Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
hulu keris
keris
...2 more
Hulu Jawa Demam adalah hulu yang paling...
"Hulu Jawa Demam adalah hulu yang paling popular yang dipakaikan kepada keris Melayu Semenanjung. Besar kemungkinan hulu ini asalnya berbentuk figura manusia yang berpeluk tubuh. Setelah kedatangan agama Islam, orang Melayu menganut agama suci tersebut dan sangat taat berpegang kepada ajarannya. Agama Islam melarang umatnya daripada menyimpan figura berbentuk makhluk bernyawa khususnya dalam bentuk haiwan atau manusia."
Text
hulu keris
keris
...1 more
Hulu Pekaka adalah satu lagi jenis hulu...
"Hulu Pekaka adalah satu lagi jenis hulu yang sangat popular dipakaikan kepada keris Melayu Semenanjung. Sama seperti hulu Jawa Demam, hulu ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan buah pinang."
Text
keris
Melayu Semenanjung
...1 more
Sampir ialah bahagian yang melintang...
"Sampir ialah bahagian yang melintang yang terdapat pada pangkal sarung keris. Bahagian ini disambung kepada batang serunai. Ertinya bahagian ini dibuat secara berasingan daripada bahagian batang serunai."
Text
bilah mata
keris
...2 more
Batang serunai ialah bahagian yang panjang...
"Batang serunai ialah bahagian yang panjang yang bersambung dengan sampir. Di sinilah tempat tersimpannya bilah mata apabila keris disarungkan. Bagi tujuan menjaga bilah mata khususnya hujung bilah supaya sentiasa tajam dan tidak sumbing, batang serunai selalunya diperbuat daripada kayu yang lebih lembut berbanding sampir."
Text
aksesori
keris
...1 more
Pendokok adalah aksesori keris yang dipakaikan...
"Pendokok adalah aksesori keris yang dipakaikan pada puting sebagai penyambung antara pangkal hulu keris atau buah pinang dengan ganjar pada pangkal bilah mata keris. Tanpanya sebilah keris dianggap tidak sempurna. Pendokok atau juga disebut dokok keris Melayu Semenanjung biasanya diperbuat daripada timah, tembaga, perak atau emas."
Text
batu
besi
...4 more
Meriam adalah senjata berat yang pernah...
"Meriam adalah senjata berat yang pernah digunakan semasa pemerintahan kerajaan Melayu di Nusantara suatu ketika dahulu. Meriam ini diperbuat daripada besi. Pelurunya diperbuat daripada bola besi atau batu."
Text
lela
pejuang Melayu
...2 more
Lela dan rentaka adalah meriam yang lebih kecil...
"Lela dan rentaka adalah meriam yang lebih kecil saiznya yang direka cipta dan digunakan oleh orang Melayu pada zaman silam. Lela diperbuat daripada tembaga manakala rentaka daripada besi. Oleh sebab lela diperbuat daripada tembaga maka ia tidak karat meskipun setelah lama terendam dalam air. Selain meriam, lela adalah senjata jarak jauh yang sangat popular digunakan oleh pejuang Melayu pada zaman silam."
Text
Suatu keistimewaan dalam sejarah sulu...
Suatu keistimewaan dalam sejarah Sulu ialah pengunaan khutbah dan kitab-kitab sebagai alat propaganda kerajaan. Melalui media ini para sultan dipuji sikapnya dan kejayaannnya.
Text
Langkasuka juga dikenali dengan berbagai bagai nama...
"Langkasuka juga dikenali dengan berbagai bagai nama seperti Langka-ya-shiu,Lang-chia-su (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inskripsi Tangore) terletak di kawasan yang kinibernama Pattani di negeri Thai (atau setengah pihak mendakwa terletak di Kedah),Langkasuka dikatakan muncul sebagai negeri bebas pada awal abad ke-2M. Bagaimanapun pada abad berikutnya , ia telah dilanggar oleh Funan,negeri kuasa besar yang pertama di Asia Tenggara"
Text
Kerajaan Kutai terletak di Kalimantan Timur
Kerajaan Kutai terletak di Kalimantan Timur diasaskan sekitar abad ke-4 dan 5 M oleh Asvavarman,putera Kundunga yang merupakan anak tempatan sendiri. Bagaimana kerajaan ini mencapai keagungannya pada zaman Mulavarman ,putera Asvavarman. Sebagai seorang raja Hindu (Siva),Mulavarman mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan kaum Brahmin. Kenyataan ini terbukti melalui sebuah prasasti yang berbahasa Sanskrit yang menyebutkan upacara sedekah yang dilakukan oleh Mulavarman di sebidang tanah yang dianggap suci yang bernama waprakesvara
Text
Kemunculan kerajaan Srivijaya pada hakikatnya...
"Kemunculan kerajaan srivijaya pada hakikatnya adalah kerana faktor ekonomi,iaitu untuk mengawal lalu lintas perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda yang selama ini dipegang oleh kerajaan Kantoli dan Melayu. Sesuai dengan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh Srivijaya kepada para pedgang ,jaminan keselamatan dari lanun serta keperluan doktor -doktor dari China Selatan terhadap barangan-barangan dari Indonesia Barat sendiri maka bangkitlah Srivijaya pada abad ke -7 M "
Text
Kerajaan Hindu yang paling tua...
'Kerajaan Hindu yang paling tua di Jawa Barat dan bahkn seluruh Jawa ialah kerajaan Aretuen atau Ho-lo-tan menurut transliterasi China. Pelabuhannya terletak di muara Sungai Cisadance. Utusan kerajaan Aretuen pertama kali ke China pada tahun 430 M membawa kapal dagang dan ini bererti ia sudah memiliki armada kapal dagnag untuk perhubungan dengan negara tetangga "
Text
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara..
"Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan khusunya Nusantara dapat dibahagikan kepada tiga tahap ; tahap persinggahan,tahap petapakan , dan tahap perluasan pengaruh secara besar-besaran"
Text
Sebelum berdirinya kerajaan Demak..
"Sebelum berdirinya kerajaan Demak ,terlebih dahulu perlu ditekankan peranan wilayah Giri sebagai pendahulunya. Dalam hal ini tokoh yang sangat berjasa ialah para sunan di Giri yang telah menjadikan Giri sebagai pusat pemerintahan ulama yang berfungsi sebagai markas bagi perkembangan Islam di Jawa dan sekali gus sebagai pendororng kelahiran Kerajan Demak"
Text
Mengenai Champa di vietnam sekarang...
"Mengenai Champa di vietnam sekarang, bukti yang selalu disebutkan tentang pertapakan Islam di situ ialah dua buah batu nisan . Satu daripada batu nisan itu bertarikh antara 1025 M dan 1035 M , manakala lagi satu bertarikh 1039 M yang ditemui di Phanrang.
Text
Sebelum kedatangan Hindu di Nusantara...
"Sebelum kedatangan Hindu di Nusantara,masyarakat tempatan sudahpun mempunyai kepercayaanya sendiri yng sering diistilahkan sebagai animisme,dinamisme dan khusunya pemujaan Hyang atau nenek moyang (ancestor cult)"
Text
Kedatangan islam membawa perubahan...
" Kedatangan Islam membawa perubahan yang besar terhadap nasib Bahasa Melayu dengan meletakkannya sebagai lingua franca di Nusantara. Sebelum kedatangan Islam,terdapat dua bahasa tempatan yang dominan,iaitu bahasa Jawa Kuno dan Bahasa Melayu Kuno."
Text
Sejak abad pertama masihi..
" Sejak abad pertama Masihi lagi sudah terdapat kerajaan Funan di kawasan Kemboja yang didirikan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya. Inilah negeri kuasa besar yangpertama dalam sejarah Asia Tenggara mempunyai beberapa daerah taklukan pada masa keagungannya.
Text
Orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunnan
Orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunnan,China. Tetapi yang menyebabkan mereka menjadi sebahagian daripada penduduk kawasan Asia Tenggara ialah apabila kerajaan mereka , Nanchao ditakluki oleh kaum Mongol pada tahun 1253 M. Memang mereka telah berpindah ke selatan sejak tahun 1000 M lagi tetapi perpindahan itu baru diperhebatkan sejak penaklukan kaum Mongol tersebut.
Text
Sejarah awal Burma
Sejarah awal Burma adalah sejarah suku kaum,terutama kaum Mon dan Pyu. Kaum Mon bukan sahaja dianggap bertanggungjawab memperkenalkan agama Buddha-Hinayana di Burma,malah mempopularkannya di seluruh negara. Orang Mon telah menetap pada masa yang awal di bahagian lembah bawah Menam,terutama di wilayah Dravarati. Sejak Funan jatuh pada akhir abad ke-6,Dvaravati dipercayai muncul sebagai negeri yang sebenar dan menjelang abad ke-7M, ia telah berkembang dan matang,sehingga namanya turut disebut dalam catatan-catatan China sebagai To-lo-po-ti
Text
Mengenai negeri Kataha (Kedah Tua)..
Mengenai negeri Kataha (Kedah Tua) ,sungguhpun sejarahnya boleh dikatakan hampir sama dengan Langkasuka dan Tambralinga,namun kerana kedudukannya lebih ke selatan menjadikannya berbeza. Memang dari segi politiknya Kedah juga terpaksa menjadi mangsa ketuanan kerajaan Funan dan juga Srivijaya,tetapi dari segi agama dan ekonomi negeri Kedah mencapai kemajuannya yang tersendiri
Text
Gangga Negara
Sekitar abad ke -5 dan 6 M dikatakan wujud sebuah kerajaan yang bernama Gangga Negara di Dinding, Perak. Bagaimanapuntidak ada keterangan lanjut tentang sejarahnya. Hanya yang pernah disebutkan ialah sewaktu Raja Rajendra Chola menyerang Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1023 M, antara negeri yang turut musnah ialah Kerajaan Gangga Negara.
Text
Selepas kejatuhan Tarumanagara...
Selepas kejatuhan Tarumanagara,sejarah Jawa Barat agak kabur hinggalah munculnya kerajaan Sunda pada abad ke-8 M. Pusat kerajaan Sunda sentiasa berpindah-pindah;bermula dari Galuh,lalu di Pakwan Pajajaran dan kemudiannya di Kawali. Daripada sumber-sumber sastera, Pajajaran disebut sebahagian sebuah kerajaan, tetapi daripada sumber prasasti Pajajaran padahakikatnya adalah nama pusat kerajaan.
Text
Kerajaan Mantaram I...
Kerajaan Mantaram I diasaskan pada tahun 723 M oleh Sanjaya putera Sanaha. Sedang Sannaha ialah saudara perempuan Sanna,iaitu raja Galuh bagi kerajaan Sunda. Sanna kemudiannya ditewaskan oleh saudaranya,Purbasora,sebelum digantikan oleh Sanjaya. Tentang sejauh mana hubungan Sanjaya dengan Ho-ling,ada juga pendapat yang mengatakan bahawa adanya kemungkinan itu memandangkan persamaan nama Sima dengan nama Sanna dan Sannaha.
Text
Setelah kerajaan Airlangga...
Setelah kerajaan Airlangga terbahagi dua, cuma kerajaan Kediri di barat sahaja yang menampakkan tanda-tanda kehidupan. Zaman Kediri menonjolkan nama raja Jayabhaya (1135-1157 M),seorang raja yang dikaitkan dengan ramalan-ramalan tentang penyelamat atau Ratu Adil.
Text
Pengaruh India kepada kebudayaan..
Disamping pengaruh India dari segi agama dan juga membentuk kerajaan dan pemerintahan,bahkan yang lebih penting lagi abadi sifatnya ialah pengaruhnya terhadap kebudayaan dan tamadun Asia Tenggara.
Text
Kesenian dan hiburan...
Salah satu aspek kesenian ialah hiburan, yang merangkumi kegiatan menyanyi,menari,drama dan muzik . Dalam membicarakan tentang kepercayaan Zaman Pra-Sejarah dulu,sudah disebutkan bagaimana timbulnya pwemainan wayang dengan dalang sebgai perantaranya.
Text
Acheh Darussalam..
Kebesaran Acheh berkait rapat dengan kedudukannya sebagai pusat pengajian Islam yang trpenting ketika itu. Pada zaman inilah,yakni pada abad ke-17 M , munculnya para ulama baik dari dalam mahupun dari luar Acheh. Peranan mereka juga berbagai-bagai;menjadi pentadbir,mengajar,mengarang dan sebagainya
Text
Kebangkitan kerajaan demak...
Kebangkitan kerajaan Demak mempunyai kaitan yang rapat dengan kejatuhan Majapahit. Seperti yang disebutkan dulu raja Majapahit yang terakhir ialah Prabu Brawijaya Kertabhumi sebelum takthanya dirampas oleh raja Daha/Kediri
Text
Islam masuk ke kalimantan...
Islam masuk ke Kalimantan sekitar abad ke-15 hasil dari kegiatan para mubaligh dari Jawa,terutamanya Sunan Giri dan kemudian Khatib Dayyan atau nama asalnya Sayyid Abdul Rahman.
Text
Perkembangan Islam di Manguindanao..
Perkembangan Islam di Manguindanao bermula pada tahun 1460M hasil dari kegiatan dua orang tokoh Islam yang terkenal,Syarif Awliya dan Syarif Maraja. Tetapi sebuah kesultanannya baru bermula dengan ketibaan Syarif Muhammad Kabungsuan di Mindanao pada tahun 1515
Text
Sepanjang zaman kesultanan Sulu...
Sepanjang zaman kesultanan Sulu ini, wilayah kekuasaannya dikatakan meliputi seluruh Kepulauan Sulu,selatan Zamboanga,Palawa dan Sabah. Bagaimanapun kedatangan Sepanyol di Filipina pada tahun 1566 merupakan satu ancaman besar terhadap kestabilannya.
Text
Di wilayah dulunya bernama Langkasuka
Di wilayah dulunya bernama Langkasuka,muncullah pula nama Pattani yang kini dalam wilayah Siam. Adalah dipercayai bahawa kira-kira pada abad ke-10 atau 11 M . Islam masuk ke Pattani.
Text
Pada zaman kekuasaan Mpu Sindok...
Pada zaman kekuasaan Mpu Sindok ini usaha besar yang penting ialah penyusunann kitab suci Buddha Tantrayana,iaitu Sang Hyang Kamahayanikan,sungguhpun dia seorang Hindu
Text
Dengan tertewasnya Kertajaya...
Dengan tertewasnya Kertajaya itu, makan Ken Arok menjadi raja Singasari yang pertama. Bagaimanapun zaman-zaman awal Singasari adalah zaman pembunuhan dan rampasan kuasa,dan ini berpunca dari tindakan Ken Arok sendiri yang membunuh Tunggul Ametung.
Text
Mengenai aspek ukiran..
Mengenai aspek ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding-dinding candi ialah makhluk-makhluk ajaib yang sering terpancang di ambang atas pintu atau relung adalah kepala Kala.
Text
Suatu jasa yang terbesar...
Suatu jasa yang terbesar dengan terdirinya kerajaan Perlak ini ialah tertubuhnya pusat-pusat pendidikan Islam yang dikenali dengan anam 'Dayah'. Pada zaman Sultan Sayyid Maulana Abdul Rahim Syah (864-888), iaitu Raja Perlak yang kedua.
Text
Sejarah jawa timur...
"Sejarah Jawa Timur bermula pada tahun 760 M dengan munculnya kerajaan yang berpusat di Kanjuruhan dengan raja yang bernama Dewa simha. Ia mempunya putera yang bernama Liswa,yang setelah naik taktha bergelar Gajayana. Pada zaman Gajayanalah didirikan sebuah arca untuk Dewa Agastya (Siva) ,yang mula dibuat dari kayu cendana lalu diganti dengan arca ini oleh pihak raja"
Text
Setelah kerajaan airlangga terbahagi dua
"Setelah kerajaan Airlangga terbahagi dua,cuma kerajaan Kediri di barat sahaja yang menampakkan tanda-tanda kehidupan. Zaman Kediri menonjolkan nama raja Jayabhaya,seorang raja yang dikaitkan dengan ramalan-ramalan tentang penyelamat atau Ratu Adil"
Drama Matinya Seorang Pahlawan.
Si Bongkok Tanjung Puteri.
Text
Adat
Melayu
Yang dikatakan adat itu terbahagi kepada...
" Yang dikatakan adat itu terbahagi kepada empat peringkat atau katergori seperti di bawah ini : "
1. Adat yang sebenar adat.
2. Adat yang diadatkan.
3. Adat yang teradat.
4. Adat istiadat.
Text
negeri sembilan
Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan...
"Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan terlibat dalam pergerakan sekular( circulation) antara rumah kediaman dan tempat pertanian pindah atau kegiatan pengumpulan semasa sebelum dan semasa pemerintahan Inggeris. "
Text
negeri sembilan
Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan...
"Orang asli di hutan dan pergunungan Negeri Sembilan terlibat dalam pergerakan sekular( circulation) antara rumah kediaman dan tempat pertanian pindah atau kegiatan pengumpulan semasa sebelum dan semasa pemerintahan Inggeris. "
Text
negeri sembilan
pembangunan
Menurut kaji iklim sebahagian besar kampung-kampung Negeri Sembilan...
" Menurut kaji iklim sebahagian besar kampung-kampung Negeri Sembilan berada dalam kawasan lindungan angin . Justeru itu hujan adalah sedikit berbanding dengan tempat-tempat lain. "
Text
Ekonomi
negeri sembilan
Lembah Kelang dalam ruang ekonomi negara...
"Lembah Kelang dalam ruang ekonomi negara berkembang terus berbanding dengan kampung -kampung di Negeri Sembilan. Sementara pekan-pekan di Negeri Sembilan pula adalah lebih maju dari kampung-kampung di pendalaman masing-masing. "
Text
negeri sembilan
pembangunan
Di peringkat kampung Negeri Sembilan maklumat...
"Di peringkat kampung Negeri Sembilan maklumat tentang bandar dan tempat-tempat lain diperolehi menerusi media massa dan tidak kurang juga dari sanak-saudara di bandar. "
Text
negeri sembilan
orang melayu
Orang Melayu Negeri Sembilan khususnya...
"Orang Melayu Negeri Sembilan khususnya melibatkan diri dalam penanaman getah terutamanya dan mereka tidak mempunyai kawalan ke atas sumber alam tersebut bagi mendapatkan jaminan lebih berkesan ke arah kesejahteraan mereka sendiri."
Text
membaca
Dengan membaca, sama ada buku...
"Dengan membaca, sama ada buku, akhbar, majalah dan sebagainya membolehkan kita mendapat pengetahuan, mendapat ilmu, membolehkan kita mengetahui segala peristiwa yang berlaku di dalam negeri atau di luar negeri, mengetahui cerita atau pengalaman orang lain, mengetahui kehidupan atau kebudayaan orang lain."
Text
masyarakat
membaca
Kurangnya minat membaca di kalangan...
"Kurangnya minat membaca di kalangan masyarakat sebenarnya berhubungan dengan keadaan hidup kebanyakan anggota masyarakat sendiri."
Showing 101 to 150 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->