Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kelantan
Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang...
"Riwayat Kelantan yang mengandungi tentang asal-usul negeri Kelantan telah disiarkan secara bersiri (15 siri) di dalam majalah Kenchana sekitar 1930-31."
Text
kelantan
Jika dilihat dari segi bentuknya pula, Riwayat Kelantan...
"Jika dilihat dari segi bentuknya pula, Riwayat Kelantan ini boleh dianggap sebagai sebuah karya sejarah moden memandangkan ia menggunakan perkataan-perkataan Melayu yang agak moden dan terang, mempunyai tajuk kecil,tarikh, tanda petikan pada setiap petikan yang dibuat di samping menggunakan beberapa kaedah pengkajian sejarah moden iaitu dengan menyatakan sumber rujukan tersebut di bahagian akhir setiap rujukan yang dibuat oleh pengarang. "
Text
kelantan
Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh...
"Riwayat Kelantan dikatakan telah dikarang oleh Muhammad Asaad Haji Muda (atau terkenal sebagai Asaad Shukri) yang memang terkenal sebagai ahli sejarah negeri Kelantan. "
Text
kelantan
penyelidikan
Kebanyakan daripada minat tentang penyelidikan...
"Kebanyakan daripada minat tentang penyelidikan arkeologi di Kelantan muncul akibat penyelidikan arkeologi Sieveking di Gua Cha pada tahun 1954. Persediaan untuk penyelidikan ini dibuat oleh Williams-Hunt pada tahun 1951 supaya penggalian dapat dilaku pada tahun 1952."
Text
kelantan
Williams-Hunt banyak membuat lawatan ke kawasan...
"Williams-Hunt banyak membuat lawatan ke kawasan negeri Kelantan semasa menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Penasihat tentang Orang Asli dalam Jabatan Orang Asli dan juga sebagai Pengarah Muzium-muzium Negeri-negeri Melayu Bersekutu. "
Text
kelantan
Selain daripada menunjuk jenis-jenis artifek yang...
"Selain menunjuk jenis-jenis artifek yang terdapat di negeri Kelantan dan juga taburannya, tidak banyak maklumat lain yang boleh diambil daripada penulisan Rentse. "
Website
kelantan
penyelidikan
Tweedie pula memegang jawatan kurator di...
"Tweedie pula memegang jawatan kurator di Raffles Museum, Singapura apabila beliau membuat penyelidikan beliau di kawasan Gua Musang pada tahun 1939."
Text
kerawang
keselamatan
...1 more
Peranan lain yang tidak kurang pentingnya...
"Peranan lain yang tidak kurang pentingnya ialah keselamatan. Penghuni sesebuah bangunan ingin mencegah pencerobohan orang yang tidak diundang serta gangguan haiwan dengan memanfaatkan kerawang atau kekisi dan mengelakkan kanak-kanak daripada jatuh ke tanah dengan memasang jerejak."
Text
bangunan
hiasan berukir
Pada umumnya hiasan berukir boleh memberi...
"Pada umumnya hiasan berukir boleh memberi peneduhan, yakni menghalang masuknya cahaya matahari secara langsung ke dalam sesebuah bangunan, terutama di sebelah petang."
Text
Al-Quran
kaligrafi
...2 more
Di Terengganu terdapat rumah-rumah tradisi...
"Di Terengganu terdapat rumah-rumah tradisi dengan ukiran kerawang dinding yang amat indah rekaannya berupa gabungan harmonis antara motif tumbuh-tumbuhan dengan kaligrafi ayat suci al-Quran. Hasil ciptaan kreatif seumpama ini melambangkan konsep 'Melayu-Islam' dan mencerminkan jati diri Malaysia yang sepatutnya digalak dan disebar luaskan."
Text
Semenanjung Tanah Melayu
seni ukiran
...1 more
Dalam seni ukiran, larangan menunjukkan makhluk bernyawa...
"Dalam seni ukiran, larangan menunjukkan makhluk bernyawa telah ditanggapi dengan sangat bijaksana oleh nenek moyang kita melalui penyamaran atau peng'abstrak'an bentuk seperti ukiran bingkai di Semenanjung dan Sumatera."
Text
agama
kedatangan islam
...1 more
Islam memberi kebebasan berkarya dalam ruang-ruang tertentu...
"Islam memberi kebebasan berkarya dalam ruang-ruang tertentu dan menggalakkan umatnya mencipta karya seni selagi ciptaan itu tidak bertentangan dengan nilai-nilai dan etika agama."
Text
bahasa Austronesia
pertukangan kayu
Keunggulan pertukangan kayu Melayu tidak dapat...
"Keunggulan pertukangan kayu Melayu tidak dapat dipisahkan daripada warisan nenek moyang kita dalam rumpun bahasa Austronesia (Waterson, 1997)."
Text
bentuk kesenian
Seyogia dimaklumi bahawa seni itu sendiri...
"Seyogia dimaklumi bahawa seni itu sendiri mempunyai pelbagai bentuk cabang: ada seni sastera, seni lukis, seni bina, seni pertahanan, seni muzik, seni tari, seni hias di samping seni pertukangan."
Text
Afrika
aliran vernakular
...3 more
Aliran vernakular sebagai suatu reaksi terhadap...
"Aliran vernakular sebagai suatu reaksi terhadap fahaman seni bina antarabangsa mempunyai pengikut bukan saja di negara-negara Barat sendiri tetapi juga di dunia ketiga. terutama di benua Afrika dan Asia."
Text
bentuk tradisional
Filipina
...2 more
Seorang tokoh seni bina vernakular di Filipina, F.B. Manosa...
"Seorang tokoh seni bina vernakular di Filipina, F.B. Manosa yang sangat dikagumi kerana kejayaannya menggunakan bahan-bahan tempatan seperti batu, kayu, bambu, rotan dan nipah serta memberi nafas baru kepada bentuk-bentuk tradisional, berazam membantu proses pembentukan identiti kebangsaan dalam seni bina Filipina."
Text
Amerika Syarikat
bangunan
...3 more
Walaupun Amerika Syarikat lebih terkenal sebagai tempat...
"Walaupun Amerika Syarikat lebih terkenal sebagai tempat berkembangnya seni bina moden Barat daripada benua asalnya Eropah, Negara itu juga merupakan tempat kelahiran suatu aliran dalam seni bina berdasarkan bangunan-bangunan yang betul-betul tumbuh pada suatu tempat atau wilayah dan telah memberi inspirasi kepada seni bina Amerika yang sebenar."
Text
aliran pasca-modenisme
reka bentuk
...2 more
Ciri-ciri menonjol daripada aliran pasca-modenisme...
"Ciri-ciri menonjol daripada aliran pasca-modenisme ialah reka bentuk yang menggunakan unsur-unsur fasad, butiran-butiran binaan dan organisasi ruang yang diambil dari seni bina Yunani dan Romawi."
Text
aliran modenisme
seni bina tradisional Barat
Sejak beberapa tahun kebelakangan, timbul pendekatan baru...
"Sejak beberapa tahun kebelakangan, timbul pendekatan baru yang cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan menonjol dalam aliran modenisme dan melahirkan aliran baru yang dikenal sebagai pasca-modenisme. Gaya bersejarah atau rujukan kepada seni bina tradisional Barat yang dikutuk habis-habisan oleh aliran modenis, kini diiktiraf semula dan konsep hiasan serta gaya rupa yang bersifat kosmetik digunakan kembali."
Text
aliran modenisme
Barat
...2 more
Setelah menguasai dunia kira-kira setengah abad...
"Setelah menguasai dunia kira-kira setengah abad, kemutlakan ajaran seni bina moden mulai diragukan oleh beberapa pemikir seni bina di dunia Barat sendiri. Mereka beransur-ansur sedar bahawa prinsip-prinsip aliran modenisme mempunyai banyak kelemahan dan bertentangan, manakala aturan-aturan keseni binaan yang diajarkan dalam bilik-bilik kuliah dan studio bukan sahaja tidak munasabah, malah seni bina moden tidak lagi dipandang sebagai ajaran yang keramat."
Text
antarabangsa
bahasa
...3 more
Pengamal seni bina moden berhujah bahawa 'bahasa'...
"Pengamal seni bina moden berhujah bahawa 'bahasa' seni bina antarabangsa yang mereka ciptakan adalah hasil logik daripada pendekatan rasional terhadap reka bentuk bangunan. Pendekatan ini lalu dikaitkan dengan prinsip-prinsip yang sukar ditolak iaitu bahawa bangunan hendaklah 'functional', 'economical' dan memanfaatkan bahan-bahan serta teknik-teknik baru."
Text
moden
seni bina
Salah satu ciri-ciri seni bina moden yang ketara...
"Salah satu ciri-ciri seni bina moden yang ketara ialah reka bentuk yang disifatkan sebagai 'simple', 'clean' dan 'precise'. Sumber daripada inspirasi pandangan seumpama itu ialah alat-alat dan jentera moden seperti peti ais, radio, ketuhar, kapal terbang dan sebagainya."
Text
Barat
moden
...1 more
Menurut Brolin (1967) seni bina moden lahir...
"Menurut Brolin (1967) seni bina moden lahir sebagai ekoran dari suatu "revolusi seni bina" yang berlangsung di Barat pada awal abad ke-20."
Text
aliran modenisme
Barat
...1 more
Pengaruh seni bina moden yang berasal dari Barat...
"Pengaruh seni bina moden yang berasal dari Barat merupakan suatu fenomena abad ke-20 yang amat ketara hampir di seluruh dunia, termasuk juga Malaysia. Aliran yang menghasilkan seni bina moden itu dikenali sebagai aliran modenisme."
Text
pengaruh India
seni bina Islam
Pusat Bandar Kuala Lumpur terkenal di mana-mana...
"Pusat Bandar Kuala Lumpur terkenal di mana-mana kerana garis langitnya penuh dengan gaya Mughal (Mogul) yang sering disebut sebagai seni bina India Islam."
Text
Inggeris
seni bina
Bangunan-bangunan yang dibina semasa zaman...
"Bangunan-bangunan yang dibina semasa zaman pemerintahan Inggeris pada umumnya mengikuti perkembangan seni bina di negeri Inggeris itu sendiri."
Text
pengaruh Belanda
rumah
Di samping bentuk bumbung, pengaruh Belanda...
"Di samping bentuk bumbung, pengaruh Belanda juga membawa perubahan kepada susunan bilik-bilik di dalam rumah, dan pada letak lantai. Kalau dalam rumah asli lantai biasanya 6 kaki di atas paras tanah, rumah-rumah kebelakangan lantainya lebih rendah."
Text
bumbung
pengaruh Belanda
...1 more
Bentuk yang paling awal dan sederhana...
"Bentuk yang paling awal dan sederhana dari pengaruh Belanda ialah bumbung 'perabung lima'. Kalau bentuk asli mempunyai sebuah perabung yang membujur sepanjang rumah, perabung lima mempunyai lima perabung, satu mendatar dan empat menurun ke penjuru bumbung."
Text
Belanda
orang melayu
...1 more
Jika dibandingkan dengan orang Portugis...
"Jika dibandingkan dengan orang Portugis, orang Belanda tidaklah kaku terhadap orang tempatan, dan tidak memperlihatkan sangat sikap membenci agama Islam, sehingga pergaulan yang lumayan boleh terjalin antara mereka. Oleh yang demikian, orang Melayu tidak segan-segan mempelajari dan meniru gaya bangunan Belanda."
Text
pengaruh seni bina asing
Portugis
...1 more
Menurut Kennedy (1970), pada masa pemerintahan Portugis...
"Menurut Kennedy (1970), pada masa pemerintahan Portugis, kampung yang terletak di sebelah utara benteng yang penduduknya terdiri dari orang Melayu, Cina dan Tamil, tinggal dalam rumah dari kayu dan atap genting, Tetapi kampung-kampung lain seperti Bandar Hilir dan Bandaraya masih terdiri dari rumah-rumah kayu dengan atap daun nipah atau rumbia."
Text
Faktor ini menyukarkan guru menyajikan...
"Faktor ini menyukarkan guru menyajikan teks sastera sebagai bahan pelajaran bahasa. Tetapi barangkali dengan memahami bidang yang diminatinya, misalnya sukan, maka guru dapat memikirkan pemilihan teks yang ada kaitannya dengan minat pelajar berkenaan. Sebagai contoh, cereka tentang ahli sukan untuk memesrakan pelajar berkenaan dengan sastera."
Text
Ada pelajar yang dari awal...
"Ada pelajar yang dari awal terdedah kepada bahan sastera, baik prosa mahupun puisi. Bahan bacaan dalam bentuk buku cerita akan memberikan kesan positif kepada pelajar apabila didedahkan kepada bahan sastera dalam pelajaran bahasa."
Text
Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini...
"Keterampilan aspek pelajar. Aspek ini sukar dijadikan landasan yang tepat kerana tahap penguasaan bahasa pelajar berlainan antara satu dengan yang lain."
Text
Latar belakang budaya pelajar termasuk...
"Latar belakang budaya pelajar termasuk persepsi mereka tentang kemasyarakatan, politik dan ekonomi banyak menentukan pemahaman mereka tentang teks. Ada teks yang mudah difahami oleh pelajar tentang latar budayanya, seperti teks yang berkaitan dengan sejarah tuntutan kemerdekaan tanah air tetapi ada sesetengah pelajar tidak memahami teks falsafah atau yang berteras pada sesuatu persoalan intelektual."
Text
Mereka sudah ada pengalaman menghayati...
"Mereka sudah ada pengalaman menghayati karya sastera dan sudah mempunyai kesediaan menerima karya sastera sebagai bahan pelajaran bahasa. Sebaliknya, ada pula pelajar yang kurang atau sama sekali tidak terdedah kepada sastera dari usia awalnya dan tidak mempunyai kesediaan untuk menghayati sastera dalam pelajaran bahasa. Oleh itu, sastera akan menjadi sesuatu yang asing dalam kehidupannya."
Text
Pelajar yang menguasai bahasa yang...
"Pelajar yang menguasai bahasa yang baik sekalipun belum tentu mempunyai "kecekapan sastera", khususnya teks sastera yang agak kompleks wacananya. Oleh itu, guru perlu melakukan pemilihan teks sastera dalam pengajaran bahasa dengaan berasaskan "bermula dengan yang lebih lazim" pada sebilangan besar pelajar."
Text
Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa...
"Keseragaman latar belakang pelajar senantiasa menjadi sebab timbulnya kesulitan menentukan asas pemilihan teks sastera yang sesuai dalam pengajaran bahasa. Tiada jalan lain, melainkan menggunakan faktor majoriti pelajar dalam bilik darjah sebagai asas memilih teks."
Text
Tidak harus dipisahkan aspek analisis ...
"Tidak harus dipisahkan aspek analisis bahasa daripada kandungan teks dan tidak pula wajar diabaikan upaya menjadikan sastera sebagai penyubur intelek dan emosi pelajar. Yang lebih penting, pemberatan salah satu aspek itu dalam sesuatu pelajaran."
Text
Pendekatan ketiga, berlandaskan andaian bahawa...
"Pendekatan ketiga, berlandaskan andaian bahawa sastera ialah wahana penting untuk mendorong pelajar mengemukakan pengalaman, perasaan dan pandangannya. Sastera mesti digunakan untuk menggerakkan intelek dan emosi pelajar menjadi aktif."
Text
Pendekatan kedua, yang berasaskan kandungan...
"Pendekatan kedua, yang berasaskan kandungan teks merupakan pendekatan yang paling tradisional. Antara pemberatnya termasuklah latar sejarah, sosial dan politik sesuatu teks dihasilkan, bentuk dan retorik teks."
Text
Dari segi pemilihan dan organisasi ...
"Dari segi pemilihan dan organisasi bahan, bahan yang diutamakan ialah bahan dapat menayangkan ciri-ciri stilistik tertentu tetapi tidak diabaikan pula aspek kekuatan sastera yang lain."
Text
Pendekatan pertama, berdasarkan andaian bahawa...
"Pendekatan pertama, berdasarkan andaian bahawa kajian bahasa teks sastera membantu mengintegrasikan bahasa dan sastera lebih rapat. Analisis bahasa teks sastera dipercayai dapat membantu pelajar membuat tafsiran atau penilaian yang bermakna."
Text
Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga...
"Gillian Lazar (1993) mengemukakan tiga pendekatan utama penggunaan sastera sebagai bahan ajar bahasa. Yang pertama, pendekatan berasaskan bahasa. Yang kedua, pendekatan berasaskan kandungan. Ynag ketiga, pendekatan pengayaan peribadi."
Text
Untuk tujuan yang kedua, iaitu ...
"Untuk tujuan yang kedua, iaitu untuk menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengarang. Karya sastera memang ditandai oleh kelainan gaya antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain, sekalipun tidak ditolak adanya pengarang yang kuat mempengaruhi gaya pengarang sesudahnya."
Text
Dengan menggunakan bahasa sastera, kedua-dua,,,
"Dengan menggunakan bahasa sastera, kedua-dua tujuan itu dapat dicapai. Pertama, karya sastera. Betapa kreatif sekalipun bentuknya setelah melalui manipulasi alat-alat stilistik, sebenarnya masih dalam lingkungan sistem bahasa masyarakat."
Text
Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera...
"Strategi pengajaran yang dimanfaatkan sastera sebagai bahan ajar bahasa itu disebut dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sebagai "penyerapan unsur sastera."
Text
Dalam konteks pendidikan di Malaysia...
"Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penggunaan sastera dalam pengajaran bahasa sudah dilaksanakan dalam sistem pendidikan formal yang bermula pada abad ke-19."
Text
Dari sudut pendidikan bahasa pula...
"Dari sudut pendidikan bahasa pula, tidak sukar difahami kewajaran menggunakan sastera sebagai salah satu bahan pengajaran apabila dilihat karya sastera sebagai salah satu realisasi penggunaan dan kewujudan bahasa."
Text
Pertengahan abad ke-20, memperlihatkan ...
"Pertengahan abad ke-20, memperlihatkan perkembangan linguistik moden yang beralih dari paradigma permisahan linguistik daripada sastera, sebagai akibat perkembangan linguistik struktual, kepada penggunaan korpus sastera sebagai asas analisis linguistik. sehingga berkembang menjadi stalistik linguistik."
Text
Dari awal pertumbuhan kajian tentang...
"Dari awal pertumbuhan kajian tentang bahasa beberapa abad sebelum Masihi di Yunani, telah jelas bahawa bahasa dan sastera merupakan suatu kesatuan, bukan dua identiti yang terpisah. Demikian juga, retorik yang mula berkembang sejak zaman itu turut memadukan unsur sastera sebagai bahagian yang penting."
Showing 301 to 350 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->