Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Warna merupakan media penting dalam...
"Warna merupakan media penting dalam penerokaan keseluruhan kehebatan arabes sebagai seni hias yang tidak ada tolok bandingnya. Terdapat perbezaan pemilihan warna antara gaya-gaya yang berbeza."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Manakala gaya Uthmaniyah khususnya di istana...
"Manakala gaya Uthmaniyah khususnya di istana Topkapi, mengambil motif bunga sebagai hiasan dalaman serta menggunakan kepelbagaian warna pada jubinnya."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Tujuan arabes ialah memberi gambaran...
"Tujuan arabes ialah memberi gambaran tentang sesuatu corak yang tidak terbatas sifatnya kepada pendengar atau penonton. Dengan itu kekuasaan Allah yang tidak terbatas ditegaskan semula dalam corak yang boleh dilihat dan didengar."
Text
arabes
kesenian islam
...2 more
Komunikasi visual antara audien dan seni hias...
"Komunikasi visual antara audien dan seni hias merupakan proses dari satu sistem interpretasi dan metodologi seni. Proses timbal balik ini selain memerlukan bantuan bahasa seni yang lain, ia juga meminta audien sentiasa peka dan sedar kepentingan Islam sebagai al-Din yang bertindak menguasai dan melahirkan kesenian tersebut."
Text
China
kesenian islam
...1 more
China merupakan negara yang penting...
"China merupakan negara yang penting dan utama dalam pengeluaran tembikar-tembikar yang bermutu tinggi. Tembikar-tembikar tradisional biru-putihnya ditemui di merata tempat di seluruh Asia Tenggara."
Text
kesenian islam
tembikar
Dalam kegemilangan tamadun Islam beberapa...
"Dalam kegemilangan tamadun Islam beberapa negara seperti Parsi, Mesir, Turki, Andalus dan Syria turut sama memberikan sumbangan yang bermakna dalam menghasilkan tembikar-tembikar yang unik sebagai warisan kesenian Islam yang unggul."
Text
kerajaan Saljuk
kesenian islam
...1 more
Pada masa kerajaan Saljuk, motif...
"Pada masa kerajaan Saljuk, motif kepala manusia berbadan haiwan, merupakan imej biasa dekorasi tembikar Parsi. Kombinasi ini jelas membayangkan pengaruh Saljuk yang menggabungkan kemahiran pelukis dan kepakaran pembuat tembikar."
Text
China
kesenian islam
...3 more
Hubungan yang baik antara China dan Parsi...
"Hubungan yang baik antara China dan Parsi sepanjang abad period Abbasiyah memulakan era baru dalam perkembangan gaya dalam industri tembikar Parsi. Istana Abbasiyah telah mengimport tembikar-tembikar Dinasti Tang. Tembikar-tembikar ini telah menjadi model tiruan kepada pembuat tembikar tempatan khususnya motif-motif Timur Jauh."
Text
dinasti safavi
kesenian islam
...1 more
Dalam abad ke 15 M. semasa Dinasti Safavi...
"Dalam abad ke 15 M. semasa Dinasti Safavi lebih gemar menggunakan imej sepasang kekasih yang sedang memegang bunga. Kerman dan Meshhed merupakan pusat industri tembikar yang terkenal dalam zaman Safavi."
Text
kesenian islam
tembikar
...1 more
Tembikar Turki hanya dapat diketahui...
"Tembikar Turki hanya dapat diketahui dalam permulaan abad ke-15 M. Tembikar biru-putih merupakan tembikarnya yang awal, dipengaruhi dari negara China yang telah dibawa sejak zaman Mongol. Kebanyakan tembikarnya dihiasi dengan motif tumbuh-tumbuhan serta corak arabes yang lain."
Text
kesenian islam
tembikar
...1 more
Hiasan gaya polikrome dengan bermotifkan...
"Hiasan gaya polikrome dengan bermotifkan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan merupakan perkembangan terakhir dalam pembuatan tembikar Turki. Terdapat juga tembikar-tembikar bermotifkan burung-burung dan binatang yang disapu dengan warna cerah yang tebal."
Text
kesenian islam
Syria
...1 more
Tembikar-tembikar di Syria dikenali dengan..
"Tembikar-tembikar di Syria dikenali dengan kepelbagaian warna dan reka bentuk. Warna putih, belian merupakan warna-warna yang begitu ketara. Racca dan Damsyik merupakan pusat industri tembikar yang terkenal."
Text
kesenian islam
tekstil
Tekstil yang awal dapat dikesan di Samarra, Mesopotamia...
"Tekstil yang awal dapat dikesan di Samarra, Mesopotamia dalam abad ke-10 berbentuk hiasan dinding di istana. Kebanyakan tekstil yang awal dipengaruhi oleh budaya Sasan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Philip Bamborough: Kebiasaan ahli tekstil Sasan menggunakan baris-baris motif secara mendatar dan membulat. Namun begitu terdapat penyempurnaannya yang lebih kemas dan indah yang tidak terdapat dalam corak tekstil sebelumnya."
Text
kesenian islam
tekstil
...1 more
Kepelbagaian reka bentuk merupakan ciri-ciri...
"Kepelbagaian reka bentuk merupakan ciri-ciri umum tekstil Turki. Pada peringkat awalnya menggunakan reka bentuk jalur diikuti pula dengan reka bentuk tiga bulatan yang dikenali dengan nama 'Cintamani' dan corak ogival yang dipengaruhi dari Mesir, Eropah dan China."
Text
Menurut Mohd Taib Osman,sastera...
"Menurut Mohd Taib Osman, sastera lisan mempunyai beberapa ciri yang tersendiri. Ciri yang pertama ialah sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut. Ciri yang kedua ialah sastera lisan itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju, atau bercorak bandaran."
Text
Kita bincangkan dahulu cerita Asal ...
"Kita bincangkan dahulu cerita Asal usul, kerana ia dianggap di antara genre yang tertua lahir dalam masyarakat Melayu. Cerita asal usul memberi penjelasan terhadap sesuatu perkara sehingga dapat diterima oleh pendengar dengan mengemukakan faktor-faktor yang sesuai dengan pemikiran orang Melayu yan hidup dalam masyarakat sederhana."
Text
Cerita binatang dipercayai sebagai salah...
"Cerita binatang dipercayai sebagai salah satu bentuk cerita yang tertua ; sama usianya cerita asal usul. Cerita binatang merupakan hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba, iaitu semasa manusia masih lagi hidup di dalam gua. Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya."
Text
Mitos merupakan sejenis cerita prosa...
"Mitos merupakan sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh masyarakat bahawa cerita itu sebagai benar dan pernah terjadi pada masa yang lalu. Mitos juga merupakan cerita yang suci yang lahir daripada kepercayaan agama dan mempunyai pertalian erat dengan ritual. Mitos mengisahkan tentang dewi, asal mula kejadian alam, manusia dan kematian."
Text
Lagenda juga adalah sejenis cerita ...
"Lagenda juga adalah sejenis cerita prosa yang dianggap oleh penuturnya sebagai cerita yang benar yang berlaku dalam waktu tidak begitu lama. Lagenda dianggap sebagai suatu peristiwa sejarah. Contohnya, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah, Tuan Puteri Sakdong di Kelantan dan lain-lain."
Text
Cerita dongeng ialah cerita yang...
"Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup seseorang tokoh atau peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan , tetapi kejadiannya tidak semestinya berlaku sebenarnya. Ia lebih kepada cerita rekaan yang di dalamnya ada unsur mitos, lagenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya."
Text
Cerita jenaka juga dikenali sebagai...
"Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan lain-lain. Cerita jenaka di seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi ceitanya, maksud dan bentuk ceritanya. Ia mempunyai maksud hiburan, petunjuk dan sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang."
Text
Cerita penglipur lara atau disebut ...
"Cerita penglipur lara atau disebut juga dengan cerita lipur lara bermaksud cerita yang menghibur orang yang dalam kesedihan atau berdukacita. Cerita penglipur lara mengandungi ciri-ciri setempat dan unsur-unsur luar yang mempengaruhi cerita. Cerita bertemakan pengembaraan, percintaan,dan peperangan."
Text
Jampi yang pertama dan kelima ...
"Jampi yang pertama dan kelima adalah jampi jenis larangan . Jenis perubatan pula ada bagi yang kedua dan ketiga. Jenis engasih atau pujaan pula ialah yang keempat. Tiap jenis jampi diikuti dengan cara penggunaannya yang tersendiri."
Text
Jampi mempunyai dua bentuk dominan ...
"Jampi mempunyai dua bentuk dominan iaitu bentuk pantun dan pantun bebas. Bentuk pantun memperlihatkan adanya pembayang maksud. Di samping itu, ia digubah berkerat-kerat bagi menimbulkan keharmonian dan kuasa bahasa yang menunjukkan keghaibahan."
Text
kesenian islam
permaidani
Seniman-seniman Islam telah lama menghasilkan...
"Seniman-seniman Islam telah lama menghasilkan permaidani yang unik dan berkualiti tinggi sehingga terkenal di seluruh dunia. Ia bukan sahaja mencerminkan kehalusan yang luar biasa, malahan ketekunan yang berlipat ganda."
Text
arabes
kesenian islam
...1 more
Permaidani Parsi merupakan permaidani yang...
"Permaidani Parsi merupakan permaidani yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini kerana kehalusan, warna dan motif arabes yang digunakan."
Text
kesenian islam
Parsi
...1 more
Permaidani Parsi penuh dengan kepelbagaian warna...
"Permaidani Parsi penuh dengan kepelbagaian warna dan motif disebabkan kebanyakan orang Parsi amat gemar kepada warna-warna cerah dan berbagai-bagai. Kebanyakan permaidani di Parsi, malahan di dunia Islam diusahakan oleh kaum wanita melalui pengetahuan yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain."
Text
bangsa
Hukum adat
Hukum sesuatu bangsa adalah hasil...
"Hukum sesuatu bangsa adalah hasil daripada budaya bangsa itu yang dibangun dengan segala apa yang menjadi milik budaya bangsa yang bersangkutan dengan maksud mengatur hidup bangsa itu. "
Text
kesenian islam
permaidani
...1 more
Permaidani Turki zaman Uthmaniyah yang awal...
"Permaidani Turki zaman Uthmaniyah yang awal dapat dikesan pada tahun 1584 di Ushak. Kebanyakan permaidani Turki menggunakan motif-motif arabes, binatang dan bunga. Manakala warna yang digemari ialah kuning, putih dan biru."
Text
hukum bangsa
huum adat
Hukum Adat adalah hukum yang...
"Hukum Adat adalah hukum yang " menjelmakan hukum yang nyata dan rakyat2" dan sebagai Hukum Rakyat "Hukum Adat terus menerus dalam keadaan tumbuh dan berkembang seperti hidup" rakyat itu sendiri."
Text
Kek batik coklat gulung lebih estetik
Kebiasaannya kek batik dihidangkan dalam bentuk segi empat sama. Namun, resipi yang dikongsi oleh Sakinah Yusof telah menghasilkan kek batik gulung. Kek batik ini kelihatan lebih menarik dan menjadi tumpuan ramai.
Text
Hukum adat
Corak dari Hukum Adat hanay dapat diketahui...
"Corak dari Hukum Adat hanya dapat diketahui dengan secara sungguh-sungguh bila mana diketahui tentang ajaran-ajaran Hukum Adat yang menjadi jiwanya. "
Text
kesenian islam
Mesir
...1 more
Di Mesir, kurang diketahui berhubung dengan...
"Di Mesir, kurang diketahui berhubung dengan perkembangan awal industri pembuatan permaidani, tetapi permaidani-permaidani Mesir banyak yang menjelmakan kombinasi merah sebagai latar dengan reka bentuk hijau dan biru muda sebagai latar depan."
Text
Hukum adat
Para pengamat Hukum Adat dari kalangan...
"Para pengamat Hukum Adat dari kalangan pengetahuan hukum secara barat, melihat Hukum Adat bersifat: konkrit, supel dan dinamis. "
Text
besi
kesenian islam
...1 more
Besi telah digunakan dalam berbagai...
"Besi telah digunakan dalam berbagai tujuan sejak 6000 tahun yang lalu. Nabi Allah Daud A.S. adalah orang yang awal di dunia ini menggunakan besi sebagai senjata. Dari segi penggunaannya, ia begitu dikehendaki dalam penciptaan alat-alat senjata bagi tujuan peperangan."
Text
Air tebu rebus RM1 pilihan sejak 50 tahun
Air tebu rebus menjadi tumpuan orang ramai sejak 50 tahun lepas. Air tebu rebus tersebut dihasilkan daripada tebu yang sudah matang dan dipotong sebelum direbus selama lima jam.
Text
Hukum adat
Kerana Hukum Adat adalah satu type...
"Kerana Hukum Adat adalah satu type atau model hukum yang asal usulnya dari budaya suku bangsa Melayu yang hidup dalam kawasan Asia Tenggara ini, maka perlu kita lihat pula bagaimana Hukum Adat di lain-lain negeri yang ada dalam kawasan tersebut. "
kesenian islam
pertukangan
...1 more
Senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera...
"Senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera Islam sama ada di Parsi, India dan di negara Islam yang lain mempunyai jenis dan nama yang tertentu misalnya pedang, jambia, lembing, tombak, kapak dan keris. Selain kualiti ketahanannya yang diakui, ia juga telah dihias dengan motif kaligrafi, tumbuh-tumbuhan dan arabes dengan begitu halus dan unik."
Text
kesenian islam
Logam
...1 more
Selain pengaruh Rom, seni pertukangan...
"Selain pengaruh Rom, seni pertukangan logam juga telah dipengaruhi oleh Sasan. Motif-motif yang sering digunakan dalam pertukangan perak di Parsi ialah pemandangan perburuan, bentuk tumbuh-tumbuhan dan binatang yang ganjil."
Text
masyarakat Melayu
negeri sembilan
Cara berfikir masyarakat Melayu Negeri Sembilan berkembang...
"Cara berfikir masyarakat Melayu Negeri Sembilan berkembang dari dasar-dasar adat perpatih yang tak lokang dek paneh, tak lapok dek ujan, "
Text
kesenian
negeri sembilan
Kesenian tradisional Negeri Sembilan memang banyak...
"Kesenian tradisional Negeri Sembilan memang banyak, yang popular dan sedang dikembangkan antara lain ialah : Caklempong( talempong), Tumbuk Kalang, Bongai, Randai dan Dikir Rebana. "
Text
kesenian islam
pengaruh kesenian islam
Tembok barat dan timur telah memberi...
"Tembok barat dan timur telah memberi laluan kepada kesenian Islam sebagai jalan hormat kepada gelombang kebangkitan Islam yang tersebar sejak 400 tahun yang lalu. Ia telah berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama tauhid."
Text
dialek
negeri sembilan
Dialek Negeri Sembilan adalah dialek...
"Dialek Negeri Sembilan adalah dialek petani, kelainan daripada Bahasa Melayu dan piawai. "
Text
kesenian islam
perang salib
Pertembungan antara dua budaya, Barat...
"Pertembungan antara dua budaya, Barat dan Islam dalam tempoh Perang Salib telah memberikan kesan yang besar kepada dunia Eropah, gaya motif, teknik dalam kesenian Islam terjelma dalam berbagai-bagai objek seni di Eropah."
Text
kesenian islam
mata wang
52 000 mata wang Islam telah ditemui...
"52 000 mata wang Islam telah ditemui di negara-negara Eropah Utara, antaranya dibuat sebagai hiasan bertarikh awal abad ke-8 M. sehingga abad ke-11 M. Manakala lebih dari 30 000 dari mata wang Islam itu ditemui di Kepulauan Gotland. Kesimpulannya penemuan mata wang tersebut menunjukkan telah wujud hubungan perdagangan antara negara Islam dan Eropah."
Text
fonologi dialek
negeri sembilan
Sharman Abu membahagikan bunyi-bunyi Dialek Negeri Sembilan...
"Sharman Abu membahagikan bunyi-bunyi DSN kepada dua golongan utama iaitu" :
a) bunyi-bunyi vokal
b) bunyi-bunyi konsonan
Text
dialek
negeri sembilan
Dengan menganggap bunyi Bahasa Melayu Standard...
"Dengan menganggap bunyi BMS terbelenggu oleh sistem sebutan yang fonemik, maka DNS yang alofonik sifatnya dengan sendirinya memperlihatkan keserasian perubahan secara relatif dengan kadar yang agak seragam juga pada keseluruhannya. "
Text
kesenian islam
pengaruh kesenian islam
Selain mata wang, terdapat sebuah topi...
"Selain mata wang, terdapat sebuah topi yang ditemui di Muzium Kunsthisterischen, Vienna yang memperlihatkan pengaruh ketara kesenian Islam. Akan tetapi topi ini ditenun dengan tulisan kufi dan dihias dengan reka bentuk Islam. Topi ini digunakan untuk majlis pertabalan King Roger 11, Sicily pada 525 H. atau 1130 M. setelah 40 tahun berakhirnya 200 tahun pemerintahan Islam di pulau itu."
Text
Bahasa Melayu Standard
dialek
Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa...
"Perkamusan yang baik untuk sesuatu bahasa sebaik mungkin mengambil kira segala bentuk pendokumentasian yang dilakukan terhadap kosa kata yang menyeluruhi pandangan dunia orang-orang Melayu yang mungkin terdapat dalam semua dialek yang mendukung sesuatu bahasa standard untuk kegunaan yang antar-dialek dalam sesebuah masyarakat bahasa. "
Text
Kamus Dewan Bahasa
Penerbitan Kamus Dewan merupakan...
"Penerbitan Kamus Dewan merupakan suatu penghasilan yang sangat agung di sisi masyarakat Bahasa Melayu dalam usahanya membina dan mengembangkan Bahasa Melayu di negara. "
Showing 351 to 400 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->