Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19292 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Perbandingan pembentukan puitika dalam konteks model biologi
" Penerokaan dan pendedahan unsur-unsur biologi wanita telah digunakan oleh pengarang dengan tujuan untuk menyempurnakan idea"
Text
Perbandingan morfologi bahasa Melayu dan bahasa Iban
Abstrak
Tesis ini adalah kajian mengenai bahasa Melayu (BM) dan bahasa Iban (Bib) yang dilihat dari perspektif Linguistik Bandingan dan pada tahap-tahap tertentu kajian ini menjurus kepada Linguistik Bandingan Sejarawi. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat unsur-unsur morfem yang terdapat dalam pembentukan kata BM dan Bib. Di samping itu kajian ini turut menyelidiki ciri-ciri warisan bersama yang dimiliki oleh kedua-dua bahasa dari bahasa induk serta perubahan-perubahan yang berlaku setelah berpisah. Data dari BM diperolehi melalui bahan bertulis dan pemerhatian langsung. Manakala data dari Bib pula didapati melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Bahan bagi BM tidak hanya terhad pada bentuk standard, tetapi juga melihat pada dialek-dialek tertentu sekiranya terdapat kesejajaran.
Untuk tujuan menghurai dan menganalisis bentuk-bentuk morfologi BM dan Bib ini, pendekatan sistematik digunakan bagi membuat kesimpulan tentang evolusi sesuatu sistem melalui zaman. Kajian ini turut menyentuh struktur fonologi kata sebagai tujuan memudahkan perbincangan mengenai hal-hal berkaitan dengan imbuhan dan morfofonemik. Di samping melihat pembentukan kata melalui bentuk dan unsur morfem, kajian ini turut mengambil kira pembentukan kata berdasarkan unsur-unsur pembentukan dan kata akar.
Text
Bahasa Melayu
Perbandingan Leksikal bahasa orang Asli Seletar dan bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk melihat perbandingan leksikal antara bahasa orang Asli Seletar (BOAS) dan bahasa Melayu Standard (BMS).Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah lapangan bagi mendapatkan data primer. Manakala kaedah kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan data sekunder dan memperkukuhkan lagi data primer. Data-data yang telah dikumpul dibandingkan terutama untuk melihat aspek fonologi dan leksikal. Daripada analisis mendapati BOAS mempunyai sistem vokal dan konsonan yang berbeza daripada BMS. Didapati BOAS, mempunyai enam vokal dan 20 konsonan.
Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan dalam BOAS banyak berlaku proses pengguguran dan peleburan. Proses-proses ini dilihat akan mengubah struktur kata dari kata dwisuku dalam BMS kepada kata ekasuku dalam BOAS. Analisis yang dilakukan mendapati perubahan utama yang berlaku dalam BOAS ialah melibatkan proses pengguguran yang akhirnya mengubati struktur kata dalam BOAS. Selain itu, daripada analisis leksikostatistik dan gloto kronologi mendapati, BOAS merupakan sebuah bahasa daripada induk yang sama.
Text
Perbandingan komposisi motif antara songket Terengganu dengan tenunan Pithambaram di Kanchipuram
Abstrak
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai industri kraftangan, antaranya jalah industri tenunan. Walau pun terdapat pelbagai tenunan, industri kain songket dianggap istimewa kerana penggunaan kain songket sebagai persalinan diraja sejak turun-temurun dan busana rasmi untuk majlis-majlis berprestij tinggi oleh masyarakat Melayu. Kain songket keluaran negeri Terengganu amat diminati ramai kerana kehalusan seni tenunannya. Masyarakat India Selatan juga mempunyai tradisi pemakaian kain tenunan yang menyerupai kain songket Terengganu yang dikenali sebagai pithambaram, yang membawa maksud kain emas' , kerana kain tenunan ini mengunakan benang emas asli untuk menyungkit motif tenunannya. Kanchipuram merupakan sebuah bandar tenunan yang sangat mahsyur di India Selatan yang menghasilkan kain pithambaram berupa sari dan kain ela yang digunakan sebagai busana tradisional India Selatan. Motif merupakan asas kepada tenunan yang menggunakan benang emas seperti tenunan kain songket dan pithambaram. Motif-motif di kedua-dua lokasi kajian didokumentasikan agar pembaca dapat melihat persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua motif tenunan. Penyelidik mengkaji persamaan yang terdapat dalam kedua-dua motif tenunan dan penggunaan motif dalam reka letak pada struktur kain tenunan. Kerangka teoritis yang digunakan ialah teori "Rupa dan Jiwa" yang dikemukakan oleh Syed Ahmad Jamal. Dapatan kajian dianalisis untuk menunjukkan perbandingan antara tenunan Terengganu dan Kanchipuram. Hasil kajian ini dipercayai dapat membantu penkaji seni tenunan Melayu dan India untuk meluaskan pengetahuan mengenai motif dan penggunaannya dalam penghasilan tenunan songket dan pithambaram.
Text
Perbandingan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau di Kabupaten 50 kota dengan daerah Rembau
Abstrak
Negeri Sembilan dikatakan sebagai salah satu daripada kawasan rantau Minangkabau sejak ratusan tahun yang lalu. Jejak keminangkabauan mereka masih tergambar pada sistem sosiobudaya masyarakat Negeri Sembilan sekarang seperti hidup dalam kelompok-kelompok (mereka namaka suku). Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan bentuk dan penggunaan kata suapan di Nagari Batuhampar Kecamatan Akabiluru Kabupaten 50 kota dan Daerah Rembau Negeri Sembilan serta membandingkan persamaan dan perbezaan kata sapaan dalam masyarakat Minangkabau pada kedua-dua kawasan tersebut. Faktr-faktor yang menyebabkan perubahan bentuk kata sapaan berlaku juga dijelaskan dalam kajian ini. Teori yang digunakan untuk menganalisis data-data ialah teori kata sapaan yang dikemukakan oleh Ervin-Tripp (1986). Data dikumpulkan di Nagari Batuhampar Kecamatan Akabiluru Kabupaten 50 Kota dan Daerah Rembau Negeri Sembilan dengan menggunakan metodologi semak dan cakap yang dilaksanakan dengan sau set teknik penyelidikan.
Text
Perbandingan fonologi Bahasa Jakun dan Bahasa Melayu
Abstrak
Kajian ini menjurus kepada bidang Linguistik Bandingan yang meninjau bahasa Jakun (BJkn) dan bahasa Melayu (BM). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara BJkn dan BM yang dilihat berdasarkan aspek fonologi melalui leksikal. Aspek fonologi yang diteliti merangkumi sistem vokal, konsonan, diftong dan rangkap fonem. Di samping itu, kajian ini juga turut meneliti dari segi struktur fonologi kata, struktur suku kata dan proses-proses perubahan bunyi. Seterusnya kajian ini juga meneliti dari aspek kekognatan di antara BJkn dan BM. Ciri-ciri kekognatan ini dilihat melalui kaedah leksikostatistik dan glotokronologi, iaitu dengan cara menghitung peratus kata kognat dan usia atau lama-waktu bagi menentukan tingkat kekerabatan di antara BJkn dan BM. Hasil perbandingan ini menunjukkan bahawa BJkn dan BM mempunyai kesejajaran dari asepk fonologi dan leksikal yang anmat tinggi. Dengan dapatan ini, BJkn boleh diandaikan sebagai dialek Melayu-Jakun.
Text
Perbandingan fonologi : Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu di Sabak Bernam, Selangor
Abstrak
Disertasi ini ditulis dalam enam bab. Bab pertama memberi pengenalan secara ringkas tentang tujuan kajian, bidang kajian, latar belakang kawasan kajian dan metodologi kajian. Dalam bab ini juga dimasukkan kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap bahasa Jawa. Masalah-masalah dalam membuat kajian juga dimasukkan dalam bab ini.
Text
Perbandingan fonologi : Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu di Sabak Bernam, Selangor
Abstrak
Disertasi ini ditulis dalam enam bab. Bab pertama memberi pengenalan secara ringkas tentang tujuan kajian, bidang kajian, latar belakang kawasan kajian dan metodologi kajian. Dalam bab ini juga dimasukkan kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap bahasa Jawa. Masalah-masalah dalam membuat kajian juga dimasukkan dalamn bab ini. Bab kedua menghuraikan tentang bahasa Jawa dan bahasa Melayu di Sabak Bernam secara sepintas lalu dari beberapa bidang. Penghuraian dibuat berdasarkan bidang fonologi, struktur perkataan, struktur morfologi dan struktur ayat. Pada bahagian akhir bab ini diperlihatkan tentang perbezaan bahasa Jawa dan bahasa Melayu berdasarkan aspek-aspek tersebut. Bab ketiga pula membincangkan tentang sistem vokal bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Kajian perbandingan sistem vokal ini dibuat berdasarkan kepada penyebaran vokal dalam kedua-dua bahasa, iaitu di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Di dalam bab ini juga dibincangkan mengenai diftong, rangkap vokal dan pengulangan vokal. Seterusnya bab ini juga memasukkan penghuraian tentang perubahan fonologi berdasarkan perubahan vokal. Dalam bab keempat perbincangan dibuat dengan melihat kepada sistem konsonan dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Perbandingan sistem konsonan dalam bahasa Javwa dan bahasa Melayu dibuat dengan melihat penyebararnnya dalam perkataan. Bab ini juga membincangkan tentang rangkap konsonan dan pengulangan konsonan yang terdapat dalam kedua-dua bahasa. Bahagian akhir bab ini turut membincangkan tentang perubahan fonologi berdasarkan kepada perubahan konsonan. Bab kelima pula merupakan satu bentuk perbincangan tentang beberapa bidang yang tidak dimuatkan dalam bab-bab sebelum ini. Di antara bidang yang dibincangkan seperti perubahan fonologi, pengaruh BJSB dalam BMSB dan bidang leksikostatistik dan glotokronologi. Pengaruh-pengaruh bahasa Jawa dan bahasa Melayu dilihat dari segi fonologi, aspek bahasa dan leksikal. Dalam aspek bahasa ini dikaitkan dengan pengaruh bahasa Jawa dari segi morfologi, penjodoh bilangan, frasa dan sintaksis ke dalam bahasa Melayu. Di samping itu, bab ini juga membincangkan tentang faktor-faktor saling mempengaruhi antara bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Berdasarkan kepada kaedah leksikostatistik dan glotokronologi dibincangkan tentang kata-kata kognat antara bahasa Jawa dan bahasa Melayu. Cara pengiraan bagi mendapatkan jangka lama-waktu arntara kedua-dua bahasa turut dilakukan iaitu setelah pengiraan bagi kata-kata kognat dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu diperolehi. Bab keenam merupakan kesimpulan bagi kajian ini. Kesimpulan dibuat berdasarkan kepada dapatan bab-bab yang sebelumnya.
Perbandingan dengan bangsa-bangsa Melayu.
Text
Perbandingan dalam drama pendidikan
Text
Perbandingan ciri-ciri perumahan bugis di Sulawesi selatan dan di tanah melayu sebagai alat untuk mengerti perkaitan orang bugis dengan tamadun melayu
Tamadun, atau kebudayaan, meliputi segala aspek kehidupan manusia bermasyarakat ; tidak hanya aspek rohani, mental dan sosialnya, melainkan juga aspek jasmaninya...
Text
Perbandingan cempung (BM) dan c^mb^N (BK)
" Menurut huraian di dalam Kamus Bahasa Korea, umumnya [cemben] dalam BK dijelaskan bunyi sesuatu jatuh ke air dan tenggelam, manakala padanan bunyi dalam BM, iaitu [cempun] pula dihuraikan sebagai bunyi sesuatu atau barang jatuh ke air."
Text
Perbandingan arah perkembangan bahasa Melayu di Malaysia dan Thailand
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu kajian perbandingan bahasa Melayu yang dituturkan di dua buah kawasan yang saling berjiran, iaitu di Malaysia dan di Thailand, khususnya empat wilayah sempadan selatan, berdasarkan kerangka teoritis sosiolinguistik. Kajian ini mempunyai tiga tujuan, iaitu, i) membandingkan unsur unsur yang mempengaruhi arah perkembangan bahasa Melayu di negara masing masing, i) menggambarkan dan menganalisis perbezaan yang ada pada bahasa Melayu di kedua-dua negara, dan iii) meramalkan arah perkembangan masa depan bahasa Melayu berdasarkan cabaran yang akan dihadapinya. Bab 1 pendahuluan. Dalam bab ini disajikan latar belakang kajian, tujuan kajian serta kesesuaian kajian ini dari segi dua disiplin ilmu, iaitu pengajian Melayu dan sosiolinguistik. Dalam Bab 2 tumpuannya beralih kepada perbezaan konsep Melayu dan orang Melayu. Di Malaysia terdapat gejala yang boleh dianggap sebagai peluasan konsep Melayu, sebaliknya di Thailand pula konsep Melayu mempunyai erti yang khusus, yang dikaitkan secara erat dengan bahasa Melayu dan agama Islam. Perkara ini dibincangkan secara khusus kerana perasaan jati diri terhadap sesuatu bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam bidang sosiolinguistik. Bab 3 membandingkan pengaruh dasar kerajaan terhadap bahasa Melayu di kedua-dua negara. Di Malaysia bahasa Melayunya diangkat semula menduduki takhta sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal. Di samping itu bahasa Melavu digunakan sebagai alat perpaduan negara yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Sebaliknya, di Thailand peningkatan bahasa Melayu dianggap sebagai ancaman terhadap perpaduan negara. Oleh itu, dasar kerajaan di Thailand bertujuan untuk menyebarkan bahasa Thai, terutamanya melalui sistem pendidikan, dan pada masa yang sama menyekat penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang penting.
Text
Perbandingan antara Penulis Wanita dan Lelaki dalam Novel Sehelai Daun yang Gugur dan Ranjau Sepanjang Jalan
Penulisan ini bertitik tolak dari penulisan karya sastera oleh kaum lelaki mengenai kelemahan dan kegagalan wanita dalam mencari kehidupan. Gambaran wanita stereotaip selalu sekali terdapat dalam karya kaum lelaki. Hak-hak wanita seperti hak bersuara, bebas bergaul dan bersosial ditidakkan oleh kaum lelaki. Hal ini sememangnya terbukti melalui karya-karya yang ditulis oleh penulis lelaki. Perwatakan wanita yang lemah dan bergantung pada lelaki digambarkan dalam karya mereka. Oleh itu penulisan ini bertujuan untuk memberi nafas atau mencungkil hak-hak wanita dalam penulisan karya. Suara-suara dan hak-hak wanita harus diangkat dengan mengkaji novel yang pengarang wanita tulis. Penulisan ini akan menggunakan prinsip Cheri Register dalam menganalisis kedua-dua novel yang dihasilkan oleh kedua-dua pengarang ini.
Text
Perbandaran kekeluargaan Melayu : kes keluarga dan remaja di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur
Abstrak
Fokus utama penyelidikan ini ialah perubahan-perubahan yang dialami keluarga Melayu di bandar berikutan proses perbandaran dan pemodenan serta bagaimana perubahan tersebut memberi kesan terhadap perlakuan golongan remaja. Sebahagian besar data untuk penyelidikan ini diperolehi daripada kajian kepustakaan serta soal selidik dan temu bual yang dilakukan dengan 47 buah keluarga Melayu berpendapatan rendah yang tinggal di rumah pangsa 17 tingkat, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Kajian ini mendapati proses perbandaran dan pemodenan telah membawa perubahan yang ketara kepada keluarga Melayu berpendapatan rendah dari segi struktur, peranan dan fungsi keluarga, perhubungan sesama anggota-anggota keluarga dan juga sistem nilai mereka. Banyak perubahan tersebut, seperti kelemahan keluarga dalam proses sosialisasi, peningkatan dalam kecenderungan kaum wanita (isteri/ibu) berkerjaya dan kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak, ternyata membawa kesan yang sangat kritikal kepada golongan remaja di bandar. Perubahan-perubahan tersebut didapati telah menyumbang kepada peningkatan salah laku golongan remaja, antaranya merokok, melibatkan diri dalam aktiviti mat rempit, mak nyah & pengkit dan pergaulan bebas.
Text
Perbaikan ekonomi umat islam dalam upaya peningkatan ketahanan sosial
Pendahuluan
Pendahuluan Bila ditelusuri akar krisis yang menjungkalkan pemerintahan orde baru di Indonesia, dapat dilihat dari teori Croni Capitalism yang ditulis Richar Robinson dalam bukunya The Rise of Capital...
Perbahasan tentang jilatan anjing: suatu perhatian
"Pengaliran ilmu mengikut Tariw Shah Wali Ullah al Dihlawi ke negeri Kelantan, yang bermula pada penghujung tahun 1934..."
Text
Perbahasan halia (Zanjabi) berdasarkan Al-Quran, hadis dan manuskrip perbuatan Melayu/ Robiatul Adawiyah Mohd, Norzulaili Mohd Ghazali, Nurulwahidah Fauzi, Norfaizzati Nawawi, Muhammad Widus Sempo, Adnan Mohamed Yusuff
Website
srivijaya
Perbahasan asal usul empayar Melayu terhebat sejarah, Srivijaya
Laman tentang sejarah empayar Srivijaya
Text
Perbadanan Melayu dalam masyarakat Melayu Kontemporari
Perbidanan Melayu merupakan sebuah institusi yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri di dalam masyarakat Melayu. Institusi perbidanan Melayu pada amnya diterajui oleh wanita yang digelar bidan kampung. Bidan kampung merupakan individu yang mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan golongan wanita terutamanya mengenai aspek kehamilan, kelahiran dan juga selepas kelahiran. Peranan bidang kampung penting di dalam masyarakat Melayu dahulu.
Text
Perayaan biologi wanita
" Perayaan biologi wanita lebih terarah kepada aspek tubuh banajdidan seseorang wanita itu sebagai sesuatu yang istimewa dan harus menjadi milik wanita itu sendiri".
Text
DUN
Politik Malaysia
...1 more
Peratusan mengundi diramal rendah
Text
PH
Politik Malaysia
...1 more
Peratusan keluar mengundi rendah tidak beri kesan
Text
Peraturan sembahyang ketika bermusafir:
Hukum solat jamak dan qasar
Text
Peraturan Islam sesuai dengan tabii manusia
Text
Peraturan Berumah -Tangga
Text
Perasaan Chubak terhadap bentuk ini ...
"Perasaan Chubak terhadap bentuk ini dapat digambarkan sebagai sikap ekonominya dalam pemaparan peristiwa, dengan perkakas deskriptif yang seminimumnya."
Text
Ipoh
perarakan
...3 more
Perarakan kejut sahur paling meriah
"Sudah lebih 10 tahun saya memeluk Islam, inilah pertama kalinya dapat merasai pengalaman bersahur paling meriah dan unik."
AI
Penipuan
Perara hilang wang pencen RM319,899 terperdaya skim pelaburan tak wujud
Pesara lelaki berusia 78 tahun kerugian RM319,899 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui Facebook.
Text
Peranti, sukan dan cinta : Yang manakah menjadi pilihan?
Text
kesihatan
pekak
Peranti peribadi punca kanak-kanak, remaja pekak
Remaja yang menggunakan fon kepala selama lebih daripada 80 minit menyebabkan mereka berisiko tinggi mengalami kehilangan pendengaran.
Text
Politik Malaysia
PRN
Perantau tidak pulang mengundi
Text
aidilfitri
kampung halaman
...5 more
Perantau beli tiket bas sebulan awal
Rata-rata anak perantau yang bekerja di sekitar Lembah Klang memilih membeli tiket bas sebulan lebih awal untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
PAU
...2 more
Perangi persepsi atau kalah PRN
Selepas PAU 2022 memutuskan jawatan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang, parti itu kini berdepan tugas berat untuk menangani persepsi negatif bagi memastikan mereka masih kekal relevan sekurang-kurangnya pada pilihan raya di enam negeri nanti.
Text
Ekonomi-Malaysia
Perangi ekonomi gelap
Kerajaan harus mengisytiharkan 'perang' terhadap ekonomi bayangan atau ekonomi bawah tanah bagi meningkatkan hasil sektor percukaian negara
Text
Perangai Melayu
Text
Perang senyap di dunia teks
Text
Palestin
Ramadhan
Perang rampas keindahan Ramadan
Penduduk Palestin merasai keperitan apabila kediaman serta harta mereka lenyap dihancurkan oleh pihak musuh menyebabkan tiada lagi keindahan mereka dibulan Ramadhan
Text
antarabangsa
Perang pisang
Text
israel
Politik
Perang Oktober dua zaman
Text
Perang maklumat, gerakan dakwah
Text
perlis
Perang Kedah-Siam dari perspektif "Salasilah Perlis"
"Sakasilah Perlis" mencatatkan maklumat penting berkaitan serangan Siam terhadap kesultanan Kedah atau lebih dikenali sebagai Perang Kedah-Siam (1821-1842).
Text
Gaza
israel
...1 more
Perang harus dihentikan
Serangan rakus Israel robek hati dan perasaan warga Palestin
Text
Gaza
Politik
Perang Gaza merebak ke empat negara
Text
Gaza
Palestin
...1 more
Perang Gaza merebak ke Beirut
Timbalan Ketua Hamas telah terbunuh dalam serangan dron dilancarkan di Israel di ibu negara Lubnan. Insiden itu secara tidak langsung meningkatkan potensi risiko perang di Gaza boleh merebak jauh di luar wilayah Palestin.
Text
antarabangsa
Perang air di dunia Arab?
Text
Perancangan bahasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman perang dunia kedua
Abstrak
Tesis ini mengkaji perancangan bahasa Pemerintahan Tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua. Tujuan utama adalah untuk menghuraikan perancangan bahasa dan pendidikan bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Bab 1 membincangkan latar belakang kajian, tujuan kajian, bidang kajian dan kaedah kajian. Dalam Bab 2 dibincangkan sejarah ringkas perkembangan bahasa Melayu. Sebagai latar belakang kepada huraian tentang bahasa Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua, amat wajar dilihat sejarah perkembangan bahasa Melayu terlebih dahulu. Tekanan utama ialah huraian daripada sumber Jepun. Dalam Bab 3 dibincangkan bahasa Melayu di Malaysia di bawah penjajahan Barat, dan dalam Bab 4 bahasa Melayu di Indonesia di bawah penjajahan Barat. Kedua-dua bab ini diperlukan untuk membandingkan perancangan bahasa dan pengaruh penjajah Barat, terutama Inggeris dan Belanda, dengan amat perancangan bahasa dan pengaruh Pemerintahan Tentera Jepun di Malaysia dan di Indonesia. Dalam Bab 5 dan Bab 6 dibincangkan beberapa aspek dasar perancangan bahasa oleh Pemerintahan Tentera Jepun di Malaysia dan di Indonesia. Alasan dan tujuan tentera Jepun untuk masuk ke Malaysia dan Indonesia diperturunkan sebagai latar belakang perancangan bahasa oleh Pemerintahan Tentera Jepun. Perbezaan sikap Pemerintahan Tentera Jepun tentang pelaksanaan bahasa Melayu Tanah Melayu dan Indonesia, dan juga perbezaan sikap tentang perancangan bahasa di antara penjajah Barat dengan Jepun dijelaskan dalam bab ini. Dalam bab terakhir, iaitu Bab 7, disimpulkan keseluruhan hasil kajian ini, dengan sedikit huraian tentang hubungan pada masa sekarang di antara Malaysia dan Indonesia dengan Jepun di bidang ekonomi, budaya dan pendidikan.
Text
Peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia
Abstrak
Kajian secara makro ini adalah mengenai peranan, organisasi dan kandungan akhbar-akhbar utama di Semenanjung Malaysia. Tempoh pengkajian asas ialah dari tahun 1989 hingga tahun 1995. Sampel yang dipilih mengandungi lapan akhbar utama, dua bagi setiap bahasa.
Selain kaedah diskriptif dua kaedah utama digunakan dalam kajian ini :
(a) Analisi kandungan akhbar-akhbar tersebut bagi minggu buatan dalam tahun 1989 untuk hari-hari berikut : Isnin 19hb Jun; Selasa 25hb Julai; Rabu 2hb Ogos; Khamis 7hb September; Jumaat 20hb Oktober; Sabtu 1hb November; dan Ahad 10hb Disember. Sample keseluruhan bagi hari-hari tersebut berjumlah 56 akhbar. Pembolehubah-pembolehubah berikut telah dikaji: kategori dan kekerapan berita dalaman dan luar negeri; personaliti-personaliti yang disebut; sumber berita; analisis berita politik dan analisis muka depan.
(b) Tinjauan meliputi 91 ‘’gatekeeper daripada lapan akhbar tersebut denan penggunaan boring soalselidik ‘’standard’. Soalan-soalan yang ditanya mewujudkan suatu profail demografi responden; gambaran tentang alam pekerjaan mereka; pendapat mereka tentang unsur-unsur dan nilai-nilai berita ; dan pendapat mereka tentang profesion kewartawanan, termasuk penilaian mereka tentang masa depan kewartawanan di Malaysia.
Peranan wanita Islam
"Ada beberapa peranan penting yang telah ditentukan oleh Allah kepada kaum wanita."
Text
Peranan wanita dalam pembangunan modal insan
Sesungguhnya penciptaan manusia adalah lengkap dan sempurna sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud ''sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya''...
Showing 6251 to 6300 of 19292 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2