Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
[Untitled]
"Dalam sejarah sastera moden Parsi, peniruan watak yang dipilih dari kelas bawahan lazimnya digunakan oleh Jamalzadeh dan Hedayat. Sebahagiannya sebagai kesan dari sastera Barat dan sebahagian lagi sebagai usaha mendemokrasikan sastera Parsi."
Text
Dalam proses pendemokrasian ini turut...
"Dalam proses pendemokrasian ini turut terlibat dan hanya penggunaan bahasa basahan dalam cereka. Jamalzadeh dan Hedayat memiliki konsep yang sempit tentang bahasa tuturan. Mereka mengambil perkataan dan frasa kolokial dan meletakkannya dalam pola ayat yang tergolong dalam bahasa tulisan."
Text
Perasaan Chubak terhadap bentuk ini ...
"Perasaan Chubak terhadap bentuk ini dapat digambarkan sebagai sikap ekonominya dalam pemaparan peristiwa, dengan perkakas deskriptif yang seminimumnya."
Text
Chubak jarang-jarang ditemui di...
"Chubak jarang-jarang ditemui di khalayak ramai, dan dia sering menolak untuk diwawancara. Walau bagaimanapun, ada kalanya beliau menghadiri persidangan di luar negara."
Text
Chubak dianggap juga sebagai salah ...
"Chubak dianggap juga sebagai salah seorang perintis dalam menonjolkan tema-tema luar bandar dan serantau dalam sastera Parsi. Chubak diiktiraf sebagai sasterawan yang paling utama dalam arena ini."
Text
Dalam konteks kesusasteraan Melayu moden...
"Dalam konteks kesusasteraan Melayu moden, protes sosial banyak digarapkan dalam karya awal dan karya dekad selepas merdeka. Pengarang melahirkan protes mereka terhadap situasi yang berlaku pada waktu itu seperti sistem feudal, penindasan terhadap wanita, penjajahan, dan sebagainya."
Text
Pengarang melahirkan protes terhadap golongan...
"Pengarang melahirkan protes terhadap golongan kaya yang berpengaruh dan menekan kehidupan golongan bawahan. Golongan ini menghalal apa-apa jua cara bagi bagi menambah pengaruh dan kekayaan mereka. Hal ini akan memberikan tekanan kepada kehidupan golongan bawahan."
Text
Pengarang turut melahirakn protes sosial ...
"Pengarang turut melahirakn protes sosial terhadap pemimpin yang mengamalkan sikap berpura-pura dan tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur. Sebagai contoh, Datuk Manto sebagai ketua kampung namun berkata dengan kata-kata yang manis tetapi hakikatnya beliau bukanlah ikhlas melakukan kerja sebaliknya terdapat maksud yang terselindung."
Text
Pengarang turut melahirkan protes terhadap...
"Pengarang turut melahirkan protes terhadap sikap taasub masyarkat kepada golongan beragama. Bagi masyarakat apa yang dilakukan oleh golongan agama semuanya betul. Dengan itu, menjadi kebanggaan untuk mengahwinkan anak-anaak dengan tokoh-tokoh agama, meskipun sekadar menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat."
Text
Melalui cerpen ini, pengarang turut...
"Melalui cerpen ini, pengarang turut melahirkan protes terhadap pandangan negatif segelintir masyarakat terhadap sekolah agama. Pengarang cuba menyedarkan masyarakat khususnya pemimpin tentang salah tanggapan terhadap sekolah agama. Bagi pengarang, sumbangan besar yang diberikan oleh sekolah agama khususnya dalam mendidik kerohanian golongan muda harus diberi perhatian oleh semua pihak."
Text
Pengarang turut memprotes sikap masyarakat...
"Pengarang turut memprotes sikap masyarakat yang mudah terpengaruh. Watak Haji Sabroni dan isterinya, mudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh Bangya. Pengarang menegaskan bahawa kita perlulah berfikir dan menyiaat dengan teliti sebelum mengambil sesuatu keputusan."
Text
Protes pengarang dilahirkan melalui watak...
"Protes pengarang dilahirkan melalui watak emak yang cukup ruunsing terhadap situasi yang berlaku. Watak Emak merasakan kekurangan dalam kehidupannya walaupun anak-anak beliau telah berjaya baik dalam bidang akademik mahupun kerjaya."
Text
Dalam protes terhadap situasi yang...
"Dalam protes terhadap situasi yang sedang berlaku sekarang, pengarang dengan tegas menekankan kepentingan perkahwinan kepada manusia. Pengarang mengingatkan kepada semua bahawa situasi ini tidak seharusnya dibiarkan kerana perkahwinan adalah tuntutan agama."
Text
Penggunaan lambang-lambang dalam menyampaikan...
"Penggunaan lambang-lambang dalam menyampaikan protes selari dengan prinsip pendekatan kritikan Melayu. Pendekatan ini turut menggariskan bahawa kritikan Melayu banyak menggunakan lambang, imej, peristiwa dan kejadian tertentu."
Text
Perlambangan juga digunakan dalam...
"Perlambangan juga digunakan dalam " Emak Rindukan Musim Menuai" .Pengarang telah mengunakan musim menuai sebagai lambang kepada sebuah majlis perkahwinan."
Text
Kesimpulannya, dari sudut pendekatan Kritikan ...
"Kesimpulannya, dari sudut pendekatan Kritikan Melayu, cerpen-cerpen tersebut dapat dianggap sebagai karya yang baik kerana melengkapi beberapa ciri kritikan Melayu iaitu penggunaan lambang, imej, peristiwa dan kejadian tertentu."
Text
Cerpen " Hati yang Merusuh" turut...
"Cerpen " Hati yang Merusuh" turut membawa pengajaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa agar tidak terlalu mengongkong kehidupan anak-anak khusunya dalam menentukan jodoh. Pengarang cuba menyedarkan khalayak bahawa penentuan jodoh oleh ibu bapa pada zaman moden sekarang tidak wajar lagi diamalkan."
Text
Arif Mohamad melalui Aku Pulang ...
"Arif Mohamad melalui " Aku Pulang Wahai Bulan" pula melontarkan protes beliau terhadap beberapa sikap negatif yang masih terdapat daalm masyarakat. Cerpen yang mengangkat tema cinta ini, diwarnai protes pengarang terhadap sikap cemburu dan dengki yang terdapat dalam masyarakat."
Text
Pengarang cuba menyedarkan kembali masyarakat ...
"Pengarang cuba menyedarkan kembali masyarakat bahawa perkahwinan itu adalah salah satu tuntutan agama. Situasi lambat kahwin dan tidak berkahwin ini jika dibiarkan akan mengubah struktur masyarakat kita."
Text
mandi
perempuan kota
...1 more
Mandi di telaga mandi di kolam
"Yang menjadi dinding hanyalah pokok-pokok yang ditanam (atau tumbuh) di sekitar telaga itu."
Text
kenduri
Dari sudut pandangan kehidupan kampung...
"Dari sudut pandangan kehidupan kampung atau dari perspektif kampung perkara itu bukanlah 'membuang waktu', tetapi ialah merapatkan silaturahim, yang sememangnya mesti melibatkan 'penggunaan waktu'."
Text
kampung
kenduri
...1 more
sehubungan dengan itu juga, bagi...
"Sehubungan dengan itu juga, bagi orang-orang di kampung walaupun kenduri diadakan satu hari, kebanyakan mereka akan hadir ke rumah yang akan diadakan kenduri itu sekurang-kurangnya tiga hari, termasuk sehari sebelum dan sehari selepas kenduri."
Text
Rumah Melayu Semenanjung
Rumah Bugis: Fungsi, struktur, aturan, bentuk dan simbol: Satu perbandingan dengan rumah Melayu semenanjung menurut Metode Leroi-Gouhran(1)
"Pengkajian teknologi perbandingan itu sesungguhnya tidak mudah. Untuk membuat rekonstruksi budaya kebendaan nenak moyang bangsa-bangsa Austronesia, untuk membuat andaian mengenai sejarah budaya kebendaan bangsa-bangsa itu, untuk mengkaji masalah pengaruh, pinjaman dan sebagainya serupa dengan pengkajian perbandingan yang dilakukan dalam bidang ilmu bahas Austronesia terasa sekali kekurangan kerangka teori, alat-alat konseptual dan motode ilmiah".
Text
Perbandingan cempung (BM) dan c^mb^N (BK)
" Menurut huraian di dalam Kamus Bahasa Korea, umumnya [cemben] dalam BK dijelaskan bunyi sesuatu jatuh ke air dan tenggelam, manakala padanan bunyi dalam BM, iaitu [cempun] pula dihuraikan sebagai bunyi sesuatu atau barang jatuh ke air."
Text
Beberapa aspek kelainan dalam struktur BM dan BK
"Perbezaan yang paling menonjol dalam huraian berkaitan sistem onomtopia dalam BM dan BK ialah dari segi pengimbuhan. Bentuk-bentuk imbuhan yang dominan yang dapat digabungkan dengan onomtopia dalam BK terdiri daripada dua jenis: {g^rida} dan {dEda}."
Text
Persamaan ciri-ciri perlambangan bunyi dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea
"Secara umumnya onomatopia merupakan sebahagian daripada perlambangan bunyi. Kajian ini akan berusaha menyelidik perbandingan mengenai dua perkataan onomtopia yang terdapat dalam bahasa Melayu (BM) dan bahasa Korea (BK), iaitu perkataan cempung (BM) dan c^mb^N (BK)."
Text
Onomtopia sebagai Gambaran Unsur Peristiwa
"Dari sudut lain, penggunaan onomtopia dalam percakapan menjadikan kita dapat menaggapi atau merasi wujudnya hubungan langsung di antara bunyi dengan makna. Dengan demikian, kita juga merasa seolah-olah wujud hubungan yang sama di antara kata dengan peristiwa yang kita alami."
Text
adat perpatih
bahasa
Bahasa adalah alat untuk memindahkan...
"Bahasa adalah alat untuk memindahkan pengalaman jiwa manusia yang merangkumi pernyataan perasaan dan fikirannya. Oleh itu penggunaan bahasa sama ada melalui lisan atau tulisan akan selamanya menuntut kejelasan tanggapan dan ketepatan makna supaya dapat komunikasi dengan manusia lain. "
Text
adat perpatih
bahasa
Pemilihan kata dalam perbilangan adat perpatih...
"Pemilihan kata dalam perbilangan adat perpatih lebih didasarkan kepada kejelasan, ketepatan serta keutuhan maknanya. Dengan demikian setiap penggunaannya tidak menyediakan ruang untuk memungkinkan dapat ditukar ganti dengan kata atau perkataan lain."
Text
adat perpatih
bahasa
Pengulangan adalah satu daripada gaya bahasa...
"Pengulangan adalah satu daripada gaya bahasa puisi yang penting. Melalui penggunaannya dapat membantu menimbulkan keberkesanan rasa pengucapan dan inti pemikiran yang ingin disampaikan. "
adat perpatih
bahasa
Dalam perbilangan adat perpatih, penggunaan perlambangan...
"Dalam perbilangan adat perpatih, penggunaan perlambangan sebagai satu gaya bahasa yang menggerakkan perkaitan perasaan dan pemikiran lebih banyak terbentuk dari unsur-unsur alam. "
Teori kedatangan Islam.
Surat Raja Ternate 1521.
Text
Filem ialah media hiburan baru...
"Filem ialah media hiburan baru yang menyalurkan berbagai unsur budaya yang dapat mempengaruhi anggota masyarakat sebagai penonton."
Text
Kejayaan dalam seni berbeza daripada...
"Kejayaan dalam seni berbeza daripada kejayaan dalam industri.Populariti sebuah filem bergantung kepada penilaian ramai,dan tidak semestinya terletak pada kejayaan seni atau kejayaan industri."
Text
Pertumbuhan filem yang sejajar dengan...
"Pertumbuhan filem yang sejajar dengan penerimaan teknologi baru dalam abad ke 20 sebagaimana juga kereta,wireless dan ,lain-lain yang dibawakan dari Barat ,adalah sebahagian daripada proses modenisasi yang telah sampai ke Tanah Melayu pada awal abad ke 20."
Text
Ke-islaman dalam tari di Indonesia
"Di Indonesia misalnya, instrumen muzik yang disebut gambus dan rebana, yang mungkin dahulu mula-mula diperkenalkan oleh para pendatang dari luar Indonesia yang mulai menyebarkan agama Islam di negeri ini, menjadi dianggap instrumen khas islam kerana memang boleh dikatakan sebagian terbesar myanyian-nyanyian yang diiringi instrumen-instrumen tersebut mengandungi pesan-pesan ke-Islaman".
Text
Interpretation of traditional themes in Indonesian and Malaysian drama : A comparison
" The widespread use of traditional themes in modern Indonesian drama during the 1980's would seem to have a counterpart in Malaysia. The interpretation of traditional themes could be the turning point in the experiments to create drama reflecting, in a temporary way, the Indonesian and Malaysian cultural identity. Drama in Indonesia in the 1980's shows radical changes in its relationship between theme, language and the chosen genre, linked by an important aspect, the chosen interpretation of the theme. The same seems to be valid in Malaysia as shown in some small-scale illustrations selected for analysis in this paper."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya...
"Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya, rupanya beratus ribu tahun yang lalu, hutan belantara Semenanjung telah dijelajahi oleh manusia berkebudayaan Batu Lama (palaeolitik). Dari peninggalan alat-alat batu kasar mereka seperti yang didapati di Kota Tampan di tepi Sungai Perak, dapatlah dibayangkan bahawa mereka belum terdaya membuat apa-apa perubahan terhadap keadaan sekeliling. Mereka hidup mengembara dan berpindah-randah dalam kelompok-kelompok kecil sambil mencari haiwan buruan, tanpa mempunyai tempat kediaman yang tetap."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
...1 more
Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu...
"Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu ini dikenali sebagai Melayu Proto dan seperti penghuni-penghuni sebelum mereka, juga mengamalkan kebudayaan zaman batu tetapi pada bahagian yang paling akhir, biasanya disebut sebagai Zaman Batu Baru (Neolitik)."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...2 more
Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum...
"Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum penghijrah bergerak ke selatan dari tempat yang seakan sama seperti gelombang yang pertama. Mereka itu yang dikenali sebagai Melayu Deutro, juga termasuk ke dalam bangsa Mongoloid tetapi telah mempunyai kebudayaan Zaman Logam, yang lebih tinggi daripada kebudayaan orang-orang Melayu Proto."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...1 more
Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro...
"Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro tinggal dalam perkampungan-perkampungan tetap yang biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Wheatly (1961) dan pakar-pakar geografi lainnya berpendapat bahawa fenomena ini berpunca daripada jenis tanah yang biasa terdapat di Tanah Semenanjung. Ia terdiri dari tanah liat yang 'laterized' dan mempunyai lapisan humus yang sangat tipis sehingga kurang subur."
Text
kampung
Semenanjung Tanah Melayu
Tiap-tiap kampung merupakan unit kemasyarakatan...
"Tiap-tiap kampung merupakan unit kemasyarakatan dengan organisasi sosialnya sendiri di bawah pimpinan seorang ketua yang dipilih, yang kerana kewibawaan, kebijaksanaan, keupayaan serta keberaniannya dipercayakan sebagai penyimpan tradisi dan penjaga kesejahteraan seluruh warga kampung, termasuklah penyelenggaraan undang-undang dan peraturan."
Text
animisme
Melayu Deutro
...1 more
Orang Melayu Deutro mempunyai kepercayaan mereka sendiri...
"Orang Melayu Deutro mempunyai kepercayaan mereka sendiri yang disebut animisme. Mereka percaya bahawa tiap-tiap sesuatu, sama ada tanam-tanaman atau haiwan, air atau batu, gunung atau laut dan sebagainya mempunyai 'semangat' atau 'jiwa' yang selalu perlu disenangkan hatinya supaya tidak marah dan menimbulkan bencana."
Text
berpindah-randah
padi
...1 more
Di dataran-dataran yang cukup luas...
"Di dataran-dataran yang cukup luas dan mudah diairi (seperti di bahagian utara) mereka menanam padi di sawah-sawah. Walau bagaimanapun, di sebahagian besar kawasan Semenanjung, pertanian masih diamalkan secara berpindah-randah; dalam cara ini padi ditanam di ladang-ladang yang merupakan tompok-tompok hutan yang sudah ditebas."
Text
kampung
pelabuhan
...1 more
Dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang...
"Dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang menduduki tempat strategik seperti di muara sungai mungkin tumbuh menjadi pelabuhan-pelabuhan niaga dan lambat laun ibu kota negeri-negeri kecil. Jadi dapatlah dikatakan bahawa orang Melayu telah mulai mengembangkan sistem pemerintahan yang menggabungkan masyarakat di peringkat antara kampung."
Text
Parsi
pembinaan kapal
...1 more
Teknik-teknik baru dalam pembinaan kapal...
"Teknik-teknik baru dalam pembinaan kapal yang ditemukan oleh orang-orang Parsi serta pengetahuan tentang sistem monsun dan manfaatnya kepada pelayaran yang diketahui oleh orang-orang Arab, memberi dorongan baru kepada perdagangan laut antara barat dan timur."
Text
China
India
...2 more
Tanah Semenanjung bahkan seluruh Asia Tenggara...
"Tanah Semenanjung bahkan seluruh Asia Tenggara terdedah kepada pengaruh dua pusat peradaban yang lebih maju pada masa itu, iaitu India dan China."
Text
China
India
...3 more
Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran...
"Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran barangan dengan India telah bermula sejak abad ke-6 sebelum Masihi, barulah mulai awal zaman Kristian perdagangan dua hala itu menjadi lebih teratur dan bermakna. Ini kerana hubungan antara India dan Siberia yang merupakan sumber emas bagi orang India pada waktu itu terputus, mereka terpaksa memandang ke timur. Orang India segera menyedari bahawa Semenanjung serta pulau-pulau di sekitarnya bukan sahaja ideal sebagai stesen perdagangan dalam perjalanan ke negeri China, tetapi juga kaya dengan sumber emas, timah dan hasil-hasil hutannya sendiri."
Text
Asia Tenggara
Buddha
...3 more
Satu segi yang sangat penting dalam...
"Satu segi yang sangat penting dalam hubungan antara India dan Asia Tenggara ialah bahawa pendeta-pendeta agama Buddha, bebas dari hambatan-hambatan perkauman, kasta dan prasangka bersedia mengarungi lautan untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke sebelah timur..Amalan ini kemudian ditiru pula oleh saingan mereka dari agama Hindu."
Showing 301 to 350 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->