Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16349 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Tekalong tentukan status pemakai
Text
Orang kurang upaya perlu bersaing
Text
Membina negara yang maju
Text
Rogol dilakukan oleh kekasih sendiri
Text
Tanggungjawab… kepada ibu bapa anak perempuan tidak kecuali
Text
Menebusi tembok penjara
Text
2000 simbol peradaban lebih baik
Text
Postmodenisme mengetepikan humanisme
Text
Merawat penyakit artritis dan reumatisme -Rawatan monsoon
Text
Lentur buluh dari rebung
Text
faktor kemiskinan
kadar kemiskinan
...5 more
Masalah dan kecenderungan ekonomi Melayu : Satu kajian terhadap 161 orang pelajar Universiti Malaya
Kemiskinan masyarakat Melayu telah lama dibincangkan walaupun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 43 tahun. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, banyak dasar pembangunan dilaksanakan tetapi kedudukan ekonomi masyarakat masih rendah jika dibandingkan dengan etnik yang lain. Kajian ini mengenai masalah ekonomi dan kecenderungan ekonomi Melayu dengan berdasarkan kepada 161 orang pelajar di Universiti Malaya. Kajian ini penting kerana para pelajar di universiti ini akan menentukan masa depan negara dan juga kedudukan ekonomi orang Melayu.
Konsep kemiskinan akan diterangkan dalam kajian ini di samping kemiskinan yang wujud di Malaysia. Faktor kemiskinan turut dibincangkan dengan teliti dalam bab kelima. Faktor kemiskian amat penting kerana dapat menyedarkan para pembaca kajian ini terhadap punca masalah kemiskinan.
Kecenderungan para pelajar di Universiti Malaya didapati mempunyai tanda-tanda positif dalam memperbaiki kemiskinan orang Melayu. Keinginan dan keyakinan mereka kelihatan meningkat demi mencapai kedudukan ekonomi yang lebih tinggi. Fenomena ini mungkin disebabkan pendidikan tinggi mereka di Universiti Malaya. Perkara ini adalah membanggakan kerana keseimbangan masyarakat Malaysia mempunyai harapan untuk dicapai dengan kecenderungan para pelajar di samping toleransi yang ikhlas daripada rakyat bukan Melayu, usaha yang gigih daripada kerajaan juga penentu kestabilan sosial Malaysia.
Text
antropologi perubatan
feminisme
...1 more
Berkhatan di kalangan wanita dari sudut antropologi perubatan : Tumpuan kajian kepada masyarakat Jawa dan Melayu sebagai satu perbandingan di daerah Sabak Bernam, Selangor
Kajian ini sebenarnya meninjau serba ringkas tentang konsep berkhatan di kalangan wanita dan juga perkaitannya dengan bidang antopologi perubatan. Pemerhatian khusus yang telah diberikan ke atas perbezaan upacara tersebut yang dilakukan ke atas dua kaum iaitu Melayu dan Jawa. Selain dari itu, ia juga mengupas serba sedikit tentang kepercayaan konsep ini dari sudut pandangan masyarakat Barat dan juga Timur. Sejauh mana ia memberikan kesan positif dan negatif kedua-dua masyarakat ini serta perspektif Barat terhadap amalan tersebut. Selain daripada melihat aspek kebaikan dan keburukannya serta hukum hakam berkhatan, pengertian dari sudut agama, perubatan moden dan juga dari sudut antropologi perubatan itu sendiri.
Di dalam kajian ini juga dilihat perkaitan antara teori-teori Barat tentang kewanitaan. Antara teori yang digunakan adalah teori Kesamaan Hak dan Taraf, Teori Feminist dan juga Teori Antropologi Perubatan.
Text
anugerah
UNITAR
Pengerusi LBS terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Antarabangsa UNITAR
Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Bhd (LBS),Tan Sri Ir Lim Hock San dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan ,anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan di atas kepemimpinan cemerlang beliau,serta sumbangan untuk memperkasakan komuniti menerusi pembabitan dengan pertubuhan bukan kejaraan(NGO).
Text
KPM
kurikulum
...2 more
KPM fokus kukuh pentaksiran dalam kurikulum baharu
Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan pendirianya untuk terus memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan pentaksiran dalam membangunkan kurikulum baharu persekolahan bermula 2027.
Text
MRSM
pelajar
...3 more
MRSM sukar nilai keupayaan,potensi pelajar tanpa UPSR
Ketiadaan sistem penilaian berpusat seperti UPSR menjadikan MRSM sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.
Text
Menteri Kewangan
UiTM
RM259.98j dilabur UiTM tanpa kelulusan Menteri Kewangan
Sejumlah RM259.98 juta yang dilabur Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada UiTM Holdings dalam bentuk suntikan modal dan penukaran pinjaman kepada equiti didapati tiada kelulusan Menteri Kewangan,ini juga sekaligus tidak selaras dengan Akta Universiti Teknologi MARA 1976(Akta 173).
Text
akomodasi
asimilasi
...6 more
Hubungan etnik Melayu dan India dari sudut sosio-politik di Sitiawan, Perak : Satu kajian kes
Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Dalam bab satu, dibincangkan tentang tujuan dan bidang kajian yang dilakukan; membincangkan metodologi dan masalah-masalah menjalankan kajian; membincangkan tempat dan komuniti yang dikaji.
Bab dua membincangkan pegertian beberapa konsep yang mempunyai perkaitan dengan kajian hubungan etnik. Tanpa penerangan yang jelas mungkin boleh menimbulkan masalah kepada pembaca atau penyelidik-penyelidik yang cuba membuat kajian lanjutan tentang hubungan etnik.
Bab tiga, membuat analisis tentang bentuk perhubungan etnik yang ditinjau dari sudut sosial. Seterusnya bab ini membincangkan tentang jenis-jenis perhubungan etnik yang terdapat di kalangan kelompok-kelompok etnik di kawasan kajian. Di samping itu, bab ini juga membincangkan kes-kes yang menjadi duri dalam daging di kawasan kajian.
Bab empat, membincangkan interaksi politik di peringkat mikro ataupun di kawasan kajian. Pengkaji akan menumpukan perhatian pada interaksi dan juga pemahaman responden terhadap politik di kawasan kajian dan juga akan menyentuh sedikit tentang politik di peringkat negara.
Akhir sekali bab lima, beberapa analisis tentang perhubugan etnik pada keseluruhannya. Kesimpulannya adalah berdasarkan pada kajian yang telah dlakukan.
Text
cara penangkapan gamat
jenis gamat
...3 more
Khasiat gamat dari perspektif perubatan Melayu
Bab pertama ialah bahagian pengenalan. Pada bahagian ini, pengkaji menyentuh mengenai latar belakang kajian ini termasuk objektif, bidang kajian, metodologi kajian dan masalah yang timbul sepanjang kajian dilakukan. Selain itu, sedikit sebanyak pengenalan gamat dibincangkan secara ringkas.
Pada bahagian bab kedua pula, tumpuan pengkaji adalah kepada latar belakang spesies gamat secara terperinci. Bahagian ini memuatkan pengenalan kepada spesies gamat, perjenisan gamat yang ada di perairan Malaysia, habitat semula jadi gamat sama ada di daratan dan lautan serta teknik penangkapan yang digunakan untuk memperolehi gamat untuk tujuan perubatan.
Bab ketiga lebih memfokuskan kepada intipati kajian ini iaitu khasiat gamat yang dipercayai mampu menyembuhkan beberapa penyakit di kalangan orang Melayu. Pengkaji juga membincangkan konsep perubatan Melayu secara ringkas dengan menggunakan salah satu prinsip perubatan Melayu iaitu "setiap keuzuran ada penawarnya". Prinsip ini telah diaplikasikan oleh pengkaji dalam bab tiga dengan tujuan membuktikan gamat sebagai bahan perubatan.
Bab keempat adalah berkisar kepada pengkomersialan gamat. Tumpuan pengkaji bermula dari pemprosesan gamat secara mentah melalui pelbagai teknik yang digunakan oleh pengusaha sehinggalah ia dipasarkan kepada pengguna. Aspek pemasaran dan sambutan turut diberi penekanan untuk melihat sambutan pengguna.
Bab kelima merupakan bahagian kesimpulan iaitu rumusan yang diperolehi hasil kajian ini secara keseluruhannya.
Text
kreatif
seni
Sentuhan kreatif seni semburan cat
Seorang lelaki sedang fokus menyiapkan sebuah lukisan sambil berulangkali menggoncang botol semburan cat sehingga menangkap perhatian ramai.
Text
Pendidikan
ranking universiti
Kejar ranking universiti sudah tidak relevan
Semua universiti tidak boleh terlalu taksub mengejar QS World University Rankings atau penarafan universiti antarabangsa kerana pendekatan tersebut sudah tidak relevan ekoran timbul percanggahan dan ketidaktelusan terhadap penanda aras digunakan.
Text
bahagian perahu
dekorasi perahu
...3 more
Perusahaan perahu tradisi : Kajian kes di Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Perusahaan membuat perahu merupakan perusahaan tradisional yang terdapat di Pulau Duyong Besar, Kuala Terengganu selain menjadi nelayan, aktiviti tempatan mencari rezeki dan membuat perahu. Membuat perahu bukanlah satu pekerjaan mudah, ia memerlukan beberapa ciri tertentu untuk menghasilkan perahu, yang penting ialah kemahiran membuat bot adalah satu anugerah yang tidak terdapat pada semua orang. Hanya mereka yang benar-benar berminat, tekun dan sabar serta mempunyai sedikit modal boleh menceburkan diri dalam bidang ini. Ini kerana sebuah perahu yang dibina memerlukan masa lebih kurang setahun hingga dua tahun.
Bab satu merupakan bab pengenalan di mana penulis memaparkan objektif kajian dan permasalahan yang dihadapinya dalam menyiapkan kertas projek ini.
Bab dua pula menyentuh tentang sejarah kedatangan awal perahu ke Terengganu khususnya tetapi malangnya sehingga kini tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kemunculannya di negeri Terengganu ini. Penulis juga menyentuh jenis-jenis perahu besar dan perahu kecil yang pupus, pernah digunakan dan yang masih lagi digunakan oleh penduduk di Terengganu amnya dan khususnya di Pulau Duyong.
Bab tiga lebih menekankan kepada keistimewaan yang dimiliki oleh pertukangan dalam menghasilkan perahu, teknik yang digunakan seratus peratus masih lagi menggunakan teknik tradisional walaupun terdapat penggunssn peralatan yang menggunakan kuasa elektrik. Hasil kerja mereka menarik, halus dan teliti yang telah menarik ramai di kalangan rakyat asing datang ke Terengganu.
Bab keempat pula melihat kepada dekorasi yang terdapat pada perahu. Bangau dan sangga merupakan dekorasi yang penting terdapat pada perahu seperti perahu Sekoci dan perahu Kolek. Bangau yang pada asasnya berperanan sebagai tempat letak pendayung telah berubah fungsi sebagai sesuatu yang mempunyai estetika keindahan.
Bab lima, meninjau kepada permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha di Pulau ini dan cadangan daripada penulis untuk memantapkan lagi perusahaan ini pada masa hadapan.
Text
graduan
Pekerjaan
...1 more
Unimap rai 3,555 graduan, 70 peratus sudah dapat pekerjaan
Dalam tempoh enam bulan selepas majlis konvokeysen ,lebih 95 peratus graduan institusi itu mendapat tawaran dan peluang pekerjaan.
Text
akademik
penarafan universiti
...1 more
Penerbitan jurnal, buku ilmiah lebih utama dari ranking
Penerbitan jurnal tempatan dan ilmiah perlu lebih dimartabatkan dalam kalangan ahli akademik kerana penarafannya lebih signifikan berbanding dengan mengejar ranking universiti.
Text
global
ilmu
...1 more
Rakyat Korea Selatan tertekan diserang pepijat
Pihak berkuasa Korea Selatan sedang berusaha untuk membendung serangan pepijat yang menimbulkan kebimbangan di seluruh negara.Serangan pepijat ini juga memaksa rakyat untuk menjauhkan diri daripada pawagam atau pengangkutan awam.
Text
Pendidikan
sejarah
...2 more
Unimap lakar sejarah, universiti teknikal pertama diiktiraf META 2023
Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melakar sejarah apabila menjadi universiti teknikal pertama menerima Anugerah Malaysia's Best for Professional TVET Certification dalam Malaysia Education and TVET Awards(META) 2023.Antara faktor mencapai kejayaan ini adalah dengan memberi fokus terhadap program-program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET).
Text
konsep asas keluarga
penilaian remaja
...2 more
Masalah sosial remaja di gugusan FELDA Kerteh (Ketengah Jaya), Terengganu Darul Iman : Satu kajian kes
Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Dalam bab atu, dibincangkan tentang tujuan kajian, bidang kajian yang dilakukan, kepentingan kajian, membincangkan metodologi dan masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian.
Bab dua, membincangkan tentang beberapa konsesp asas, iaitu konsep masalah sosial, remaja, keluarga dan masyarakat. Penerangan ini dibuat untuk memperjelaskan apa yang hendak diterangkan nanti supaya tidak menimbulkan masalah kepada pembaca.
Dalam bab ini juga diterangkan tentang teori asas iaitu teori perubahan sosial dan teori struktur dan fungsi.
Bab tiga, membuat analisis kajian iaitu menerangkan tentang latar belakang tempat kajian dan latar belakang responden. Latar belakang tempat kajian meliputi sejarah pembukaan, pola penempatan dan kemudahan awam yang disediakan. Latar belakang responden pula menerangkan beberapa aspek seperti jantina, umur, masa bekerja, tanggungan, taraf pendidikan dan pendapatan responden.
Bab empat, penemuan analisis kajian. Membincangkan pandangan masyarakat terhadap masalah sosial, unsur-unsur yang mempengaruhi salah laku remaja dan peranan masyarakat khususnya keluarga dalam membendung masalah sosial.
Akhir sekali bab lima, beberapa analisis keseluruhan mengenai masalah sosial remaja dan beberapa cadangan untuk mengatasinya.
Text
diabetes
ilmu
...2 more
Saraf dan diabetes: Apa yang perlu diketahui?
Kencing manis atau diabetes semakin rapat ,diabetes akan menyebabkan seseorang hilang rasa peka pada kaki walaupun terpijak batu ,ini akan menyebebkan cedera dan mengalami luka yang tidak sembuh.Luka yang susah atau tidak sembuh adalah sebab kandungan gula yang tinggi.
Text
penarafan universiti
universiti
Universiti sepatutnya dikejar badan penarafan
Universiti tidak perlu mengejar untuk menjadi institusi yang terbaik.
Text
penderaan fizikal
penderaan mental
...2 more
Keganasan rumah tangga di Malaysia
Keluarga merupakan satu unit sosial yang fungsional, yakni menjalankan pelbagai fungsi yang dijangkakan oleh masyarakat. Hakikatnya, fungsi-fungsi tersebut adalah berasaskan satu sistem jangkaan yang berperanan untuk mengatur pola perlakuan serta bentuk perhubungan yang wujud sesama anggota-anggota keluarga. Dengan itu, setiap anggota keluarga dijangka untuk memenuhi tuntutan sistem jangkaan ini dengan memainkan peranan seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, dalam zaman moden ini, tidak semua fungsi yang dijangkakan itu dilaksanakan dengan sepenuhnya. Ini bererti anggota-anggota keluarga tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya dan keadaan ini menyebabkan keluarga tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Dalam hal ini, masalah keganasan rumah tangga merupakan antara contoh utama perlakuan yang menyimpang darpada fungsi-fungsi jangkaan yang sepatutnya dimainkan oleh anggota-anggota keluarga. Kini, masalah ini telah menjadi satu punca utama yang mengakibatkan kelemahan institusi kekeluargaan di Malaysia.
Umumnya, masalah keganasan rumah tangga semakin berleluasa di Malaysia dan ia membabitkan semua kelompok etnik, khususnya komuniti Melayu, Cina dan India. Justeru itu, langkah pertama yang harus diambil adalah untuk meneliti dan memahami secara mendalam latar belakang masalah, terutamanya dari segi persoalan punca dan kesan-kesannya sebelum tindakan susulan dapat dirumuskan. Tindakan susulan yang diambil pula harus mengambil kira konteks budaya masyarakat tempatan bagi menjamin keberkesanannya.
Text
cemerlang
kesungguhan
...4 more
Kurang cemerlang SPM, raih terbaik UUM
Walaupun gagal diterima masuk ke universiti kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi seorang graduan Universiti Utara Malaysia berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja.
Text
jenis perniagaan
pendapatan
...3 more
Perniagaan pasar malam : Satu perbandingan antara perniagaan Melayu dan Cina
Kajian ini dijalankan di sebuah pasar malam di negeri Selangor, iaitu pasar malam Taman Medan Pejasa Bt. 7, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tumpuan kajian meliputi aspek-aspek seperti jenis barangan yang dijual, jumlah modal yang dillaburkan, sumber modal, jumlah pendapatan dan juga maklumat tentang sumber bekalan. Pengkaji juga telah mengkaji cara yang digunakan oleh peniaga-peniaga Melayu dan Cina untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka.
Text
COVID-19
darah tinggi
...1 more
Kes darah tinggi, diabetes meningkat
Kes darah tinggi dan diabetes dilaporkan semakin meningkat selepas pandemik Covid-19 disebabkan rakyat Malaysia makan sedap, makanan manis .
Text
ilmu
IPTA
...2 more
IPTA tidak perlu taksub kejar penarafan
Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) mengingatkan semua IPTA supaya tidak terlalu taksub dalam mengejar kedudukan universiti terbaik di peringkat antarabangsa sebab ranking universiti sudah tidak relevan.
Text
7 peringkat persembahan
alat muzik
...3 more
Hamdolok : Warisan kesenian masyarakat Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor
Bab 1 merupakan pendahuluan yang membincangkan aspek-aspek pengenalan yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Melayu terutamanya tentang kesenian tradisi Melayu yang terangkum dalam konsep kebudayaan.
Bab 2 dalam kertas projek ini menumpukan lokasi kajian yang dibuat iaitu menceritakan tentang asal usul tempat kajian dan bagaimana persembahan kesenian dikesan dan diperkembangkan melalui kemudan-kemudahan prasarana yang terdapat di Kampung Rahmat.
Dalam bab 3, pengkaji mengupas tentang sejarah dan latar belakang hamdolok iaitu tentang pengasas persembahan ini dan bagaimana hamdolok ini boleh terserap masuk ke dalam masyarakat Melayu Batu Pahat khususnya di Kampung Rahmat.
Bab 4 merupakan intipati kepada persembahan hamdolok ini sendiri. Dalam bab ini, pengkaji menceritakan tentang watak-watak yang terlibat, tempat persembahan hamdolok ini dipersembahkan yang merupakan kawasan lapang atau pentas khas dan masa membuat persembahan termasuk juga masa dan tempat membuat latihan.
Peralatan yang digunakan dalam persembahan hamdolok dibincangkan dalam bab 5.
Bab 6 mengupas tentang persembahan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti fungsi sosial, fungsi ekonomi, fungsi komunikasi, fungsi hiburan dan sebagainya.
Text
persidangan
unimas
Unimas anjur sidang tanah tinggi Borneo
Penganjuran persidangan ini menyumbang kepada pembangunan tempatan dengan meningkatkan sumber pendapatan komuniti tempatan.
Text
defence cooperation
hubungan pertahanan dua hala
...2 more
Kerjasama pertahanan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat
Semenjak era perjuangan menentang insurjensi ditamatkan pada penghujung tahun 1989, ATM telah mengorak langkah baru dan lebih pro-aktif terhadap perkembangan serantau dan antarabangsa dengan mengubah pendekatan yang memfokuskan latihan serta persiapan ke arah Peperangan Konvensional dengan merombak struktur organisasinya supaya lebih kredibel.
Setelah sejak 15 tahun, persetujuan telah ditandatangani dan perkembangan perhubunhan pertahanan dua hala di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat telah menjadi semakin kukuh. Walaupun tiada ancaman luar yang nyata kepada kedua-dua negara ketika ini, namun perhubungan pertahanan dua hala adalah menjadi satu keperluan bagi persiapan sekiranya berlaku ancaman luar.
Dalam melaksanakan perhubungan pertahanan dua hala ini, 'Bilateral Training and Consultative Group' (BITACG) telah ditubuhkan dan menjadi forum di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk melaksanakan segala aktiviti-aktiviti dua hala. Pada mulanya segala aktiviti-aktiviti di bawah BITACG adalah dikoordinasikan oleh IMET.
Text
bakat pelajar
negara
...1 more
Unimap titik berat pembangunan bakat pelajar
Unimap amat menitikberatkan inisiatif dalam memantapkan kepimpinan dan pembangunan pelajar sebab pembangunan bakat merupakan elemen penting yang menjadikan sesebuah universiti dan negara berpendapatan tinggi.
Text
Krisis Berlin
Peperangan psikologi
...3 more
Propaganda: Peranan dan cabarannya
Penggunaan propaganda telah pun bermula sejak zaman dulu lagi terutamanya apabila berlakunya kekacauan dan ketidakstabilan. Propaganda juga merupakan fenomena zaman moden berkembang pesat pada abad ke-18 selepas tamatnya perang Kemerdekaan Amerika dan Revolusi Perancis. Dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua propaganda telah digunakan dengan amat meluas sebagai salah satu daripada alat peperangan.
Dalam kajian ini kita daoat melihat bagaimana keberkesanan penggunaan propaganda serta cabarannya. Ini dapat dilihat daripada kesan serta cabarannya yang datang daripada penggunaannya oleh pemimpin-pemimpin negara seperti Amerika Syarikat, Soviet Union, Britain dan Jerman. Penggunaan propaganda oleh Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan Soviet Union, semasa era Perang Dingin adalah amat ketara di mana melibatkan banyak kerugian dari segi kewangan, harta benda dan juga nyawa. Propaganda seterusnya berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi massa dewasa ini.
Text
kerja
Pendidikan
...2 more
Majikan guna ranking universiti pilih pekerja
Hampir semua majikan melihat penarafan universiti sebelum memilih pekerja yang akan diambil bekerja dalam syarikat masing-masing.Tetapi nama dan reputasi sesebuah universiti tidak boleh dijadikan tiket untuk pelajar untuk mendapat tawaran kerja.
Text
adat wanita Melayu tradisi
pakaian
...3 more
Perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi
Penulisan kertas projek ini bertujuan untuk mengesan apakah perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi akibat perkembangan dan kemajuan ke atas diri mereka. Seterusnya untuk meninjau pula kesannya ke atas diri dan masyarakat akibat perubahan kedudukan tadi.
Dalam bab satu, pengkajian hanya berkisar pada bidang pengkajian, masalah, tujuan dan metode kajian. Penulis turut menjelaskan teori kedudukan dan perubahan yang dinyatakan oleh beberapa ahli antropologi.
Bab kedua pula akan dibincangkan tentang latar belakang wanita Melayu tradisi. Ia meliputi peranan yang perlu dijalankan selaras dengan keadaan masyarakat dalam adat berpakaian, pergaulan, pekerjaan dan perkahwinan. Turut dibincangkan ialah perbexaan peranan serta kedudukan lelaki dan perempuan dalam masyarakat tradisi. Penulisan ini juga membawa bukti pentingnya peranan wanita hingga terbawa-bawa ke dalam pepatah, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu.
Bab seterusnya memperlihatkan perubahan besar yang berlaku ke atas wanita dari zaman tradisi hingga ke dunia moden ini dalam aspek pekerjaan, pergaulan, perkahwinan, pendidikan dan pakaian. Disentuh juga sedikit tentang perubahan peranan wanita di arena politik dalam sistem pemerintahan negara. Perbincangan juga melibatkan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku.
Bab terakhir meninjau pula implikasi yang timbul ekoran perubahan kedudukan wanita tradisi. Ia dapat dilihat ke atas diri, proses sosialisasi anak-anak, institusi keluarga, masyarakat dan penduaan wanita Melayu. Seterusnya, penulis membuat kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan sebagai penutup pengkajian ini.
Text
Bahasa Melayu
pelajar
...3 more
Rombak sukatan pelajaran pastikan murid kuasai bahasa Melayu
Perdana Menteri Anwar menegas bahawa bahasa Melayu mesti menjadikan bahasa ilmu dan utama serta dikuasai dengan baik oleh semua rakyat.
Text
pelajar
peperiksaan
...1 more
Sarawak sasar 2025 peperiksaan khas murid Tahun 6
Sarawak akan mula untuk melaksanakan peperiksaan khas bagi murid Tahun Enam di Kuching pada 2025 yang dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Modul Sarawak,ini bertujuan untuk menilai pencapaian sebenar murid sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Text
guru
Sekolah
Isu kekurangan guru diselesai ikut keperluan sekolah
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jalinan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah di negara ini akan diselesaikan mengikut pekerluan sekolah
Text
China's New Aspiration
foreign policy
...2 more
China South Asia relations : A strategic out look
Since time immemorial, there have been many factors that significantly influenced the people's Republic of China in establishing her dyadic links with the countries of South Asia. This paper attempts to discover and analyze some of the key variables that over the period of current century have been contributing China in framing her strategic tenets towards this part of the world. From the same analysis, the paper has also endeavored to track the changing trend of Beijing's strategic posture, especially about the pattern of its modern day's policy attitudes. Lastly, by accounting all the deliberations the paper has attempted to draw an outlook regarding the likely nature of China's future code of strategy towards the South Asian countries.
Text
Murid
Pendidikan
...3 more
UPSR perlu sebagai pengukur pencapaian murid, sekolah
Berdasarkan tinjauan umum,boleh mendengar permintaan daripada pihak seperti ibu bapa dan guru supaya UPSR yang dimansuhkan pada 2021 diadakan semula disebabkan kepercayaan bahawa peperiksaan standard lebih dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi.
Text
bantuan pengangkutan udara
Operasi Udara
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaysia pertama : Satu analisis
Kajian ini bertujuan melihat peranan pasukan keselamatan yang terdiri daripada anak-anak Watan Melayu, di dalam pasukan polis dan tentera, Home Guard dan pasukan tentera Komanwel semasa menangani PKM semasa Darurat Pertama 1948 hingga 1960. Darurat yang melanda Tanah Melayu adalah disebabkan oleh PKM yang diketahui oleh Chin Peng. PKM ditubuhkan di Singapura pada tahun 1928 dengan nama Parti Komunis Nanyang tetapi ditukar kepada Parti Komunis Malaya pada tahun 1929. Semasa Perang Dunia Kedua PKM menubuhkan MPAJA yang menentng Jepun. Mereka telah mendapat bantuan British melalui Force 36 yang dibentuk untuk menjalankan gerakan Bawah Tanah demi membebaskan Tanah Melayu dari pemerintahan Jepun. Di samping itu juga PKM/MPAJA mempunyai motif lain iaitu ingin mendapatkan pengiktirafan daripada British untuk menubuhkan kerajaan komunis Malaya. Selepas tamat perang niat dan rancangan mereka tidak direstui oleh British dan mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu. Akhirnya PKM diharamkan pada Jun 1948 apabila Darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gen, Pesuruhjaya Tinggi British.
Mulai 16 Jun 1948, peranan pasukan keselamatan membantu kerajaan amat berharga sehingga 30 Jul 1960 apabila Tunku Abdul Rahman mengistiharkan tamatnya Darurat. Tugas utama pasukan keselamatan adalah untuk melancarkan operasi menghapuskan gerila-gerila dan membantu Pihak Berkuasa Awam. Pasukan Keselamatann dalam kajian ini adalah terdiri daripada tentera, polis dan Pengawal Kampung (Home Guard). Di antara peranan-peranan Pasukan Keselamatan ialah membantu menguatkuasakan Rancangan Briggs, Sistem pendaftaran dan penggunaan kad pengenalan dan membantu melaksanakan projek pembangunan dan ekonomi rakyat.
Text
Komunikasi
Salah komunikasi beri impak kelestarian alam
Apabila komunikasi spontan menggunakan lisan dan teks sahaja komunikasi lebih susah tapi jika komunikasi menggunakan lakaran grafik lebih senang untuk diingat dan faham.
Text
ilmu
kemahiran
...4 more
Pelajar PPKI SMK Kuala Perlis kuasai seni tanah liat
Walaupun kekurangan fizikal menyebabkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Kuala Perlis sering diselubungi rasa rendah diri tetapi sikap itu makin terhakis apabila mereka didedahkan dengan seni tanah liat.Beberapa manfaat bermain dengan tanah liat adalah ia mampu membaiki kemahiran motor halus dan meningkatkan kreativiti pelajar.
Text
cabaran pekerjaan
cabaran sosial
...6 more
Kajian sosio-ekonomi peneroka Melayu di tanah rancangan : Satu kajian kes di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor
Secara keseluruhannya, penulisan kertas kerja projek ini adalah mengenai masyarakat peneroka dan kegiatan mereka di tanah rancangan. Dengan kata lain, kajian ini merupakan satu tinjaun mengenai aspek sosio-ekonomi peneroka FELDA dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka khususnya di FELDA Tenggaroh Satu, Mersing, Johor.
Kandungan kertas projek ini telah menghuraikan teknik-teknik dan kaedah secara umum konsep pembangunan dan kemajuan yang sering digunakan dalam kajian mengenai sosio-ekonomi. Ia juga membincangkan aspek latar belakang peneroka yang menyertai tanah rancangan dan aktiviti-aktiviti mereka di FELDA.
Selain itu, kertas projek ini juga turut membincangkan aspek-aspek pertubuhan-pertubuhan, aktiviti kemasyarakatan peneroka dan kegiatan ekonomi mereka serta cabaran-cabaran yang diharungi oleh mereka. Penggunaan teknologi moden yang telah dijalankan adalah untuk meningkatkan hasil kelapa sawit dan juga keadaan hal-ehwal semasa peneroka.
Bab yang terakhir di dalam kertas projek ini merupakan kesumpukan yang diperolehi daripada kajian dan serba sedikit cadangan-cadangan yang dikemukakan bagi meningkatkan lagi hasil kelapa sawit dan taraf sosio-ekonomi para peneroka FELDA khususnya di FELDA Tenggaroh Satu. Sekaligus pendapatan mereka dapat dipertingkat lagi.
Text
alam sekitar
biodiversiti
...4 more
UMS lepaskan benih ketam,usaha tingkat pemuliharaan
Universiti Malaysia Sabah mengambil inisiatif untuk melakukan pemuliharaan ekosistem marin melalui program pelepasan ketam bakau ,tujuan progam ini adalah untuk memulihkan dan mengekalkan populasi ketam bakau di perairan Sabah.
Showing 8301 to 8350 of 16349 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2