Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19303 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
brunei
Persembahan
...1 more
Persembahan Tarian Anding di Brunei Darussalam
Tarian Anding yang ada di Brunei sekarang adalah diwarisi dari suku Kedayan di Brunei iaitu salah satu dari suku asli Brunei. Dipercayai datang dari negeri jiran seperti Sipitang (Sabah), Lawas, Awat-Awat (Sarawak), amnya dari Malaysia Timur. Tarian ini amat mementingkan gerak tari pada badan, bahu, tangan dan kaki.
Tarian Anding menghubungkan tubuh badan manusia dengan kuasa ghaib dalam bentuk pemujaan kuasa yang menjelma ke dalam tubuh Ahli Anding atau Pak Bomoh. Hubungan antara manusia dan kuasa ghaib ini menyebabkan terjadinya keadaan tidak sedarkan diri pada Ahli Anding. Tarian Anding ini juga diiringi dengan lagu-lagu tertentu dan sesuai untuk memanggil gimbaran atau semangat.
ekonomi melayu
Raih RM10,000 hasil jualan kacang tanah
Pengliabtan seorang ibu tunggal dalam penanaman kacang tanah ternyata berbaloi apabila beroleh pendapatan lumayan sejak mengusahakan tanaman itu tiga tahun lalu.
Text
sultan melayu
Beri peruntukan sama adil
Tengku Hassanal, pemangku Raja Pahang bertitah kerajaan Pahang perlu raikan sama pembangkang yang dipilih rakyat.
Text
Report
Laporan latihan amali: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2004
Text
Sosio budaya Melayu
Nilai dan norma masyarakat Melayu terhadap konsep kebersihan
Abstrak
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji tentang nilai dan norma masyarakat Melayu terhadap konsep kebersihan ( nilai kebersihan). Dalam kajian ini,pengkaji telah membahagikan kepada beberapa bahagian atau bab. Pada bab 1, pengkaji membincangkan mengenai pengenalan, permasalahan kajian, skop kajian, kepentingan kajian, dan sorotan kajian atau kajian-kajian lampu. Pada bab 2, pengkaji membincangkan mengenai konsep=konsep atau definisi-definisi berkenaan dengan tajuk yang dikaji seperti konsep nilai, konsep norma, konsep bersih dan sebagainya. Pada bab 3 pula, pengkaji menghuraikan tentang aspek-aspek kebersihan yang terdapat atau terkandung dalam kebersihan luaran dan juga kebersihan dalaman
Seterusnya pada bab 4 adalah hasil data atau analisis soal selidik yang diperolehi mengkaji daripada soal selidik,dan juga temubual. Pada bab ini sangat penting kerana di bahagian inilah pengkaji dapat menemui data-data yang berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan atau dikaji. Pada bab 5 iaitu bab yang terakhir atau penutup, disini pengkaji dapat merumuskan secara keseluruhan mengenai hasil kajian ini samada mencapai objektif atau tidak.
Text
sastera Melayu
Analisis makna kata flora dan fauna dalam struktur maksud pantun Melayu
Abstrak
Semantik merupakan satu bidang yang mengkaji aspek makna. Bidang semantik wujud sejak zaman Aristotle dan telah mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Semantik adalah satu bidang yang amat penting dalam sesuatu bahasa. Bahasa merupakan bahasa merupakan satu alat untuk manusia berkomunikasi dalam sesebuah organisasi sosial. Bidang semantik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu bahasa kerana ia memberi makna kepada maklumat serta pemikiran manusia.
99 rangka pantun yang telah dipetik daripada karya Agung : pantun Melayu. Pantun-pantun yang dianalisis merupakan pantun-pantun yang bertemakan ‘Bingkis Kasih’.
Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menganalisis penggunaan kata nama flora bunga dan kata nama fauna burung yang berfungsi sebagai lambang di bahagian maksud pantun, membandingkan kekerapan penggunaan lambang kata nama flora bunga dan kata nama fauna burung di bahagian maksud pantun dan menghuraikan kepelbagaian rujukan makna dalam penggunaan sesuatu lambang.
Bab 1 membincangkan aspek-aspek yang menjadi dasar kajian ini seperti kajian latar belakang kajian, kaedah kajian dan konsep-konsep penting dalam kajian.
Bab 2 membincangkan tentang kerangka teoritis konsep semantik dan pantun. Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan Model Klasifikasi-Struktur Bahagian Maksud Pantun. Terdapat empat jenis pengklasifikasian dalam model ini iaitu, Stuktur Implisit-Implisit, Struktur Eksplisit-Eksplisit, Struktur Implisit-Eksplisit dan Struktur Eksplisit-Implisit.
Bab 3 dan 4 merupakan analisis yang dilakukan, masing-masing ke atas kata nama flora bunga dan fauna burung. Dapatan yang diperolehi dalam bab 3 menunjukkan kata nama bunga diklasifikasikan kepada empat struktur manakala bab 4 menunjukkan kata nama burung diklasifikasikan kepada tiga struktur. Kedua-dua kata ini memperlihatkan dapatan yang sama iaitu, Struktur Implisit-Implisit menunjukkan dapatan tertinggi. Bagi kata nama flora bunga, terdapat sebanyak 26 (36.6%) rangkap pantun yang mempunyai Struktur Implisit-Implisit. Bagi kata nama fauna burung, terdapat sebanyak 11 (39.9%) rangkap pantun yang mempunyai Struktur Implisit-Implisit. Untuk dapatan terendah, pantun-pantun yang mengandungi kata nama flora bunga tergolong dalam Struktur Eksplisit-Eksplisit iaitu, sebanyak 11 (15.5%) rangkap. Bagi kata nama fauna burung pula, pantun-pantun tersebut tergolong dalam Struktur Eksplisit-Implisit iaitu, sebanyak 9 (32.1%) rangkap pantun. Dapatan ini juga menunjukkan sikap orang Melayu yang bersopan santun serta sering menyampaikan mesej secara berlapik. Orang melayu melakukan ini untuk tidak mendatang aib kepada individu yang menjadi sasaran.
Bab 5 pula merupakan kesimpulan daripada kajian ini dan cadangan kepada kajian lanjutan.
Text
Kebudayaan Antarabangsa di KL
Text
Sosio budaya Melayu
Pekerja asing dalam sektor perladangan kelapa sawit : Kajian kes di Ladang Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor
Abstrak
Latihan ilmiah ini adalah berkaitan dengan pekerja asing Indonesia yang terlibat dan bekerja dalam sektor perladangan. Kajian kes telah dilakukan di Ladang Tunjuk Laut, Kota Tinggi, Johor.
Pada peringkat permulaan, pengkaji menjelaskan mengenai bidang kajian yang dilakukan dan metodologi yang digunakan. Pengkaji juga turut menjelaskan mengenai sejarah penghijrahan pekerja asing ke Malaysia dan tumpuan lebih kepada pekerja asing Indonesia. Banyak faktor yang telah memainkan dalam terjadinya proses migrasi ini iaitu yang terdiri dari faktor tolakan dari negara sendiri dan faktor tarikan pula faktor dari sesebuah negara lain yang menarik minat dan menjadi negara pilihan untuk melakukan migrasi.
Selain itu, diterangkan juga sejarah perusahaan dan penubuhan ladang kelapa sawit di malaysia dan tentang latar belakang kawasan kajian iaitu Ladang Tunjuk Laut. Organisasi kawalan yang terdiri daripada Johor Corporation, EPA Management Sdn.Bhd, dan Kulim (Malaysia) Berhad turut disertakan dalam kajian yang dilakukan. Pengkaji juga turut menyentuh mengenai prosedur pekerja asing Indonesia ini di ladang dan maklumat yang diperoleh mengenai mereka seperti sedikit latar belakang mereka.
Aspek ekonomi dan pekerjaan pula merangkumi aktiviti kerja yang dipecahkan kepada jenis pekerjaan, waktu bekerja, dan pengangkutan yang digunakan untuk bekerja. Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati gaji yang diberikan kepada pekerja adalah berbeza iaitu terdiri daripada gaji hari, gaji borong, gaji penuaian buah sawit. Gaji yang diperolehi tersebut digunakan sebaiknya oleh pekerja asing Indonesia ini. Gaji tersebut digunakan untuk perbelanjaan seharian, simpanan peribadi, dan melakukan kiriman wang dikampung.
Dalam bab yang seterusnya disentuh mengenai aspek sosial. Kemudahan-kemudahan asas telah disediakan oleh pihak majikan. Kemudahan yang disediakan dapat memberi keselesaan dan kebajikan pekerja dijaga. Masa lapang mereka diisi dengan beberapa aktiviti seperti bersukan dan memancing. Berlaku juga hubungan sosial pekerja asing Indonesia ini dengan majikan, masyarakat setempat, rakan senegara, dan kampung halaman. Perancangan masa hadapan mereka pula, pengkaji mendapati majoriti dari mereka tidak berminat untuk menyambung kontrak bekerja.
Di akhir kajian pengkaji mendapati objektif kajian tercapai dan diselitkan juga mengenai isu pendatang asing yang semakin hangat diperdebatkan.
Text
Konsep Pusaka di Dalam Adat Pepatih : Satu Catatan Ringkas
Text
Sajak,
Sehelai sejadah
Text
Sajak,
Malam yang kurindui
Text
Kajian teks Hikayat Melayu versi Tengku Said
Abstrak
Muhammad Yusoff Hashim (1998) telah memberikan judul Hikayat Melayu versi Tengku Said kepada teks yang dikaji ini. Objektif utama kajian adalah untuk melihat hukum kepengarangan abad ke-19, iaitu melihat berdasarkan peranan pencerita, kedua untuk melihat teks sebagai genre sintesis dan cermin. Dan ketiga untuk melihat penentuan-penentuan sosial yang mempengaruhi proses kepengarangan berdasarkan persoalan-persoalan Sosiologi Sastera. Hikayat Melayu adalah teks sastera sejarah yang lahir pada abad ke-19. Bidang sosiologi pengarang Melayu tradisional abad ke-19 akan dilihat berdasarkan panduan objektif yang telah ditetapkan. Sebagai sebuah teks sintesis dan cermin, teks ini dilihat mememui fungsinya sebagai sebuah teks yang menampilkan petunjuk-petunjuk moral untuk generasi masa depan melalui peranan pencerita sebagai ‘’dagang’’.
Text
sastera Melayu
Konsep kepengarangan Melayu tradisional dan peranan penceritaan
Kajian membincangkan dua peranan penceritaan dalang dan dagang di bahagian peranan pengarang Melayu
tradisi berdasarkan model Koster mengenai Idea Buku (Braginsky, 1998: xxviii).
Text
Pendidikan
Didik anak muda hargai, hormati orang tua
Pegangan menghormati orang tua dapat dididik menerusi pelbagai peribahasa.
Text
aidilfitri
janji
...6 more
Suami, kelapa muda dan janji Ramadan
Tidak seperti selalu, Ramadan menjanjikan rezeki lumayan buat Mat Saleh dan bininya. Kelapa muda mendapat permintaan tinggi. Sejak COVID-19 melanda, kelapa muda dibuat ubat batuk , demam dan selsema. Kelapa muda jualannya laku keras. Dan kini Ramadan tiba. Girang hati Mat Salleh berkira-kira keuntungan yang bakal mereka nikmati nanti.
Text
sastera Melayu
Konsep Oriental Enlightenment (V.I Braginsky) dan hubungannya dengan pemodenan sastera
Kajian mengenai Oriental Enlightenment di mana pandangan Barat yang menganggap superioritas mereka mempengaruhi masyarakat Timur, terutamanya Melayu, yang mula menerima agenda tersebut dan percaya bahawa kemajuan hanya dapat dicapai dengan meniru ilmu dan pemikiran Barat.
Kuasa Feudal sebelum Penjajahan dan selepas Penjajahan dalan Hikayat Melayu
Penulisan ini mmebincangkan kuasa feudal pada masa sebelum penjajahan dan selepas penjajahan dalam Hikayat Melayu.
Text
Log Book
Laporan buku log: Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas, Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
kesusasteraan melayu
Stilistik : Kajian aspek ayat dalam cerpen-cerpen terpilih Peter Augustine Goh.
Abstrak
Dalam bab 1 latihan ilmiah ini merupakan bahagian pengenalan dalam kajian ini. Dalam bab ini kandungannya lebih menumpukan pada perkara asas dalam menjalankan sesebuah kajian, iaitu pendahuluan, latar belakang kajian, pernyataan masalah, bidang kajian, objektif kajian, batasan kajian, dan bahan kajian. Berdasarkan bahan kajian ini, pengkaji akan menyatakan mengenai data yang dipilih dan juga latar belakang penulis cerpen yang telah dipilih, iaitu Peter Augustine Goh.
Seterusnya, dalam bab 2 perkara yang difokuskan ialah definisi stilistik dan cerpen . Melalui stilistik, pengkaji menghuraikan tentang kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sebagai memberi pendedahan awal tentang kajian yang akan dilakukan. Seterusnya, pengkaji menghuraikan pula mengenai konsep cerpen Melayu secara umum bagi memberikan gambaran awal tentang genre data kajian yang dipilih. Selain daripada dua perkara utama tersebut, bab ini turut juga membincangkan tentang kerangka teori yang digunakan sebagai landasan kajian, iaitu teori yang dikemukakan Tatabahasa dewan bagi mengkaji ayat majmuk dan proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu.
Analisis kajian pula akan disentuh dalam bab 3. Bab ini memfokuskan pada analisis jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam data kajian. Terdapat tiga jenis ayat majmuk yang dikaji dalam bab ini. Iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Analisis ini untuk menunjukkan sama ada penggunaan ayat majmuk dalam cerpen mempengaruhi gaya bahasa penulisnya. Hal ini akan dibincangkan berdasarkan teori Tatabahasa Dewan dan juga teori-teori stilistik yang berkenaan. Kesimpulan bab ini akan merumuskan pembentukan ayat majmuk mempengaruhi gaya bahasa seseorang penulis, iaitu Peter Agustine Goh.
Pengkaji lebih memfokuskan pada analisis penerbitan ayat yang terdapat dalam data kajian bab 4. Terdapat tiga proses dianalisis, iaitu proses pengguguran, proses penyusunan semula dan juga berdasarkan teori Tatabahasa Dewan dengan merujuk juga unsur-unsur stilistik yang terbina berdasarkan penerbitan ayat dalam cerpen. Penerbitan ayat ini juga akan membuktikan sama ada proses kekreatifan dalam menulis atau menghasilkan ayat dalam cerpen memberikan impak dalam gaya bahasa seseorang penulis. Rumusan dalam kesimpulan bab ini pula akan menyatakan sama ada kesemua proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu digunakan oleh penulis atau hanya sebahagian sahaja dalam menghasilkan unsur-unsur stilistik berdasarkan struktur pembinaan ayat.
Kesimpulan keseluruhan hasil kajian akan dihuraikan dalam bab penutup, iaitu bab 5. Bab ini akan menyimpulkan seluruh aspek kajian yang telah dilakukan berdasarkan bab 3 dan juga bab 4. Selain itu juga terdapat saranan-saranan serta peringatan pada mana-mana pengkaji yang ingin menerokai bidang ini dengan lebih lanjut lagi.
Text
Dialek Kuala Pilah : satu tinjauan fonologi dan leksikal
Abstrak
Latihan ini membuat satu tinjauan terhadap subdialek NS iaitu dialek KP. Penelitian terhadap dialek KP dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu sistem bunyi dan leksikal. Bab 1 dimuatkan dengan huraian berkenaan dengan latar belakang daerah KP. Bab ke-2 menin jau sistem bunyi vokal, bab ke-3 menumpukan perhatian kepada sistem bunyi konsonan dan bab ke-4 meninjau bentuk diftong dalam dialek KP . Bahagian ke-2 merupakan pengumpulan senarai perkataan dalam dialek KP yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan ini dimuatkan dalam Bab ke-5. Bab ke-6 merupakan kesimpulan dari keseluruhan bidang kajian iaitu sistem bunyi dan leksikal dialek KP.
Text
Remaja nakal tidak perlu disangkal
Text
Hiburan dan keseronokan tidak salah dinikmati
Text
Cerita rakyat Temuan di Negeri Sembilan : analisis struktural
Abstrak
Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kajian ini merupakan satu penyelidikan terhadap cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan yang tinggal di kawasan Lenggeng, Negeri Sembilan. Sejumlah dua belas cerita rakyat Temuan telah berjaya dikumpulkan. Kajian ini terbahagi kepada enam bab. Bab pertama, dinyatakan pendahuluan bahan dan pembatasan kajian, permasalahan kajian, tujuan, metodologi serta kajian-kajian berkaitan. Bab kedua pula, membicarakan tentang latar belakang cerita rakyat, perkembangannya, konsep dan ciri ciri, serta penggolongan cerita rakyat. Selain daripada itu turut diterangkan tentang pendekatan struktural yang dijadikan panduan untuk menganalisis bahan kajian. Bab ke tiga, perbincangan mengenai latar belakang masyarakat Orang Asli di Malaysia secara amnya dan masyarakat suku Temuan di Negeri Sembilan khasnya termasuk lokasi, jumlah penduduk, taraf hidup, dan sosio-budaya mereka. Bab keempat mengandungi analisa cerita rakyat Temuan secara pendekatan struktural iaitu menyentuh aspek tema, plot, pervwatakan, latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Manakala bab kelima pula meneruskan kerja menganalisa dari segi penggolongan cerita rakyat masyarakat Orang Asli suku Temuan. Dalam bab keenam, pengkaji membuat kesimpulan terhadap segala dapatan kajian serta mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh dijadikan landasan buat pengkaji-pengkaji lain. Dapatlah dinyatakan bahawa cerita-cerita rakyat Temuan merupakan hasil kesusasteraan lisan masyarakat Malaysia yang tinggi nilainya, baik dari aspek sastera, bahasa, estetika mahupun akal budi.
Text
Log Book
Laporan buku log: Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas, Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Sajak,
Gerimis di tempasuk
Text
Iran dan Amerika Syarikat
Sekatan AS sasar pelabuhan Iran: Lapan kapal diarah patah balik
Lebih 10000 kelasi, anggota marin dan tentera udara terlibat operasi sekatan tersebut. Dalam tempoh 36 jam, 8 kapal diarahkan patah balik.
Text
KOMTA
telur itik
Hasil jualan telur segar masin lebih RM20,000
KOMTA berjaya mewujudkan perternakan 500 itik penelur sebagai pendapatan sampingan dan menjalinkan kerjasama dengan UMPSA untuk menghasilkan dedak ternakan.
Text
DUN
Politik Malaysia
...1 more
'Saya tidak taja calon Bebas'
Text
PN
Politik Malaysia
...1 more
'Calon Bebas minta penyokong undi PN'
Text
banjir
Hari Raya
17 keluarga sambut hari raya di PPS
Penduduk berpindah susulan limpahan air Sungai Semantan
Text
Makanan/Masakan Melayu
Raih RM10,000 hasil jualan kacang tanah
Ibu tunggal usahakan tanaman kacang tanah, mampu sara 11 anak
Text
Makanan/Masakan Melayu
Raih RM10,000 hasil jualan kacang tanah
Ibu tunggal usahakan tanaman kacang tanah, mampu sara 11 anak
Text
keluarga melayu
Hana akhirnya dapat kerusi roda
Kerusi roda mudahkan rutin Hana ke sekolah
Text
Hari Raya
17 keluarga sambut hari raya di PPS
Penduduk berpindah susulan limpahan air Sungai Semantan
Text
bazar
berbuka
...4 more
Makanan di bazar Ramadan naik RM2
Harga makanan di bazar Ramadan di negeri ini meningkat sedikit susulan peningkatan harga bahan mentah ketika ini. Tinjauan di beberapa bazar Ramadan di sekitar daerah Kuantan mendapati, harga beberapa jenis makanan popular seperti martabak, ayam golek dan kuih-muih tradisional meningkat antara 50sen sehingga RM2.
Text
keluarga melayu
Hiba dengar takbir raya
Penghuni Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai, Taman Tas rindu bertemu keluarga lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri
Text
Hari Raya
Hiba dengar takbir raya
Penghuni Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai, Taman Tas rindu untuk bertemu ahli keluarga
Text
berbuka
iftar
...2 more
1000 juadah berbuka puasa untuk golongan rentan
Text
perikatan nasional
pilihan raya
...1 more
PN sudah ada calon baharu di Dun Tioman
Text
Log Book
Laporan buku log: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Istana Budaya, kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Log Book
Laporan buku log: Pejabat Pelajaran Daerah Pendang, Kedah
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Report
Laporan latihan amali: Pejabat pelajaran Daerah Pendang, Kedah
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Sosio budaya Melayu
Pelestarian rumah tradisi di Kota Lama Duyong, Terengganu
Abstrak
Bangunan bersejarah adalah warisan negara yang paling nyata dan tidak ternilai harganya. Rumah tradisi di Kota Lama Duyong adalah struktur warisan yang unik dan satu yang terbaik dipelihara seumpamanya. Ia adalah gabungan pelbagai gaya seni bina. Rumah itu terdiri daripada seorang Rumah Bujang Berpemeleh, dua Rumah Lima Bungkus, ruang dapur dan kawasan tandas. Terdapat empat jenis bumbung, dan ini mencerminkan empat gaya yang berbeza rumah Melayu tradisional di Pantai Timur. Kota Lama Duyong ini terletak di Pulau Duyung Kecil. Ia merupakan kota tinggalan sejarah yang telah dibina oleh Dato’ Biji Sura (Nik Muhamad bin Hitam) pegawai kanan Pentadbiran Negeri Terengganu (Seorang Hakim). Kota Lama ini adalah satu-satunya rumah yang dibina dengan batu-bata dan papan. Rumah ini dikelilingi oleh kubu dan disebabkan itulah ianya dinamakan Kota Lama atau “old Fort”. Penerapan nilai-nilai Islam terdapat dalam Kota Lama ini yang seni binanya merupakan seni bina Melayu Terengganu pada tahun 1920 an yang mana seni bina Terengganu amat kaya dengan warisan binaan tradisional. Kota Lama Duyong ini merupakan contoh bagi pengaruh yang kebanyakan rumah-rumah di sekitar Kota Lama Duyong ini sebahagian besarnya berdasarkan rumah tradisional Melayu. Kajian ini dilakukan bagi memastikan bangunan bersejarah terus dipelihara untuk generasi akan datang.
Text
Log Book
Laporan buku log: Pejabat Daerah Segamat, Johor
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Peranan golongan mapan yang berpengalaman ...
"Peranan golongan mapan yang berpengalaman untuk terus mendidik dan membimbing golongan muda dan terus mengenali dan mengekalkan kesusasteraan yang sedia ada adalah penting. Kombinasi dua golongan muda ini dapat melahirkan generasi muda yang meneruskan kesinambungan warisan zaman berzaman."
Text
Peranan media cetak melalui hasil ...
"Peranan media cetak melalui hasil penulisan yang mengekalkan keaslian kesusasteraan, mahupun mengangkat jati diri warisan yang semakin hari semakin dilupakan oleh generasi muda. Tidak hairanlah generasi muda pada suatu masa nanti tidak mengenali identiti sastera tradisional "
Text
Log Book
Laporan buku log: Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Kelantan
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Showing 9101 to 9150 of 19303 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2