Analisis kesalahan Bahasa : Fokus kepada Rancangan
“Pagi di Era Bersama K&K”

Dublin Core

Subject

Malay language -- Error of usage
Malay language -- Usage
Radio programs -- Malaysia

Description

Abstrak
Kajian analisis kesalahan bahasa ini dijalankan untuk meneliti pelbagai bentuk kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pihak penyampai dan pendengar radio dalam rancangan “Pagi di Era Bersama K&K”. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Bab satu menyentuh tentang latar belakang kajian dan sejarah analisis kesalahan bahasa, faktor kesalahan bahasa, tujuan kajian ,kepentingan kajian, dan sebagainya. Bab dua selanjutnya mengulas kajian-kajian yang berkaitan dengan analisis bahasa khususnya dalam bahasa Melayu. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji di barat dan pengkaji tempatan didapati mengulas mengenai analisis kesalahan bahasa dari pelbagai aspek kajian. Sebaliknya, bab tiga pula menggariskan metodologi kajian, iaitu kaedah mengumpul data, prosedur menganalisis data, dan kaedah pengiraan peratusan kesalahan bahasa. Berikutnya, pada bab keempat merupakan bab analisis dapatan dan perbincangan dapatan. Pelbagai bentuk kesalahan bahasa telah dianalisis dan dibincangkan. Antaranya, kesalahan nahu (kesalahan kata sendi nama, kesalahan kata ganti nama, kesalahan imbuhan dan kesalahan bentuk kata jamak) dan kesalahan sintaksis (kesalahan struktur ayat aktif, kesalahan struktur ayat pasif, kesalahan ayat majmuk gabungan, kesalahan struktur ayat pasif, kesalahan struktur ayat saduran bahasa Inggeris, dan kesalahan struktur ayat saduran bahasa basahan). Akhirnya, pada bab kelima merupakan rumusan dan cadangan kajian masa muka yang disarankan untuk dijalankan oleh pengkaji lain dalam bidang analisis kesalahan bahasa.

Creator

Fairuzyani Md. Yaakub

Source

PL5065 2007 Faimy

Date

2007

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Fairuzyani Md. Yaakub, “Analisis kesalahan Bahasa : Fokus kepada Rancangan
“Pagi di Era Bersama K&K”,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19926.