Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19332 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Kaedah perubatan tradisional dalam Kitab Tibb Pontianak
" Kajian daripada pengelidikan Kitab Ubat-Ubatan Hj. Mustafa bin Hj. Ismail Pontianak ini mendapati terdapat lebih daripada 100..."
Pengaruh Islam dalam perubatan Melayu tradisional
" DI antara pengaruh Islam yang dijelas tergambar di dalam perubatan ialah terdapat ayat-ayat al-Quran yang digunakan oleh bomoh..."
Perubatan Melayu tradisional
" Menyentuh mengenai definisi perubatan Islam, ahli perubatan Islam memberi penjelasan mengenai pengertian perubatan..."
Salah faham agama sebagai faktor kemunduran
" Dapatlah disimpulkan bahawa empat perkara yang difokuskan oleh al-Islah dalam membincangkan isu kemunduran dan kemiskinan dari faktor agama,..."
Penerbitan Majalah Al-Islah
Majalah ini diberi nama al-Islah bersesuaian dengan namanya yang bertujuan memberi suatu pembaikan dan pembaharuanke atas masyarakat Islam..."
Text
Murid Tahun 6 melahirkan anak
Text
Sintaksis dialek Kelantan
Abstrak
Disertasi ini adalah merupakan satu cubaan pertama untuk mengkaji sintakis dialek Kelantan secara struktural.
Sintaksis Dialek Kelantan
"Nukleus majmuk dalam dialek Kelantan mengandungi paling banyak dua akar yang biasanya daripada kata reduplikasi atau penggandaan."
Text
Ayat pasif bahasa Melayu
Abstrak
Disertasi ini merupakan cubaan awal berhubung dengan kajian terhadap ayat pasif Bahasa Melayu dengan mengguakan pendekatan model Transfomasi-Generatif berdasarkan model Jacobs dan Rosenbaum (1986) terhadap bahasa Inggeris.
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk pasif dalam Bahasa Melayu, iaitu dengan cara mengkaji dan menganalisis ayat-ayat pasif yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu dan Dewan Masyarakat , iaitu yang mewakili teks lama dan teks moden.
Analisis ini meninjau struktur pasif dari segi ayat pasif dengan ganti nama diri dan ayat pasif bukan dengan ganti nama diri. Ayat pasif dengan ganti nama diri terdiri daripada ayat pasif KGDL,KGD2 dan KGD3 dan ayat pasif bukan dengan ganti
nama diri pula terdiri daripada pasif ter-,pasif kena,pasif ber-,dan pasif ke-...-an. Tiap-tiap jenis pasif tersebut mempunyai berbagai-bagai struktur variasinya tersendiri.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara pola-pola penggunaarn ayat pasif dalam Bahasa Melayulama dan Bahasa Melayu moden. Yang paling nyata ialah teks Melayu lama lebih banyak variasi dibandingkan dengan ayat pasif di dalam teks Melayu moden.
Ponem Dialek Kelantan
" Dalam dialek Kelantan terdapat sebanyak 28 fonem segmental, iaitu 8 vokal dan 20 konsonan."
Text
Universiti perlu serius tangani kelemahan pelajar Melayu
Text
Sirih pinang dalam kebudayaan Melayu : satu kajian tentang tepak sirih
Abstrak
Di sertasi ini mengemukakan perbincangan tentang 'sirih pinang' Disebabkan ruang lingkup kebudayaan ini tersangat luas, kajian lebih tertumpu kepada reka bentuk kesenian 'tepak sirih'. Tepak sirih ialah satu daripada pelbagai kesenian Melayu yang masih dapat bertahan. Bagaimanapun akibat kemajuan di Zaman IT (Teknologi Maklumat) dan pengetahuan sains dan teknologi yang menyebabkan kebudayaan ini mulai terpinggir . Perbincangan seperti sejarah, juga fungsi menyentuh beberapa simboli sme, dan tinggi aspek fungsi kegunaan sirih pinang. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama menyentuh tentang justifikasi kajian ini seperti de finisi, metodologi, dan ulasan tujuan, persoalan, kesusasteraan. Ini diikuti oleh bab kedua yang berkaitan dengan sejarah bermulanya tradisi amalan makan sirih di Nusantara, Khasnya di Malaysia. Sumber utama bab ini diperolehi daripada internet. Bab ketiga ialah kajian yang lebih menjurus kepada kesenian tepak sirih. Pengkaji menbuat enam klasifikasi reka bentuk tepak sirih, bent uk kuboid (logam), bentuk talam, bentuk pahar, bentuk bebas, dan bentuk kuboid (pandan /mengkuang) buj am epok. Beberapa Contoh kesenian tepak sirih turut dikaji dan dianalisis Secara mendalam tentang Corak dan motif, sama ada menggunakan gaya geometri atau gabungan kedua-duanya. Bab keenpat menerangkan organik, gaya tentang simbolisme dan fungsi kegunaan tepak sirih dan sirih fungsi pinang. Manifestasi ini berkaitan dengan sistem kepercayaan, iaitu pengesahan hubungan manusia dan alam yang tidak boleh dipisahkan. Enam genre kesusasteraan turut dibincangkan, iaitu prosa lama, peribahasa, gurindam, syair, pantun, dan sajak. Bab akhir merupakan bahagian penutup kajian ini. Rumusan secara keseluruhan dengan menyentuh aspek-aspek yang terpenting sahaja. Di samping itu bab ini juga menyentuh masa depan tepak sirih dan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar kebudayaan sirih pinang dapat dipertahankan lebih lama lagi.
Text
Lagu-lagu gubahan P.Ramlee : analisis semiotik melodi dan lirik
Abstrak
Keunggulan P. Ramlee sebagai pemuzik Melayu adalah berkait rapat kecemerlangan filem-filem yang beliau hasilkan di samping dianggap sebagai pemuzik Melayu yang sangat prolifik. Kajian ini bertujuan untuk menilai keistimewaan tanda-tanda yang terdapat dalam melodi dan lirik gubahan P. Ramlee. Kajian terhadap melodi, pengkaji menganalisis mengikut konsep-konsep pengulangan, variasi, kontras, sikuan, jeda, dan senada, manakala terhadap lirik, pengkaji menganalisis mengikut konsep-konsep fizikal, psikologi, sosial, dan ekonomi. Analisi melodi berfokus kepada gaya analisis mengikut teori semiotik Charles Sanders Peirce (1831-1914) manakala analisis lirik mengikut teori semiologi Ferdinand de Saussure (1857-1913). Teori Peircce mementingkan sistem triadik, iaitu representamen, interpretant, dan objek yang sering berhubung dengan tiga trikotomi, iaitu tanda-tanda qualisign, sinsign, dan legisign sebagai trikotomi ‘kepertamaan’, ikon, indeks, dan simbol sebagai trikotomi ‘kekeduaan’; dan tanda-tanda rheme, sicisign, dan argument sebagai trikotomi ‘keketigaan’. Teori Saussure mementingkan sistem keduaan (dyadic) untuk melihat hubungan penenada (signifier) dan petanda (signified). Dapatan yang diperolehi daripada analisis-analisis melodi dan lirik dapat mencerminkan pemikiran P. Ramlee yang begitu rapat dengan konteks sosial dan budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Text
Kesenian Melayu
Analisis semiotik lirik lagu-lagu gubahan P. Ramlee
Kajian ini membincangkan analisis lirik lagu P. Ramlee menggunakan pendekatan ikonistik berdasarkan teori semiotik Charles Sanders Pierce, serta menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam penilaian elemen-elemen fizikal, psikologi, sosial, dan ekonomi yang terdapat dalam liriknya.
Text
Struktur ayat bahasa Malaysia murid-murid sekolah rendah di Malaysia
Abstrak
Kajian ini ditumpakan kepada struktur ayat Bahasa Malaysia yang diperkenalkan kepada murd-murid sekolah rendan di Malaysia. Penentuannya berdasarkan kepada buku-buku teks yang digunakan oleh mereka
Text
Karya Dinsman pernah diciplak
Text
Merealisasikan penubuhan Yayasan Sasterawan Negara
Text
Merealisasikan penubuhan Yayasan Sasterawan Negara
Text
Malaysia sebagai negara Islam atau sekluar ? : Perspektif sejarah
Perbahasan Malaysia sama ada sebuah negara Islam atau sekular telahpun wujud di negara ini semenjak dari zaman sebelum merdeka lagi...
Text
Ummah maju apabila tuntutan Allah dipenuhi
Text
Kepentingan tauhid kepada kehidupan
Ukiran Kayu Melayu Tradisi
"Dalam seni ukiran sifat dan bentuk kehidupan itu sedikit sebanyak kelihatan pada ukiran-ukiran yang berunsurkan kosmos, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan."
Traditional Malay Wood Carving
"These ancient carved tombstones especially Batu Acheh tombstones have certain attractive characteristics. Besides being unique in shape, there are beautifully inscribed khat writings on them. They are also well-known for their fine carvings and well written khat inscriptions."
Text
istana raja-raja Melayu
seni bina Melayu
Perak terkenal dengan istananya yang indah...
"Perak terkenal dengan istananya yang indah yang dibina pada zaman awal pentadbiran Inggeris, antaranya Istana Iskandariah. Didirikan di atas tapak Istana Negara yang dirobohkan, Istana Iskandariah adalah salah satu istana yang terbesar dan tercantik di Dunia Melayu."
Text
istana raja-raja Melayu
seni bina Melayu
Istana Raja-raja Melayu
Catatan terawal mengenai istana raja Melayu terdapat dalam buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kemunculan rumah Melayu bentuk limas...
"Kemunculan rumah Melayu bentuk limas di Malaysia menambahkan satu lagi bentuk rumah Melayu, menjadikan dua bentuk yang berlainan, iaitu rumah Melayu bentuk bumbung panjang yang menggunakan satu perabung mendatar dan satu lagi rumah Melayu bentuk limas lebih awal yang menggunakan lima buah perabung, iaitu satu perabung mendatar dan empat buah perabung menurun ke cucuran atap."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tiang dua belas dan rumah bujang...
"Rumah tiang dua belas dan rumah bujang dianggap bentuk rumah Melayu yang paling lama di Semenanjung Malaysia. Tetapi sayangnya seni bina rumah yang sangat menarik itu, dengan papan kembung serta kadangkala dihiasi dengan dinding janda berhias sudah sukar didapati baik di Kelantan ataupun di Terengganu."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang...
"Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang didapati lebih awal muncul. Rumah bentuk ini terdiri daripada beberapa bentuk. Di Kedah, rumah itu dikenali Rumah Serambi Kedah atau kadangkala disebut rumah panjang sahaja. Jenis ini juga terdapat di Perlis dan Selatan Thai, terutamanya di daerah yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis."
Text
Alat tebuk-menebuk yang terdiri daripada...
"Alat tebuk-menebuk yang terdiri daripada pelbagai jenis itu juga penting dalam seni bina rumah Melayu. Dengan alat tersebut, penggunaan papan untuk dinding dan lantai telah diperkenalkan, teknik yang lebih baik telah digunakan bagi menguatkan dan merapikan susunannya."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan...
"Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama Islam, baik bentuk fizikalnya mahupun konsep dan fungsi ruangnya yang disusun mengikut kehendak agama ini."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional...
"Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional dibuat daripada anyaman pelupuh yang berlubangan. Ruang terbuka di bawah cucuran atap pula memperbaiki keadaan penghawaan atau pengudaraan bagi mencegah panas dan mengatasi kelembapan di dalam ruang rumah."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Iklim sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah...
"Iklim sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah di rantau ini. Hawa yang panas kerana bahang daripada pancaran matahari dan hujan yang lebat sepanjang tahun ialah masalah berkembar yang perlu diatasi dengan membina rumah berlandaskan bentuk yang sesuai. Faktor ini membuatkan sebahagian besar rumah tradisional di rantau ini memilih gaya berpanggung atau bertiang, dengan lantainya tinggi dari permukaan tanah."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah Melayu
Gaya dan bentuk bangunan seni bina Melayu tidak dapat dipisahkan daripada unsur alam persekitaran, topografi, iklim, kebolehan teknikal tukang rumah, pengaruh kepercayaan agama serta kemampuan ekonomi.
Text
Cabaran yang paling kuat terhadap agama Hindu...
"Cabaran yang paling kuat terhadap agama Hindu di Nusantara ini ialah agama Buddha, iaitu kepercayaan yang diasaskan oleh Siddharta Gautama, seorang putera daripada kerajaan Kapila-wastu di India. Agama Hindu kadang-kadang bercampur aduk dengan agama Buddha sehingga sukar untuk membezakan antara seni bina Hindu dan seni bina Buddha."
Text
seni bina
zaman hindu-buddha
Agama Hindu bukan sahaja menyebar kepercayaan beragama...
"Agama Hindu bukan sahaja menyebar kepercayaan beragama, tetapi juga mempengaruhi cara hidup penduduk tempatan, serta memperkenalkan tulisan Palavi, iaitu huruf yang lazimnya digunakan oleh penduduk Coromandel di India Selatan."
Text
seni bina
zaman hindu-buddha
Zaman Hindu-Buddha
Agama Hindu mengajar penganutnya supaya percaya kepada tiga dewa tertinggi iaitu Trimurti. Dewa Brahma dipercayai sebagai dewa yang mencipta alam, dewa Vishnu dipercayai sebagai dewa yang memelihara alam dan dewa Shiva dipercayai sebagai dewa perosak.
Text
seni bina
seni bina Melayu
Orang Melayu pada zaman prasejarah...
"Orang Melayu pada zaman prasejarah yang tinggal di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai satu bentuk kebudayaan. Pada zaman Batu Baru (Neolithic), mereka mula mencipta artifak seperti kapak batu, tembikar dan manik yang memperlihatkan bakat tukang seni rupa."
Text
seni bina
seni bina Melayu
Seni bina terawal
Seni bina terawal yang menjadi peninggalan warisan zaman silam menunjukkan bahawa seniman seni rupa memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana kepercayaan animisme.
Text
Istana Negara
seni bina Melayu
Di Kelantan terdapat istana...
"Di Kelantan terdapat istana Balai Besar, Istana Jahar dan Istana Seri Akar. Ketiga-tiga istana di Kelantan itu mempunyai bentuk bumbung berlapis yang lebih mirip kepada rumah limasan di Jawa."
Text
Bank Islam : prospek dan perkembangannya pada masa hadapan
Takrif
Walau pun pada kebiasannya takrif ''Bank Islam'' seperti pada tajuk kertas ini adalah jelas, namun ada baiknya ditekankan bahawa yang dimaksudkan dengan Bank Islam di sini ialah '' Bank Perdagangan Islam'' (Islamic Commercial Bank)...
Text
Kikis prejudis terhadap sastera tradisional
Text
sastera Melayu
Sajak 'Pulang si Tenggang' dalam perspektif historisisme baru
Kajian ini untuk menganalisis sajak "Pulang Si Tenggang" karya Muhammad Haji Salleh daripada perspektif teori Historisisme Baru yang dikemukakan Stephen Greenblatt.
Text
Isu-isu dalam persekitaran dunia puisi Melayu moden
"Kemunculan puisi Melayu baru sekitar awal tahun 1930-an membuka satu lembaran baru dalam sejarah Melayu, selepas perkembangan dalam genre cerpen di tangan Abdul Kajai dan genre novel di tangan Syed Sheikh Ali Hadi."
Text
Puisi Melayu moden dalam pengajaran di sekolah
"Puisi Melayu moden, sebagaimana juga genre sastera lain telah dimasukkan dalam kandungan pengajaran mata pelajaran. Kesusasteraan Melayu dan bahasa Melayu di sekolah."
Text
SITC-UPSI pusat perkembangan puisi Melayu moden
"Dari semasa ke semasa, SITC terus menerima dan mengeluarkan tenaga pendidik untuk memenuhi keperluan sekolah-sekolah Melayu. Keunggulan SITC sebagai sebuah institusi pendidikan kian terserlah."
Text
Penglibatan penyair bukan Melayu
"Salah satu perkembangan menarik dalam sejarah puisi Melayu moden ialah muncul golongan penyair bukan Melayu yang turut menghasilkan puisi-puisi Melayu. Secara umumnya, penyair-penyair bukan Melayu ini terdiri daripada kaum Cina, India, Kazadan dan Iban."
Text
Perkembangan puisi berunsur Islam
"Ainon Abu Bakar (1993) menyebutkan, kemunculan puisi-puisi berunsur islam berkait dengan faktor dalaman diri penyair itu sendiri. Agama yang menjadi anutan penyair menunjangi idea dan pemikiran dalam penghasilan puisi."
Text
Penglibatan penyair wanita
"Penglibatan penulis wanita dalam sejarah perkembangan puisi Melayu moden boleh dikira bermula pada tahun 1930-an lagi, dengan munculnya nama Zainun Nasir yang menghasilkan puisi berjudul 'Perempuan Mesti Bangun'."
Text
Perkembangan puisi era pascamerdeka (tahun 1960-an)
"Menurut Kemala, bermula tahun 1961 terdapat banyak perubahan yang berlaku. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan tidak hanya terbatas dalam dunia kesusasteraan, tetapi yang lebih besarnya iailah perubahan yang berlaku dalam bidang politik."
Text
Perkembangan puisi Melayu moden
"Menurut Ahmad Kamal Abdullah (1988), perkembangan puisi Melayu moden ada hubungannya dengan kemasukan kuasa penjajahan Barat ke Nusantara. Salah satu perkara penting yang dibawa penjajah dalam misinya ialah sistem pendidikan."
Showing 18951 to 19000 of 19332 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2