Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19292 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
ASAL USUL
China
...2 more
Tiada siapa yang tahu akan asal usulnya tekat...
"Tiada siapa yang tahu akan asal usulnya tekat yang sebenar kerana tiada catatan bertulis yang dapat diterima pakai sebagai panduan tentang asal usul tekat. Mungkin tekat telah diperkenalkan daripada negara India dan China kerana penggunaan dan teknik menghasilkannya menyerupai kedua-dua pengaruh ini. Terutama sekali tekatan-tekatan Melayu yang dihasilkan daripada negeri-negeri Selat seperti Melaka dan Pulau Pinang."
Text
bahan tekstil
batik
...1 more
Salah satu ciri utama yang membezakan kain batik...
"Salah satu ciri utama yang membezakan kain batik dengan tekstil lain ialah penggunaan lilin. Lilin merupakan bahan penghalang yang baik bagi teknik membatik kerana cara ini mudah dilukis pada kain dan mudah pula untuk menghilangkannya apabila tidak diperlukan lagi."
Text
batik canting
corak
...2 more
Batik canting adalah batik yang unik...
"Batik canting adalah batik yang unik kerana memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi untuk mencipta corak-corak yang eksklusif. Batik ini menjadi unik kerana ia dihasilkan tidak sama atau berbeza di antara satu sama lain."
Text
batik sarung
kaedah sutera saring
Teknik lain menghasilkan kain batik sarung...
"Teknik lain menghasilkan kain batik sarung ialah menggunakan kaedah sutera saring. Sutera saring diletakkan ke atas kayu pemidang untuk tujuan meregangkan permukaan sutera saring. Motif-motif yang telah dihasilkan pada permukaan sutera saring ini dapat menembus warna. Kaedah ini sangat mudah kerana ia dapat menghasilkan batik sarung dengan mudah dan cepat. Teknik ini menggunakan pewarna yang pekat dan boleh menebusi sutera saring tersebut."
Text
batik sarung
masyarakat Melayu
Batik sarung adalah batik yang terawal...
"Batik sarung adalah batik yang terawal dihasilkan oleh masyarakat Melayu dan ia sangat popular disebabkan penggunaannya yang sangat meluas. Menurut Rahmah Bujang (2004) kain sarung ditenun dalam keadaan sehelai, cuma berbeza dari segi lebih panjang dan lebih lebar mempunyai fungsi utiliti dan kegunaannya sesuai untuk lelaki dan perempuan."
Text
benang loseng
songket
Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang...
"Benang loseng ialah benang yang disusun memanjang dari bahagian kepala kei ke kaki kei di mana terletaknya papan gulung untuk menggulung benang loseng dan pasung untuk alat memasukkan papan gulung."
Text
songket
tradisional
...1 more
Dalam banyak warna yang dihasilkan secara tradisional...
"Dalam banyak warna yang dihasilkan secara tradisional ini warna yang mendapat tempat di hati penenun songket ialah warna merah kesumba kerana warna yang menyerlah dan digemari oleh penggemar songket."
Text
tenunan
tradisional
...1 more
Terdapat juga penenun-penenun yang menggunakan warna tempera...
"Terdapat juga penenun-penenun yang menggunakan warna tempera iaitu warna yang dihasilkan secara tradisional dari alam semula jadi untuk mewarnakan benang."
Text
bahan mentah
benang
...1 more
Untuk menghasilkan songket yang bermutu...
"Untuk menghasilkan songket yang bermutu bergantung kepada bahan mentahnya iaitu benang. Biasanya benang ini didapati dalam bentuk yang telah dipintal. Benang-benang hendaklah dicelup dengan pewarna yang berfungsi untuk mewarnakan benang-benang mentah. Ada dua benang yang tidak perlu diwarnakan iaitu benang emas dan benang perak kerana semula jadi telah mempunyai warnanya tersendiri dan berkilat."
Text
Melayu
songket
Perkataan songket atau 'sungkit' adalah berasal...
"Perkataan songket atau 'sungkit' adalah berasal dari perkataan Melayu yang diambil dari teknik 'menyungkit' dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng. Bilah ini digunakan sebagai penyolek. Proses ini dibuat untuk menyediakan benang karat iaitu dengan mengikat pada benang butang dengan tujuan membuat Ragam hias (Siti Zainon Ismail, 1986)."
Text
fabrik
warna asas
Pada peringkat awalnya, warna-warna yang digunakan...
"Pada peringkat awalnya, warna-warna yang digunakan untuk menghasilkan keindahan pada fabrik adalah terbatas, warna-warna asas yang sering digunakan ialah hitam, merah, kuning dan biru. Warna-warna ini dapat dipelbagaikan dengan cara mencampurkannya bagi mendapatkan warna lain daripada warna asas untuk mewarnakan fabrik."
Text
batik
fabrik
...1 more
Negeri-negeri yang mula menjalankan perusahaan...
"Negeri-negeri yang mula menjalankan perusahaan fabrik ini ialah Kelantan dan Terengganu yang menghasilkan fabrik berbentuk batik dan songket. Pahang hanya menjalankan perusahaan menenun songket sahaja yang terletak di Pekan, manakala tekat hanya didapati di daerah Kuala Kangsar, Perak."
Text
fabrik
pedagang luar
...2 more
Pedagang-pedagang luar yang berdagang di Pulau Jawa ini...
"Pedagang-pedagang luar yang berdagang di Pulau Jawa ini telah memperkenalkan dunia fabrik ke Tanah Melayu. Dari sini titik tolak bermulanya perkembangan dan penciptaan dunia fabrik kepada orang-orang Melayu."
Text
bahan tekstil
celupan
...3 more
Orang-orang Greek telah meneroka India dan pulang dengan...
"Orang-orang Greek telah meneroka India dan pulang dengan membawa banyak bahan tekstil (fabrik). Di antaranya termasuklah dari jenis tenunan, lukisan dan celupan. Sesuatu yang agak menarik tentang fabrik ini ialah motif yang terdapat pada kain-kain ini terdiri dari motif-motif buahan, burung dan binatang."
Text
fabrik
Mesir
...1 more
Menurut pendapat Chakraboti dan Muninder Kumar (1970), orang Mesir mungkin...
"Menurut Chakraboti dan Muninder Kumar (1970), orang Mesir mungkin merupakan perintis terulung dalam teknik menghasilkan fabrik. Bukti yang dikemukakan oleh mereka ialah terdapat tinggal-tinggalan fabrik dalam makan Beni Hassan (2,000 S.M.)"
Text
motif
tumbuh-tumbuhan
Menurut Haziyah Hussin (2006), secara keseluruhan motif tumbuh-tumbuhan...
"Menurut Haziyah Hassan (2006), secara keseluruhan motif tumbuh-tumbuhan adalah motif yang paling banyak dihasilkan. Motif ini digubah melalui banyak modifikasi sehingga sukar untuk dikenali. Namun begitu, kebanyakan motif ini, dengan kebijaksanaan dan kreativiti perekanya, masih mengekalkan identiti motif tersebut. Contohnya dalam penggunaan motif 'bunga penuh' yang biasa dibuat di Terengganu dan Kelantan atau 'bunga tabur' pula di Pahang."
Text
cerita lama
hikayat
...2 more
Motif-motif juga dihasilkan melalui cerita-cerita lama...
"Motif-motif juga dihasilkan melalui cerita-cerita lama atau hikayat yang disampaikan oleh generasi terdahulu dan diadaptasikan dalam bentuk lakaran serta diaplikasikan dalam bentuk barangan kraftangan."
Text
alam geografi
cakerawala
...2 more
Sumber motif dari kosmologi iaitu alam geografi...
"Sumber motif dari kosmologi iaitu alam geografi dan cakerawala yang terdiri daripada gunung-ganang, teluk, ombak, bulan, bintang, langit, awan dan matahari juga dijadikan sumber idea untuk melahirkan motif."
Text
kehidupan hutan
motif
...1 more
Kehidupan hutan juga menjadi sumber...
"Kehidupan hutan juga menjadi sumber idea kepada pereka bentuk motif yang mengubah suai dan melakukan penggayaan (stylisation) imej-imej fauna seperti unggas dan haiwan. Antara bentuk-bentuk motif yang biasa terdapat dan diguna pakai dalam seni kraf Melayu termasuklah kupu-kupu, siput, keluang, itik, gajah dan lain-lain lagi."
Text
Kesenian Melayu
kraftangan
Kesenian merupakan wajah sesuatu bangsa...
"Kesenian merupakan wajah sesuatu bangsa. Kesenian menjadi bagaikan moto sosio-budaya sesebuah bangsa. Kraftangan juga merupakan kesenian sesuatu bangsa itu dan dengan sendirinya menjadi lambang, moto dan wajah sesuatu bangsa itu."
Text
budaya
budaya luar
...2 more
Menurut Wan Abdul Kadir (1984), budaya juga adalah pertembungan...
"Menurut Wan Abdul Kadir (1984), budaya juga adalah pertembungan antara budaya tradisional dengan unsur-unsur budaya luar atau budaya yang didatangkan. Perubahan ini berlaku dari masyarakat tradisional kepada masyarakat moden."
Text
budaya melayu
cara hidup
...1 more
Budaya Melayu adalah cara hidup, yakni meliputi...
"Budaya Melayu adalah cara hidup, yakni meliputi seluruh cara hidup satu masyarakat baik dari segi pengumpulan idea dan perasaan, kepercayaan, lambang, nilai kemasyarakatan, serta objek kebendaan yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang lagi."
Text
kerabat
pembesar
...1 more
Pada awalnya, kain tenunan menjadi pakaian larangan...
"Pada awalnya, kain tenunan menjadi pakaian larangan yang hanya boleh dipakai oleh kerabat dan pembesar istana sahaja. Namun kini, kain tenun telah diberi sentuhan inovasi dan sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat seterusnya menjana pendapatan keluarga."
Text
kesenian
nilai estetika
Nilai estetika adalah salah satu cabang...
"Nilai estetika adalah salah satu cabang kesenian. Seni merupakan satu manifestasi pemikiran, perasaan material yang lahir secara tersendiri dari para seniman."
Text
mengkuang
songket
...1 more
Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk...
"Halimah Hassan (1980), dalam penulisan tesisnya yang bertajuk "Beberapa Ukiran Dalam Menilai Keindahan Melayu" tertumpu kepada ukiran kayu, songket, serta anyaman pandan dan mengkuang. Metod kajiannya menjurus kepada tiga ukuran sahaja iaitu kehalusan, kesesuaian dan keaslian dalam menghuraikan dan menganalisa 'Keindahan Melayu' dengan menumpukan kepada tiga bidang kraftangan iaitu ukiran kayu, tenunan songket serta anyaman pandan dan mengkuang."
Text
falsafah keMelayuan
Melayu
...1 more
Menurut Rahmah dan Nor Azlin (2004) seni Melayu...
"Menurut Rahmah dan Nor Azlin (2004) seni Melayu sama ada seni rupa mahupun seni persembahan merupakan seni yang mendokong falsafah keMelayuan, menggambarkan jiwa budayanya, memaparkan alamnya dan memanifestasikan nilai estetikanya yang tersendiri."
Text
bangsa
kesenian
...1 more
Manusia boleh mengukur ketamadunan sesebuah bangsa...
"Manusia boleh mengukur ketamadunan sesebuah bangsa itu melalui kerja-kerja kesenian yang dihasilkan. Kesenian ini merupakan wajah atau cermin kepada sesebuah masyarakat atau bangsa di dunia ini. Kesenian yang dihasilkan mempunyai makna dan falsafahnya yang tersendiri dan memberi pengertian dan pengisian kepada kehidupan manusia."
Text
masyarakat Melayu
pakaian
...2 more
Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kehalusan...
"Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kehalusan persembahan, pakaian dan peralatan yang menarik serta alat-alat muzik yang terkenal dengan ketinggian mutu budaya istana."
Text
industri
perusahaan kecil-kecilan
...1 more
Dalam sejarah tradisi fabrik adalah didapati...
"Dalam sejarah tradisi fabrik adalah didapati bahawa Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah negeri yang telah lama menjalankan tradisi dalam perusahaan fabrik. Pada masa dahulu, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sahaja tetapi sekarang ini telah dijalankan secara industri."
Text
masyarakat Melayu
perdagangan
...3 more
Sumber ekonomi masyarakat Melayu adalah...
"Sumber ekonomi masyarakat Melayu adalah dari sumber pertanian serta perikanan yang mana mereka bergantung hidup terhadap alam semula jadi. Segala sumber pertanian seperti rempah ratus dan hasil nelayan diperdagangkan."
Text
orang melayu
petempatan
Orang Melayu pada zaman awal tinggal...
"Orang Melayu pada zaman awal tinggal di kawasan perkampungan persisiran pantai. Mereka hidup secara berkelompok yang dinamakan kampung. Di dalam perkampungan ini mereka akan mengamalkan sistem hidup bermasyarakat. Kehidupan orang Melayu memiliki sistemnya tersendiri seperti sistem ekonomi, politik dan juga sosio budaya."
Text
masyarakat tradisional
seni tradisional
Masyarakat tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu...
"Masyarakat tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan istana dan golongan rakyat."
Text
bahasa
Bahasa Melayu
...1 more
Bahasa pertuturan yang biasa digunakan...
"Bahasa pertuturan yang biasa digunakan juga berubah mengikut negeri serta daerah dan suku kaum yang dipengaruhi oleh pendatang. Pertuturan bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa rasmi yang digunakan di istana, pentadbiran kerajaan dan sekolah-sekolah."
Text
Arab
fabrik
...2 more
Dalam menghasilkan fabrik khususnya, amat ketara kerana...
"Dalam menghasilkan fabrik khususnya, amat ketara kerana coraknya banyak terdedah kepada pengaruh asing dan yang paling kuat mempengaruhi orang Melayu ialah orang-orang Arab dan Gujerat."
Text
seni batik
seni hias
...2 more
Dalam seni batik dan seni songket, dua daripada...
"Dalam seni batik dan seni songket, dua daripada cabang seni yang sering dikelaskan sebagai termasuk dalam seni hias dan pertukangan seperti juga seni ukiran kayu, perubahan ke arah pembaikan telah berlaku. Kemajuan telah banyak dicapai sehingga kedudukan batik Malaysia cukup membanggakan."
Text
kelantan
Dalam teks Riwayat Kelantan ini masih...
"Dalam teks Riwayat Kelantan ini masih lagi terlihat pengarangnya terikut-ikut dengan corak penulisan sepertimana yang sering ditemui dalam teks-teks Melayu lama yang lain. Antaranya ialah pemakaian vokal wau dan alif yang tidak konsisten."
Text
kelantan
Satu hal yang agak istimewa tentang teks Riwayat Kelantan...
"Satu hal agak istimewa tentang teks Riwayat Kelantan ini ialah penyalinnya telah cuba menggunakan tanda-tanda bacaan seperti tanda berhenti (titik), dan koma yang tidak ada dalam naskhah-naskhah Melayu lama yang bertulisan Jawi. "
Text
kelantan
Asaad adalah seorang penulis yang...
"Asaad adalah seorang penulis yang produktif dan berbakat. Bakat kepengarangannya berbeza dengan penulis-penulis yang sebelumnya."
Text
kelantan
Pengarang Riwayat Kelantan ialah...
"Pengarang Riwayat Kelantan ialah Asaad Shukri Haji Muda. Karyanya pertama kali tersiar secara bersiri dalam majalah Kencana, iaitu sebuah majalah yang diterbitkan di Kota Bharu dari tahun 1930 hingga 1931. "
Text
kelantan
Apabila disemak di dalam mikrofilem ....
"Apabila disemak di dalam mikrofilem tersebut ternyata judul Hikayat Kelantan itu tidak wujud. Judul tersebut hanya diberikan oleh Howard di samping judul sebenarnya iaitu Riwayat Kelantan ."
Text
kelantan
Riwayat Kelantan: Satu pengenalan naskhah
Riwayat Kelantan ini ditulis di atas kertas bergarisan dan mungkin daripada buku tulis yang bersaiz panjang. Jumlah baris dalam satu halaman ialah 19.
Text
kelantan
Contohnya Patani menganggap keturunan raja-raja Kelantan...
"Contohnya Patani menganggap keturunan raja-raja Kelantan adalah sebahagian daripada keturunan mereka dan selama ini tidak pernah wujud perasaan dendam di antara kedua-dua kerajaan sebelum ini. Maka adalah tidak wajar bagi mereka menyerang Kelantan. "
Text
kelantan
Walaupun sejarah golongan istana lebih...
"Walaupun sejarah golongan istana lebih dipertekankan oleh pengarang namun di bahagian akhirnya beliau turut melibatkan peranan dan tindakan masyarakat biasa dalam perjalanan sejarah Negeri Kelantan terutamanya di zaman kemajuan. "
Text
kelantan
Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang...
"Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang asal-usul negeri Kelantan telah disiarkan secara bersiri (15 siri) di dalam majalah Kenchana sekitar 1930-31."
Text
kelantan
Jika dilihat dari segi bentuknya pula, Riwayat Kelantan...
"Jika dilihat dari segi bentuknya pula, Riwayat Kelantan ini boleh dianggap sebagai sebuah karya sejarah moden memandangkan ia menggunakan perkataan-perkataan Melayu yang agak moden dan terang, mempunyai tajuk kecil,tarikh, tanda petikan pada setiap petikan yang dibuat di samping menggunakan beberapa kaedah pengkajian sejarah moden iaitu dengan menyatakan sumber rujukan tersebut di bahagian akhir setiap rujukan yang dibuat oleh pengarang. "
Text
kelantan
Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh...
"Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh Muhammad Asaad Haji Muda (atau terkenal sebagai Asaad Shukri) yang memang terkenal sebagai ahli sejarah negeri Kelantan. "
Text
kelantan
Naskhah Riwayat Kelantan sebagai sumber sejarah Kelantan
Terdapat 40 buah naskhah tentang sejarah Kelantan yang dikesan sebagaimana yang diutarakan oleh Dato' Haji Nik Mohamed bin Haji Nik Mohd. Salleh.
Text
kelantan
penyelidikan
Kebanyakan daripada minat tentang penyelidikan...
"Kebanyakan daripada minat tentang penyelidikan arkeologi di Kelantan muncul akibat penyelidikan arkeologi Sieveking di Gua Cha pada tahun 1954. Persediaan untuk penyelidikan ini dibuat oleh Williams-Hunt pada tahun 1951 supaya penggalian dapat dilaku pada tahun 1952."
Text
kelantan
Williams-Hunt banyak membuat lawatan ke kawasan...
"Williams-Hunt banyak membuat lawatan ke kawasan negeri Kelantan semasa menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Penasihat tentang Orang Asli dalam Jabatan Orang Asli dan juga sebagai Pengarah Muzium-muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu. "
Text
kelantan
Selain daripada menunjuk jenis-jenis artifek yang...
"Selain menunjuk jenis-jenis artifek yang terdapat di negeri Kelantan dan juga taburannya, tidak banyak maklumat lain yang boleh diambil daripada penulisan Rentse. "
Showing 6201 to 6250 of 19292 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2