Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kelantan
tembakau
Kajian Penanaman Tembakau di Pengkalan Chepa, Kelantan
Kawasan kajian ini adalah terletak lebih kurang 7 batu atau 11 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kawasan ini dikenali dengan nama Pengkalan Chepa. Namun begitu ianya adalah tidak merangkumi kesemua kawasan tersebut. Hanya lebih kurang 5 hektar sahaja. Ini melambangkan bahawa kawasan kajian bukanlah kawasan yang terkenal dengan penanaman tembakau. Ianya adalah terdapat lebih kurang 20 keluarga sahaja yang menjalankan usaha ini.
Bagi data penduduk yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut: Mereka adlah berumur antara 30-60an, mereka bekerja atau menanam tembakau adalah sebagai kerja sambilan sahaja selepas menuai padi. Begitu juga dengan penanaman padi, mereka jalankan secara kecil-kecilan sahaja. Mereka sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak dan telah dewasa dan sedang membesar.
Text
Ekonomi
keluarga
...1 more
Peranan dan Sumbangan Wanita dalam Ekonomi Keluarga
Kajian ini mengemukakan persoalan tentang kam wanita. Aspek yang akan ditekankan ialah berkaitan dengan penglibatan kaum wanita dalam bidang ekonomi. Kajian ini juga turut melihat soal pembahagian tugas antara tugas rumahtangga dan tugas dakam sektor ekonomi. Kajian ini tertumpu kepada penduduk di kampung Pulau Belongan Bachok Kelantan.
Text
kenduri
orang melayu
...1 more
Kenduri (Tahlil)- Suatu Perlakuan Agama Orang Melayu
Tulisan ini cuba mengkaji salah satu daripada perlakuan beragama orang Melayu iaitu tahlil atau lebih dikenali sebagai kenduri tahlil. Istilah tahlil berasal daripada versi Arab. Dalam penyelidikan ini, pengkaji cuba membuktikan bahawa perlakuan tahlil merupakan satu warisan tradisi orang Melayu. Kajian ini juga dilakukan atas dasar bahawa sebelum ini tidak ada kajian yang khusus yang dilakukan terhadap tahlil. Lantas pengkaji telah mengambil ruang dan kesempatan ini untuk mengisi kekosongan yang wujud sekian lama
Text
Langkawi
pelancongan
...1 more
Industri Pelancongan dan Kesannya kepada Peniaga-peniaga Kecil di Pulau Langkawi
Kertas projek ini mengkaji mengenai industri pelancongan di Langkawi dan kesan-kesannya kepada peniaga-peniaga kecil. Antara kesan positif kepada peniaga-peniaga kecil ini adalah dari segi peningkatan pendapatan dan kemudahan-kemudahan perniagaan. Banyak pembangunan telah dinikmati oleh penduduk Pulau Langkawi dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Kegiatan perniagaan turut bertambah sejak pulau ini dijadikan pulau bebas cukai pada tahun 1987. Pembangunan setiap aspek ini menolong Pulau Langkawi menempatkan dirinya sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Text
kelantan
Melayu
...3 more
Penglibatan Wanita Melayu dalam Perniagaan Kecil-kecilan: Kajian Kes di Pasar Kubang Kerian
Kajian ini dibuat untuk melihat kegiatan wanita Melayu dan bidang perniagaan kecil-kecilan, mengkaji sejauhmanakah penglibatan mereka ini telah memberi kesan dalam mencorak keadaan ekonomi dan sosial dalam keluarga mereka khasnya.
Kajian ini akan menyentuh beberapa aspek iaitu faktor-faktor yang mendorong penglibatan kaun wanita dalam perniagaan,untuk melihat masalah-masalah dan kesan yang dialami secara langsung dan tidak langsung di sebalik penglibatan kaum wanita di dalam bidang tersebut, serta pandangan dan perhatian masyarakat terhadap golongan wanita yang terlibat.
Text
kelantan
rumah melayu
Rumah Melayu di Kelantan: Struktur, Fungsi dan Makna
Dalam kes kajian ini, sekiranya kita ingin meniliti dengan mendalam setiap struktur, fungsi dan makna bagi tiap-tiap bentuk atau jenis rumah yang terdapat di Kelantan maka kita akan mendapat gambaran konsep fungsi dan makna yang berbeza bagi tiap-tiap rumah. Keadaan ini terjadi kerana masyarakat Melayu Kelantan ini merupakan masyarakat yang sudah lama terdedah dengan dunia luar. Kesannya pelbagai kebudayaan mempengaruhinya. Oleh sebab itu ada variasi-variasi tertentu dalam aspek budaya bagi setiap kampung berbanding kampung lain. Walau bagaimanapun, variasi kebudayaan ini tidaklah sampai mewujudkan rumpun budaya yang lain.
Text
kelantan
peralatan
...1 more
Peralatan Menangkap Ikan Tradisional di Kelantan
Tumpuan Khas pada Serkap, Bubu, Temilar dan Pancing
Tumpuan kajian dilakukan ke atas hasil-hasil seni yang dicipta di dalam penangkapan ikan. Antara yang mendapat perhatian ialah:
Untuk mengetahui nama dan jenis alat-alat tradisional di dalam penangkapan ikan air tawar.
Mengkaji bagaimana dan mengapa, satu-satu alat penangkapan ikan itu muncul serta kepentingannya sehingga ia masih kekal sampai kini.
Untuk menilai kehalusan seni dan keunikan cara pembuatannya yang bersesuaian dengan cara penggunaannya.
Untuk mengetahui tentang kekayaan petua dan pantang larang yang terdapat dalam masyarakat Melayu khususnya dalam penggunaan alat-alat ini.
Text
animisme
pahang
Animisme di Kalangan Masyarakat Petani Padi Melayu dengan Tumpuan Khusus kepada Aktiviti Penanaman Padi di Pahang Tua
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh manakah fenomena alam atau animisme mempengaruhi orang-orang Melayu khususnya petani-petani padi dalam aktiviti ekonomi mereka. Rujukan telah dibuat secara khusus kepada kawasan pertanian padi di Pahang Tua. Dalam proses menghasilkan padi ciri-ciri animisme ditemui dalam aktiviti penerokaan tanah, waktu turun ke sawah, menurun benih padi, merabun, menuai serta kepercayaan yang berkaitan dengan semangat padi.
Text
dadah
Wanita
Masalah Penagihan Dadah di Kalangan Wanita
Satu Tinjauan
Masalah penyalahgunaan dadah kini merupakan gejala sosial sejagat yang sering melanda generasi muda di hari ini. Masalah dadah di Malaysia sekarang ini telah menjadi satu masalah serius di mana terdapat 141,613 orang penagih dadah yang telah dikesan sejak tahun 1970 sehingga bulan Jun, 1989. Masalah ini tetap serius walaupun pelbagai usaha pencegahan dijalankan oleh kerajaan atau badan sukarela.
Di bawah program perkhidmatan institusi, ianya menyediakan kemudahan untuk memulihkan penagih-penagih dalam 'setting' terkawal berasaskan sistem institusi terbuka. Pusat serenti merupakan satu bentuk program perkhidmatan institusi yang mana ianya ialah pusat pemulihan dadah di mana semua disiplin pemulihan penagih dadah terdapat di bawah satu bumbung. Setakat ini termasuk 17 Pusat Serenti di seluruh negara tidak termasuk dua buah Pusat Pemulihan Dadah Penjara. Pusat Serenti Kemumin merupakan satu-satunya pusat pemulihan dadah di negara ini dan juga di Asia Tenggara yang memberikan pemulihan khususnya untuk kaum wanita sahaja. Terdapat seramai 118 orang pelatih wanita di pusat ini dan hanya 33 orang daripadanya sahaja yang telah disoal selidik bagi tujuan kajian ini.
Text
kemiskinan
Masalah Kemiskinan di Kampung Jelai
Di Malaysia kemiskinan merupakan isu yang telah lama diperkatakan dari para pemimpin negara hinggalah ke peringkat pelajar. Kadar kemiskinan berterusan meningkat di luar bandar kerana saiz dan hak milik tanah yang kecil serta tidak ekonomik. Di samping itu, kenaikan harga bahan-bahan pertanian yang tidak memenuhi di pasaran dunia juga mempengaruhi pendapatan golongan petani negara kita. Kos hidup semakin tinggi atau meningkat dan guna tenaga tidak penuh dalam sektor pertanian. Ini berpunca dari kejadian perpindahan penduduk desa ke bandar-bandar yang berleluasa sekarang. Akibatnya, terdapat kekurangan buruh di beberapa sektor pertanian.
Text
pahang
rotan
Perusahaan Rotan di Kalangan Orang Melayu: Tinjauan Khusus SPPIK Rattan Kg. Relong Sdn. Bhd. Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung (SPPIK) Rattan Sdn Bhd merupakan salah satu kilang pembuatan perabut dan kraftangan daripada rotan yang diusahakan oleh orang Melayu. Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung ini telah ditubuhkan pada peringkat awal di bawah arahan Kementerian Luar Bandar atas arahan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba pada tahun 1987, iaitu sebagai satu usaha untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada orang Melayu menceburi bidang pembuatan. SPPIK telah mengambil langkah menubuhkan anak syarikatnya iaitu SPPIK Rattan Sdn Bhd Kampung Relong untuk beroperasi sebagai syarikat pembuatan perabut dan kraftangan rotan. Daerah Kuala Lipis dipilih kerana, kawasan ini mempunyai bekalan rotan yang mencukupi kerana di sini masih banyak kawasan hutan yang mampu memberkalkan rotan-rotan yang diperlukan.
Setahun selepas beroperasi kilang ini telah diletakkan di bawah pengawasan MARA. Pihak MARA telah mengeluarkan bantuan kewangan kepada kilang ini. Menurut responden iaitu pengurus kilang tersebut, Encik Kassim bin Mahmud, pihak MARA telah memberi bantuan modal sebanyak $65 ribu ringgit untuk menjayakan kilang tersebut.
Text
batik
kelantan
Batik Kelantan: Perusahaan dan Corak
Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan atau mengetengahkan salah satu kawasan perusahaan batik yang utama di Kelantan iaitu Kampung Penambang. Boleh dikatakan sebilangan besar penduduk di kampung ini melibatkan diri dalam perusahaan ini. Dikatakan demikian adalah kerana Kampung Penambanglah merupakan kampung terawal ataupun perintis industri batik yang pertama di Kelantan.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk memberi penjelasan setiap langkah dan cara yang dibuat untuk menghasilkan batik itu. Misalnya cara untuk menghasilkan batik (cop) tidak sama dengan cara untuk menghasilkan batik conteng (lukis). Begitu juga dengan alat-alat yang digunakan, juga ada perbezaannya walaupun ada sesetengahnya menggunakan alat atau bahan yang sama.
Text
dusun
kadazan
...2 more
Perubatan Tradisional Orang-orang Kadazan/Dusun
Masyarakat Kadazan atau Dusun memang kaya dengan pengetahuan perubatan tradisional. Pengetahuan tentang dunia supernatural dengan kuasa-kuasa semangat dan ghaib yang begitu luas dalam keakraban dengan alam semulajadi fizikal telah menyebabkan mereka begitu 'ahli' dalam pengendalian cara perubatan yang begitu sistematik.
Text
asimilasi
budaya
...2 more
Asimilasi Masyarakat Pakistan dengan Budaya Melayu
Kajian Kes: Wilayah Persekutuan dan Selangor
Tujuan penulisan ini ialah untuk menerangkan corak kebudayaan komuniti Pakistan di Wilayah Persekutuan dan Selangor dan mengukur sejauhmanakah mereka sebagai kelompok minoriti telah mengalami asimilasi dengan kelompok dominan iaitu masyarakat Melayu dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka dapat menerima unsur-unsur kebudayaan Melayu dalam corak hidup mereka.
Text
bidayuh
perubatan tradisional
...1 more
Kepercayaan dan Perubatan Tradisional di Kalangan Masyarakat Bidayuh di Kampung Mujat dan Kampung Mongkos, Sarawak
Kertas kajian ini bertujuan memberikan gambaran secara deskriptif dan menganalisa dengan lebih dekat tentang perubatan di kalangan masyarakat Bidayuh yang merangkumi aspek-aspek seperti kepercayaan terhadap kuasa luar biasa, jenis-jenis penyakit dan cara rawatan serta ritual dalam pertanian.
Dalam membicarakannya, pengkaji banyak memperincikan kajian terhadap amalan ritual dalam merawat penyakit dan kegiatan pertanian. Amalan ritual dalam bidang pertanian dianggap penting memandangkan kegiatan ini berhubung rapat dengan cara hidup harian mereka.
Showing 301 to 315 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->