Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (2 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: kosa kata
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
analisis teks
kosa kata
...1 more
Syair merpati, syair ma'rifat, syair nasihat : Analisis, sinopsis, anotasi dan transliterasi sebuah manuskrip Melayu
Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu dengan tamadun yang tinggi telah meninggalkan sejumlah besar pusaka ilmu yang amat bernilai, iaitu dalam bentuk kitab atau manuskrip lama. Dengan tersebarnya agama Islam di Alam Melayu, terutamanya pada zaman Kerajaan Acheh Darussalam (1511-1605), banyak manuskrip Melayu-Islam telah dihasilkan oleh para ulama sejak abad ke-15 hinggalah ke abad 19.
Karya-karya kesusasteraan klasik seperti kitab-kitab jawi lama, kitab undang-undang lama atau kanun-kanun di negeri Melayu telah berjaya disebarkan dengan meluas sama ada dalam bentuk manuskrip bertulisan dtangan atau pun pengucapan lisan. Oleh kerana naskhah-naskhah Melayu lama ini ditulis dalam tu;isan jawi, maka agak sukar bagi masyarakat Melayu Islam pada abad ke-20 untuk membaca teks-teks jawi yang ditulis oleh ulama-ulama silam ini. Akibatnya sebahagian besar daripada masyarakat Melayu sekarang kurang berminat untuk membaca teks-teks klasik apatah lagi mengkajinya. Kesulitan membaca manuskrip-manuskrip ini disebabkan tiadanya satu sistem tulisan jawi yang baku pada zaman itu. Setiap pengarang atau penulis mengeja mengikut fahaman masing-masing.
Sebagaimana yang diketahui, sebahagian besar masyarakat Melayu pada abad ke-19, belum pandai membaca dan menulis. Oleh itu untuk mereka membaca kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama adalah suatu yang payah bagi mereka. Justeri itu, kemunculan syair agama bukanlah untuk mengambil alih kitab-kitab agama malah ia berfungsi sebagai pelengkap kepada kitab-kitab agama.
Text
dialek
fonologi
...2 more
Beberapa ciri menarik dialek Baling dari segi fonologi dan leksikal
Kajian ini merupakan kajian yang bersifat analistik, yakni kajian yang membuat analisis tentang dialek Patani-Baling dari aspek fonologi dan leksikalnya. Kajian ini meliputi aspek-aspek sistem vokal, sistem konsonan dan aspek kosa kata.
Dalam Bab 1 dibincangkan tentang latar belakang dialek di Kedah termasuk dialek Patani-Baling sebagai sub-dialek kepada dialek Kedah. Bab ini juga memuatkan tentang tujuan kajian dibuat, penyataan masalah, batasan kajian, metodologi kajian dan beberapa definisi dialek yang diberikan oleh para sarjana tempatan mahupun sarjana barat.
Bab 2 pula mengupas tentang beberapa maklumat asas daerah Baling termasuk dari segi sejarah, penduduk, aspek pendidikan dan aspek ekonomi. Bab ini dapat memperjelaskan latar belakang daerah Baling kepada umum secara sepintas lalu.
Analisis dalam Bab 3 merupakan intipati kepada kajian ini. Dalam bab ini dibincangkan aspek fonologi, merangkumi sistem vokal dan konsonan yang terdapat dalam dialek Baling. Distribusi konsonan meliputi distribusi konsonan plosif, nasal dan frikatif juga dibincangkan dalam bab ini.
Bab 4 pula membincangkan aspek leksikal dan kosa kata. Aspek ini merangkumi aspek pembinaan kata satu sukukata dan pembinaan kata dua sukukata dan lebih, kata monosilabik dan apek kosa kata. Dalam aspek kosa kata, kajian ini membincangkan kata dari segi Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.
Bab 5 merupakan bab penutup. Dalam bab ini pengkaji cuba merangkumkan perbincangan dalam bab-bab awal dalam satu kesimpulan dan saranan yang dikumpulkan berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2