Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Report
Advanced Search (Items only)
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (19037 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Previous Page
Page
of 381
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat...
"Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah menjadi wira kita semua. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah teks sastera yang tinggi mutunya dan sebuah teks kanonikal."
Cerita-cerita binatang diciptakan untuk...
"Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan pendidikan kepada pendengar. Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan oleh binatang yang kecil lagi lemah seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab Dengan…
Watak utama dalam cerita jenaka...
"Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan sebagainya. Cerita ini berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu tradisional…
Jampi juga boleh menjadi pendinding...
"Jampi juga boleh menjadi pendinding. Dengan demikian pengamalnya tidak dikacau syaitan. Konsep syaitan adalah luas. Apa juga bentuk gangguan halus atau ghaib adalah dianggap syaitan."
Dalam khazanah genre cerita jenaka...
"Dalam khazanah genre cerita jenaka ini, kita menemui dua kategori iaitu cerita jenaka yang telah sebati dengan masyarakat Melayu seperti Pak Pandir dan Pak Belalang. Yang kedua ialah cerita jenaka yang masih memperlihatkan unsur-unsur luar terutama…
Jenaka Melayu yang mempunyai bijaklakana...
"Jenaka Melayu yang mempunyai bijaklakana ialah Abu Nawas. Beliau menggunakan kepintarannya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh sultan."
Dalam Cerita Pak Pandir pula...
"Dalam Cerita Pak Pandir pula, nasihat yang harus diberi ialah supaya memastikan seseorang itu berpengetahuan. Pendidikan adalah sangat penting kerana jika tidak dididik hidup kita akan menjadi terumbang ambing kerana asyik bergantung kepada orang…
Hikayat Ramayana adalah salah satu ...
"Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi kesan dalam hasil kesusasteraan. Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran cerita Melayu lainnya."
Karya Hikayat Seri Rama mempunyai...
"Karya Hikayat Seri Rama mempunyai unsur pemikiran , ia membawa masyarakat untuk berfikir tentang kesetiaan. Nilai kesetiaan itu ialah sesuatu sikap positif namun dalam Hikayat Seri Rama sikap kesetiaan ini juga telah digambarkan secara negatif."
Kekuatan Melaka terpaksa diakui oleh...
"Kekuatan Melaka terpaksa diakui oleh musuhnya seperti Siam dan Majapahit. Sokongan China memudahkan Melaka menyebar pengaruh Islam tanpa tentangan yang hebat atau nyata setelah memperbaiki hubungan dengan Siam, Majapahit dan China."
Semua karya zaman Islam itu...
"Semua karya zaman Islam itu dapat dikatakan sebagai hasil 'Kesusasteraan Islam'. Dan ia dibahagikan kepada dua iaitu Sastera Kreatif dan Sastera Bukan Kreatif. Sastera Kreatif dibahagikan kepada dua pola iaitu prosa dan puisinya."
Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah...
"Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah terpengaruh dari Parsi. Boleh dikatakan sedikit pengaruh dari prosa Arab. Tetapi jelas kesemuanya sebagai genre sastera tidak berkembang setelah pertembungan Arab-Parsi."
Menyentuh tentang hikayat dalam sastera...
"Menyentuh tentang hikayat dalam sastera Parsi, ia dibahagikan menurut klasifikasi yang lain, tetapi bila masuk ke dalam sastera Melayu ia digolongkan ke dalam hikayat sahaja. Pendeknya apa saja kisah yang berbentuk penceritaan ia segera dinamakan…
Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat...
"Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat, telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur Hindu-Islam, dan hikayat berunsur Islam. Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman kelahiran cerita-ceritanya…
Hikayat berbingkai ini adalah original...
"Hikayat berbingkai ini adalah original mengisahkan khalifah zaman Islam dan pertumbuhannya ada hubungan dengan kejadian yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri. Dua bentuk puisi yang kadang-kadang disebut juga sebagai prosa lirik iaitu…
Sastera hikayat berfungsi sebagai alat ...
"Sastera hikayat berfungsi sebagai alat hiburan orang Melayu. Watak-wataknya berhubungan dengan dunia khayal dan dunia nyata. Selalunya watak-watak ini terdiri daripada anak-anak raja dan anak-anak puteri yang jelita. "
Pengarang karya sastera sejarah tradisional...
"Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah…
Nilai suka mengampun merupakan satu...
"Nilai suka mengampun merupakan satu sifat yang terpuji yang memang dianjurkan oleh agama Islam. Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang mengampunkan musuh ketatnya yang pernah menetangnya. Sifat ini juga menjadi ikutan kepada…
Seterusnya perwatakan wira Islam ialah...
"Seterusnya perwatakan wira Islam ialah mereka merupakan orang yang bijaksana dalam memimpin tentera dan rakyatnya. Sifat - sifat ini telah digambarkan pada watak Amir Hamzah. Sebagai sastera bercorak Islam, watak-watak wira dalam hikayatnya…
Seorang wira Islam bukan sahaja ...
"Seorang wira Islam bukan sahaja bersedia untuk memberi ampun kepada musuh-musuh mereka yang tewas, mereka juga suka melakukan kebajikan kepada rakyat dengan bersifat pemurah dan selalu menghulurkan segala bantuan kepada mereka yang memerlukan.…
Gambaran Amir Hamzah sebagai wira ...
"Gambaran Amir Hamzah sebagai wira telah diberikan sejak beliau masih kecil. Nama Amir Hamzah ini diberikan oleh pembesar Parsi . Kegagahan beliau terselah sejak kecil lagi. Contohnya semasa beliau berumur 7 tahun, beliau membunuh seorang pendekar…
Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan...
"Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan peperangan yang pusat pengembangan plot ceritanya. Peperangan pada asasnya berlaku antara dua pihak iaitu pihak yang ingin menegakkan kesucian Islam dan pihak yang ingin menentang ajaran agama ini."
Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam...
"Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam, Hikayat Amir Hamzah menekankan kesejagatan agama Islam. Hikayat ini menonjolkan agama Islam sebagai agama universal yang boleh dianuti oleh manusia di seluruh pelosok dunia tanpa mengira bangsa, kelas dan warna…
Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan...
"Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan perpaduan dan keutuhan orang Islam. Apabila mereka berhadapan dengan musuh, mereka menentang dengan penuh keberanian dan kegagahan, walaupun jumlah musuh itu amat ramai."
Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai...
"Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai wira dan pahlwan Islam untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan. Beliau berjuang untuk mengembalikan sesuatu pemerintahan yang hak dan menghapuskan segala sesuatu yang tidak diingini seperti penyelewangan dan…
Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur...
"Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur Islam juga menekankan sifat berpegang teguh kepada janji seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Amir Hamzah digambarkan sebagai seorang wira yang sentiasa mematuhi segala…
Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh ....
"Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh unsur mitos dan lagenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan magis. Peristiwa yang terjadi di dalamnya mempunyai motif yang jelas iaitu menunjukkan kebesaran Melaka dan kepahlawanan Hang Tuah sebagai wira Melayu."
Jebat juga terkenal sebagai seorang ....
"Jebat juga terkenal sebagai seorang yang suka berterus terang, radikal dan tegas. Baginya tidak ada sifat berselindung atau memuji-muji apalagi bekerja untuk mendapatkan nama atau sanjungan."
Sejarah Melayu pada satu bahagian ....
"Sejarah Melayu pada satu bahagian bersifat mitos dan mengandungi isi-isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan istiadat yang disaluti dengan unsur imaginasi. Namun, isi ceritanya berbentuk sejarah seperti pembukaan negara,…
Dalam Sejarah Melayu, kita temui ....
"Dalam Sejarah Melayu, kita temui gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan pembesar negara dan hulubalangnya."
Liaw Yock Fang juga mempunyai...
"Liaw Yock Fang juga mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Emeis . Beliau menyatakan bahawa Sejarah Melayu boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarkatan. Ini adalah kerana karya ini memberi gambaran yang jelas tentang cara hidup penduduk…
Sejarah Melayu adalah sebuah teks...
"Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Sama kedudukannya dengan Hikayat Hang Tuah. Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu zaman feudal."
Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan...
"Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan India dalam kesusasteraan Melayu klasik. Beliau menggunakan catatan Cina bagi mengenal pasti beberapa ciri masyarakat Melayu maritime. Dengan ini, beliau menunjukkan kepentingan karya Sejarah Melayu dalam…
Penggunaan senjata seperti panah dalam...
"Penggunaan senjata seperti panah dalam Sejarah Melayu terkenal dalam epik Hindu Mahabharatha dan Ramayana. Upacara menyambut kelahiran bayi dalam Sejarah Melayu juga dikenal pasti berunsur budaya Hindu. Mereka mengaitkan peruntukan warna kuning…
Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan...
"Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan kepada dua kelas sosial yang utama. Golongan pertama meliputi golongan pemerintah serta bangsawan manakala golongan yang kedua ialah golongan yang diperintah atau rakyat."
Hubungan kebudayaan awal antara Alam...
"Hubungan kebudayaan awal antara Alam Melayu dengan benua kecil India dapat dilihat melalui perdagangan antarabangsa yang melibatkan kedua-dua wilayah tersebut. Kesan pertembungan dengan kedua-dua budaya tersebut menyebabkan beberapa unsur bahasa dan…
Misa Melayu juga tidak meneruskan...
"Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya sastera sejarah yang memasukkan unsur mitos dan dongeng tetapi Misa Melayu adalah kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat temoatan dan orang luar."
Struktur politik yang dimaksudkan di ...
"Struktur politik yang dimaksudkan di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak memerintah secara mutlak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar demi negara dan demi kepentingan rakyat."
Dalam buku tentang sejarah Perak ...
"Dalam buku tentang sejarah Perak ini, hampir secara keseluruhannya bersetuju memperakukan bahawa Perak mempunyai sistem perwarisan tahta dan penggantian raja dalam satu struktur yang tersusun."
Misa Melayu juga membuktikan kehadiran ...
"Misa Melayu juga membuktikan kehadiran sistem ekonomi feudal yang menetapkan raja dan pembesar memonopolikan kegiatan tersebut manakala rakyat sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata."
Seloka sesungguhnya digunakan untuk ...
"Seloka sesungguhnya digunakan untuk menggambarkan citra kelucuan atau perwatakan atau situasi peristiwa. Bagi tujuan untuk mengindahkan, seloka juga dapat memberi kesan kesenorokan bacaan, justeru makna yang telus dan lurus tetapi berisi jenaka."
Abdul Rauf Singkel juga salah ...
"Abdul Rauf Singkel juga salah seorang yang sangat terkenal sebagai sasterawan negara. Beliau juga merupakan seorang ulamak dan ahli tasawuf yang turut menyumbangkan karyanya dalam menjayakan polisi pemerintahan Kerajaan Acheh pada masa Sultan…
Seorang sufi ialah yang meyakini ...
"Seorang sufi ialah yang meyakini hakikat kesaksiannya bahawa segala sesuatu dalam alam fenomena atau kejadian itu tidak kekal dan tetap berubah, dunia ini merupakan persinggahan sementara."
Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa...
"Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa mengandungi kritikan-kritikan tajam terhadap dunia politik dan raja-raja sehinggakan beliau serta pengikutnya tidak disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan itu, nama Hamzah Fansuri tidak termaktub dalam kitab…
Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang...
"Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang ulama tasawuf dan sasterawan. Namun, beliau juga dikenali sebagai perintis dan pelopor dalam bidang kerohanian, keilmuan, bahasa, sastera dan falsafah."
Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelapor...
"Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelapor puisi Islam yang bersifat agama dan tasawuf atau sufi. Ruba'i Hamzah Fansuri mengandungi 42 buah rangkap syair yang berinti ajaran Wahdatul Wujud."
Sastera keagamaan boleh dibahagi kepada...
"Sastera keagamaan boleh dibahagi kepada tiga cabang iaitu ilmu kalam, ilmu fikh dan ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf mempunyai unsur rohaniah, ilmu kalam ialah ajaran Islam itu sendiri dan ilmu fikh merupakan makanan mukmin dalam kehidupannya."
Ilmu tasawuf adalah yang terdekat...
"Ilmu tasawuf adalah yang terdekat dengan perkembangan sastera Islam. Ilmu tasawuf mampu menghuraikan hubungan manusia dengan Tuhan yang begitu suci. Timbul rasa kesyukuran manusia terhadap Tuhan kerana mempercayai bahawa Tuhan yang mencipta manusia…
Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan...
"Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan dalam menyentuh perihal ilmu tasawuf dalam sastera Islam selain Hamzah Fansuri ialah Nurrudin Al-Raniri dan Abdul RaofSingkel dan Shamsuddin al-Sumatrani. Nurrudin Al-Raniri dan Abdul RaofSingkel mewakili ilmu…
Puisi mistik ini adalah puisi...
"Puisi mistik ini adalah puisi musafir seseorang ahli sufi yang sedang merinsui Tuhannya. Banyak istiarah, metafora dan perlembagaan yang digunakan seperti laut, kekasih dan anggur sebagai. Perlembagaan itu harus difahami untuk memahami puisi…
Previous Page
Page
of 381
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2