma ke dalam tubuh Ahli Anding atau Pak Bomoh. Hubungan antara manusia dan kuasa ghaib ini menyebabkan terjadinya keadaan tidak sedarkan diri pada Ahli Anding. Tarian Anding ini juga diiringi dengan lagu-lagu tertentu dan sesuai untuk memanggil gimbaran atau semangat.
Text
tarian
Persembahan Tak Bamban
Tarian Tak Bamban ialah sejenis tarian tradisional di negara Brunei Darussalam. Tak Bamban merupakan sebuat persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ia merupakan ritual kerana memandangkan corak persembahannya yang meliputi unsur keghaiban dan tentang kwujudannya juga benar-benar diluar garis ilmiah dan merupakan daya usaha kuasa 'orang halus'. Sekitar gerak-laku Tak Bamban ini sungguh diluar kemestian untuk ditinjau lebih jauh kerana setiap orang halus membangsat kepada alam yang sukar dilalui iaitu suatu alam yang tertutup atau ghaib.
Text
Persembahan Patung-patung di Auditorium DBKL, 3 Februari
Text
brunei
naindong
...2 more
Persembahan Naindong di Brunei
Dapat dikatakan bahawa naindong itu adalah merupakan satu bentuk lagu-lagu asli Brunei yang masih sampai sekarang dikenali ramai. Hingga kini naindong yang dulunya adalah merupakan lagu-lagu, sekarang apabila telah mengalami perubahan bertukar menjadi tarian. Tujuannya supaya naindong dapat dikekalkan dan menjadi ristaan generasi akan datang.
Text
brunei
muzik tradisional
...1 more
Persembahan Muzik Tradisional Mukun di Brunei
"Bermukun" ini merupakan satu cabang seni dalam bangsa masyarakat Melayu dimana terdapat unsur-unsur berbalas pantun dan mengandungi tarian daripada penonton lelaki yang berminat mengambil bahagian. Jadinya "Bermukun" ini mempunyai dua unsur penting dalam persembahan iaitu berpantun disertakan dengan pukulan tambur atau dumbak dan tarian. Ia juga dikenali sebagai "Bergendang" kerana alat muziknya terdiri dari alat yang digendang, terutama bagi penduduk kampung air.
Bermukun ini dapat disifatkan sebagai persembahan terbuka kerana setiap anggota masyarakat sama ada masyarakat setempat atau masyarakat luar diberi kesempatan menghadiri majlis bermukun ini. Ini termasuklah golongan tua, muda, kanak-kanak, lelaki atau perempuan yang hadir hanya semata-mata untuk bersuka-suka, menghibur hati dan mengisi masa lapang serta memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan.
Text
Persembahan mak yong melibatkan interaksi...
"Persembahan mak yong melibatkan interaksi sosial di antara anggota-anggotanya. Pelakon-pelakon dikehendaki bekerjasama antara satu sama lain. Melalui kerjasama ini, wujud perpaduan di kalangan masyarakat Mak yong yang sebenarnya merupakan persembahan bercorak hiburan dengan adanya watak-watak jenaka."
Text
ensembel
gamelan
...3 more
Persembahan Joget Gamelan dalam Ensembel Muzik Gamelan Melayu
Istilah 'Gamelan' berasal dari perkataan 'Gamel' yang membawa erti sejenis pemukul yang menyerupai tukul, dan 'Gamelan' beerti satu cara pukulan yang berdasarkan kepada kaedah pukulan yang tertentu di dalam memainkan alat-alat gamelan tadi. Di semenanjung Tanah Melayu, tarian dan muzik gamelan mula-mula muncul di istana Pekan, Pahang dan kemudiannya ia telah diperkembangkan ke Istana Trengganu. Kedua-dua kesenian ini iaitu muzik dan tarian tidak dapat dipisahkan, ia mempunyai pertalian yang amat erat dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia merupakan satu bentuk tarian istana yang mempunyai sifat-sifat tertentu dan dengan sifat-sifat ini ia digelar sebagai Tarian Klasik. Meskipun Gamelan berasal sangat hampir dengan Jawa tetapi kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan benar-benar berlainan, menyebabkan ia layak digelar Gamelan Melayu.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Persembahan Ghazal Party
Bila disebut persembahan Ghazal, orang ramai lebih maklum bahawa ianya adalah persembahan muzik tradisi yang popular di selatan Malaysia. Dan memang tanggapan itu tidak meleset sama sekali. Tetapi apabila kita menyebut Ghazal Party, ramai yang keliru dan ada juga yang masih menganggap ianya adalah juga sebuah persembahan nyanyian rakyat di selatan Malaysia. Disebabkan faktor-faktor tertentu, kebanyakan rakyat Malaysia dari berbagai lapisan umur dan juga berbagai lapisan keturunan tidak begitu mengetahuinya. Ghazal Party adalah kesenian rakyat di Utara Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Kesenian ini tidak lekang di dalam sanubari masyarakat di Pulau Pinang. Namun begitu Ghazal Party bukanlah persembahan muzik tradisional Melayu. Ia merupakan muzik transisi.
Text
Persembahan Dondang Sayang
Esei ini membincangkan topik mengenai Dondang Sayang yang begitu popular di negeri Melaka. Tinjauan yang dibuat adalah berbagai aspek mengenai persembahan Dondang Sayang.
Text
Persembahan Dikir Laba Kelantan
Dalam esei ini penulis akan menerangkan definisi dikir laba, asal usul dikir laba, cara persembahan dan aspek-aspek lain yang terdapat dlam persembahan dikir laba seperti lakunan dan nyanyian. Dalam menentukan asal usul dan definisi dikir laba penulis telah mendasarkan kepada pandangan-pandangan orang tertentu, yang ditemuinya. Berhubung dengan aspek lain yang terdapat di dalam persembahan dikir laba penulis telah menghurai satu persatu secara terperinci. Misalnya dalam nyanyiannya selain dari menghurai, penulis juga telah menyertakan beberapa buah lagu sebagai panduan.
Text
dikir barat
kelantan
Persembahan Dikir Barat di Kelantan
Dikir Barat merupakan satu persembahan yang menjadi sumber hiburan yang popular di Pantai Timur khasnya negeri Kelantan. Dalam persembahan Dikir Barat perlawanan mulut antara dua kumpulan yang masing-masing berusaha menjatuhkan kumpulan lawan dan menonjolkan kumpulan sendiri.
Dalam usaha menyiapkan kertas kerja ini, penulis telah menemui Ketua Kumpulan Dikir Barat Daud Bukit Abal iaitu Encik Mat Dud bin Che Mat. Beliau merupakan salah seorang juara yang terkenal di Kelantan. Selain dari itu penulis juga telah menemui beberapa orang peminat Dikir Barat untuk menanyakan bagaimanakah persembahan dikir barat dibuat.
Text
Persembahan Diangdangan
"Diangdangan sama seperti pelipur lara yang menggunakan alat bunyi-bunyian atau gendang yang dipanggil sebagai dumbak"
Text
Persembahan
tarian
...1 more
Persembahan Alai Mambang di Brunei Darussalam
Tarian Alai Mambang adalah merupakan sejenis tarian tradisional bagi masyarakat Melayu Kedayan di Negara Brunei Darussalam, di samping itu ianya (Alai Mambang) juga merupakan sebuah persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ianya (Alai Mambang) merupakan bentuk upacara atau ritual oleh kerana corak persembahannya meliputi unsur-unsur keghaiban dan tentang kewujudannya juga merupakan daya usaha yang luar biasa atau dikatakan tentang orang halus. Unsur-unsur luar biasa atau orang halus ini dipercayai datangnya daripada suatu alam yang tertutup yang menjelma ketika upacara atau ritual tarian Alai Mambang dipermainkan.
Text
Persembahan Al-Amin menarik
Text
Persembahan Al-Amin menarik
Showing 5851 to 5900 of 19292 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2