Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (8 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: tanah
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Ekonomi Iban
Sarawak
...1 more
The Iban; contemporary issues and dilemmas
Kedudukan masyarakat iban yang merupakan kumpulan penting di Sarawak dalam menguasai kawasan tanah yang luas dan menyumbang kepada ekonomi melalui hasil hutan serta pertanian.
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan...
"Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Pengarah Tanah, iaitu cara mengenai penyelesaian tanah di kalangan Orang Asli - satu melalui resolusi politik, dan satu melalui resolusi pentabiran. Pada tahun 70an, semasa bekas senator Orang Asli, Encik Hasnam, dalam mesyuarat-mesyuarat yang kami buat, kami pernah merancangkan supaya Orang Asli yang ada di Gombak itu dapat perkampungan moden, sebagai model - supaya Orang Asli di Gombak tu tak akan balik kampung, kami pernah meminta tanah secara berkelompok. Sehinggalah hari ini, sampai kepada Menteri Berpencen. Alasan-alasan yang diberi - rezab forest belum selesai, galian tak selesai, dan sebagainya. Tapi saya rasa, mungkin tak ada kesungguhan daripada kakitangan itu sendiri. Kalau beginilah keadaannya, apa yang akan terjadi kepada Orang Asli akan datang? Apa yang mereka harapkan? Siapa lagi yang mereka boleh harapkan?"
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Dalam konteks ini, saya ingat saya...
"Dalam konteks ini, saya ingat saya bersetuju sangatlah dengan rakan saya tadi. Kita menjadi takut dengan pembangunan sekarang. begitu juga saya lihat apa yang berlaku di Pejabat Tanah berkait dengan permasalahan Orang Asli. Misalnya tanah rezab Orang Asli yang belum diwartakan, masih terdapat banyak lagi di Negeri Sembilan. Dan ada kala kawasan tersebut diceroboh oleh orang luar."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Kita dah tahu bahawa forest reserve ini tidak...
"Kita dah tahu bahawa forest reserve ini tidak boleh dijadikan hakmilik persendirian tapi oleh kerana dusun-dusun ini telah ada di sana berpuluh-puluh tahun dahulu dan Orang Asli menganggap bahawa dusun itu termasuk tanahnya sekali adalah hak dia. Tetapi dia tidak mengetahui bahawa tanah itu adalah dipunyai rezab hutan. Jadi bolehkah kita pohon tanah ini? Kalau boleh, bagaimana kita pohon dan kepada siapa? Itu soalan pertama."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Di kawasan hutan yang masih belum diteroka...
"Di kawasan hutan yang masih belum diteroka melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah pasca-kolonial, di kampung-kampung yang terpecil, hubungan Orang Asli dengan tanah masih selamat. Walau bagaimanapun, dalam dekad-dekad kepesatan pembangunan raksasa (seperti pembukaan ladang dan pembinaan lebuhraya di wilayah Pahang Tenggara), kedudukan mereka kian terancam oleh kegiatan-kegiatan pencerobohan tanah akibat individu, atau kelompok-kelompok tani dari luar, atau syarikat-syarikat yang mewakili kepentingan modal yang menyerap masuk ke kawasan-kawasan frontier pasca-kolonial ini."
Text
keturunan
orang asli
...1 more
Tanah adat merupakan tanah yang...
"Tanah adat merupakan tanah yang diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang kepada keturunannya. Tanah adat mempunyai ikatan yang kuat dengan Orang Asli Temuan dan perlu dipertahankan sebagai tanda menghormati nenek moyang."
Text
negeri sembilan
tanah
Negeri Sembilan mempunyai jumlah keluasan tanah...
" Negeri Sembilan mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 1,642,183 ekar yang mengandungi 1,016,106 ekar tanah pertanian dan 34,551 ekar tanah adat atau tanah pusaka. "
Text
negara
tanah
Mengikut kanun Tanah Negara pula, tanah terbiar...
" Mengikut kanun Tanah Negara pula, tanah terbiar ialah tanah yang terbiar selama tiga tahun berturut-turut. Tanah sawah terbiar di luar musim ialah tanah sawah yang ditanam sekali setahun saja pada hal ia boleh ditanam dengan tanaman kontan yang lain seperti jagung,tembakau,sayor-sayoran dan lain-lain yang boleh mendatangkan faedah. "
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->