Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Melaka juga sesungguhnya telah menjadi...
"Melaka juga sesungguhnya telah menjadi pusat sastera. Hal ini kerana, Melaka telah berjaya melahirkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut sebagai peraturan kenegaraan."
Text
Wayang kulit Siam mengambil cerita...
"Wayang kulit Siam mengambil cerita berdasarkan dari Hikayat Seri Rama disadur dari kitab Ramayana. Ia berkembang di Kelantan dan kini terkenal dengan nama Wayang Kelantan."
Text
Wayang kulit membawakan cerita-cerita...
"Wayang kulit membawakan cerita-cerita yang berpusat kepada Hinduisme yang dipetik dari kitab Ramayana dan Mahabharata. Wayang kulit adalah bentuk hiburan yang terpenting di Semenanjung terutama di kalangan aristokrat dan golongan terkemuka."
Text
Mak Yong merupakan satu permainan...
"Mak Yong merupakan satu permainan drama muzikal yang berfungsi sebagai alat hiburan di zaman lampau dan dipersembahkan pada waktu lapang terutamanya selepas musim menuai padi. Namun demikian, pada masa sekarang, ia biasanya dipersembahkan pada majlis-majlis perayaan seperti upacara perkahwinan, sambutan hari keputeraan diraja dan menyambut pemimpin."
Text
Tema yang digarap oleh mak ...
"Tema yang digarap oleh mak yong ialah cerita-cerita yang terkenal di Kelantan dan membawa motif kedaulatan feudalisme. Di antara yang paling terkenal ialah cerita' Anak Raja Gondang'. Pelakon adalah seoarang wanita dan seorang badut lelaki. Alat muzik yang dimainkan ialah rebab, genang, sepasang tetawak dan serunai."
Text
Sebagai sebuah teater tradisional, mak...
"Sebagai sebuah teater tradisional, mak yong mempunyai bentuk pendalangan dalam persembahan. Persembahan mereka bertitik tolak daripada aksi lakonan, tarian, muzik dan nyanyian. Zaman kegemilangan Mak Yong adalah pada abad ke 19 di mana kegiatan mak yong telah dinaungi oleh pihak kerajaan Kelantan."
Text
Muzik adalah unsur yang penting ...
"Muzik adalah unsur yang penting dalam persembahan mak yong terutamanya rebab. Rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan mak yong akan bermula. Rebab merupakan raja segala alat di mana semasa menghadap rebab, satu pengenalan kumpulan dilakukan pada masa persembahan tersebut. "
Text
Persembahan mak yong melibatkan interaksi...
"Persembahan mak yong melibatkan interaksi sosial di antara anggota-anggotanya. Pelakon-pelakon dikehendaki bekerjasama antara satu sama lain. Melalui kerjasama ini, wujud perpaduan di kalangan masyarakat Mak yong yang sebenarnya merupakan persembahan bercorak hiburan dengan adanya watak-watak jenaka."
Text
Kemajuan yang dicapai melalui percetakan...
"Kemajuan yang dicapai melalui percetakan telah mengubah kodeks menjadi buku tertulis atau tercetak. Kodeks pada hakikatnya berbeza dengan naskhah. Kodeks ialah buku yang tersedia untuk umum yang hampir selalu didahului oleh sebuah naskhah. Kodeks mempunyai nilai dan fungsi yang sama dengan buku tercetak sekarang."
education
history
Penulis-penulis drama Johor.
Kajian ini membincangkan tentang penulis-penulis skrip drama di Johor.
kesusasteraan arab zaman jahiliah dan zaman islam:satu pertembungan kreativiti
Membincangkan tentang Islam yang membawa kemajuan kepada kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
Text
war
Dramatic Elements in the Gamelan Tradition by Mana Sikana
Examines the theatrical aspects found in the gamelan tradition, highlighting its role in Malay performing arts and cultural expression.
Text
PM: Don't be influenced by west's family concept
Text
Ayat tunggal dialek Melayu Patani : satu analisis transformasi-generatif
Abstrak
Tesis ini merupakan kajian struktur ayat-ayat tunggal dialek Melayu Patani berdasarkan secara umumnya kerangka Teori Standard, iaitu Tatabahasa Transformasi Generatif yang diperkenalkan Chomsky (1965). Matlamat ka iian ini adalah untuk : melihat sejauh mana kerangka teori itu dapat diterapkan ke dal am analisis ayat-ayat tunggal dialek Melayu Patani, menghasilkan kajian sintak sis dial ek Melayu Patani dengan menggunakan teori tataba hasa transfo rmasi-generatif dan juga melihat persamaan dan perbezaan struktur ayat-ayat tunggal dialek Melayu Patani dengan struktur yang sama di dalam bahasa Malay sia. Hasil analisis ini boleh disimpulkan seperti ber ikut.
Aspek-aspek Kesenian Islam
"Seni adalah sebahagian daripada unit yang terkandung dalam lingkungan budaya. Kewujudannya merupakan artifak-artifak fizikal yang menjelma di permukaan kubah, di halaman-halaman al-Quran, di permukaan benda-benda yang lembut dan pejal menjelaskan dengan nyata tidak pernah menafikan kewujudannya dalam kegiatan umat."
Text
kaligrafi
kesenian islam
Kaligrafi
Kaligrafi ialah seni tulisan indah yang berasal dari perkataan Yunani "kalios" yang bererti indah dan "graphia" yang bererti coretan atau tulisan.
Text
kaligrafi
kesenian islam
Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain...
"Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain:
i. Keindahannya.
ii. Ia mudah dirobah.
iii. Disandarkan pada hal yang berkaitan dengan agama.
iv. Digunakan untuk menulis ayat-ayat suci."
Text
Al-Quran
kaligrafi
...1 more
Penulisan al-Quran
Umar al-Khattab menyarankan agar lembaran ayat-ayat al-Quran yang terpisah-pisah dikumpulkan untuk dijadikan sebuah mashaf.
Text
Al-Quran
kaligrafi
...1 more
Ayat-ayat al-Quran biasanya tidak sahaja...
"Ayat-ayat al-Quran biasanya tidak sahaja ditulis di atas kertas, tetapi juga di permukaan kain, tulang, pelepah tamar, kulit kayu, batu dan keadaannya terpisah-pisah."
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Kufi
Tulisan model Kufi ini sesuai dengan namanya dicipta kerana sangat terkenal di Kota Kufah yang banyak digunakan sebagai hiasan pada zaman kerajaan Abbasiyah sehingga kini.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Thulus
Khat Thulus hanya digunakan untuk hiasan seperti mashaf al-Uthmani, nama buku atau kitab dan juga digunakan untuk tujuan hiasan yang lain.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Naskh
Khat jenis ini banyak digunakan untuk menulis buku-buku akademik, terutamanya al-Quran, Hadith, Tafsir dan Fiqh kerana gaya penulisannya yang jelas dan mudah dibaca.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Farisi
Khat jenis ini banyak digunakan untuk penulisan buku-buku kesusasteraan, nama dan tajuk-tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Riq'ah
Khat jenis ini sering digunakan untuk tujuan surat-menyurat dan digunakan juga oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Diwani
Khat jenis ini sangat luas penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan seperti kerajaan Islam di Mesir di bawah pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220 H kerana sifat-sifat estatiknya yang jelas dan turut digunakan untuk penulisan surat-surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan, surat keputusan dan sebagainya.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Raihani
Khat jenis ini hampir menyerupai Khat Thulus, hanya huruf-hurufnya agak lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.
Text
kesenian islam
seni bina
Seni bina
Seni bina Islam dapat dilihat dengan jelas dan tersendiri kewujudannya dalam lipatan sejarah, sebagai bahagian penting dalam tamadun umat Islam.
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina masjid
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Binaan masjid pada zaman awalnya...
"Binaan masjid pada zaman awalnya tidak sahaja kecil dari segi saiz malahan kebiasaannya dibina di persisiran kota, jauh dari persekitaran yang sibuk yang dikenali sebagai musolla. Musolla mempunyai satu lapangan tempat berkumpul dan cirinya tetap menyerupai masjid."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik...
"Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik telah dicipta dua binaan masjid yang terpenting ertinya dalam Muqaddis sebagai pusat pengembangan agama Islam yang baru di samping Makkah yang telah sedia ada. Pada mulanya ia mendirikan masjid di atas batu keramat yang dianggap suci oleh penganut-penganut Kristian dan Yahudi. Masjid yang dinamakan masjid Umar itu dikenali di kalangan orang Arab sebagai Qubbah al-Sakhrah. Masjid berikutnya yang dikatakan dibangunkan oleh Abdul Malik ialah masjid al-Aqsa yang didirikan di atas pelantaran bernama Haram al-Syarif. Di masjid inilah Nabi Muhammad SAW dimi'rajkan oleh Allah SWT menuju Sidrat al-Muntaha."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Baghdad dikenali sebagai kota budaya...
"Baghdad dikenali sebagai kota budaya: Kecemerlangannya dikisahkan dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Malahan banyak para penulis menganggap Baghdad sebagai mutiara pusat kebudayaan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Masjid juga sebagai tempat umat Islam...
"Masjid juga sebagai tempat umat Islam berkumpul. Solat fardu lima waktu sehari semalam menjadikan masjid tempat berkumpulnya umat Islam lima kali sehari. Perhimpunan yang lebih besar dari segi bilangan dan maknanya akan dilakukan setiap hari Jumaat."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Perpustakaan Islam merupakan sumber dari...
"Perpustakaan Islam merupakan sumber dari ajaran, sejarah, pendidikan dan penerangan atau dakwah Islamiyah. Oleh sebab segala pengajaran, pendidikan dan penerangan itu dilakukan di dalam masjid, maka wajarlah pada masa sekarang setiap masjid mempunyai perpustakaan. Walaupun hal ini tidak ada pada zaman Rasulullah secara fizikal, namun pada konsepnya telah wujud, berdasarkan wahyu yang pertama."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Rasulullah SAW menyelesaikan berbagai-bagai masalah di masjid...
"Rasulullah SAW menyelesaikan berbagai-bagai masalah di masjid. Dengan itu masjid dijadikan tempat persidangan untuk membahaskan soal-soal hukum dan keadilan. Ia juga berfungsi sebagai tempat menyelesaikan persoalan masyarakat dan negara. Pada zaman Khalifah Umar terbentuk dua dewan yang bertanggungjawab memberi nasihat. Beliau lakukan persidangannya di masjid. Khalifah Abu Bakar menyelesaikan masalah pentadbiran pemerintahan di masjid, termasuklah penerimaan delegasi dari negara lain."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat...
"Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat, masjid juga dijadikan tempat penginapan percuma bagi musafir. Dalam setiap hal pemikiran umat Islam terarah kepada masjid dan persekitarannya. Setiap langkah yang terhala ke masjid dengan niat ibadat dinilai dengan satu darjat kebaikan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Masjid al-Haram
Masjid al-Haram tidaklah mempunyai banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan masjid-masjid lain yang turut terkenal, hal ini kerana keistimewaan Masjid al-Haram terletak pada tarafnya di sisi Allah SWT. Terdapat Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam bersembahyang dan masjid al-Haram ini juga menjadi tempat bermulanya Isra' Rasulullah SAW sebelum ke masjid al-Aqsa dan seterusnya di mi'rajkan ke langit oleh Allah SWT.
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Satu daripada kerja seni bina Islam...
"Satu daripada kerja seni bina Islam yang terawal dan yang paling sempurna ialah pembinaan Dome of the Rock di Bait al-Maqdis. Hasil kerja ini dapat menggambarkan keharmonian antara langit dengan bumi, bulatan dan empat segi, stabil, damai dan teguh yang menjadi ciri seni bina Islam yang sebenarnya. Dome of the Rock mempunyai erti yang istimewa kerana dari bahagian bumi/batu di bawah dome itu Rasulullah memulakan Mi'raj menuju sidrat al-Muntaha menemui hadrat Ilahi."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam mengalami dua tempoh...
"Seni bina Islam mengalami dua tempoh perkembangan oleh bangsa Arab dan perkembangannya oleh bangsa Turki. Perkembangannya oleh bangsa Arab ialah melalui khalifah-khalifah Islam yang memerintah. Di sini objek penting dan utama ialah banguanan-bangunan masjid. Di Turki perkembangan seni bina Islam diambil peranannya oleh kaum Saljuk, empayar yang menubuhkan seni bina Islam dengan bentuk dan gaya kaum Saljuk."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Bentuk segi empat yang menjadi dasar...
"Bentuk segi empat yang menjadi dasar bangunan masjid selama ini, memungkinkan tidak wujudnya satu pembentukan kubah yang baik dari segi bentuk bulatnya. Oleh itu akhirnya terbentuk asas kubah yang terdiri daripada segi lapan yang didirikan atas asas bangunan yang berbentuk segi empat."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Menara ialah tempat muazzin melaungkan...
"Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan yang biasanya terletak di samping masjid. Menara dibuat tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan solat berjemaah di masjid atau supaya suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat yang jauh."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid...
"Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak di atas masjid. Tegak di tengah masjid, menjadikannya seolah-olah bumbung masjid itu sendiri. Pada mulanya, kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Parsi, kemudian diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada bumbung masjid."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Mihrab merupakan struktur terpenting pada...
"Mihrab merupakan struktur terpenting pada sesebuah masjid. Ia didirikan menghala ke Makkah dan berfungsi sebagai menandakan arah kiblat sembahyang. Semasa sembahyang berjemaah kedudukan imam biasanya di hadapan mihrab."
Text
Pada zaman Rasulullah SAW, mimbar terdiri...
"Pada zaman Rasulullah SAW, mimbar terdiri daripada tiga anak tangga. Semasa berkhutbah Rasulullah akan duduk di bahagian teratas. Diikuti pula oleh Saidina Umar bin Khattab akan duduk di tangga bawah. Dari amalan tersebut menjelaskan fungsi mimbar ialah tempat khatib menyampaikan khutbah."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Kebanyakan masjid menyediakan tempat berwudu'...
"Kebanyakan masjid menyediakan tempat berwudu' di bahagian hadapan atau halaman masjid. Ia biasanya terletak di ruang jalan masuk ke dewan sembahyang."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam gaya Uthmaniyah...
"Seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini mengandungi unsur-unsur gaya Saljuk dan unsur-unsur pengaruh dari seni Byzantine. Dalam seni bina masjid pada umumnya terdapat tiga gaya yang dikemukakan, iaitu masjid lapangan, masjid madrasah dan masjid kubah."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Suatu hal yang dikira baharu dalam...
"Suatu hal yang dikira baharu dalam seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini, ialah munculnya perancangan bangunan oleh seorang ahli seni bina yang khusus mempelajari bidang seni bina. Sinan seorang ahli seni bina yang mempelajari seni bina di Yunan telah berjaya menghasilkan berbagai-bagai bentuk bangunan sebagai hasil karyanya. Di antaranya termasuklah masjid Sultan Sulaiman di Istanbul."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Dari segi fungsi, timbul pada zaman Uthmaniyah...
"Dari segi fungsi, timbul pada zaman Uthmaniyah ini masjid yang mempunyai dua tujuan. Selain mempunyai tujuannya yang lazim, ia juga mempunyai fungsi kemasyarakatan. Misalnya dikatakan terdapat masjid yang dilengkapi dengan dapur umum yang diuntukkan khusus bagi memberi makan fakir-fakir miskin sesuai dengan tuntutan ajaran Islam yang menitikberatkan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat Allah SWT."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Dilihat dari penghasilan karya zaman Abbasiyah...
"Dilihat dari penghasilan karya pada zaman Abbasiyah berbeza sedikit dengan zaman Umaiyah yang banyak menghasilkan bangunan-bangunan masjid, sedangkan penghasilan karya Abbasiyah lebih tertumpu kepada pembangunan istana."
Text
India
kesenian islam
...2 more
Bentuk binaan masjid di India...
"Bentuk binaan masjid di India pada umumnya diketahui menyerupai bentuk masjid lapangan yang mungkin telah dikenali sejak seni bina masjid diperkenalkan oleh Mahmud Gaznawi."
Text
kesenian islam
seni bina
...1 more
Monumen Islam lain yang dapat dikesan...
"Monumen Islam lain yang dapat dikesan adalah bangunan kuburan yang berupa tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang berbentuk bangunan abadi itu diturap secara amat teliti dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Biasanya bangunan kuburan ini dilengkapi juga dengan menara yang didirikan khusus serta berdiri secara sendirian, terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya. Contoh bangunan kuburan dari Tunglakh Shah yang dibina sekitar tahun 1300."
Showing 7351 to 7400 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->