Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Mokhtar A. K
Nama: Mokhtar Abdul Karim.
Tarikh: Tarikh(L) 28 Jun 1940 .
Tempat Lahir: Kangar, Perlis.
Bidang: Sastera Melayu.
Sumbangan: Penulis novel Sastera Melayu, Pengasas Persatuan Penulis Perlis dll.
Pemikran : Penulisan karya sastera kanak-kanak.
Penulisan:Asal- usul Mak Yong (1965), Dewa (1987), Menunggu Hujan Reda d& Mencari Pendamaian Hidup (2014 dll.
Jenayah siber Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri perlu mengambil langkah lebih serius menangani peningkatan kes jenayah siber yang semakin membimbangkan di Terengganu.
Suri rumah rugi hampir RM300,000 terpedaya pelaburan palsu
Seorang suri rumah berusia 47 tahun mengalami kerugian lebih RM288,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham tidak wujud yang dipromosikan menerusi media sosial.
5 Lelaki Malaysia tipu 70 mangsa di Singapura kena penjara, denda
Makhamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap lima lelaki Malaysia, yang direkrut sindiket rentas sempadan mendalangi penipuan 'panggilan rakan palsu'
Kontraktor ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang kontraktor berusia 55 tahun mendakwa terpedaya dengan sebuah skim pelaburan palsu yang mengakibatkan kerugian mencecah RM629,500 sekitar pertengahan tahun lepas selepas dia didekati oleh sindiket penipuan melalui media platfom media sosial Instagram
Penipuan MBI: Tan Sri, Datuk Seri terima komisen dana haram
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati lima lelaki termasuk seorang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang ditahan baru-baru ini disyaki menerima komisen tertentu daripada dalang pelaburan skim ponzi yang diasaskan oleh Tedy Teow Wooi Hua
3 Lose RM1.2M To Investment Scams
A company director, a lecturer and a retiree have lost a total of RM1.2 million to fraudlent stock investment schmes.
Penipuan dalam talian meningkat 13 peratus dalam tiga bulan
Jenayah penipuan dalam talian (online) di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12,110 kes dalam tempoh Januari hingga Mac lalu,, berbanding 10,715 kes pada tempoh sama, tahun lalu.
Jauhi pakej haji 'tidak masuk akal'
Bakal jemaah haji proaktif dalam menilai pakej ibadah tersebut yang ditawarkan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Rugi lebih RM300,000 terpedaya pelaburan saham
Seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM302,100 apabila diperdaya pelaburan saham dalam talian tidak wujud
Agensi berdaftar tipu jemaah haji boleh dibatal lesen serta-merta
Agensi berdaftar yang didapati terlibat dalam penipuan tawaran pakej haji dan umrah dikenakan tindakan pembatalan lesen secara serta merta
Text
Pelbagai persoalan Islam di Asia Tenggara
Pertama-tama kami mengucapkan tahniah dan selamat kepada pimpinan, staf dan mahasiswa Jabatan Pengajian Islam, University Malaya yang pada hari ini memperingati Jubli Peraknya...
Text
Islam di Alam Siber : pengalaman Malaysia dan prospek modal insan masa depan
Pembangunan infostruktuur adalah penting dalam misi menjayakan modal insan. Ia perlu dibangunkan seiring dengan pembangunan infrastruktur khususnya dalam dunia yang informatif, kompetitif dan mencabar ini...
Text
Perubahan adat pengebumian Punan Bah
Abstrak
Kajian ini menjelaskan perincian perubahan adat pengkebumian yang berlaku dalam kebudayaan Punan Bah. Perubahan adat terpilih sebagai isu pokok kajian ini kerana pentingnya adat dalam kehidupan manusia dan dengan berubahnya adat menunjukkan akar umbi kehidupan sebuah masyarakat itu telah mengalami perubahan. Untuk itu, kajian ini akan menjelaskan pola perubahan adat yang berlaku dengan meneliti tatacara yang dilakukan semasa berlakunya kematian sehingga pelaksanaan adat pengkebumian dan meneliti setiap proses pembinaan setiap tapak pengkebumian yang digunakan. Penelitian dibuat berpandukan teori konflik yang dikemukakan oleh Ralf Dahrendorf (1929-2009). Teori ini menekankan beberapa elemen utama yang menimbulkan konflik seperti peranan pemerintah yang menggunakan kuasa dan kedudukan mereka terhadap masyarakat sehingga menuntut perubahan berlaku. Penemuan ini penting untuk menjawab pernyataan yang dikemukakan oleh lda Nicolaisen (2015) yang menyatakan kesedaran generasi muda Punan Bah terhadap perubahan yang berlaku di Sarawak bukan sahaja mengubah cara hidup mereka malah akan menyebabkan kebudayaan tradisional mereka hilang. Pernyataan tersebut memberi gambaran kritikal terhadap perubahan yang berlaku dalam adat asal Punan Bah, termasuklah adat pengkebumian. Dengan menjelaskan secara menyeluruh perubahan yang berlaku dalam adat pengkebumian Punan Bah akhirnya, membentuk satu sintesis penolakan dan penerimaan sifat kebudayaan sebagai fenomena yang sering beradaptasi dengan keadaan semasa. Seterusnya, pendekatan kualitatif menerusi kerja lapangan yang telah dijalankan daripada awal bulan Januari hingga pertengahan bulan Jun tahun 2014 beserta dengan teknik persampelan bebola salji merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mendapatkan data kajian. Untuk itu, data dikumpul melalui pemerhatian tidak turut serta. pemerhatian turut serta dan temu bual bersama tokoh yang arif tentang adat asal Punan Bah. Pengesahan data daripada responden utama telah dibuat dengan lawatan semula ke kawasan kajian pada 25 Disember 2017. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan relativisme budaya dan holistik berpandukan teori konflik yang telah ditetapkan. Kajian ini mendapati adat asal pengkebumian Punan Bah tidak lagi diamalkan dan perubahan yang berlaku bukan sahaja dari segi bentuk fizikal malah nilai yang terkandung dalam adat turut berubah. Perubahan yang berlaku sekaligus mengubah kepentingan komuniti kepada kepentingan organik. Akhir sekali, maklumat penting yang terhasil daripada rekabentuk kerangka konseptual dapat menyemai minat untuk mendalami dan menghargai kebudayaan asal masing-masing kerana dengan pengetahuan budaya yang ada, kebudayaan tradisional akan kekal terpelihara sejajar dengan arus pemodenan dan globalisasi dunia.
Text
Analisis kohesi dalam ruangan pojok
Abstract
Kajian berkaitan aspek kohesi terangkum dalam bidang analisis wacana. Aspek kohesi berfungsi untuk menghubungkan satu idea dengan idea yang lain dengan teratur, selanjutnya menjadikan teks bertaut dengan baik dan difahami dengan mudah oleh pembaca. Oleh itu, aspek kohesi sangat penting terutamanya dalam akhbar yang merupakan medium penyampai maklumat kepada masyarakat. Penyampaian idea yang jelas dan teratur dalam akhbar khususnya ruangan pojok sangat penting kerana idea yang teratur berupaya menyampaikan mesej kepada pembaca dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian kohesi ini memanfaatkan sepuluh artikel ruangan pojok Awang Selamat yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bermula 18 September 2016 hingga 13 November 2016. Kajian aspek kohesi ini mengaplikasikan teori yang dimajukan oleh Halliday dan Hasan (1976), iaitu merangkumi komponen tekstual melalui 'alatan nahuan' (grammatical device) dan sebahagian lagi melalui 'alatan leksikal' (vocabulary device) dan kedua-duanya dari segi teori dinamakan kohesi nahuan dan kohesi leksikal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek kohesi dalam ruangan pojok, mengkategorikan jenis kohesi dalam ruangan pojok dan menganalisis fungsi kohesi dalam ruangan pojok. Hasil kajian mendapati wujud empat aspek kohesi nahuan dalam data, iaitu rujukan, penggantian, penghilangan dan penghubung. Keempat-empat aspek kohesi nahuan tersebut berfungsi untuk mempertaut idea dalam teks supaya dapat difahami oleh pembaca. Sementara itu, dua aspek kohesi leksikal yang melibatkan pernyataan semula leksikal dan leksikal berkolokasi turut wujud dalam teks dan memainkan peranan penting dalam membentuk jalinan makna yang bersepadu dan berstruktur dalam data. Keupayaan pengarang ruangan pojok memanfaatkan kedua-dua aspek kohesi ini menjadikan artikel Awang Selamat mudah difahami dan sangat menarik untuk dibaca. Kajian aspek kohesi ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pengkaji bahasa yang lain untuk memahami aspek kohesi dengan lebih mendalam. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menambahkan kajian sedia ada berkaitan aspek kohesi dan seterusnya dapat menyumbang dalam perkembangan bidang wacana bahasa Melayu.
Text
Sajak-sajak Badaruddin H.O. : kajian pendekatan dakwah
Abstrak
Kajian ini menganalisis sajak-sajak Badaruddin H.O. dengan penerapan pendekatan Dakwah, salah satu pendekatan dalam teori Pengkacdahan Melayu yang diperkenalkan oleh Profesor Dato' Dr. Hashim Awang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sajak-sajak Badaruddin H.O. yang mengemukakan tema Ketuhanan; tema Kenabian dan Kerasulan; tema rukun Islam dan rukun Iman. Selanjutnya untuk menganalisis sajak sajak tersebut dan diikuti dengan mengaplikasikan pendekatan Dakwah dari teori Pengkaedahan Melayu terhadap sajak-sajak Badaruddin H.0. yang menjadi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa sajak-sajak Badaruddin H.0. yang mengemukakan tema Ketuhanan, penyair menyampaikan dakwah tentang kebesaran, keagungan, kekayaan dan sifat-sifat mulia lagi terpuji yang dimiliki oleh Allah S. W.T. Manakala sajak-sajak yang mengemukakan tema Kenabian dan Kerasulan, penyair menyampaikan dakwah supaya umat Islam mencontohi keperibadian murni yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W. Selanjutnya sajak-sajak yang mengemukakan tema rukun Islam dan rukun Iman, penyair menyampaikan dakwahnya agar umat Islam melakukan amalan yang boleh mempertingkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Untuk menyampaikan dakwahnya, penyair menggunakan gaya bahasa yang halus dan lembut semoga mesejnya memberi kesan kepada khalayak pembaca.
Text
Imej wanita dalam novel "Asam pedas untuk dia" dan "Ombak rindu" : kajian kritik feminis
Abstrak
Kajian ini menggunakan genre novel sebagai bahan kajian untuk mengkaji kedudukan atau darjat wanita dalam kesusasteraan yang ditulis oleh penulis lelaki ataupun wanita vang menulis dalam sistem penandaan lelaki. Penulis wanita lazimnya akan meninggikan darjat watak wanita dan juga akan menyelami perasaan wanita dalam usaha menghasilkan sesebuah karya mereka. Tetapi penulis lelaki ataupun wanita yang memandang kaum Hawa dengan pandangan lelaki akan meruntuhkan imej dan emosi kaum Hawa dalam karya mereka. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri imej stereotaip wanita yang terdapat dalam novel "Asam Pedas untuk Dia'" oleh Nureen Mirza dan "Ombak Rindu" oleh Fauziah Ashari. Dua penulis wanita telah menghasilkan novel ini tetapi dalam sistem penandaan sebagai lelaki. Novel-novel ini telah dipilih sebagai bahan kajian kerana kedua-dua novel ini telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pembaca. Hal ini terbukti dengan keluaran drama dan juga filem dengan mengadaptasikan novel ini untuk tatapan khalayak. Bahan kajian ini digunakan untuk menggerakkan kajian berdasarkan Teori Feminisme yang menggunakan pendekatan Kritik Feminis oleh Elaine Showalter. Elaine Showalter telah memperkenalkan satu lagi pendekatan yang mengkaji karya tentang wanita oleh pengarang wanita, tetapi pengkaji menggunakan Kritik Feminis bagi mengkaji kedua dua novel sebagai medium mengukur kejituan objektif kajian. Hal ini demikian kerana, penulis memandang wanita dari sudut pandangan lelaki. Fakta ini terbukti melalui ciri ciri stereotaip yang terkandung dalam novel "Asam Pedas untuk Dia" dan "Ombak Rindu' ".
Text
Persepsi para ilmuan Malaysia terhadap keulamaan Prof Dr. Hamka dan Tafsir Al-Azhar
Al-Qur'an merupakan wahyu Allah Ta'ala yang diturunkan kepada Nabi Muhamamd SAW untuk disampaikan kepada umat manusia, sebagai pedoman dan pandangan hidup dalam mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah Ta'ala di dunia dan di akhirat...
Text
Koleksi Karya Syeikh Daud Adullah Al-Fathani
Dalam beberapa tulisan saya mengenai ulama dunia Melayu pernah saya nyatakan bahawa tokoh dunia melayu yang paling banyak lembaran kertas yang ditulis untuk semua zaman ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani...
Text
Fajar al-Islam : kertas2 kerja, rumusan2 dan kesimpulan2 Seminar Pelajar2 Islam Sa-Malaya, berlangsong dari 31hb. March hingga 2hb. April 1961 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ada pun istilah yang di-maksudkan ''Umat2 Islam yang berpendidikan Barat'' di dalam kertas-kerja ini diertikan terhadap orang2 Islam yang sudah atau pun sedang mengaji di sekolah2, kolej2 dan universiti2 yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya...
Text
Keteguhan beragama dan budaya, teras kemajuan beracun sendiri
Saya rasa sungguh terhormat apabila diamanahkan untuk menyampaikan ucaptama dalam perhimpunanpara ulama, ilmu-wan dan budayawan pada malam ini Meskipun menyedari kelemahan diri dan kail nan sejengkal, tidak mapan menduga lautan...
Text
Kesenian dari sudut syariah
Secara harfiah (bahasa) Islam beerti ''salam'' iaitu sejahtera, tidak tercela, selamat, damai, seimbang (harmoni) patuh, berserah diri (1). Memberi pengertian ''tunduk dan patuh kepada perintah Maha pemerintah dan larangan-Nya tanpa bertahan''...
Text
Persepsi bukan Melayu terhadap gerakan politik Melayu
Kesemua persoalan kajian yang diajukan menunjukkan bahawa sememangnya tidak ada perbezaan persepsi belia buka Melayu terhadap gerakan politik Melayu, walau apa jua latar belakang mereka...
Text
The importance of the Southeast Asian Archeological Heritage : form a genetic perspective
Southeast Asia (sea) is endowed with some of the most important Pleistocene and Holocene archaeological sites of human occupation outside Africa and is a key genetic focus of earliest dispersals to east Asia, Ocean and the Americas...
Linguistik: Teori dan Aplikasi
"Dalam kebanyakan bahasa, apabila morfem bergabung membentuk perkataan, segmen-segmen tertentu daripada morfem tersebut kadang kala mengalami proses alternasi fonologi."
Ilmu Fonetik dan Linguistik
"Sebagai satu sains bahasa linguistik mempunyai hubungan dengan disiplin-disiplin lain dan sains-sains lain di luar linguistik di samping ianya sendiri terbahagi kepada beberapa bahagian seperti linguistik huraian, linguistik kesejarahan dan linguistik perbandinga."
Introduction to Theoretical Linguistics
"Speech-sounds are often described non technically in subjective, and largely meaningless, terms, as 'harsh', 'guttural', 'soft', 'flat', etc. They can be described objectively from three main points of view. This yields a threefold division of the subject into articulatory, acoustic and auditory phonetics."
Text
Discourse on science science, religion and development
The profound changes now shaping human affairs suggest that new models of life-far reaching in their capacity to release human potential-are within the grasp of a rapidly evolving global community...
Bahasa dan Linguistik: Suatu Pengenalan
"Pengantar fonik dapat sekurang-kurangnya dikaji dari tiga sudut pandangan, iaitu artikulatori, akustik, dan auditori. Fonetik artikulatori mengkaji dan mengelaskan bunyi bahasa dari segi cara bunyi dihasilkan oleh organ pertuturan."
Pengantar Linguistik Umum
"Dengan mengetahui bunyi apakah yang diwakili oleh sesuatu huruf pada zaman yang lain adalah penting dalam menentukan nilai huruf tersebut. Nilainya sekarang adalah hasil daripada evolusi yang membolehkan kita menolak beberapa hipotesis."
Seni Ekspresi Kreatif
"Diri anda terdiri dari anggota tubuh, daya suara, kandungan perasaan dan daya pemikiran anda. Kudrat dan harta anugerah ilahi yang ada pada diri anda itu boleh anda beri peningkatan yang tinggi dengan daya usaha anda sendiri."
Text
Struktur pemikiran Ismail Hussein
Sumber pemikiran Ismail Hussein tersurat dan tersirat di dalam ratusan makalah, ucapan, ulasan dan, lebih-utama lagi, dimenifestasikan pada ratusan kegiatan kebudayaan, sastera dan bahasa secara sukarela, berpanjangan...
The Genesis of Language: A Psycholinguistic Approach
"The fundamental problem to which we address ourselves is the simple fact that language acquisition occurs in a surprisingly short time. Grammatical speech does not begin before one-and-one-half years of age: yet, as far as we can tell, the basic process is complete by three-and-one-half years. "
Cartesian Linguistics: A Chapter in the History of Rationalist Thought
"In any event, the aptness of the term is a matter of little interest. The important problem is to determine the exact nature of the "capital of ideas" accumulated in the premodern period, to evaluate the contemporary significance of this contribution."
Aplikasi Linguistik Korpus Kortara untuk Penelitian: Teknik Penggunaan Linguistik Korpus secara Digital untuk Penelitian Humaniora
"Aplikasi linguistik korpus KORTARA (Korpus Nusantara) juga memiliki manfaat yang dapat direalisasikan dalam keilmuan humaniora, yaitu sebagai saran untuk mendeskripsikan manfaat linguistik korpus."
Linguistic Simplicity and Complexity: Why Do Languages Undress?
"Creole exceptionalism is a set of sociohistorically-rooted dogmas, with foundations in (neo)colonial power relations, not a scientific conclusion based on robust empirical evidence."
Text
Siyasah Syar'iyyah dan kepentingannya dalam mengurus kepentingan muslimin di Malaysia
Akhir-akhir ini, banyak wacana berkaitan dengan Siyash Syar'iyyah dibuat oleh NGO dan juga parti politik. Ini adalah perkembangan keilmuan yang baik...
Struktur Bahasa Kubu
"Suku Kubu di Sumatera Selatan berasal dari keturunan tentara dan penduduk Kerajaan Palembang yang tidak bersedia dijajah Belanda."
Pengantar Morfologi : Bahasa Etnik Kao dan Bahasa Melayu Ternate
"Bahasa Kao merupakan suatu kebudayaan yang dimiliki oleh bangsa indonesia dan menjadi kebanggaan Maluku Utara, namun bahasa Kao kini menunjukkan saban hari merosot pada ambang kepunahan."
Linguistik Bahasa dan Budaya Sarawak
"Masyarakat ini mempunyai gaya pertuturan yang berbeza berbanding masyarakat Melayu yang mendiami Semenanjung Malaysia."
Geografi Dialek Bahasa Jawa Kabupaten Jepara
"Bahasa orang yang sudah merantau tentu saja sudah terpengaruh oleh bahasa daerah lain, sedangkan bahasa orang yang belum pernah merantau relatif kecil kemungkinan mendapat pengaruh bahasa daerah lain."
Text
Unsur seksualiti dan materialisme dalam karya Bernard Chauly dan Rafidah Abdullah
Abstrak
Kajian Unsur Seksualiti dan Materialisme dalam Karya Bernard Chauly dan Rafidah Abdullahini membincangkan mengenai modenisasi yang menyebabkan berlakunya peresapan budaya yang berlaku dari negara-negara luar yang mempengaruhi budaya dan masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian ini menghuraikan secara terperinci mengenai naratif dari filem karya Bernard Chauly dan Rafidah Abdullah. Melalui huraian naratif secara mnendalam itu, pengkaji seterusnya membincangkan mengenai unsur seksualiti dan materialisme mempengaruhi masyarakat Melayu moden di Malaysia. Selain merujuk kepada konsep yang telah dipilih dan daripada kajian sarjana terdahulu, kajian ini turut dikaitkan dengan realiti masyarakat Melayu Malaysia kini. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan di dalam kajian ini seperti kajian kepustakaan dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seiring berkembangnya era modenisasi kini, berlakunya peresapan unsur-unsur budaya luar ke dalam masyarakat Melayu di Malaysia yang mana bukan sahaja berkembang melalui medium perfileman bahkan dari sudut realiti kehidupan masyarakat itu sendiri. Beberapa kes yang berlaku di Malaysia melibatkan masyarakat Melayu Malaysia mengenai unsur-unsur budaya luar yang berkaitan turut dibincangkan di dalam kajian ini. Kesimpulannya, modenisasi telah memberi laluan kepada berlakunya peresapan daripada pelbagai aspek seperti perfileman dan gaya hidup bagi sesebuah masyarakat.
Text
UM anjur program tilawah al-Quran bantu murid B40
Projek dijalankan oleh Fakulti Pendidikan, membabitkan murid Tahun Satu hingga Enam.
Text
'Pelajar Indonesia lebih kenal penulis Korea Selatan'
Hubungan sastera Indonesia-Malaysia renggang
Text
Terap amalan membaca berkualiti dalam kalangan penjawat awam
Malaysia menyaksikan transfomasi ketara dalam budaya membaca berdasarkan Kajian Profil Pembacaan Rakyat Malaysia 2022/2023 menunjukkan rakyat memperuntukkan kira-kira sembilan jam dan 22 minit seminggu untuk membaca, dengan keutamaan kepada bahan bercetak (16 buku setahun) berbanding bahan digital (lapan buku).
Text
Novel Sungai mengalir lesu : satu kajian strukturalisme genetik
Abstrak
Kajian ini memperlihatkan teori Strukturalisme Genetik yang telah diperkenalkan oleh Lucien Goldmann dalam novel A.Samad Said, iaitu novel Sungai Mengalir Lesu. Kajian ini membuktikan kepentingan unsur-unsur luaran sesebuah novel seperti latar belakang pengarang, pemikiran pengarang, iaitu pandangan dunia pengarang mengikut zaman dan pengalamannya bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu. Kajian ini membuktikan bahawa latar belakang A.Samad Said memainkan peranan penting dalam menghasilkan sebuah karya historis yang menggambarkan realiti kehidupan rakyat Singapura yang terseksa semasa pendudukan Jepun. Walau bagaimanapun, ia lebih berfokus kepada penduduk yang mendiami di sebuah kampung yang terletak di tepi sebatang sungai. Pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui oleh pengarang telah dipindahkan dalam bentuk karya dan menjadikannya sebagai karya yang mengandungi cerita-cerita yang sebenar. Pemikiran dunia A.Samad Said turut dikaji bagi melihat pendapat dan pandangan beliau terhadap dunia sastera dan dunia realiti. Segala konflik yang berlaku dalam novel Sungai Mengalir Lesu telah dikupas bagi memahami bagaimanakah pengarang melihat konflik yang berlaku dalam masyarakat dan mengaitkannya dalam jalan cerita karya yang dihaslkannya. Antara konflik yang telah diberi perhatian dalam novel kajian ialah konflik pertentangan golongan muda terhadap kuasa penjajah, konflik antara pihak penjajah dan konflik yang berlaku dalam kalangan penduduk setempat. Secara keseluruhannya, penerapan teori Strukturalisme Genetik membuktikan bahawa bukan hanya unsur-unsur dalaman sahaja penting bagi penghasilan sesebuah novel malah unsur-unsur luaran turut perlu diberi keutamaan.
Text
Konseptual kata kunci terhadap konsep kemiskinan dan perjuangan dalam cerpen terpilih Norsiah Abdul Gapar
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konseptual Norsiah Abdul Gapar yang terdapat dalam tiga puluh dua cerpen yang diterbitkan sepanjang 1984 sehingga 2012. Semua cerpen ini merupakan cerpen-cerpen yang diterbitkan dalam antologi cerpen Hidup lbarat Sungai (1987), antologi cerpen Bunga Rampai Sastera Melavw Brunei (1984), antologi cerpen Awan Putih Berarak Damai (1988), Kumpulan cerpen T'sunami Di Hatinya (2009) dan lima buah cerpen dalam majalah Bahana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sepanjang tahun 2010 sehingga 2012. Teori Konseptual Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah diaplikasikan dalam kajian ini. Dengan menerapkan Teori Konseptual - Kata Kunci ini, sebanyak 32 cerpen dianalisis untuk mengenal pasti konseptual Norsiah Abdul Gapar berhubung dengan konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Hasil daripada kajian yan Kata dijalankan, membuktikan bahawa pengaruh penghasilan karya-karya Norsiah Abdul Gapar itu dipengaruhi oleh latar belakang Norsiah Abdul Gapar terutamanya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Dalam konsep kemiskinan, bentuk kemiskinan itu dikaitkan dengan kemiskinan yang berbentuk fizikal. Manakala, dalam konsep perjuangan, perjuangan itu dikaitkan dengan perjuangan kaum wanita. Justeru itu, konseptual Norsiah Abdul Gapar itu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ekstrinsik seperti latar belakangnya, pendidikan, budaya, kerjayanya, kepercayaannya, pengamatannya, ideologinya dan sudut pandangannya sebagai seorang penulis wanita. Secara kesimpulannya, teori Konseptual - Kata Kunci ini berjaya menganalisis konseptual Norsiah Abdul Gapar melalui karya-karyanya.
Text
Penguasaan asas membaca melalui program Linus (Literasi) : kajian di Pulau Pinang
Abstrak
Permasalahan utama yang mendorong kajian ini dilakukan kerana fenomena murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca masih menjadi isu dan perbualan masyarakat. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan membaca muridmurid Tahun 1 di SK Pauh Jaya, Pulau Pinang melalui Program LINUS-Literasi. Seramai 103 subjek kajian yang telah menjadi sampel dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tahap pencapaian membaca murid-murid dalam Saringan 1 dan Saringan 2 LINUS-Literasi. Selain itu, masalah penguasaan membaca dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan membaca murid turut dihuraikan. Kajian yang dilakukan berbentuk kajian eksperimen dan dihuraikan secara kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kajian kepustakaan dan kajian lapangan dilaksanakan untuk mendapatkan data-data kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah arimetik, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel 2013. Tahap penguasaan membaca murid-murid linus menunjukkan peningkatan dalam Saringan 2 berbanding Saringan 1 dan tahap pemahaman bacaan murid-murid linus berada dalam kategori baik. Hal ini terbukti apabila berlakunya peningkatan bilangan murid yang berada dalam kategori Arus Perdana semasa Saringan 2. Berlakunya peningkatan seramai 30 orang subjek kajian atau mewakili kenaikan sebanyak S6.6 peratus menjadikan murid yang berada dalam kategori ini seramai 83 orang semasa Saringan 2 berbanding 53 orang semasa Saringan 1. Peningkatan ini menyebabkan jumlah murid yang berada dalam kategori Linus dan Linus Tegar menurun. Bilangan subjek kajian dalam kategori Linus menurun sebanyak -53.7 peratus, manakala bagi kategori Linus Tegar pula menurun sebanyak -88.9 peratus. Hanya tinggal seorang sahaja subjek kajian yang tidak dapat menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 semasa Saringan 2 berlangsung menyebabkan murid berada dalam kategori Linus Tegar. Dalam kajian ini, terdapat beberapa masalah yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai pembacaan dengan baik, iaitu kemahiran kognitif murid yang lemah, ketidakbolehan untuk mentafsir simbol dan huruf serta sikap murid yang mudah hilang tumpuan dalam pembelajaran dan mempunyai daya ingatan yang singkat. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji juga dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid Tahun 1. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi tahap penguasaan murid, iaitu guru, murid dan ibu bapa yang menjadi fokus dalam kajian ini. Oleh itu, berdasarkan rumusan ini pengkaji berharap agar masalah-masalah yang dihadapi oleh subjek kajian dapat diatasi. Beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu juga disarankan supaya masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 1 dalam membaca dan menulis kosa kata asas bahasa Melayu dapat diatasi. Penguasaan membaca dan menulis penting dalam memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran lain.
Struktur Bahasa Bulungan
"Penutur asli bahasa Bulungan dapat dipilih menjadi ekabahasawan dan dwibahasawan atau multibahasawan."
Text
Proses pembentukan kata adjektif majmuk warna dalam majalah bidang dekorasi
Abstrak
Kajian mengenai kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, agak kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat, dengan lebih mendalam lagi, proses pembentukan kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna. Kajian ini dilakukan ke atas bahan yang diambil daripada majalah Impiana, sebuah majalah dekorasi. Pengupasan mengenai proses pembentukan kata adjektif ini dilakukan mengikut pendekatan teori Transformasi-Generatif, iaitu melalui teknik rajah pohon. Dalam menghuraikan proses pembentukan kata, pendekatan struktural turut digunakan, iaitu bagi melihat binaan perkataan dari segi hubungan sintagmatik dan paradigmatik. Hasil kajian mendapati bahawa bagi bentuk kata adjektif, hanya kata adjektif ganda yang tidak ditemui dalam bahan kajian selain bentuk kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, dan kata adjektif majmuk. Sebanyak sembilan jenis kata adjektif yang ditemui, yang selaras dengan piawaian penjenisan yang dibuat oleh Tatabahasa Dewan. Bagi kata adjektif majmuk warna pula, hanya dua bentuk yang ditemui, iaitu kata adjektif majmuk warna dengan binaan dua perkataan dan kata adjektif majmuk warna dengan binaan tiga perkataan. Dari segi jenisnya pula, terdapat lima jenis kata adjektif majmuk warna yang boleh dikategorikan berdasarkan fungsi unsur yang nmenerangkan. Hasil dapatan yang terhad terhadap bentuk kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, menjadi asas bagi cadangan agar kajian yang lebih mendalam dilahirkan terhadap bentuk kata ini pada masa hadapan.
Showing 16801 to 16850 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2