Syair merpati, syair ma'rifat, syair nasihat : Analisis, sinopsis, anotasi dan transliterasi sebuah manuskrip Melayu

Dublin Core

Description

Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu dengan tamadun yang tinggi telah meninggalkan sejumlah besar pusaka ilmu yang amat bernilai, iaitu dalam bentuk kitab atau manuskrip lama. Dengan tersebarnya agama Islam di Alam Melayu, terutamanya pada zaman Kerajaan Acheh Darussalam (1511-1605), banyak manuskrip Melayu-Islam telah dihasilkan oleh para ulama sejak abad ke-15 hinggalah ke abad 19.

Karya-karya kesusasteraan klasik seperti kitab-kitab jawi lama, kitab undang-undang lama atau kanun-kanun di negeri Melayu telah berjaya disebarkan dengan meluas sama ada dalam bentuk manuskrip bertulisan dtangan atau pun pengucapan lisan. Oleh kerana naskhah-naskhah Melayu lama ini ditulis dalam tu;isan jawi, maka agak sukar bagi masyarakat Melayu Islam pada abad ke-20 untuk membaca teks-teks jawi yang ditulis oleh ulama-ulama silam ini. Akibatnya sebahagian besar daripada masyarakat Melayu sekarang kurang berminat untuk membaca teks-teks klasik apatah lagi mengkajinya. Kesulitan membaca manuskrip-manuskrip ini disebabkan tiadanya satu sistem tulisan jawi yang baku pada zaman itu. Setiap pengarang atau penulis mengeja mengikut fahaman masing-masing.

Sebagaimana yang diketahui, sebahagian besar masyarakat Melayu pada abad ke-19, belum pandai membaca dan menulis. Oleh itu untuk mereka membaca kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama adalah suatu yang payah bagi mereka. Justeri itu, kemunculan syair agama bukanlah untuk mengambil alih kitab-kitab agama malah ia berfungsi sebagai pelengkap kepada kitab-kitab agama.

Creator

Siti Hawa Bte Ahmad

Source

Jabatan Pengajian Melayu
Universiti Malaya
PL5065 1997 Sitha

Date

1996/97

Contributor

kelly

Format

Project Paper

Identifier

A515624275

Citation

Siti Hawa Bte Ahmad, “Syair merpati, syair ma'rifat, syair nasihat : Analisis, sinopsis, anotasi dan transliterasi sebuah manuskrip Melayu,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14670.