Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19311 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Website
Melayu
Asal usul Melayu
Laman tentang sejarah asal usul Melayu
Text
cita-cita
Pembimbing ke pangkal jalan
Text
Keciciran anak Orang Asli diatasi
Text
Keciciran anak Orang Asli diatasi
Text
Sosio budaya Melayu
Kajian penerimaan kanak-kanak tadika naluri terhadap nilai dalam animasi Upin dan Ipin
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian terhadap “Penerimaan kanak-kanak Tadika Naluri terhadap nilai dalam animasi Upin dan Ipin” kajian ini dilakukan di Tadika Naluri (Taman Melawati) dengan menggunakan kaedah wawancara, proses pembelajaran dan pemerhatian terhadap pelajar di tadika Naluri yang berumur dari empat, lima dan enam tahun. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti watak yang menjadi ikutan kanak-kanak dan mengkaji sama ada melalui animasi Upin dan Ipin penerimaan nilai terhadap kanak-kanak dapat difahami atau sebaliknya.
Kajian ini menyatakan tentang kepentingan animasi dan impak positif yang diterima oleh kanak-kanak sekiranya ia dipantau oleh ibu bapa. Kajian ini amat penting bagi golongan ibu bapa untuk memahami dan mengetahui tahap kepentingan sesuatu siri animasi yang dipertontonkan melalui televisyen oleh anak-anak. Sesuatu tontonan yang dilihat oleh seseorang kanak-kanak mampu mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka. Bukan itu sahaja ia juga berperanan mendidik anak-anak untuk membentuk jati diri mereka.
Setiap animasi yang dilihat oleh kanak-kanak mampu mempengaruhi diri mereka. Haruslah diingatkan bahawa pandangan dan tafsiran kanak-kanak terhadap sesuatu animasi yang dilihat amatlah berbeza dengan pandangan dan tafsiran orang dewasa
Text
Keberkesanan Penerapan Nilai Cerita Animasi "PADA ZAMAN DAHULU" Terhadap Kanak-kanak di Tadika Naluri
Kajian ini merupakan kajian terhadap Penerapan Nilai Cerita Animasi "Pada Zaman Dahulu" terhadap kanak-kanak di Tadika Naluri. Kajian ini dilakukan di Tadika Naluri ( Taman Melawati) dengan menggunakan kaedah wawancara, proses pembelajaran dan pemerhatian terhadap pelajar di Tadika Naluri yang berumur dari empat, lima dan enam tahun. Kajian ini menekan lima nilai yang dikenalpasti dalam siri animasi Pada Zaman Dahulu bagi episod Sang Kancil dan Gergasi.
Text
Jumlah isteri kena dera bertambah
Text
Suka sama suka punca cerai
Text
Filologi
Filologi Melayu : Suatu pengenalan
Penulisan pengenalan bidang filologi Melayu. Perbincangan merangkumi peristilahan filologi dan sejarah kelahiran ilmu ini.
Text
analisis teks
kosa kata
...1 more
Syair merpati, syair ma'rifat, syair nasihat : Analisis, sinopsis, anotasi dan transliterasi sebuah manuskrip Melayu
Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu dengan tamadun yang tinggi telah meninggalkan sejumlah besar pusaka ilmu yang amat bernilai, iaitu dalam bentuk kitab atau manuskrip lama. Dengan tersebarnya agama Islam di Alam Melayu, terutamanya pada zaman Kerajaan Acheh Darussalam (1511-1605), banyak manuskrip Melayu-Islam telah dihasilkan oleh para ulama sejak abad ke-15 hinggalah ke abad 19.
Karya-karya kesusasteraan klasik seperti kitab-kitab jawi lama, kitab undang-undang lama atau kanun-kanun di negeri Melayu telah berjaya disebarkan dengan meluas sama ada dalam bentuk manuskrip bertulisan dtangan atau pun pengucapan lisan. Oleh kerana naskhah-naskhah Melayu lama ini ditulis dalam tu;isan jawi, maka agak sukar bagi masyarakat Melayu Islam pada abad ke-20 untuk membaca teks-teks jawi yang ditulis oleh ulama-ulama silam ini. Akibatnya sebahagian besar daripada masyarakat Melayu sekarang kurang berminat untuk membaca teks-teks klasik apatah lagi mengkajinya. Kesulitan membaca manuskrip-manuskrip ini disebabkan tiadanya satu sistem tulisan jawi yang baku pada zaman itu. Setiap pengarang atau penulis mengeja mengikut fahaman masing-masing.
Sebagaimana yang diketahui, sebahagian besar masyarakat Melayu pada abad ke-19, belum pandai membaca dan menulis. Oleh itu untuk mereka membaca kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama adalah suatu yang payah bagi mereka. Justeri itu, kemunculan syair agama bukanlah untuk mengambil alih kitab-kitab agama malah ia berfungsi sebagai pelengkap kepada kitab-kitab agama.
Text
Adipati ekologi masyarakat orang Asli Laut Pulau Indah: Satu kajian kes mengenai aktiviti perikanan orang Asli laut di perkampungan orang Asli Pulau Indah, Klang
Abstrak
Kajian etnografi merupakan satu kajian yang dianggap paling asas dalam penyelidikan sosial mengenai sesuatu budaya, kepercayaan, adat dan tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan dari kajian lapangan. Etnorafi menggambarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka yang memfokuskan penggambaran secara terperinci dan tepat. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan dalam bidang Antropologi kebudayaan yang memberi penumpuan dalam adaptasi ekologi masyarakat orang asli laut di Pulau Indah yang terangkum dalam aktiviti perikanan dipesisir pantai.
Aktiviti perikanan yang dijalankan oleh mereka memperlihatkan hubungan diantara masyarakat dan ekologi alam sekitar yang terdapat di sekitar Pulau Indah. Masyarakat orang asli laut di Pulau Indah beradaptasi dengan alam sekeliling kerana sememangnya mereka sangat bergantung kepada ekologi terutama ketika berada di kawasan perairan laut. Hal ini kerana, kehidupan mereka berasaskan kepada habitat dan ekologi laut kerana ianya merupakan tingkahlaku semula jadi daripada diri mereka.
Text
Impak pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni terhadap murid sekolah semasa pandemik Covid-19 2020-2022
Abstrak
Pada Mac 2020 telah muncul wabak COVID-19 yang menjejaskan keseluruhan institusi pendidikan dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, Klang. Responden yang dËpilih seramai 79 orang murid dari kelas 5 Bestari dan 5 Terbilang dalam melaksanakan penyelidikan ini. Empat matapelajaran teras dipilih iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi mengukur tahap penguasaan akademik murid berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sckolah (PBS). Semasa pandemik COVID-19, proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) di sekolah dikendalikan secara dalam talian melalui sistem e pembelajaran menggunakan aplikasi Whatsapp, Google Meet dan Quizzizz. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah memberikan impak positif dan negatif terhadap tahap penguasaan dan pencapaian akademik murid. Malah terdapat pelbagai cabaran dan halangan kepada murid seperti masalah untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri semasa belajar dalam talian tambahan juga kurang motivasi, masalah akses internet, dan kekurangan bahan belajar. Kajian ini menganalisis apakah tahap pencapaian akademik murid sebelum dan semasa pandemik CoVID-19. Ketika kelas bersemuka berlangsung, guru-guru memfokuskan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid secara individu. Temu bual dengan beberapa orang guru juga dijalankan untuk mendapatkan kualiti dan keesahan dapatan analisis. Kajian mendapati tahap pencapaian akademik murid di dalam kelas dipengaruhi oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran guru manakala peningkatan tahap akademik murid ketika kelas dalam talian dilaksanakan adalah disebabkan oleh motivasi, dorongan ibu bapa dan faktor persekitaran. Selain itu, kajian juga mengkaji lima item budaya nilai murni daripada 16 item nilai murni yang telah diperakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan item nilai murni yang dipilih dan dikaji terhadap murid ketika di sekolah adalah nilai jaya diri, nilai bertanggungjawab, nilai hormat-menghormati, nilai kebersihan fizikal dan mental dan nilai pertuturan dan tingkahlaku yang sopan. Kajian juga menganalisis pengaruh lima budaya nilai murni yang dinilai berdasarkan pemerhatian terhadap murid ketika berinteraksi dengan guru, rakan sebaya dan kakitangan sekolah. Kaedah penyelidikan ini menggunakan keadah kuantitatif dan kualitatif iaitu crosstabulation dari Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan kajian bandingan keputusan PBS 1 yang dilaksanakan sebelum pandemik dan PBS 2 yang dilaksanakan semasa pandemik. Kaedah kualitatif yang digunakan adalah pemerhatian berstruktur yang menggunakan borang pemerhatian terhadap murid-murid. Pendekatan kelas dalam talian telah memberikan peluang kepada murid-murid untuk meneroka ilmu baharu menggunakan pendekatan pendidikan abad ke-21 iaitu dengan penggunaan Information and Communication Technologies (ICTs). Hasil penyelidikan budaya nilai murni juga mendapati bahawa murid-murid berjaya menghayati dan mengamalkan nilai murni melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku ketika kelas bersemuka dan semasa kelas dalamn talian berlangsung. Secara tidak langsung, sekiranya penghayatan dan penerapan nilai murni berjaya diamalkan oleh murid, dapat menjadikan proses interaksi dan hubungan interpersonal dengan guru, rakan sebaya dan kakitangan sekolah menjadi lebih baik malah tidak akan mengganggu pertukaran maklumat dan komunikasi antara satu sama lain.
Text
Ruang Lingkupan Pengajian Filologi Melayu
Text
Syair Siti Zubaidah Perang China: perspektif sejarah
Text
Syair-syair Melayu Riau
Text
Kesusasteraan melayu : Quo Vadis
" kesusasteraan atau sastera kebiasanya disebut sebagai teks"
Text
Memecahkan tembok dan benteng minda sastera
" punca memandangkan kesuasuteraan melayu sebagai sastera tradisional......"
Text
Penggunaan pendekatan /teori dalam pengkajian kesusasteraan melayu
"pengkajian ilmiah kesusasteraan memerlukan kedua-dua kritikan sastera dan teori atau pendekatan sastera".
Text
Penutup
" Kusasteraan melayu sudah pun perkasa dan berjaya melepasi berbagai-bagai ujian dalam masa yang panjang".
Text
Pengenalan
" pengaruh-pengaruh ini tiba melanda dari semasa ke semasa ,silih berganti hingga setiap tahap meninggalkan kesan yang bukan sedikit ke atas masyarakat setempat".
Text
Perbatasan antara sastera tradisionaldan moden
" Garis perbatasan antara zaman sastera tradisional dengan zaman sastera moden sentiasa dipertikaikan"
Text
Sastera tradisional dan sastera moden melayu
" unsur kemodenan yang kuat dalam karya-karya Munsyi Abdullah ialah pembaharuan tema dan persoalan-persoalan ......"
Text
Keterbukaan Dunia Kesusasteraan Melayu Tradisional
" Kita boleh lihat anjakan atau -perluasan sempadan Dunia Melayu berdasarkan beberapa definisi globalisasi tetapi perhatian ini mestilah dilakukan dengan berhati-hati"
Text
Tulisan pra -Hindu dan Zaman Hindu
" Tulisan pallava meluaskan daerah yang diliputi oleh dunia melayu menembusi lautan india"
Text
Ketibaan islam, tulisan jawi dan tradisi pernaskahan
" cerita-cerita yang bersumberkan Hindu juga ikut diperturunkan dalam bentuk tulisan......"
Text
Kesan proses pembaratan ke atas kesusasteraan melayu
" Masyarakat Nusantara mengalami kejutan yang amat kuat dengan terjatuhnya kerajaan melaka pada tahun 1511"
Text
Manuskrip melayu menjelajah dunia dan minda barat
" Perdagangan hindian timur (belanda) memulakan aktiviti perdagangan"
Text
Perkamusan
" Penyusunan dan penerbitan dalam bidang perkamusan melayu mempunyai sejarah ..........."
Text
Terjemahan ke bahasa-bahasa eropah
" aktiviti penterjemahan yang menyaksikan bahawa naskhah-naskhah yang dianggap penting dan menarik"
Text
Percetakan
" percetakan telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran"
Text
Sistem persekolahan
" sekolah memerlukan bahan-bacaan dan buku-buku diterbitkan memuatkan hikayat-hikayat tertentu"
Text
Kesimpulan
" perjalanan sejarah dapat dilihat jauh selepas ia berlkau setelah kita meneliti sebab dan akibatnya tetapi tidak fahami oleh generasi sekarang"
Text
war
Malay Philology: An Introduction by SITI HAWA Haji Salleh
This work introduces Malay Philology, focusing on the study, preservation, and interpretation of classical Malay manuscripts. It explains methods of analyzing old texts, including language, history, and cultural context, to understand Malay literary heritage.
Text
war
Philological Theory Presentation by SITI HAWA Haji Salleh
This work presents key ideas in Malay philology, focusing on methods for analyzing, editing, and interpreting classical texts. It explains how philological theory helps scholars understand language changes, manuscript variations, and historical context in Malay literary works.
Text
war
Malay Philology: Background and History of Its Early Development by SITI HAWA Haji Salleh
This work explains the early development of Malay philology, tracing its historical background and scholarly growth. It highlights how Malay texts were studied, edited, and preserved over time, forming the foundation of modern manuscript research.
Text
war
The Scope of Malay Philology Studies by SITI HAWA Haji Salleh
Explains the scope of Malay philology, including the study, preservation, and interpretation of classical Malay manuscripts and literature.
Text
war
Siti Zubaidah's Poems on the China War: A Historical Perspective by SITI HAWA Haji Salleh and RAJA MASITTAH Raja Ariffin
Examines the poem’s depiction of the China War and interprets it as a reflection of Malay historical perception, heroism, and cultural memory.
Text
war
Riau Malay poems by SITI HAWA Haji Salleh
Discusses selected Riau Malay poetry and highlights its literary style, themes, and role in reflecting Malay culture and traditions.
Text
Filologi Melayu: Latarbelakang dan sejarah perkembangan awalnya
Penghayatan ilmu filologi sebagai asas rujukan sesebuah kisah silam dalam memahami ruang lingkup adat, perundangan mahupun budaya masyarakat Melayu. Ilmu filologi juga mempunyai fungsi sandaran dalam meneliti ruang ilmu yang lain.
Text
war
The System of Classical Malay Literature by SITI HAWA Salleh
Discusses the main principles of philology in studying, editing, and preserving Indonesian manuscripts and classical texts.
Text
Kata seruan dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu: Satu kajian perbandingan
"Kata seruan dalam bahasa Arab adalah satu daripada bentuk-bentuk gaya bahasa al-Insya' (Perfomatif) dalam ilmu retorik (Balaghah) Arab. Retorik adalah satu gaya bahasa yang digunakan dengan seluas-luasnya sama ada dalam al-Quran mahupun dalam kesusasteraan Arab."
Text
Amalan tradisi "kejawen" dalam seni pemainan kuda kepang di negeri Johor
Abstrak
Kuda kepang merupakan seni tari persembahan masyarakat Jawa yang terdiri daripada dua bentuk kegiatan iaitu tarian untuk tujuan hiburan dan permainan yang mempunyai upacara ritual. Amalan ritual yang dilakukan sebelum persembahan tarian bermula telah mengubah corak persembahan kuda kepang daripada bentuk seni tari kepada permainan. Kedua-dua bentuk kegiatan kuda kepang telah diharamkan oleh jawatankuasa mufti negeri Johor kerana amalan ritual yang dilakukan/dijalankan mengamalkan unsur khurafat dan syirik. Pengkajian berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian ini menganalisis hubungan unsur ritual, mengesan unsur mabuk dan merumus amalan ‘’kejawen’’ dalam seni permainan kuda kepang yang membabitkan pendokong kegiatan yang beragama Islam di Johor. Fokus kajian terhadap kegiatan permainan ini membabitkan amalan kejawen masyarakat Jawa yang telah dikatakan wujud sebelum kedatangan Islam ke Pulau Jawa dan Nusantara pada sekitar abad ke tujuh. Hasil dapatan kajian memperlihatkan amalan kejawen yang diakukan ini mampu menyebabkan permain itu mabuk mengubah corak persembahan tarian kuda kepang kepada permainan upacara ritual. Kandungan data selari dengan teori Roy A. Rappaport yang menyatakan bahawa sesuatu tarian dikategorikan sebagai tarian ritual apabila berlakunya proses upacara tersebut sebelum persembahan dimulakan.
Text
Etika pemakaian busana tari dalam festival tari Malaysia
Abstrak
Kaiian ini mengenai Etika Pemakaian Busana Melayu yang memberi tumpuan terhadap pemakaian dalam tari pergaulan Melayu (tarian rakyat) iaitu tarian inang, joget, asli dan zapin. Busana Melayu mempunyai adat yang tersendiri dalam cara pemakaiannya. Tari pergaulan Melayu merupakan satu platform dalam mengekalkan etika berbusana Melayu. Tari pergaulan Melayu yang terdapat dalam kelompok tari Melayu telah mengalami banyak perubahan dari segi pemakaian busananya sehingga menyebabkan adat pemakaian kurang mengikut aturan. Pengkaji membincangkan tesis ini dengan mengaitkan pengetahuan, umur, pengalaman, bangsa dan status yang dimiliki oleh pihak yang dikaji. Mereka terdiri daripada pengiat seni tari pergaulan Melayu yang mengambil bahagian dalam persembahan pentas secara terbuka sejak adanya pertandingan tari kreasi dalam Festival Tari Kebangsaan. Kajian ini memberi tumpuan kepada peniruan busana tari yang berlaku iaitu busana tari pergaulan Melayu meniru gaya busana tari kreasi dalam persembahan. Penekanan diberikan terhadap punca berlakunya perubahan tersebut. Pengkaji menggunakan pendekatan bidang antropologi budaya dan seni persembahan dalam membuat kajian. Penggunaan teori Homi Bhabha dalam konteks pasca-kolonial digunakan dan akan membuktikan hasil kajian yang menyatakan peniruan ialah penyamaran, bukan satu perkara yang mengharmonikan malah merosakkan. Homi Bhabha menyatakan peniruan akan merosakkan simbol sesuatu budaya, melahirkan bentuk budaya baharu yang samar dan menghilangkan nilai sesuatu budaya. Peniruan telah mengubah adab penari tari pergaulan Melayu terhadap adat pemakaian busana Melayu yang sebenarnya dan tidak secara langsung mengubah gerak tari itu yang boleh menyebabkan mereka tidak beretika. Hal ini disokong oleh Victor Turner yang menyatakan tentang simbol iaitu "Tari" dan "Busana Melayu" adalah simbol Melavu. Simbol dilihat dalam bentuk objek, kebendaan, perbuatan, tingkah laku, hubungan sOsial, kejadian, gerakan badan, ruang, tempat dan ucapan. Simbol ialah objek tindakan, konsep untuk kepelbagaian makna yang berbeza, instrumen suara yang membangkitkan sentimen emosi, komunikasi pengetahuan dan kawalan. Simbol berhubung kait dengan kepentingan, maksud, tujuan dan kemanusiaan. Maklumat kajian menggunakan rujukan sekunder dan membuat kajian lapangan. kajian diperolehi melalui penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif. Metodologi Di akhir kajian ini dapat membuktikan bahawa perubahan yang berlaku disebabkan oleh peniruan tanpa pengetahuan yang dilakukan oleh penata busana tari pergaulan Melayu.
Text
Mastera erat hubungan penulis tiga negara
Text
Aishteru
Text
Mastera erat hubungan penulis tiga negara
gajet
keluarga
...1 more
Perhatian ibu bapa penting tangani ketagihan anak guna gajet
Terdapat trend yang semakin merisaukan dalam kalangan ibu bapa apabila mereka memberi pendedahan terhadap gajet kepada anak dalam usia yang masih muda.
Text
Sejarah pertahanan Pulau Singapura dan wilayahnya, 1819-1927
Abstrak
Singapura adalah sebuah pelabuhan yang mempunyai perkubuan yang paling kukuh di Asia Tenggara semenjak awal abad ke-19 bingoa Perang Dunia Kedua. Singapura sentiasa menjadi stesen angkatan Jaut dan ketenteraan. Agenda yang tersembunyi dalam sejarah Singapura ini telah diperah dari rekod-rekod British. Perkembangan pertahanan Singapura sering dikaji dan dipertingkatkan dalam konteks geografi fizikalnya yang tetap, perubahan teknologi pengangkutan dan perkapalan serta persaingan di kalangan kuasa-kuasa dunia. Para pelajar sejarah seringkali tertarik kepada keulungan pelabuhan entrepot Singapura. Mereka banyak menjalankan penyelidikan ke atas kejayaan ini. Namun, faktor pertahanan yang menawarkan keselamatan kepada perkembangan perdagangan telah dipencilkan dalam longgokan buku-buku sejarah. Singapura digambarkan sebagai pelabuhan yang terletak di pinggir lautan yang luas di Selat Singapura dan tampak selamat. Gambaran sebegini telah menyembunyikan faktor pertahanan dalam sejarah komersial dan sivil Singapura yang penuh warna-warni. Pertabanan ialah satu tema yang tersorok dalam sejarah Singapura. Semua pembinaan kerja pertahanannya melibatkan jumlah kewangan yang besar. Perbelanjaan pertahanan adalah perkara yang utama dan sentiasa mendapat tempat yang teratas dalam perbincangan di antara pentadbiran Kolonial dan Imperial.
Text
Report
Laporan latihan amali: Majlis Daerah Setiu, Terengganu
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Log Book
Laporan buku log: Majlis Daerah Setiu, Terengganu
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Showing 13101 to 13150 of 19311 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2