Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kesenian
Melayu
Lambang-lambang yang digunakan dalam permainan wayang kulit...
"Lambang-lambang yang digunakan dalam permainan wayang kulit mempunyai makna yang tersendiri. Difinasi lambang itu mengandungi unsur-unsur sejarah berkaitan dengan perkembangannya. "
Text
Pertumbuhan filem yang sejajar dengan...
"Pertumbuhan filem yang sejajar dengan penerimaan teknologi baru dalam abad ke 20 sebagaimana juga kereta,wireless dan ,lain-lain yang dibawakan dari Barat ,adalah sebahagian daripada proses modenisasi yang telah sampai ke Tanah Melayu pada awal abad ke 20."
Text
Filem ialah media hiburan baru...
"Filem ialah media hiburan baru yang menyalurkan berbagai unsur budaya yang dapat mempengaruhi anggota masyarakat sebagai penonton."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan...
"Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama Islam, baik bentuk fizikalnya mahupun konsep dan fungsi ruangnya yang disusun mengikut kehendak agama ini."
Text
Kejayaan dalam seni berbeza daripada...
"Kejayaan dalam seni berbeza daripada kejayaan dalam industri.Populariti sebuah filem bergantung kepada penilaian ramai,dan tidak semestinya terletak pada kejayaan seni atau kejayaan industri."
Text
Alat tebuk-menebuk yang terdiri daripada...
"Alat tebuk-menebuk yang terdiri daripada pelbagai jenis itu juga penting dalam seni bina rumah Melayu. Dengan alat tersebut, penggunaan papan untuk dinding dan lantai telah diperkenalkan, teknik yang lebih baik telah digunakan bagi menguatkan dan merapikan susunannya."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang...
"Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang didapati lebih awal muncul. Rumah bentuk ini terdiri daripada beberapa bentuk. Di Kedah, rumah itu dikenali Rumah Serambi Kedah atau kadangkala disebut rumah panjang sahaja. Jenis ini juga terdapat di Perlis dan Selatan Thai, terutamanya di daerah yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis."
Text
Melayu
umno
UMNO harus berpegang kepada agama Islam...
"UMNO harus berpegang kepada agama Islam yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan sandiwara yang sedang diperlihatkan oleh setengah-setengah orang lain."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tiang dua belas dan rumah bujang...
"Rumah tiang dua belas dan rumah bujang dianggap bentuk rumah Melayu yang paling lama di Semenanjung Malaysia. Tetapi sayangnya seni bina rumah yang sangat menarik itu, dengan papan kembung serta kadangkala dihiasi dengan dinding janda berhias sudah sukar didapati baik di Kelantan ataupun di Terengganu."
Text
Konsep dramatari sepertimana yang dimengertikan...
"Konsep dramatari sepertimana yang dimengertikan di Malaysia sudah mencakupi elemen-elemen penting yakni penceritaan atau drama yang berbentuk non-dialog yang dipersembahkan melalui gerak-gerak yang tersusun (Structural movements in space) serta diiringi muzik."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kemunculan rumah Melayu bentuk limas...
"Kemunculan rumah Melayu bentuk limas di Malaysia menambahkan satu lagi bentuk rumah Melayu, menjadikan dua bentuk yang berlainan, iaitu rumah Melayu bentuk bumbung panjang yang menggunakan satu perabung mendatar dan satu lagi rumah Melayu bentuk limas lebih awal yang menggunakan lima buah perabung, iaitu satu perabung mendatar dan empat buah perabung menurun ke cucuran atap."
Text
Istana Negara
seni bina Melayu
Di Kelantan terdapat istana...
"Di Kelantan terdapat istana Balai Besar, Istana Jahar dan Istana Seri Akar. Ketiga-tiga istana di Kelantan itu mempunyai bentuk bumbung berlapis yang lebih mirip kepada rumah limasan di Jawa."
Text
istana raja-raja Melayu
seni bina Melayu
Perak terkenal dengan istananya yang indah...
"Perak terkenal dengan istananya yang indah yang dibina pada zaman awal pentadbiran Inggeris, antaranya Istana Iskandariah. Didirikan di atas tapak Istana Negara yang dirobohkan, Istana Iskandariah adalah salah satu istana yang terbesar dan tercantik di Dunia Melayu."
Text
Dramatari di Indonesia mengikut Soedarsono...
"Dramatari di Indonesia mengikut Soedarsono.dikenali dengan dua nama masing-masing dibezakan dengan yang menggunakan dialog dan yang non-dialog."
Text
Perkembangan tarian klasik di Indonesia...
"Perkembangan tarian klasik di Indonesia dan Thailand tidak menampakkan sebarang persamaan di Malaysia .Walaupun tarian-tarian klasik istana di Kelantan,Pahang dan Terengganu pernah dinaungi oleh raja-raja yang memerintah namun tidak berlaku kesinambungan tradisi dari satu tahap pemerintahan kepada tahap yang berikutnya."
Text
Analisis tentang pekerjaan bandar selalunya...
"Analisis tentang pekerjaan bandar selalunya menumpukan perhatian kepada dua sektor iaitu sektor tradisional dan sektor moden."
Text
Kajian ke atas tiga buah ...
Kajian ke atas tiga buah kawasan golongan "miskin"yang dilakukan pda tahun 1983 di sekitar Wilayah Persekutuan menunjukkan sekotor perkhidmatan awam adalah lebih kecil bilangannya daripada sektor-sektor lain."
Text
Orang tua-tua ada mengatakan...
"Orang tua-tua ada mengatakan "kera di hutan disusui,anak di rumah mati kelaparan".Dalam soal pengantarabangsaan bahasa Melayu,kita hendaklah mengelakkan daripada berlakunya keadaan seperti yang dinyatakan oleh peribahasa di atas.
Text
Pengantarabangsaan bahasa Melayu di luar..
"Pengantarabangsaan bahasa Melayu di luar negara bermaksud usaha memperkenalkan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu di kawasan-kawasan yang sebelum ini bahasa Melayu tidak begitu dikenal dan digunakan."
Text
Sudah banyak diperkatakan tentang peranan...
"Sudah banyak diperkatakan tentang peranan bahasa dalam konteks pembangunan negara.Bagi Malaysia,sejak dahulu lagi soal bahasa kebangsaan dilihat dalam konteks bahasa penyatuan,bahasa yang diharap menjadi alat yang akan menyatukan rakyat berbilang kaum dan keterunan."
Text
Mengikut Wawasan 2020,negara kita...
"Mengikut Wawasan 2020,negara kita sedang dibangunkan ke arah negara perindustrian.Dalam hal ini pelbagai langkah telah dimulakan.Bidang yang paling rancak ialah ekonomi,yang memperlihatkan kemajuan yang amat pesat."
Text
Soal yang paling kerap timbul...
"Soal yang paling kerap timbul ialah bahasa yang manakah menjadi asas pembangunan industri dI Malaysia."
Text
Soal yang selanjutnya ialah bilakah,,,
"Soal yang selanjutnya ialah bilakah diperlukan bahasa asing?Bolehkah bahasa kebangsaan memikul semua peranan dalam bidang industri ?Jawabnya sudah tentu tidak,kerana kita hidup dalam duna sejagat,dunia yang menjadi semakin kecil dan perhubungan antara negara-negara kerap."
Text
Orang Melayu zaman dahulu amat...
Text
Telah dinyatakan bahawa unsur flora...
"Telah dinyatakan bahawa unsur flora dan fauna menjadi bahan bagi orang Melayu pada zaman dahulu mengungkapkan buah fikiran dan perasaan.Flora dan fauna yang melingkari kehidupan mereka sehari-hari itu telah menjadi sumber ilham penghasilan ungkapan ungkapan yang berkesan dan yang telah melekat di mulut orang hingga ke hari ini."
Text
Padi merupakan satu unsur penting...
"Padi merupakan satu unsur penting dalam masyarakat Melayu.Seluruh kehidupan orang Melayu bergantung pada pertanian padi dan kegiatan - kegiatan sampingan seperti proses-proses penghasilannya,cara-cara memasak dan hasil masakan serta jenis-jenis makanan."
Text
Sebagai bahasa saluran ilmu pengetahuan...
"Sebagai bahasa saluran ilmu pengetahuan bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tertentu.Antaranya termasuklah aspek ketepatan dan kejelasan bahasa, disertai cara pengungkapan yang segar dan persis."
Text
Selain berupaya menghuraikan benda-benda...
"Selain berupaya menghuraikan benda-benda konkrit dan peristiwa, bahasa Melayu lama juga didapati berjaya menyampaikan konsep-konsep.Petikan seterusnya menunjukkan bahasa Melayu laras undang-undang lama,yang menghuraikan hukuman bagi kesalahan-kesalahan tertentu."
Text
Ayat pasif juga amat digemari...
"Ayat pasif juga amat digemari,seperti yang telah dilihat dalam Jadual 2 dan 3.Yang menarik tentang ayat pasif dalam Sejarah Melayu dan karya-karya lama yang lain ialah kepelbagaiannya,terutama tentang susunan songsangnya."
Text
Secara bersendirian,jumlah ayat majmuk ...
"Secara bersendirian,jumlah ayat majmuk relatif dalam korus ini amat kecil iaitu hanya dua.Namun begitu,seperti yang dinyatakan terdahulu,jika diambil kira ayat relatif dalamnya majmuk campuran,maka jumlahnya menjadi besar,iaitu sebanyak 21."
Text
Dalam kebanyakan karya Melayu lama...
"Dalam kebanyakan karya Melayu lama,struktur ini amat digemari,iaitu kehadiran pun pada subjek dan -lah pada predikat."
Text
Kata pangkal ayat ialah sekumpulan...
"Kata pangkal ayat ialah sekumpulan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab yang digunakan sebagai penanda wacana.Perkataan-perkataan ini lazimnya hadir pada pangkal ayat."
Text
Sejarah Melayu ialah sebuah karya ...
"Sejarah Melayu ialah sebuah karya naratif,yang mengisahkan sejarah raja-raja Melayu Melaka.Maka banyaklah terdapat unsur-unsur bahasa yang bersifat naratif."
Text
Pada tahun 1985,tahun pertama ...
"Pada tahun 1985,tahun pertama Hadiah Bahasa dimulakan,jumlah buku yang sampai ke peringkat akhir ialah 13.Kini,jumlahnya telah meningkat dengan amat membanggakan.Pada tahap saringan pertama,angkatnya telah mencecah 100 dan diharap akan terus meningkat lagi."
Text
Dalam konteks Malaysia,alaf baharu...
"Dalam konteks Malaysia,alaf baharu dikaitkan dengan satu matlamat,iaitu Wawasan 2020.Semua perancangan menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian berdasarkan kemajuan sains dan teknologi. "
Text
Dalam mencapai matlamat Wawasan 2020...
"Dalam mencapai matlamat Wawasan 2020,pucuk pimpinan Malaysia memberi tekanan kepada teknologi maklumat.Bahkan beberapa pembaharuan sedang disusun seperti penubuhan Koridor Raya Muktimedia,sistem pentadbiran elektronik dan sekolah bestari."
Text
Sudah menjadi hakikat bahawa dekad...
"Sudah menjadi hakikat bahawa dekad sembilan puluhan ialah dekad kemajuan dalam bidang teknologi maklumat di negara kita.Dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan-perkembangan canggih dalam bidang ini,seluruh dunia seolah-olah bertindak atas dasar media elektronik ini."
Text
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa...
"Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan ayat ( Tatabahasa Dewan,1996).Bidang ini meneliti hal-hal yang berkaitan dengan bagaimana sesuatu mesej ( buah fikiran,pandangan,perasaan,dsb.) disampaikan dengan cara yang berkesan."
Text
Ayat penyata ialah ayat yang...
"Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.Ayat jenis ini merupakan yang paling kerap digunakan dalam perhubungan sehari-hari.Demikian jugalah dengan binaan pantun.Banyam sekali contoh-contoh pantun yang baik dalam maksud mahupun pembayang maksud,menggunakan jenis ayat penyata."
Text
Ayat tanya ialah ayat yang...
"Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.Lazimnya ayat tanya memerlukan jawapan tertentu,tetapi kadang-kadang maksud bertanya adalah semata-mata untuk menegaskan sesuatu maksud."
Text
Ayat perintah ialah ayat yang ...
"Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat perintah."
Text
Dalam karya -karya kreatif,kelonggaran ...
"Dalam karya -karya kreatif,kelonggaran diberikan dari segi hukum-hukum bahasa demi mempertahankan keindahan.Dalam meneliti penciptaan pantun,telah diketahui beberapa contoh binaan ayat yang melanggar peraturan tatabahasa bahasa Melayu,tetapi yang boleh dimaafkan atas dasar kepentingan nilai estetik."
Text
brunei
keris
...1 more
Menurut pendapat beberapa orang sarjana, keris...
"Menurut pendapat beberapa orang sarjana, keris berlok adalah memperlihatkan naga atau ular yang sedang bergerak yang disebut 'sarpa lumaku', sementara keris lurus adalah diinspirasikan daripada keadaan naga atau ular yang sedang tidur atau bertakafur yang disebut 'sarpa tapa' (The Star, 4 September 1995)."
Text
brunei
keris
...1 more
Kenyataan yang memperakui bahawa keris...
"Kenyataan yang memperakui bahawa keris adalah identiti bangsa dan budaya Melayu ialah seperti yang dikatakan oleh Edward Frey, "Keris merupakan satu senjata masyarakat Melayu yang unggul. Ia juga lambang budaya masyarakat itu yang terpenting." Beliau menambah, "bentuk, ukiran dan kegunaan keris memaparkan betapa kaya dan berkuasanya senjata itu di kalangan masyarakat Melayu." Malah, menurut beliau, jika ditanya kepada orang Barat tentang lambang budaya dan bangsa Melayu, mereka akan dengan penuh yakin menjawab "keris dan batik" (Berita Harian, 1988)
Text
brunei
keris
...1 more
Selain menjadi alat-alat kebesaran dan perhiasan...
"Selain menjadi alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja, keris juga dijadikan sebahagian daripada pakaian dan perhiasan pembesar-pembesar negara yang menghadiri sesuatu majlis beristiadat, seperti Istiadat Berkhatan Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Menggelar, Istiadat Perpuspaan dan Istiadat Mengadap sempena Hari Keputeraan Sultan."
Text
brunei
keris
...1 more
Amalan tradisi lain tentang keris...
Amalan tradisi lain tentang keris yang masih dikekalkan sehingga kini ialah menyimpan dan memelihara keris sebagai kepuasan. Seolah-olah menjadi suatu hobi kepada yang mengamalkannya. Kadang-kadang keris sedemikian juga dijadikan alat atau bahan perhiasan rumah, sesuai dengan nilai-nilai keistimewaan yang terdapat padanya."
Text
Melayu
undang-undang
Undang-undang tanah pertama digunakan di daerah Kuala Pilah...
" Undang-undang tanah yang pertama digunakan untuk pentadbiran tanah daerah Kuala Pilah ialah Peraturan-Peraturan Tanah yang terkandung dalam Perintah (Order) 9 April,1887. "
Text
Melayu
undang-undang
General Land Regulation 1889 sudah mula diberikan perhatian...
" General Land Regulation 1889 sudah mula diberikan perhatian terhadap tanah adat. Di bawah peruntukan Peraturan 22, seseorang yang mahu menuntut haknya ke atas sesuatu bidang tanah sama ada melalui perwarisan,beli,pemberian atau lain-lain cara pemindahan hak milik, dikehendaki memberitahu Lembaga suku berkenaan untuk tindakan selanjutnya di Pejabat Tanah. "
Text
enakmen
Melayu
Penggubalan enakmen 1897 ini dijangkakan dapat mengatasi...
" Oleh itu, penggubalan enakmen 1987 ini dijangkakan dapat mengatasi kelemahan- kelemahan yang terdapat dalam undang-undang tanah yang terdahulu. Enakmen ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pemungut mengenai kuasa-kuasa yang ada padanya dalam hal penyelesaian tanah. "
Text
enakmen
Melayu
Enakmen 1909 ini juga tidak mengenakan satu tanggungjawab...
" Enakmen 1909 ini juga tidak mengenakan satu tanggungjawab kepada anggota masyarakat adat supaya mengembalikan geran-geran tanah berkenaan kepada pejabat tanah untuk dicatitkan Customary Land. "
Showing 101 to 150 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->