Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Karya Pensejarahan Islam dan Pengaruhnya
"Penghasilan karya sejarah yang menyangkut tentang tokoh-tokoh agama terutamanya para anbia dan rasul serta semua peristiwa yang berkaitan dengan agama adalah suatu yang amat dituntut olehIslam"
Pengajian Ilmu Sejarah dan Tulisan Jawi
"Perkembangan agama Islam yang menggalakkan umatnya mendalami ilmu pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada ilmu berbentuk agama semata-mata..."
Perkembangan Islam di Rantau Alam Melayu
"Secara umumnya kedatangan Islam di rantau ini seawal abad ke-7 yang telah dibawa masuk oleh para ulama luar yang rata-ratanya..."
Upacara Khatam Al-Qur' an
" Berkhatam Al-Qur'an bermakna sudah menamatakn pelajaran membaca (mengaji) kitab suci Al-Qur'an ".
Text
Jayengbaya : penyelenggaraan dan analisis teks
Sinopsis
Kedudukan Ranggawarsita sebagai Pujangga Agung Jawa memang tidak dapat dipersoal kerana telah terbukti dari karya-karya beliau yang begitu banyak di dalam memaparkan realitas masyarakat Jawa di zamannya. Senario pemaparan masyarakat Surakarta (1800-1830) jelas memperlihatkan hubungan antara khayalan Pengarang lewat JB dengan realitas masyarakat yang terdapat pada waktu itu. Hal ini dihuraikan dalam Bab Pertama. Pada Bab Dua dibicarakan pula teks JB sebagai contoh yang dapat dijadikan bahan penelitian bukti. Disebabkan keunikan isi dan teknik, JB telah disalin beberapa kali sehingga terdapat enam versi yang berbeza terutama dari segi morfologi dan isi. Namun demikian terdapat satu titik persamaan isi yang menyorot tentang gagasan seorang manusia hidup yang tidak lepas dari menghadapi risiko. Pertukaran profesi yang sering dilakukan oleh tokoh JB disebabkan adanya pertentangan antara akal dan nafsu atau disebabkan adanya pertentangan antara sifat positif dan negatif dalam diri manusia. Penerapan teori binary opposition yang dipopularkan oleh Levi Strausse digunakan dalam penganalisisan watak JB. Usaha memaparkan khayalan JB yang ingin mempertahankan dignitinya sebagai manusia, Tuhan dan anjing dan berbagai lagi dibicarakan dalam Bab Tiga. JB tidak terus menerus berkhayal, kerana ia pasti kembali siuman dan yang demikian penulis berusaha memperkatakan manusia JB yang sebenar lewat sebagai manusia Jaw dan manusia Muslim. Hal ini dibicarakan oleh Bab Empat. Ranggawarsita juga adalah seorang kitikus sosial. Beliau begitu Berjaya memaparkan keruwetan masyarakatnya menerusi protagonist yang terdapat dalam JB sebagai Wong cilik menerusi pendekatan teknik positif reinforcement. Sebagai seorang kritikus sosial di dalam sebuah masyarakat feudal seperti Jawa, Ranggawarsita sangat berhati-hati, namun tidak pula kehilangan ketajaman kritikannya. Di sinilah terletaknya ketokohannya sebagai seorang pujangga. Rasanya tidak adil kalau ketokohan Ranggawarsita itu tidak ditemukan dengan kontemporarinya. Justeru itu penulis membawakan dua orang tokoh pujangga sezaman di Nusantara iaitu Raja Ali Haji dan Abdullah Munshi. Kedudukan mereka dihuraikan dalam Bab Lima. JB sebagai sebuah teks telah disorot secara global dengan menggunakan parafenalia filiologi sebagai kerangka asas di samping penerapan teori sastera moden yang difikirkan cocok dengan fakta yang dibicarakan. Dengan ini penulis berharap dapat memberikan suatu justifikasi kepada Pujangga Agung Ranggawarsita.
Text
Kata kerja gerak dalam dialek Kedah
Sinopsis
Tesis ini adalah satu analisis semantik kata kerja gerak dalam dialek Kedah, iaitu dialek Melayu yang dituturkan di utara Malaysia Barat, khususnya di negeri Kedah. Kajian ini adalah berdasarkan kaedah analisis komponen semantik, iaitu kaedah yang bertujuan menemui dan menyusun komponen-komponen makna perkataan yang biasa termasuk ke dalam lapangan semantik yang sama.
Tesis ini terbahagi kepada bab. Bab I membincangkan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan penulisan tesis ini, iaitu tujuan dan bidang kajian, dan latar belakang teori yang diterapkan. Bab II memperkatakan tentang latar belakang dialek Kedah dari aspek penyebaran, fonologi, morfologi dan sintaksis.
Bab III membincangkan penggolongan kata kerja dalam dialek Kedah berdasarkan ciri-ciri morfologi, sintaksis dan semantik. Tujuan bab ini ialah untuk memperlihatkan bagaimana kata kerja boleh digolongkan kepada berbagai-bagai golongan berdasarkan ciri-ciri yang berlainan.
Bab IV membincangkan ciri-ciri kata kerja gerak, khususnya mengenai konsep gerak dan hubungannya dengan pergerakan benda-benda konkrit dan hal-hal yang abstrak, perkaitannya dengan ruang dan masa dan unsur-unsur yang terlibat dalam sesuatu pergerakan.
Bab V membincangkan komponen-komponen semantik gerak yang dimiliki oleh kata kerja gerak dalam dialek Kedah dan Bab VI merupakan penutup tesis ini. Pada bahagian penutup ini diberi kesimpulan mengenai komponen-komponen semantik gerak denan membuat satu penggolongan berdasarkan pola-pola struktur yang tertentu.
Text
Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu : satu huraian dari sudut tatabahasa generatif
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat tentang binaan dan fungsi perkataaan dalam bahasa Melayu (BM) iaitu
1. Menghuraikan binaan perkataan dalam BM
2. Menghuraikan dan meramalkan proses binaan perkataan dalam BM melalui penggunaan rumus-rumus tertentu, dan
3. Menghuraikan fungsi perkataan dalam binaan tatabahasa yang lebih tinggi tatatingkatnya iaitu frasa klausa dan ayat.
Berdasarkan penggandingan dan penyusunan formatif-formatif yang membentuk
perkataan iaitu akar, awalan akhiran, sisipan, linkungan dan gandaan, perkataan dalam BM didapati terdiri daripada kata unggulan kata terbitan, kata gabungan dan kata akronim untuk menghuraikan proses binaan perkataan, dua set rumus-rumus telah ditubuhkan : (i) rumus Dasar Binaan Perkataan yang menghurai dan meramalkan proses penggandingan dan penyusunan formatif-formatif yang dinyatakan itu, dan (ii) rumus morfofonemik yang menghurai dan meramalkan perubahan bunyi-bunyi di dalam formatif-formatif semsa proses penggandingan berlaku. Di dalam penghuraian golongan kata kerja terbitan, kata terbitan, kata adjektif, rumus-rumus penggandingan dan penyusunan formatif-formatif yang berkenaan juga digunakan. Rumus-rumus demikian menghasilkan sembilan (9) jenis kata nama kompleks (terbitan ), tujuh belas (17) jenis kata kerja kompleks dan sepuluh (10) jenis kata adjektif kompleks.
Penggolongan kata dalam BM ditubuhkan berdasarkan fungsi dan ciri-ciri sintaksis perkataan. Terdapat empat golongan kata dalam BM iaitu golongan-golongan kata nama (KN), kata kerja (KK), kata adjektif (KA) dan kata struktural. Golongan-golongan KN, KK dan KA bersifat homogenus, manakala kata struktural bersifat heterogenus.
Text
jenayah
Jenayah kolar putih
Jenayah-jenayah ini adalah dalam bentuk penyalahgunaan kuasa memberi pinjaman, pecah amanah, pemalsuan dan penipuan.
Text
kartunis
Lat
Lat dipanggil "Rat" di Jepun
Kejayaan Lat ini membuktikan bidang yang dipilihnya adalah sama penting dengan lain-lain bidang kehidupan.
Text
educator
guru
Profesion perguruan tercabar?
'Jiwa Pendidik' harusnya tidak berbaur dengan resipi politik dan memihak kepada ideologi-ideologi yang menjadi teras perjuangan individu.
Text
sastera
Sastera SPM: novel seorang tua di kaki gunung
Tukya adalah manusia biasa yang terbina di antara dua unsur makhluk, malaikat dan haiwan, merasa, berfikir dan bertindak mengikut kelaziman diri dan masyarakat lingkungannya.
Text
sastera
Sastera STPM: aspek-aspek novel yang patut difahami
Semua novel boleh dikaji dari dua aspek, iaitu aspek dalaman (intrinsik) yang juga disebut aspek struktur, dan aspek luaran (ekstrinsik).
Text
batu nisan
Batu nisan Aceh: suatu catatan secara am
Batu nisan ini sebenarnya batu tanda yang dipasang pada makam dan perkuburan tersebut dan kebanyakannya dibuat daripada batu pasir.
Text
Ibnu Rushd
tokoh falsafah
Ibnu Rushd tokoh falsafah terkemuka
Ibnu Rushd adalah seorang ahli falsafah Islam yang paling agung yang mengikut method pengajian Aristotle dan mendokong aliran pemikirannya.
Text
income tax
tax
Cukai pendapatan: bagaimana membayarnya?
Pembayar-pembayar cukai tidak perlu membayar cukai ke atas semua pendapatan mereka kerana mereka boleh menuntut pemotongan.
Text
Bakat
kesusasteraan
Bakat yang "promising" dalam kesusasteraan Melayu kini
Hanya dengan bakat alam semata-mata, seseorang itu tidak mungkin mencapai sesuatu dalam ciptaannya dalam masa yang singkat.
Text
disiplin
penulis
Ilham pencipta: disiplin dalam berkarya penting
"Beberapa penglihatan teliti terhadap karya-karya sendiri juga telah membawa saya membuat keputusan menentukan genre mana yang cocok dengan bakat serta kemampuan saya.
semangat mengkaji diri dalam cerpen-cerpen baru shahnon ahmad
Membincangkan tentang aspek yang digunakan dlam menghasilkan cerpen karya Shahnon Ahmad
Hubungan 'sum-game': kebudayaan islam, sastra melayu
Membincangkan mengenai hubungan kebudayaan islam dan sastera melayu dalam 'sum-game'
Pengaruh islam dalam sastra melayu
Membincangkan tentang pengaruh islam dalam penghasilan sesebuah karya sastera melayu
Islam sebagai suatu wadah kesusastraan sebagai suatu ibadah
Membincangkan mengenai Islam yang menjadi wadah kesusasteraan sebagai suatu ibadah
Perbincangan sastra masalah pengajian kesusasteraan di pusat-pusat pengajian tinggi
Membincangkan mengenai masalah sastera di pusat pengajian tinggi
Islam satu prasarana bagi membangun satu kebudayaan
Memincangkan tentang peranan Islam yang menjadi sebagai salah satu prasarana bagi membangunkan sasebuah kebudayaan
Realiti, imaginasi dan kreativiti di dalam kontek hasil kesusasteraan malaysia
Membincangkan mengenai kelahiran hasil-hasil kesusasteraan
Hubungan rakyat dengan proses dengan penciptaan karya sastra
Membincangkan mengenai visi penciptaan karya sastera
GAPENA jurubicara dan penggerak utama sastra dan budaya
Membincangkan tentang fungsi GAPENA sebagai jurubicara dan penggerak utama sastera dan budaya
kritikan dalam pengajian kesusastraan
Membincangkan mengenai kritikan-kritikan dari pelbagai aspek dalam pengajian kesusasteraan
pendokumentasian sastra rakyat dan sastra daerah malaysia
Membincangkan mengenai aspek-aspek penting dalam pendokumentasian sastera rakyat dan sastera daerah rakyat
pentingnya kesusastraan kanak-kanak
Membincangkan mengenai kepentingan kesusasteraan kanak-kanak
kesusastraan kanak-kanak: arah dan matlamat
Membincangkan mengenai matlamat dalam memajukan sesusasteraan kanak-kanak
pengembangan sastra dan tugas penulis
Membincangkan mengenai tugas penulis dalam mengembangkan kesusasteraan
sebuah sorotan cerpen-cerpen dewan sastra april 1976
Membincangkan tentang kesan yang diperoleh daripada kepuitisan cerpen Othman
satu resensi intrinsik cerpen-cerpen ali majod
Membincangkan mengenai koleksi cerpen seorang seniman unggul
Melihat hasil kesusastraan sebagai satu entiti
Membincangkan mengenai aspek yang menjadikan sastera sebagai satu entiti
idea dan konsep kesusastraan
Membincangkan aspek-aspek yang mendorong kepada idea dan konsep kesusasteraan
puisi sebagai satu komunikasi
Membincangkan mengenai puisi yang juga menjadi salah satu sebagai alat untuk berkomunikasi
puisi dan manusia
Membincangkan mengenai perkaitan antara puisi dan manusia
'blue print' sastra negara
Membincangkan mengenai bajet negara yang digunakan untuk menjayakan rancangan sastera
penulis kreatif dan dilemma cukai pendapatan
Membincangkan tentang seorang penulis yang tidak mempunyai latar penilaian cukai pendapatan
satu penganalisaan teknik
Membincangkan tentang aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam melakukan penganalisaan teknik
pergolakan
Membincangkan mengenai kisah seorang lelaki yang telah hilang kebebasan
mendekati kesusastraan
Membincangkan tentang kesusastraan sebagai satu kegiatan kebudayaan yang menjadi tarikan orang ramai
arkib negara sebagai pusat dokumentasi nasional
Membincangkan tentang sejarah Arkib Negara
pengajian kesusastraan: beberapa pendekatan ekstrinsik
Membicarakan mengenai aspek-aspek yang menghubungkan kesusasteraan dengan pendekatan ekstrinsik
cerpen-cerpen arenawati dalam johor baru
Membincangkan mengenai karya seorang seniman agung iaitu Arenawati
sufisme dan sufisme-pseudo
Membincangkan tentang aspek-aspek yang membezakan antara sufisme dan sufisme-psuedo
catatan kecil tentang kritik sastra
Membincangkan tentang kesan yang diperoleh daripada perubahan citarasa publik pembaca
Text
orang asli
Proto-Malays
...1 more
According to most authorities, the Proto-Malays...
"According to most authorities, the Proto-Malays are the last of the immigrant groups among the Orang Asli, and it is thought that they had come to Malaya some 5000 years ago. A widely accepted theory, based upon some archaeological findings, is that they came to Malaya from a location in Yunan, in present-day China, and that there was a good deal of intermarriage between themselves and the earlier Senoi settlers."
Text
Ayat pasif bahasa Melayu
Abstrak
Disertasi ini merupakan cubaan awal berhubung dengan kajian terhadap ayat pasif Bahasa Melayu dengan mengguakan pendekatan model Transfomasi-Generatif berdasarkan model Jacobs dan Rosenbaum (1986) terhadap bahasa Inggeris.
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk pasif dalam Bahasa Melayu, iaitu dengan cara mengkaji dan menganalisis ayat-ayat pasif yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu dan Dewan Masyarakat , iaitu yang mewakili teks lama dan teks moden.
Analisis ini meninjau struktur pasif dari segi ayat pasif dengan ganti nama diri dan ayat pasif bukan dengan ganti nama diri. Ayat pasif dengan ganti nama diri terdiri daripada ayat pasif KGDL,KGD2 dan KGD3 dan ayat pasif bukan dengan ganti
nama diri pula terdiri daripada pasif ter-,pasif kena,pasif ber-,dan pasif ke-...-an. Tiap-tiap jenis pasif tersebut mempunyai berbagai-bagai struktur variasinya tersendiri.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang nyata antara pola-pola penggunaarn ayat pasif dalam Bahasa Melayulama dan Bahasa Melayu moden. Yang paling nyata ialah teks Melayu lama lebih banyak variasi dibandingkan dengan ayat pasif di dalam teks Melayu moden.
Text
orang asli
seni tradisional
...1 more
The Senoi tribes,...
"The Senoi tribes, like many pre-literate peoples, do not have a special form of activity formally recognized as art. Instead, art is part of their normal everyday lives. For example, we have already seen that Temiar blowpipes, which have a purely practical use, are to some extent also works of art, inasmuch as they are highly polished and often most beautifully incised and decorated. In the same way, Temiar and Semai combs have an artistic as well as a purely practical value."
Showing 4751 to 4800 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->