Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Ritual 'makan tahun' masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Berkenu, Sarawak
Abstrak
Fokus penyelidikan ini adalh mengenai ritual ‘Makan Tahun’ masyarakat Kadayan di Kampung Selanyau, Daerah Kecil Bekenu, Sarawak. ‘Makan Tahun’ merupakan satu majlis yang diraikan oleh masyarakat Kadayan selama empat hari tiga malam sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana telah memberikan hasil padi yang lumayan dan kesejahteraan hidup kepada mereka. Bagi mereka melalui pelaksanaan ritual ini, permasalahan dan krisis kehidupan yang berteraskan kepada budaya padi pula dapat diatasi melalui nilai-nilai kebersamaan yang akhirnya membentuk kepada identiti masyarakat Kadayan. Tujuan penyelidikan pula untuk melihat peranan simnolisme di dalam ritual yang dijadikan sebagai identiti Kadayan. Elemen-elemen seperti kepercayaan kepada kuasa-kuasa supernatural dan keislaman diselitkan sebagai menerapkan unsur-unsur kebersamaan di setiap perlakuan ritual tersebut. Simbol-simbol seperti pekanan raja, kelupis, bumoh, ustaz dan golongan agama, Ratib Saman, Yang Maha Berkuasa, solat Dhuha, solat Hajat, doa selamat, tahlilan dan sebagainya memperlihatkan wujudnya penerapan unsur-unsur animism dan Islam di dalam budaya Kadayan.
Text
Konsep animisme dalam kehidupan masyarakat Melanau, Sarawak : kajian perubahan
Abstrak
Kaum Melanau merupakan kaum pribumi yang kelima terbesar di Sarawak selepas Iban. Cina, Melayu dan Bidayuh. Mempunyai kebudayaan dan adat resam yang unik dan menarik. Pada asalnya, masyarakat Melanau mengamalkan amalan Pagan dan tidak menganuti sebarang doktrin agama. Kemasukan agama ke dalam komuniti Melanau bermula daripada penjajahan pada zaman dahulu. Kesannya, komuniti Melanau telah terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Pagan. Masyarakat Melanau percaya kepada makhluk halus dan kuasa ghaib yang menguasai kehidupan. Kepercayaan ini menjadi panduan dan amalan kepada mereka dalam mencapai kehidupan yang lebih baik. Kuasa yang ada pada makhluk halus ini telah menimbulkan perasaan takut, hormat dan kagum kepada mereka. Bagi menghormati makhluk halus ini, mereka mematuhi pantang larang, melakukan upacara pemujaan, dan persembahan kepada kuasa ghaib ini. Analisis kajian mendapati faktor agama merupakan faktor dominan dalam berlakunya perubahan ke atas kepercayaan masyarakat Melanau berbanding faktor lain seperti penjajahan, perkembangan sains dan teknologi, perkahwinan campur, perubahan penempatan dan pendidikan. Sehingga sekarang kesan perubahan ini masih lagi dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melanau. Kaedah temu bual menjadi pendekatan utama dalam mendapatkan maklumat kajian. Seramai lima belas orang responden telah ditemu bual yang terdiri daripada orang tua yang berpengalaman dan mempunyai pengetahun tentang kepercayaan tradisional masyarakat Melanau. Selain temu bual, kaedah pemerhatian dan keperpustakaan juga telah banyak membantu dalam menghuraikan hasil kajian. Justeru, tidak hairanlah, masyarakat Melanau telah meletakkan kepercayaan dan adat resam ke tahap tertinggi dalam kehidupan berasaskan kepada penilaian mereka.
Text
pengaruh
tv
...1 more
pengaruh video: rtm macam harimau tiada gigi
Reaksi gejala video
Text
sastera Melayu
Konsep perjuangan Anwar Ridhwan dalam novel penyeberang sempadan
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti konseptualisasi Anwar Ridhwan berhubung dengan konsep perjuangan dalam novel Penyeberang Sempadan.
Text
Kritikan puisi Melayu moden 1950-1979
Abstrak
Tesis ini adalah Suatu kajian tentang tulisan-tulisan kritikan puisi Melayu moden dari tahun 1950 hingga tahun 1979. Ia dibahagikan kepada enam bab. pembicaraan tentang definisi dan fungsi kesusasteraan. Tujuannya Bab I kritikan un tuk mendapatkan kesimpulan yang dasar sebagai titik tolak kajian.
Text
Pengenalan
"sistem pendidikan di malaysia memberi penekanan kepada teknologi dan maklumat"
Text
Organisasi sastera
" Organisasi bekerjasama demi tujuan yang sama"
Text
Antara cabaran
"cabaran yang ditempuh oleh sesebuah organisasi"
Text
Pemerkasaan organisasi sastera
"Matlamatnya untuk meningkatkan lagi perkembangan ilmu melayu".
Text
Rintangan
" Pihak universiti sendiri yang tidak mengiktiraf kepentingan jabatan kesusasteraan melayu ke arah pembangunan negara"
Text
Kesimpulan
"Masalah memperkasakan warisan bangsa adalah masalah bersama"
Adat sebagai peraturan hidup.
"Adat sebagai peraturan hidup sesuatu masyarakat lazimnya dikawal dan dibendung oleh satu sistem norma dan nilai yang diterima pakai oleh ahlinya sebagai sesuatu yang intrinsik untuk masyarakat tersebut"
Adat sebagai Perlambagaan
"Adat sebagai perlembagaan juga dikenali sebagai adat yang teradat, iaitu sesuatu amalan yang telah dijulang kedudukan dan martabatnya sehinggakan ia tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun"
Undang-Undang Adat.
"Undang-undang adat ialah undang-undang atau peraturan yang terbentuk berdasarkan amalan yang diwarisi dalam masyarakat"
Karya ketatanegaraan
"Karya ketatanegraan mempunyai asas falsafah dan prinsip yang tersendiri dan yakni berteraskan keadilan"
Kebebasan maklumat dan penyalahgunaan Internet
"Kebebasan maklumat dan penyalahgunaan internet yang diberikan tanpa batasan boleh mengakibatkan penyalahgunaan"
Kesusasteraan melatih manusia
"Kesusasteraan melatih manusia dalam mengimbas, menyedari, memilih dan bertanggungjawab, kesemuanya membentuk keupayaan untuk membuat keputusan yang bermoral"
Kemoralan menjadi asas
"Kemoralan menjadi asas sekatan kerana setiap masyarakat mempunyai himpunan moral yang dianggapkan sebagai teras, dan sebarang serangan terhadap moral ini boleh menyebabkan tindak balas dalam bentuk yang sama."
Dunia kesusasteraan
"Dunia kesusasteraan hari ini semakin bergelora dengan berbagai-bagai peristiwa yang kadang kala sukar untuk diterima akal"
Teknik genre
'Teknik genre juga berkaitan dengan kesopanan, iaitu aspek bahasa yang digunakan oleh pihak sultan dan juga pegawai-pegawai Belanda ataupun Inggeris dalam sesuatu perjanjian sebagai suatu gambaran tingkah laku mereka sama ada secara sopan ataupun tidak.'
Jalur Kesusasteraan Melayu Moden
"Jalur kesusasteraan Melayu moden secara relatif masih muda usianya"
Peranan editor sastera
"Peranan editor sastera sebagai pengawal maklumat dalam media amat penting. Merekalah yang akan memutuskan penyiaran sesebuah hasil tulisan"
Dunia Kesusasteraan Melayu
"Dunia kesusasteraan Melayu tradisionalmerupakan akar dunia modennya. Hak yang dipertahankan tetap serupa dengan yang telah divisualkan"
Dunia Kesusasteraan Melayu
"Dunia kesusasteraan Melayu tradisionalmerupakan akar dunia modennya. Hak yang dipertahankan tetap serupa dengan yang telah divisualkan"
Istilah sastera Undang-Undang
"Istilah sastera undang-undang yang digunakan dalam perbincangan ini adalah dipinjam daripada disiplin Kesusasteraan Melayu yang merujuk kepada salah satu cabang dalam Sastera Melayu"
Panduan etika para kadi
"Panduan etika para kadi di dalam karya ketatanegaraan tidak hanya dibuat dalam bentuk senarai peraturan dan syarat-syarat, tetapi diolah secara kreatif berdasarkan cerita-cerita tauladan yang bersifat sejarah"
Pengarang Kitab Nasihat Raja-Raja
"Pengarang kitab nasihat Raja-raja memperlihatkan sikap yang telus dan berani berterus-terang terhadap raja"
Kesusasteraan Melayu dalam pelbagai bentuk
'Kesusasteraan Melayu dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk tulisan ilmu pengetahuan agama, tulisan sastera hikayat dan dalam bentuk sejarah, undang-undang, cerita panji dan sebagainya (Abdul Rahman Abdullah, 1990:57), pada dasarnya ialah merupakan hasil kebudayaan masyarakat Melayu yang dibuat berasaskan world-view dan matlamat masyarakat Melayu'
Sikap selektif
'Sikap selektif yang disertakan dengan tapisan yang rapi telah dianggap sebagai punca utama yang menjadikan masyarakat yang menerima Islam telah dikesan mempunyai pencapaian keilmuan dan tamadun yang cukup tinggi'
Penggolongan Teks
'Penggolongan teks ini sebagai sastera undang-undang (Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim 1995:xxiii), lantaran terdapatnya peraturan dan adat istiadat'
Konsep adat
'Konsep adat ini cukup penting kerana kepada orang Melayu apa jua yang diatur dan disusun oleh orang Melayu digolongkan sebagai adat'
Adat sebagai struktur terpenting
'Adat sebagai struktur terpenting di dalam hubungan sosial atau social relation Melayu menegaskan apakah sepatutnya ciri keperibadian, identiti dan jati diri masyarakat'
Kehidupan beradat
'Kehidupan beradat adalah matlamat yang hendak dicapai, iaitu suatu kehidupan yang rukun, teratur, tersusun dan sejahtera'
Mendirikan rumah harus dengan adat
'Mendirikan rumah harus dengan adat,dengan adat di sini maksudnya, sebelum membuat rumah terdapat tahap-tahap tertentu yang harus dilalui'
Hak wanita dalam kesusasteraan Melayu klasik
'Hak Wanita dalam kesusasteraan Melayu klasik, gambaran pengarang tentang hak dan kebebasan wanita agak terbatas.
Kekentalan dan kelantangan suara
'Kekentalan dan kelantangan suara penentangan yang lebih jelas dalam puisi, ditemui pada akhir tahun 1960-an dengan kemunculan "puisi protes"'
Kewujudan unsur protes dan fitnah
'Kewujudan unsur protes dan fitnah dalam novel-novel Melayu dan juga bentuk-bentuk kesusasteraan yang lain, suatu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah tentang kesannya kepada perkembangan unsur-unsur dalam yang membina sesebuah novel, khususnya watak dan perwatakan serta suasana'
Daya tarikan yang dimaksudkan
'Daya tarikan yang dimaksudkan mungkin dalam bentuk momentum, suspen, rima dan ritme, tindakan luar jangka, mungkin kata-kata yang direnggangkan oleh kesenyapan, isian gerak yang bagaimana untuk dipadankan dengan ungkapan kata-kata dalamnya, ketidaksamaan kata dengan gambaran sewajarnya, dan seterusnya'
Gerak dalam kehidupan harian
'Gerak dalam kehidupan harian yang sentiasa berlaku secara berulang tidak akan berlaku dalam drama tanpa tujuan kemajuan dan momentum dalam menuju kemuncaknya pada skrip'
Drama
'Drama merupakan sebuah hasil kreatif yang hidup, kerana skrip drama tidak sesegar lakonannya sebagai persembahan drama.'
Perundangan dalam pekerjaan dalam kritikan sastera
'Perundangan dalam pekerjaan kritikan sastera tidak terbatas hanya pada pihak diri pengkritik sahaja, malah turut wujud dalam pengerjaan mengkritik itu sendiri.'
Laras sebagai Satu Kajian Sosiolinguistik
'Laras sebagai satu kajian sosiolinguistik yang memberi tumpuan kepada rencam bahasa yang digunakan untuk bidang-bidang tertentu yang khusus sifatnya."
Warkah Perjanjian
'Warkah perjanjian ialah warkah persetujuan atau persetiaan bersama antara pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu perjanjian yang dibuat.'
Strategi komunikasi
'Strategi komunikasi merupakan suatu kaedah yang digunakan oleh pemeran bagi mencapai sesuatu tujuan.'
Kandungan sesepucuk warkah perjanjian
'Kandungan sesepucuk warkah perjanjian terdiri daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan perjanjian seperti hal penjualan lada, pertuanan Belanda, kesetian, pergudangan, hak wilayah dan sebagainya.'
Puisi sebagai cipta seni sastera
'Puisi sebagai cipta seni sastera erat hubungannya dengan fenomena sosial dan makna kehidupan'
Text
Ramai belia jadi penagih
Text
Dr Burhanuddin Al-Helmi : Kegiatan Politik-Agama
Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan tokoh politik dan nasionalis yang melakarkan sejarah tersendiri di Tanah Melayu...
Text
Cikgu balkis haji Abdullah : penglibatannya dalam nasionalisme di kedah
Penulisan artikel ini membincangkan penglibatan dan peranan seorang guru wanita Melayu dari negeri Kedah yang tidak pernah diperkatakan secara khusus...
Text
berbuka
makan
...2 more
Belanja makan pada Ramadan lagi tinggi
Showing 8001 to 8050 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->