Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Adat
Melayu
Terdapatnya konsep Undang Dua Sela adalah merupakan...
" Terdapatnya konsep Undang Dua Sela adalah merupakan satu kedudukan yang luar biasa di Sungai Ujong. Pembahagian kuasa Undang di antara dua pembesar dalam satu masa sering menimbulkan konflik. "
Text
Adat
Melayu
Mengikut aturan adat dan pusaka Luak Jelebu, terdapat tiga...
Mengikut aturan adat dan pusaka Luak Jelebu, terdapat tiga Waris Berundang (Waris Biduanda) yang dikira layak menyandang pusaka Datuk Undang iaitu Waris Ulu Jelebu,Waris Kemin dan Waris Sarin, secara bergilir-gilir. "
Text
Adat
Melayu
Pada 20 November 1979, Undang Luak Jelebu ke 14...
" Pada 20 November 1979, Undang Luak Jelebu ke 14 telah wafat. Perlantikan dan pengishtiharan Datuk Undang ke 15 pada 4 Februari 1980 oleh Datuk Menteri Shah Raja Sehari telah menimbulkan konflik di kalangan waris dan Datuk-Datuk Lembaga Yang Tujuh di Jelebu. "
Text
adat perpatih
Melayu
Pemilihan Undang di Luak Johol tidaklah menimbulkan konflik yang...
" Pemilihan Undang di Luak Johol tidaklah menimbulkan konflik yang berat berbanding dengan tiga luak terbesar yang lain. Penyandang pusaka Undang adalah bergilir dalam dua perut Suku Biduanda, iaitu Perut Johol dan Perut Gemencheh. '
Text
Adat
Melayu
Undang Luak Rembau dipilih dari...
" Undang Luak Rembau dipilih dari dua perut suku Biduanda di Baroh. Perut-perut tersebut ialah Biduanda Jakun dan Biduanda Jawa. "
Text
Adat
Melayu
Pemilihan dan perlantikan penyandang pusaka ketua adat...
" Pemilihan dan perlantikan penyandang pusaka ketua adat (Undang/Penghulu) adalah dibuat dengan tidak berasaskan kepada aturan adat tradisi dan pusaka yang sebenar di Luak-Luak berkaitan. "
Text
adat perpatih
Melayu
Krisis di peringkat perut dan suku agak sering...
" Krisis di peringkat perut dan suku agak sering terjadi, tetapi biasanya krisis itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Krisis yang dimaksudkan ini telah berlaku di suku Seri Lemak Minangkabau di dalam Luak Ulu Muar (daerah Kuala Pilah), sejak tahun 1968 dan hinggalah sekarang (1984) masih belum selesai. "
Text
adat perpatih
Melayu
Luak Tanah Mengandung adalah bermakna...
" Luak Tanah Mengandung adalah bermakna luak yang dikuasai di bawah Yang Dipertuan Besar Seri Menanti. Luak Tanah Mengandung ini adalah lebih rapat lagi pertaliannya dengan istana daripada Luak Undang. "
Text
adat perpatih
Melayu
Sejak dahulu lagi (1960) jawatan Buapak perut Mertang, Galau,...
"Sejak dahulu lagi (1960) jawatan Buapak perut Mertang, Galau, Jumbang, Kampung Umor dan Ulu Juaseh adalah dipegang oleh Setia Muda Abu Samah bin Ali dari perut Galau. "
Text
adat perpatih
Melayu
Pada 10hb Ogos, 1968 lebih kurang 80 orang anak-anak buah suku Seri Lemak Minangkabau...
"Pada 10hb Ogos, 1968 lebih kurang 80 orang anak-anak buah suku Seri Lemak Minangkabau yang terdiri dari perut Galau, Jumbang, Kampung Umor dan Ulu Juaseh telah berarak ke telapak Datuk Senara Muda dengan diketuai oleh Ahmad bin Mansor. "
Text
adat perpatih
Melayu
Kedatangan rombongan dari perut Galau,Jumbang,..
"Kedatangan rombongan dari perut Galau,Jumbang,Kampung Umor dan Ulu Juaseh pada 10hb Ogos adalah dianggap menceroboh, menyalahi undang-undang adat dan negeri, kerana tiada izin tuan rumah dan berlagak sesuka hati seperti mengambil gambar dalam rumah dengan bebas. "
Text
adat perpatih
Melayu
Satu rombongan seramai kira-kira 50 orang telah datang menghadap...
"Satu rombongan seramai kira-kira 50 orang telah datang menghadap Tengku Laksamana pada 24hb September, 1968 dalam satu istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. "
Text
adat perpatih
Melayu
Cadangan dan nasihat Tengku Laksamana Nasir agar empat perut itu mengamalkan Adat Lingkungan...
"Cadangan dan nasihat Tengku Laksamana Nasir agar empat perut itu mengamalkan Adat Lingkungan telah dibincangkan oleh anak-anak buah empat perut untuk mendapatkan kata sepakat dan rumusan yang sebulat suara : bulat air kerana pembentomg, bulat kata dek muafakat. "
Text
adat perpatih
Melayu
Satu permuafakatan telah diadakan dan keempat-empat perut itu...
" Satu permuafakatan telah diadakan dan keempat-empat perut itu telah dapat kata sepakat bahawa pusaka itu disandang oleh perut Galau dahulu, giliran kedua jatuh kepada Kampung Umor, giliran ketiga jatuh kepada Jumbang dan giliran keempat kepada Ulu Jauseh. "
Text
adat perpatih
Melayu
Setelah beberapa bulan, empat perut yang diketuai oleh Datuk Maharaja Setia Bakti itu mengamalkan Adat Lingkungan...
"Setelah beberapa bulan, empat perut yang diketuai oleh Datuk Maharaja Setia Bakti itu mengamalkan Adat Lingkungan namun surat daripada pihak kerajaan Negeri Sembilan belum juga lagi diterima mengenai menggezetkan empat perut itu. "
Text
Adat
negeri sembilan
Mengikut salasilah Temuan Batin Pah Galang Berlima beradek di zaman silam dulu...
"Mengikut salasilah Temuan Batin Pah Galang Berlima beradek di zaman silam dulu telah membuka beberapa kawasan yang terdapat di Negeri Sembilan sekarang. "
Text
Adat
negeri sembilan
Perhubungan/ pertalian Temuan dan Melayu di Negeri Sembilan...
"Perhubungan / pertalian Temuan dan Melayu di Negeri Sembilan tidaklah terhad kepada yang simbolik/ tradisional sahaja. Semenjak merdeka banyak perubahan telah berlaku sama ada ekoran daripada usaha-usaha persendirian atau kerajaan dan ini sedikit sebanyak menambahkan mobiliti sosial dan fizikal orang-orang Asli. "
Text
Adat
Melayu
Adat sebagai suatu perkataan berasal dari bahasa...
" Adat sebagai suatu perkataan berasal dari bahasa Arab, dengan makna kebiasaan. Namun dalam konteks masyarakat dan budaya Melayu dan Alam Melayu perkataan adat telah menjadi istilah dengan mengandungi makna yang lebih luas dan mendalam, sehingga secara tradisi ia dapat disamakan dengan kebudayaan. "
Text
Adat
Melayu
Di kalangan masyarakat Melayu konsepsi awam membahagikan dua sistem adat...
" Di kalangan masyarakat Melayu konsepsi awam membahagikan dua sistem adat: Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Secara kasar, adat perpatih terdapat dalam kawasan Negeri Sembilan( kecuali pantai) dan Naning di Utara Melaka."
Text
Adat
Islam
Perbezaan antara Islam dan sistem adat...
" Perbezaan antara Islam dan sistem adat memang ada, namun pada tahap sistem konsep sosio-budaya Melayu telah berlaku rationalisasi di mana hukum Islam-syarak diberi keutamaan mengatasi hukum adat. "
Text
Adat
undang-undang
Prinsip dan kaedah perundangan masa kini lebih banyak...
" Prinsip dan kaedah perundangan masa kini lebih banyak berasal dari budaya asing-undang-undang Inggeris- maka seluruh konsep undang-undang menjadi asing dari kehidupan seharian orang awam. Keadaan ini sudah pasti memisah dan mengasingkan sistem undang-undang dari kehidupan masyarakat awam dan membezakannya dari kebiasaan dan aturan harian yang disebut adat."
Text
Adat
istiadat
Segala sesuatu yang dijalankan secara tradisi...
" Segala sesuatu yang dijalankan secara tradisi dan warisan dan seakan-akan tidak berubah dinamakan istiadat. Apakala suatu gejala hidup dilihat sebagai lain dari agama, undang-undang ataupun ilmu moden seperti sains maka dinamakan adat. "
Text
Adat
Melayu
Adat sebagai kebudayaan- mempunyai fungsi...
" Adat dalam kebudayaan- mempunyai fungsi menyeluruh dalam semua sistem kemasyarakatan: ideologi, kenegaraan,politik,ekonomi,sosial dan kepercayaan. "
Text
Adat
Melayu
Adat berfungsi memberi suatu sistem ideologi kepada...
" Adat berfungsi memberi suatu sistem ideologi kepada masyarakatnya. Sebagai sifatnya yang paling asasi dan sendi(fudamental) ideologi merupakan pegangan moral dan keyakinan terhadap keberfungsian adat dalam masyarakatnya. "
Text
adat perpatih
struktur
Sebagai suatu sistem hidup yang lengkap, tradisi adat...
" Sebagai suatu sistem hidup yang lengkap, tradisi adat perpatih mempunyai tanggapan tentang bentuk masyarakat sendiri. Prinsip pembentukan atau susunan masyarakat ini ialah persaudaraan akrab atau kadim antara individu sehinggan yang seorang dengan yang lain menjadi waris, yakni dapat saling mengganti kedudukan. "
Text
adat perpatih
Melayu
Secara teori proses pemilihan pimpinan bermula dari...
" Secara teori proses pemilihan pimpinan bermula dari orang banyak (awam) yang memilih ketua mereka. Para ketua pula memilih ketua di atas hingga seterusnya memilih seorang ketua tertinggi. Dengan demikian, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Penghulu/Undang dan Undang memilih Raja/Yang Dipertuan (Yamtuan). "
Text
adat perpatih
Melayu
Asas ekonomi masyarakat adat perpatih...
" Asas ekonomi masyarakat adat perpatih ialah tanah. Dari konsep asal milik tanah ialah terbitnya segala nilai dan susunan masyarakat dan negeri. "
Text
karya
kreatif
Kreatif sepanjang umur
"Kreativiti selalu dihubungkan dengan bidang-bidang sastera dan kebudayaan seperti penulisan, penyebaran ilmu-ilmu seni dan muzik."
Text
identiti
Melayu
...1 more
Dilema perjuangan orang melayu dalam menegakkan identiti bangsa
"Orang Melayu yang hampir menjadi minoriti itu mempunyai dilema nasional atas kesedarannya yang tinggi terhadap kedudukan peribumi di tengah majoriti bangsa-bangsa non peribumi."
Text
Mak Nang
tarian
Mak Nang budak joget ke jurulatih
"Mak Nang ialah panggilan harian harian oleh mereka yang mengenalinya dengan mesra terutama yang bersangkutan dengan disiplin tarian ataupun kajian kesenian, di Terengganu."
Text
syukur
Thai ponggal
Thai ponggal sebagai tanda syukur
"Perayaan ini khususnya untuk petani tetapi dirayakan juga oleh masyarakat India yang lain."
Text
adat perpatih
Melayu
Prinsip hirarki tinggi-rendah berlaku dalam...
"Prinsip hirarki tinggi-rendah berlaku dalam susunan jawatan tadbiran dari puncaknya raja kepada golongan Undang/Penghulu dan seterusnya ke bawah pada peringkat Lembaga,Buapak dari orang banyak. "
Text
Adat
Melayu
Adat adalah pernyataan jitu dan konkrit...
" Adat adalah pernyataan jitu dan konkrit dari daya dan keupayaan orang Melayu berinterkasi dengan ekologinya: menggunakan sumber-sumber fizikal untuk wujud dan melahirkan gagasan serta organisasi sempurna dari proses itu. "
Text
kolonial
Melayu
Dengan terasasnya kolonialisme di Semenanjung Tanah Melayu...
" Dengan terasasnya kolonialisme di Semenanjung Tanah Melayu berbagai perubahan ekonomi dan politik telah berlaku. Di Negeri Sembilan, dari segi politik dan ekonomi segala kuasa penting golongan elit tempatan telah diambilalih oleh penjajah British."
Text
negara
tanah
Mengikut kanun Tanah Negara pula, tanah terbiar...
" Mengikut kanun Tanah Negara pula, tanah terbiar ialah tanah yang terbiar selama tiga tahun berturut-turut. Tanah sawah terbiar di luar musim ialah tanah sawah yang ditanam sekali setahun saja pada hal ia boleh ditanam dengan tanaman kontan yang lain seperti jagung,tembakau,sayor-sayoran dan lain-lain yang boleh mendatangkan faedah. "
Adat
harta
Harta pusaka di sini bermaksud tanah adat...
" Harta pusaka di sini bermaksud tanah adat yang merupai tanah seperti sawah, dusun dan ladang yang diwarisi turun-temurun daripada ibu kepada anak perempuan. "
Text
Adat
harta
Harta Carian pula ialah harta-harta bukan tanah adat...
" Harta Carian pula ialah harta-harta bukan tanah adat yang dicari atau dibeli oleh seseorang itu. Tanah itu dipunyai atau dimiliki dengan cara sama ada pemberian dari pihak lain ataupun membeli dengan titik peluh sendiri. "
Text
negeri sembilan
tanah
Negeri Sembilan mempunyai jumlah keluasan tanah...
" Negeri Sembilan mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 1,642,183 ekar yang mengandungi 1,016,106 ekar tanah pertanian dan 34,551 ekar tanah adat atau tanah pusaka. "
Text
kaligrafi
kesenian islam
Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain...
"Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain:
i. Keindahannya.
ii. Ia mudah dirobah.
iii. Disandarkan pada hal yang berkaitan dengan agama.
iv. Digunakan untuk menulis ayat-ayat suci."
Text
Al-Quran
kaligrafi
...1 more
Ayat-ayat al-Quran biasanya tidak sahaja...
"Ayat-ayat al-Quran biasanya tidak sahaja ditulis di atas kertas, tetapi juga di permukaan kain, tulang, pelepah tamar, kulit kayu, batu dan keadaannya terpisah-pisah."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Binaan masjid pada zaman awalnya...
"Binaan masjid pada zaman awalnya tidak sahaja kecil dari segi saiz malahan kebiasaannya dibina di persisiran kota, jauh dari persekitaran yang sibuk yang dikenali sebagai musolla. Musolla mempunyai satu lapangan tempat berkumpul dan cirinya tetap menyerupai masjid."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik...
"Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik telah dicipta dua binaan masjid yang terpenting ertinya dalam Muqaddis sebagai pusat pengembangan agama Islam yang baru di samping Makkah yang telah sedia ada. Pada mulanya ia mendirikan masjid di atas batu keramat yang dianggap suci oleh penganut-penganut Kristian dan Yahudi. Masjid yang dinamakan masjid Umar itu dikenali di kalangan orang Arab sebagai Qubbah al-Sakhrah. Masjid berikutnya yang dikatakan dibangunkan oleh Abdul Malik ialah masjid al-Aqsa yang didirikan di atas pelantaran bernama Haram al-Syarif. Di masjid inilah Nabi Muhammad SAW dimi'rajkan oleh Allah SWT menuju Sidrat al-Muntaha."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Baghdad dikenali sebagai kota budaya...
"Baghdad dikenali sebagai kota budaya: Kecemerlangannya dikisahkan dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Malahan banyak para penulis menganggap Baghdad sebagai mutiara pusat kebudayaan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Masjid juga sebagai tempat umat Islam...
"Masjid juga sebagai tempat umat Islam berkumpul. Solat fardu lima waktu sehari semalam menjadikan masjid tempat berkumpulnya umat Islam lima kali sehari. Perhimpunan yang lebih besar dari segi bilangan dan maknanya akan dilakukan setiap hari Jumaat."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Perpustakaan Islam merupakan sumber dari...
"Perpustakaan Islam merupakan sumber dari ajaran, sejarah, pendidikan dan penerangan atau dakwah Islamiyah. Oleh sebab segala pengajaran, pendidikan dan penerangan itu dilakukan di dalam masjid, maka wajarlah pada masa sekarang setiap masjid mempunyai perpustakaan. Walaupun hal ini tidak ada pada zaman Rasulullah secara fizikal, namun pada konsepnya telah wujud, berdasarkan wahyu yang pertama."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Rasulullah SAW menyelesaikan berbagai-bagai masalah di masjid...
"Rasulullah SAW menyelesaikan berbagai-bagai masalah di masjid. Dengan itu masjid dijadikan tempat persidangan untuk membahaskan soal-soal hukum dan keadilan. Ia juga berfungsi sebagai tempat menyelesaikan persoalan masyarakat dan negara. Pada zaman Khalifah Umar terbentuk dua dewan yang bertanggungjawab memberi nasihat. Beliau lakukan persidangannya di masjid. Khalifah Abu Bakar menyelesaikan masalah pentadbiran pemerintahan di masjid, termasuklah penerimaan delegasi dari negara lain."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat...
"Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat, masjid juga dijadikan tempat penginapan percuma bagi musafir. Dalam setiap hal pemikiran umat Islam terarah kepada masjid dan persekitarannya. Setiap langkah yang terhala ke masjid dengan niat ibadat dinilai dengan satu darjat kebaikan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Satu daripada kerja seni bina Islam...
"Satu daripada kerja seni bina Islam yang terawal dan yang paling sempurna ialah pembinaan Dome of the Rock di Bait al-Maqdis. Hasil kerja ini dapat menggambarkan keharmonian antara langit dengan bumi, bulatan dan empat segi, stabil, damai dan teguh yang menjadi ciri seni bina Islam yang sebenarnya. Dome of the Rock mempunyai erti yang istimewa kerana dari bahagian bumi/batu di bawah dome itu Rasulullah memulakan Mi'raj menuju sidrat al-Muntaha menemui hadrat Ilahi."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam mengalami dua tempoh...
"Seni bina Islam mengalami dua tempoh perkembangan oleh bangsa Arab dan perkembangannya oleh bangsa Turki. Perkembangannya oleh bangsa Arab ialah melalui khalifah-khalifah Islam yang memerintah. Di sini objek penting dan utama ialah banguanan-bangunan masjid. Di Turki perkembangan seni bina Islam diambil peranannya oleh kaum Saljuk, empayar yang menubuhkan seni bina Islam dengan bentuk dan gaya kaum Saljuk."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Bentuk segi empat yang menjadi dasar...
"Bentuk segi empat yang menjadi dasar bangunan masjid selama ini, memungkinkan tidak wujudnya satu pembentukan kubah yang baik dari segi bentuk bulatnya. Oleh itu akhirnya terbentuk asas kubah yang terdiri daripada segi lapan yang didirikan atas asas bangunan yang berbentuk segi empat."
Showing 201 to 250 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->