Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bagai emak mandul baharu beranak
184. Bagai emak mandul baharu beranak
Kegirangan yang amat sangat bagi orang yang mendapat sa-suatu benda yang sangat di-idam-idamkan-nya, dan ta' pernah dapat pula sa-belum dari itu.
Text
Bagai bumi dengan langit
204. Bagai bumi dengan langit
Perbedzaan atau perselisehan antara dua benda yang amat jauh.
Text
Bagai bulan kesiangan
201. Bagai bulan kesiangan
Anak gadis yang berubah wajah muka-nya hingga puchat, kerana kasakitan atau kurang tidor kerana merindu.
Text
Bagai bulan empat belas hari
202. Bagai bulan empat belas hari
Chantek rupa paras sa-saorang perempuan.
Text
Bagai bulan di-pagar bintang
203. Bagai bulan di-pagar bintang
Pengantin yang chantek di-hias pula dengan penuntun- penuntun atau pengiring-nya yang chantek pula, atau ber-padan benar akan kechantekan sa-pasang pengantin.
Text
Bagai belut di-regang
199. Bagai belut di-regang
Hal badan orang yang kurus sahaja, atau orang yang selalu sahaja sakit pinggang teregang-regang sahaja tangan-nya.
Text
Bagai belut di-getir ekor
200. Bagai belut di-getir ekor
Menyatakan kederasan lari sa-saorang, atau binatang.
Text
Bagai beliong dengan asahan
198. Bagai beliong dengan asahan
Kaseh yang amat akrab.
Text
Bagai Belanda meminta tanah
196. Bagai Belanda meminta tanah
Sa-saorang yang telah di-luluskan permintaan-nya, ia ber-kehendak lebeh-lebeh lagi daripada itu bahkan dengan tuan-tuan-nya sa-kali.
Text
Bagai belachan di-kerat dua, yang pergi busok dan yang tinggal hanyir
197. Bagai belachan di-kerat dua, yang pergi busok dan yang tinggal hanyir
Sa-suatu ke'aifan yang tertimpa antara kedua belah pehak.
Text
Bagai baling-baling di-atas bukit
195. Bagai baling-baling di-atas bukit
Fikiran yang ta' tetap sa-kejap menurut itu dan sa-kejap menurut ini pula.
Text
Bagai balam dengan ketitiran
194. Bagai balam dengan ketitiran
Hal dua orang yang selalu ta'semuafakat, masing-masing dengan perasaan memegahkan diri-nya.
Text
Bagai bajak wangkang makan di-angkat
193. Bagai bajak wangkang makan di-angkat
Orang gemar di-puji, bila di-puji sahaja akan rajin bekerja, dan usaha dalam sa-suatu perbuatan.
Text
Bagai ayer titek ka-batu
174. Bagai ayer titek ka-batu
Pengejaran yang baik hendak di-masokkan pada orang yang jahat terlalu lambat berbekas atau berubah.
Text
Bagai ayer di-daun keladi
189. Bagai ayer di-daun keladi
Barang yang tidak kekal, kelihatan sahaja elok, tetapi apa-bila datang sahaja dugaan hilang-lah ia.
Text
Bagai ayam yang bertelor atas timbunan padi
175. Bagai ayam yang bertelor atas timbunan padi
Orang yang menjadi senang kerana menumpang orang yang kaya-raya dan senang pula.
Text
Bagai ayam mengeram (mengarang) telor
177. Bagai ayam mengeram (mengarang) telor
Peri keelokan dan merah-nya muka sa-saorang gadis.
Text
Bagai ayam mabok tahi
191. Bagai ayam mabok tahi
Orang yang di-lamun oleh angan-angan yang burok.
Text
Bagai ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor ber-gelumang tahi
185. Bagai ayam jantan berkokok berderai-derai, ekor ber-gelumang tahi
Sa-saorang yang berchakap sahaja besar, pada hal keluarga atau diri sendiri tidak terkawal.
Text
Bagai ayam di-makan tungau
176. Bagai ayam di-makan tungau
Orang yang sangat gelisah, bermuram sahaja kerana mengidap sa-suatu penyakit.
Text
Bagai aur di-tarek songsang
173. Bagai aur di-tarek songsang
Susah hendak menarek sa-saorang yang berlainan fahaman-nya supaya mengikut fahaman kita, atau susah hendak membuat sa-suatu pekerjaan yang sukar dan tidak pula biasa di-buat orang.
Text
Bagai api di-dalam sekam
190. Bagai api di-dalam sekam
Rasa dendam sa-saorang akan musoh-nya, tetapi di-dalam senyap sahaja, apabila tiba masa-nya terus sahaja terjadi pergadohan.
Text
Bagai api dengan asap
182. Bagai api dengan asap
Orang yang sangat akrab dalam bersahabat atau berkasehan.
Text
Bagai antan penchongkil duri
192. Bagai antan penchongkil duri
Membuat pekerjaan yang mustahil akan berjaya, sia-sia sahaja.
Text
Bagai anjing tersepit di-pagar
180.. Bagai anjing tersepit di-pagar
Sa-saorang yang di-dalam kesusahan, serba salah keadaan-nya.
Text
Bagai anjing melintang denai
178. Bagai anjing melintang denai
Sa-saorang yang sombong, menunjok-nunjokkan kesombongan-nya dengan gembira.
Text
Bagai anjing dengan kuching
188. Bagai anjing dengan kuching
Orang yang ta' boleh berdekat, kerana ta' sesuai pendirian masing-masing, bila berdekatan sahaja terjadi-lah pergadohan.
Text
Bagai anjing beranak enam
179. Bagai anjing beranak enam
Perempuan yang sangat kurus sa-lepas bersalin.
Text
Bagai anak sepat ketuhor
187. Bagai anak sepat ketuhor
Orang yang menunjokkan kemalasan-nya di-rumah orang lain.
Text
Bagai anak dara mabok andam
183. Bagai anak dara mabok andam
Perempuan yang berbuat-buat baik kelakuan-nya pada hal ia-nya ada-lah perempuan yang tidak bersopan. Atau sa-saorang yang kelihatan leteh dan lemah sahaja, pada hal tidak berpenyakit apa-apa.
Text
Bagai anai-anai bubus
186. Bagai anai-anai bubus
Beramai-ramai orang berkumpul kerana melihat sa-suatu pertunjokan dan lain-lain.
Text
Bagai aur dengan tebing
181. Bagai aur dengan tebing
Persahabatan yang sentiasa bertolong menolong di-antara satu sama lain.
Text
badut
bazar
...2 more
Badut gembirakan kanak-kanak di bazar Ramadan
'Bayaran seikhlas hati' menjadi teknik kreatif untuk badut profesional bersedekah sambil menghiburkan kanak-kanak sempena bulan Ramadan ini.
Text
Badan sudah dua sa-nyawa
171. Badan sudah dua sa-nyawa
Orang yang berkaseh sayang sa-hidup sa-mati (Suami isteri).
Text
Badan kehakiman jadi tuntutan Islam
Text
Badan dakwah perlu strategi lebih kreatif
Text
Badan boleh dimileki, hati tidak boleh di-mileki
172. Badan boleh dimileki, hati tidak boleh di-mileki
Orang yang kelihatan lemah, dapat di-perentah membuat sa-suatu perkara. Tetapi hati atau batin-nya tetap tidak dapat di-ta'alok.
Text
Badan bersuadara, emas perak tidak bersaudara
170. Badan bersuadara, emas perak tidak bersaudara
Orang yang sanggup memutuskan tali persaudara kerana memandang kapada wang atau harta.
Text
Badak memakan anak
169. Badak memakan anak
Orang yang membunoh anak-nya kerana takut anak-nya melebehi kedudokan-nya
Text
Background to Philippine nationalism: The complex impact of fast influences from Brunei bay and Elsewhere
Text
kanak-kanak
membaca
Bacakan buku kepadanya
"Ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar terhadap perkembangan bahasa lisan dan kemahiran bahasa kanak-kanak."
Text
Baca puisi Terengganu serlah keanekaragam berdeklamasi
Text
Baca Puisi Pahang 10 Februari
Text
Baca puisi Ipoh capai matlamat
Text
knowledge
Baby turtles speak to each other before they even hatch
Researchers discovered that turtles make sounds while still inside their eggs to communicate with other babies. Chirps and grunts help to coordinate hatching as a survival mechanism to avoid predators like birds or crocodiles.
Text
knowledge
Baby reptiles have an egg tooth to crack out of their shells when born
Most baby reptiles, including crocodiles, have a special egg tooth. According to Science Direct, they use it to crack the shell of the egg when they are born. Eventually, after birth, the tooth is reabsorbed into the body.
Text
knowledge
Baby rabbits are also called kittens
Baby cats aren't the only ones called kittens. Baby rabbits are also called kittens or kits. Another fun fact from the MSPCA is that rabbits typically give birth to litters of four to 12 kittens after only being pregnant for 30 days.
Text
knowledge
Baby parrots respond to their names
You may already know that parrots have the ability to talk. But did you know that parent parrots name their chicks, just like us? Scientists call these names “signature contact calls.” Baby parrots receive a name at birth and respond to that call for the rest of their lives.
Text
knowledge
Baby pandas are born incredibly small
Although giant pandas can grow up to 300lbs (136 kg) and 5ft tall (1.4m), their cubs are born pocket-sized in comparison, according to National Geographic. Baby pandas only weigh about three ounces (100gm) at birth.
Text
knowledge
Baby koalas are called Joeys
Although koalas may look like monkeys or small bears, they are actually marsupials, a type of mammal with pouches to hold newborns. Infant koalas, called Joeys, immediately climb into their mother's pouch after birth using their natural instincts.
Showing 17201 to 17250 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2