Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19303 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Ramai lepasan IPT tiada kemahiran IPT
Text
Orang Melayu perlu hak istimewa
Text
Martabat umat Melayu menurut Hamka
Text
‘Biar Melayu sendiri putus penghapusan hak’
Text
Generasi muda abai cara hidup Melayu
Text
Melayu rasa terancam
Text
Tidur atas kubur
Text
brunei
keris
...1 more
Bagi pengusaha pembuatan keris, menjadikan...
"Bagi pengusaha pembuatan keris, menjadikan perusahaan itu sebagai sumber mata pencarian mereka. Keris yang mereka buat dan hasilkan akan dijual. Hasil daripada penjualan keris itu pula akan digunakan untuk membeli keperluan harian yang lain, serta keperluan dalam pembuatan keris (walaupun sebahagian besar peralatan dan perkakas membuat keris pada mulanya didapatkan dengan percuma, iaitu dengan cara membuat atau mengambil sendiri dalam hutan)."
Text
brunei
keris
...1 more
Pada masa sistem barter digunakan...
"Pada masa sistem barter digunakan dalam aktiviti ekonomi masyarakat Melayu Brunei, keris juga dijadikan sebagai alat atau bahan pertukaran, khususnya antara penduduk Kampong Ayer dengan masyarakat pedalaman."
Text
brunei
keris
...1 more
Masyarakat Melayu atau orang Melayu mempunyai...
"Masyarakat Melayu atau orang Melayu mempunyai berbagai-bagai cara untuk memastikan sama ada keris berkenaan membawa untung atau bencana. Antaranya dengan cara mengukur bilah keris, mengukir ayat-ayat Al-Quran di atas bilah keris dan menyerapkan semangat ke dalamnya (Gardner, 1973: 53-62)
Text
brunei
keris
...1 more
Dengan mengambil kira keistimewaan atau kuasa...
"Dengan mengambil kira keistimewaan atau kuasa atau 'mana' yang terdapat pada keris (kadang-kadang disebut sebagai keris berkeramat) oleh sebilangan kecil masyarakat Melayu Brunei daripada golongan bomoh, dukun atau orang yang pandai 'menawari', menggunakan keris berkenaan sebagai alat dalam upacara pengubatan mereka (atau meminta pesakit mereka menyediakan sebarang keris sebagai 'pikaras' atau pengeras)."
Text
brunei
keris
...1 more
Terdapat segelintir masyarakat Melayu Brunei...
"Terdapat segelintir masyarakat Melayu Brunei yang percaya kepada kuasa atau keajaiban yang terdapat pada keris. Hal ini dikaitkan dengan keistimewaan besi yang digunakan untuk menghasilkan bilah keris berkenaan yang disebut sebagai 'tuah besi'. Pemilik keris seumpama ini akan berasa optimis bahawa dengan menyimpan keris itu boleh mendatangkan untung atau kebaikan kepadanya dan ahli keluarganya."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris yang berperanan atau dijadikan...
"Keris yang berperanan atau dijadikan sebagai alat atau bahan perhiasan rumah adalah lumrah yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu Brunei pada masa ini. Hal ini mempunyai perkaitan dengan keindahan dan keunikan yang terdapat pada komponen-komponen (bilah, hulu dan sarung) keris secara keseluruhan."
Text
brunei
keris
...1 more
Kepentingan keris semasa majlis perkahwinan...
"Kepentingan keris semasa majlis perkahwinan atau upacara persandingan masyarakat masyarakat Melayu Brunei ialah untuk memperlihatkan identiti kelelakian pengantin lelaki, statusnya sebagai raja sehari dan menimbulkan rasa atau semangat kepahlawanan dan kegagahan pada dirinya selaku pelindung permaisurinya."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris yang dipakai atau dimiliki...
"Keris yang dipakai atau dimiliki oleh setiap individu atau sesuatu golongan adalah berasaskan latar belakang status atau darjatnya dalam masyarakat. Umpamanya bagi golongan aristokrat, khususnya Wazir-Wazir, akan dikurniakan atau memakai keris peribadi masing-masing, seperti Pengiran Bendahara akan memakai keris Sasap Lantai, Pengiran Di-Gadong memakai keris Si Bongkok, Pengiran Pemancha memakai keris Talam Ilir dan Pengiran Temenggong memakai keris Si Jantung."
Text
brunei
keris
...1 more
Penggunaan keris dalam majlis-majlis beristiadat...
"Penggunaan keris dalam majlis-majlis beristiadat di Brunei memperlihatkan peranan pentingnya sebagai pelengkap dan penyeri istiadat berkenaan. Di samping ia adalah suatu warisan tradisi yang terus diamalkan sejak berkurun-kurun yang silam, walaupun formatnya mengalami beberapa pengubahsuaian kerana untuk disesuaikan dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini bermakna nilai dan konsep peranan keris dalam konteks majlis-majlis beristiadat masih dikekalkan di Brunei."
Text
Selain menjadi lambang kemelayuan, keris juga...
"Selain menjadi lambang kemelayuan, keris juga dapat menggambarkan identiti negara di kalangan negara-negara Alam Melayu (termasuk Brunei) sendiri (Mingguan Malaysia, 24 Februari 1985), kerana setiap negara di rantau berkenaan mempunyai bentuk, jenis dan keunikan kerisnya yang berbeza dan tersendiri."
Text
brunei
keris
...1 more
Peranan keris dalam masyarakat Melayu Brunei dari aspek sosiobudaya
Dari aspek sosiobudaya orang Melayu, keris merupakan objek budaya benda yang mempunyai banyak peranan, sama ada berlaku secara langsung ataupun tidak langsung seperti menjadi identiti bangsa dan negara, alat kebesaran dalam adat istiadat diraja dan penanda status pemakai.
Text
Walaupun keris tidak begitu berperanan...
"Walaupun keris tidak begitu berperanan untuk digunakan sebagai senjata dan alat pertahanan dalam peperangan besar (lebih-lebih lagi masa kini), namun di arena persilatan Melayu, keris tetap berfungsi sebagai senjata dan alat bela diri yang paling sesuai (Tuan Ismail, 1991: 29)"
Text
brunei
keris
...1 more
Peranan keris dalam masyarakat Melayu Brunei dari aspek pertahanan
Sebagai senjata tajam, keris digunakan untuk mempertahankan diri dan menghadapi serangan musuh. Oleh sebab itu, keris dijadikan sebagai alat pertahanan tradisi orang Melayu di Nusantara.
Text
brunei
keris
...1 more
Selain memberi pengiktirafan kepada pertabalan...
"Selain memberi pengiktirafan kepada pertabalan seorang sultan dan bakal pengganti sultan, keris juga digunakan untuk mentauliahkan perlantikan seseorang pembesar di Brunei. Contohnya, dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan (1582-1598), perlantikan 'Raja Duta', 'Penyurat' dan 'Penduta' diiktiraf dengan pengurniaan sebilah keris 'berpendok' dan berhulu emas."
Text
brunei
keris
...1 more
Di Brunei, keris Si Naga adalah...
"Di Brunei, keris Si Naga adalah lambang kekuasaan dan kedaulatan kerajaan Melayu Brunei. Keris Si Naga inilah yang mengangkat status politik sultan Brunei untuk memegang tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara secara mutlak."
Text
brunei
keris
...1 more
Peranan keris dalam masyarakat Melayu Brunei dari aspek politik
Dalam konteks beraja menurut sejarah Brunei, pertabalan atau perpuspaan pengganti sultan atau menjadi sultan Brunei (yang baru) sudah berlaku beberapa kali. Setiap pertabalan akan dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja. Sebagai pengesahan kepada pertabalan itu, dua peralatan penting diperlukan yang juga menjadi alat kebesaran diraja Brunei, iaitu keris dan mahkota.
Text
adat perpatih
Melayu
Adat istiadat berkampung adalah satu amalan...
" Adat istiadat berkampung adalah satu amalan budaya yang masih dianggap penting dalam kehidupan sosial masyarakat adat perpatih. "
Text
adat perpatih
Melayu
Berkedim adalah satu amalan budaya...
" Berkedim adalah satu amalan budaya yang tergolong ke dalam adat istiadat. Istiadat ini diadakan demi menerima secara sah orang luar masuk ke dalam sesebuah suku. "
Text
adat perpatih
Melayu
Jurai merupakan sebuah kelompok keluarga...
" Jurai merupakan sebuah kelompok keluarga yang berasal daripada seorang nenek perempuan yang dapat dipastikan."
Text
adat perpatih
Melayu
Dalam bentuk tradisi-jenis-unggulnya, perut memprojeksikan...
" Dalam bentuk tradisi-jenis-unggulnya, perut memprojeksikan suatu kod budaya panas yang mengkomunikasikan status anak buah mengikut kekembangan ibu. "
Text
Adat
Melayu
Hampir 25 generasi adat perpatih sudah...
" Hampir 25 generasi adat perpatih sudah bertapak berkembang di Negeri Sembilan dan wilayah Naning di Melaka. Newbold meletakkan sekitar tahun 1338 masihi sebagai mulanya pendatang Minangkabau melebarkan pengaruhnya di Negeri Sembilan. "
Text
Adat
Melayu
Sistem idea dalam masyarakat adat ( suatu renungan tentang struktur sosial adat perpatih)
Tahap kebudayaan menggambarkan berbagai keadaan objektif bagi kehidupan sosial, dan kesedaran sosial bagi anggota masyarakat mengikut kelas masing-masing yang ditentukan oleh keadaan-keadaan objektif yang tertentu ini.
Text
Melayu
sistem adat
Jadi, adat perpatih itu adalah budaya dan...
" Jadi, adat perpatih itu adalah budaya dan bukan aspek budaya kerana ia mempunyai fungsi menyeluruh dalam semua sistem kemasyarakatan : ideologi,kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan kepercayaan. "
Text
Melayu
sistem adat
Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan...
" Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan yang boleh menjatuhkan harga diri seseorang sehingga menjadi barang tidak berguna; tetapi masing-masing mempunyai tempat, boleh memberi sumbangan, menjalankan peranan dan berfungsi untuk kemajuan kelompok dan seterusnya masyarakat adat. "
Text
Melayu
sistem adat
Adat perpatih tidak hanya penting daripada segi organisasi politiknya, tetapi...
" Adat perpatih tidak hanya penting daripada segi organisasi politiknya, tetapi juga merupakan kerangkakerja bagi ekonomi bersawah-padi tradisi. "
Text
Melayu
sistem adat
Kadim, Besar, Buapak serta anak buah-anak buah akan melantik...
" Kadim, Besar, Buapak serta anak buah-anak buah akan melantik ketua suku yang dipanggil Lembaga. "
Text
Melayu
sistem adat
Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan...
" Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan mereka melalui garis nasab-ibu. Ia telah mengumpulkan ahli-ahlinya ke dalam kelompok- kelompok tertentu berdasar garis keturunan tersebut. "
Text
Melayu
sistem adat
Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah...
" Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah atas dua dasar utama, iaitu kekeluargaan/ kekerabatan dan tanah. "
Text
Melayu
sistem adat
Sistem adat masyarakat Negeri Sembilan (Satu Pengenalan Ringkas)
Mendasarkan penghidupan kepada bersawah padi, masyarakat dan budaya tradisi Negeri Sembilan telah dibina di sekitar suatu sistem sosio-ekonomi yang bercorak komunal.
Text
Adat
Melayu
Yang dikatakan adat itu terbahagi kepada...
" Yang dikatakan adat itu terbahagi kepada empat peringkat atau katergori seperti di bawah ini : "
1. Adat yang sebenar adat.
2. Adat yang diadatkan.
3. Adat yang teradat.
4. Adat istiadat.
Text
Adat
Melayu
Secebis mengenai : Adat perpatih, nilai dan falsafahnya
Adat perpatih merupakan adat yang diamalkan oleh orang Melayu di Negeri Sembilan yang dibawa oleh orang-orang Minangkabau.
Text
brunei
keris
...1 more
Biasanya hulu dan dan sarung keris...
"Biasanya hulu dan sarung keris diperbuat daripada kayu dan gading gajah. Kayu yang selalu digunakan oleh pandai besi Brunei untuk membuat hulu dan sarung keris ialah 'jalutung', 'ranggu' atau kayu 'bawang', 'mangaris', 'impas', 'smala', 'rangas', 'kulimpapa', 'santul', kayu 'arang' atau kayu 'malam' dan kayu 'tayi'."
Text
brunei
keris
...1 more
Bilah keris adalah komponen paling...
"Bilah keris adalah komponen paling penting bagi keris. Bilah kerislah yang menentukan identiti keris supaya berbeza daripada senjata-senjata tajam yang lain."
Text
brunei
keris
...1 more
Komponen keris
Komponen keris terbahagi kepada tiga, iaitu bilah keris, hulu keris dan sarung keris.
Text
brunei
keris
...1 more
Pandai besi Brunei lazimnya membahagikan...
"Pandai besi Brunei lazimnya membahagikan kedudukan besi baik kepada beberapa darjat, antaranya raja, menteri, bendahara, temenggung dan budak. Besi raja adalah dianggap sebagai besi yang terbaik dan mempunyai darjat yang tertinggi. Sementara besi yang tidak baik disebut sebagai 'besi kafir' (Abdul Munap Jumahat, 1988: 49-50)."
Text
brunei
keris
...1 more
Tujuan mengukur keris ialah untuk...
"Tujuan mengukur keris ialah untuk memastikan baik atau tidaknya keris itu, iaitu dengan bersandarkan kepada 'tuah besi' yang digunakan. Waktu mengukur besi ialah setelah keris berkenaan siap ditempa dan dibentuk. Cara mengukur yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Brunei yang tahu tentang keris ialah dengan menggunakan ibu jari kedua belah tangan secara bergilir-gilir."
Text
brunei
keris
...1 more
Antara petua dan pantang larang semasa...
"Antara petua dan pantang larang semasa menempa keris bagi masyarakat Melayu Brunei ialah tidak boleh ditegur atau dipanggil apabila pandai besi sedang 'mengikir' (menghalusi) bilah keris."
Text
brunei
keris
...1 more
Menurut kebiasaan pandai besi dahulu...
"Menurut kebiasaan pandai besi dahulu, pembuatan keris sebaiknya dimulakan selepas sembahyang subuh hari Jumaat. Tempoh pembuatannya pula adalah bergantung kepada jenis keris yang ditempa. Jika keris biasa, untuk menghasilkan bentuk bilah keris yang sempurna akan hanya memakan masa paling singkat satu hari. Sementara jenis keris yang istimewa dan penting, akan memakan masa sampai berbulan atau bertahun untuk menghasilkannya."
Text
brunei
keris
...1 more
Ciri-ciri yang turut berperanan mencantikkan bilah keris...
"Ciri-ciri yang turut berperanan mencantikkan bilah keris ialah pamornya. Pamor dihasilkan atau ditimbulkan dengan merendam bilah keris berkenaan ke dalam campuran air limau, tanah bangar dan perahan buah nanas selama tujuh hingga 10 hari."
Text
brunei
keris
...1 more
Untuk menghasilkan keris yang cantik...
"Untuk menghasilkan keris yang cantik dan bermutu, pandai besi akan menggunakan arang dari kayu-kayu tertentu, seperti 'pulau-pulauan', 'tayi (tahi) kakang', 'piasau-piasau' dan 'tampoi paya'. Kayu-kayu ini dipilih kerana dapat menyalakan api dengan baik pada suhu yang sesuai dan tetap (konsisten)."
Text
brunei
keris
...1 more
Untuk menghasilkan sebilah keris...
"Untuk menghasilkan sebilah keris, bahan utama yang diperlukan ialah besi, sama ada besi pamor atau besi baja, atau campuran kedua-duanya. Mencampurkan besi disebut 'membalan'. Cara 'membalan' ialah sekeping besi dibelah, kemudian di celah-celah belahan itu dimasukkan besi lain."
Text
brunei
keris
...1 more
Perusahaan membuat keris ini dijalankan...
"Perusahaan membuat keris ini dijalankan oleh kaum lelaki dan boleh disifatkan sebagai perusahaan cottage. Menurut Mohd Taib Osman, 1984: 228), perusahaan cottage ditandai oleh empat kriteria, iaitu tempat kerja (di rumah atau kawasan rumah), pengendalian perusahaan (oleh ahli keluarga), penggunaan tenaga kerja (biasanya secara manual atau tradisional), peluasan dan cara pemasaran (dalam lingkungan masyarakat persekitarannya dan secara menempah tanpa sebarang cagaran atau wang pendahuluan kerana saling mempercayai."
Text
brunei
keris
...1 more
Dalam perusahaan membuat keris secara tradisional...
"Dalam perusahaan membuat keris secara tradisional di Brunei, pembuat keris dikenali sebagai pandai besi. Di tempat-tempat lain di Alam Melayu, pembuat keris juga dikenali sebagai empu (The Star, 4 September 1995), pandai keris (Abd. Ghafar Latip, 1997: 30) dan tuk tukang (Mustafa Kamal, 1989:30)."
Showing 8551 to 8600 of 19303 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2