Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (4 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: bilah mata
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
bilah mata
keris
...2 more
Batang serunai ialah bahagian yang panjang...
"Batang serunai ialah bahagian yang panjang yang bersambung dengan sampir. Di sinilah tempat tersimpannya bilah mata apabila keris disarungkan. Bagi tujuan menjaga bilah mata khususnya hujung bilah supaya sentiasa tajam dan tidak sumbing, batang serunai selalunya diperbuat daripada kayu yang lebih lembut berbanding sampir."
Text
bilah mata
keris
Setiap bilah keris perlu dimandikan dan sentiasa...
"Setiap bilah keris perlu dimandikan dan sentiasa dicuci bagi menjaga bilah matanya. Mandi keris bermaksud proses merendam bilah mata keris dalam larutan beralkali atau berasid lemah. Mencuci keris pula merujuk kepada proses mencuci bilah mata keris tersebut dengan larutan berasid. Keris perlu dimandikan apabila terbentuknya karat besi pada bilah mata."
Text
besi
bilah mata
...2 more
Kerja penempaan bilah mata keris bermula...
"Kerja penempaan bilah mata keris bermula dengan proses memilih besi. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis besi yang digunakan untuk menempa bilah mata keris iaitu besi tawar dan besi baja. Ini akan membentuk bilah tanpa pamor. Bagi bilah berpamor pula, tiga jenis besi diperlukan iaitu besi tawar, besi pamor dan besi baja."
Text
bilah mata
keris
...1 more
Bilah mata keris Melayu Semenanjung biasanya...
"Bilah mata keris Melayu Semenanjung biasanya condong sedikit ke kiri, tidak kira sama ada bagi bilah lurus mahupun bilah berlok. Hal ini sengaja dibuat untuk mengelirukan lawan. Dari segi falsafah pula, setinggi manapun darjat manusia itu, mereka tetap perlu tunduk kepada Yang Maha Kuasa."
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2