Kajian penguasaan jawi pelajar tingatan dua Sekolah Seri Balik Pulau, Pulau Pinang

Dublin Core

Description

Tulisan jawi merupakan salah satu unsur budaya Melayu yang sangat penting sebelum kedatangan tulisan rumi. Tulisan jawi adalah media utama dalam penulisan ilmu pengetahuan tentang agama, bahasa, kebudayaan, pendukunan, perdagangan dan sebagainya. Tulisan ini juga merupakan tulisan rasmi dalam semua urusan pentadbiran kerajaan dan swasta. Penggunaan tulisan ini tidak terbatas kepada orang Melayu sahaja tetapi juga turut digunakan oleh pelbagai bangsa termasuklah orang Cina, India, Inggeris dan lain-lain. Misalnya surat-surat Raffles kepada pembesar-pembesar Jawa pada tahun 1811 dan surat-surat Sultan Iskandar Muda Mahkota kepada King James 1, semuanya ditulis dalam tulisan Jawi. Sehingga kini sejumlah lebih kurang 5,000 manuskrip Melayu lama tertulis dalam tulisan Jawi yang masih terpendam dalam tulisan jawi di beberapa perpustakaan, muzium dan arkib di seluruh dunia. Sekiranya tulisan jawi luput daripada pengetahuan orang-orang Melayu bermakna manuskrip-manuskrip tersebut akan hanya menjadi bahan tontonan semata-mata.

Menyedari hakikat ini, kajian ini difokuskan kepada penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar tingkatan dua kerana pengkaji yakin bahawa salah satu punca kelemahan dan penguasaan jawi di kalangan masyarakat berpunca daripada kelemahan dalam sistem pendidikan yang diamalkan di negara kita. Melalui kajian ini akan dapt dilihat kelemahan-kelemahan, cadangan-cadangan dan pandangan-pandagan daripada murid dan guru demi memperbaik kualiti penghayatan tulisan jawi supaya unsur budaya Melayu yang unik itu berdaya mengekalkan kewujudannya dan kembali memainkan peranan penting dalam masyrakat Melayu moden pada masa kini dan masa akan datang.

Creator

Ibrahim Bin Ahmad

Source

Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Malaya
PL5065 1997 Ibra

Date

1996/1997

Contributor

kelly

Format

Project Paper

Identifier

A514356949

Citation

Ibrahim Bin Ahmad, “Kajian penguasaan jawi pelajar tingatan dua Sekolah Seri Balik Pulau, Pulau Pinang,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14663.